Dec 3, 2009

Ganungkiter : Runtuhhhhhhh lagiiiiiiiii

Runtuh! Runtuh!Runtuh dan Runtuh lagii....


Itu lah negeri ku Terengganu Darul Runtuh, lepas satu, satu .
Kini jalan menghubungkan Kuala Jeneris ke Tasik Kenyir runtuh lagi.Menurut satu laporan runtuhan tersebut mengakibatkan terbentuk beberapa lubang besar dan tebing yang yang bercerum dan curam ( sbb guna pitis yang curang)

Kejadian berlaku tidak jauh dari tapak Politeknik tak jadi.Politenik ni telah dipecahtanah oleh PM Abdullah Badawi pada hari Ahad, 3 Februari 2008. Turut hadir ialah isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Jusoh dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.


Politeknik ini dijangka siap pada 2010 dengan kos RM184 juta. Akan tetapi selepas upacara pecah tanah tersebut tiada lah kerja seterusnya dibangunkan.




Petikan Utusan malaysia 17 julai 2009


HULU TERENGGANU 16 Julai - Kerajaan Pusat disaran membangunkan semula projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu di sini yang tergendala sejak dua tahun lalu.


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman berkata, projek berharga RM144 juta tersebut perlu diteruskan bagi memastikan penduduk di kawasan itu menerima pendidikan dengan lebih baik.


Katanya, projek berkenaan yang sepatutnya mula dilaksanakan dua tahun lalu kini tergendala disebabkan kegawatan dan tapak yang tidak sesuai.


''Sekiranya diteruskan pihak kami mencadangkan projek berkenaan dibina di lokasi lebih sesuai di sekitar pekan Kuala Berang sama ada di kawasan padang ragut Tersak di Kampung Tanjung Putat atau dekat stadium mini di sini," katanya.

Siapa Pulak Mangsa Najib Seterusnya ?

Jaga-jaga siapa pula yang kena dengan Najib kali ini.....bullet dah masuk ke belum?

Muhyiddin canggah Umno Kelantan


Nik Abdul Aziz patut kekal menjadi pemimpin parti itu kerana banyak perkara yang dilakukannya dapat menunjukkan wajah sebenar Pas. Kata Muhyiddin Yasin.

"Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukannya mencerminkan sikap sebenar Pas."

Kita pun sangat mengharapkan agar Tok Guru Nik Abdul Aziz kekal memimpin Kerajaan Kelantan dan memimpin PAS.

Apa yang peliknya, Muhyiddin minta Tok Guru kekal, Che Johan Che Pa, naib ketua Umno Pasir Mas pula bawa anak buah lebih kurang 200 orang hantar memo minta Tok Guru berhenti.

Hak Kuala Lumpur nak dikekalkan, sementara yang di kota Bharu desak lepas jawatan.
Rasanya tahap kepeningan Umno ini telah melepasi had berjaga-jaga.Mungkin penanda di Tangga Krai melepasi garisan merah.

Ini lah akibatnya, celaru habis..Muhyiddin pening , Che Johan lagi-lagilah peningnya.Sepatutnya Che Johan ajak sama Ibrahim Ali, sebab MP Pasir Mas ada pengalaman bab-bab sedemikian. Dulu masa sidang Dun Kelantan sedang membentang Kanun Syariah Brahim Ali memekak di luar pagar Kompleks Kota Darul Naim.

Bila-bila kalau Che Johan Nak buat kerja gitu kena Bref lah dulu.

- Dok Cerdik Gitu-

Dec 2, 2009

SPR perakui daftar pemilih tambahan suku ketiga 2009

PUTRAJAYA 2 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.

"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

-Jom pakat buat kerja-

Pembangkang Tunjuk sikap tidak bermoral - TPM

Adalah seorang pengunjung emailkan gambar ini untuk disiarka sungguh disini.


Semoga beliau berpuashati kerana hajatnya tercapai. Apa apa pun thanks diatas kretiviti pembaca blog ini .

Laksana BTN ikut penghayatan Islam


Dewan Muslimat Terengganu meminta program Biro Tata Negara (BTN) dikaji semula dan dibuat berdasar penghayatan Islam bagi memastikan masyarakat mempunyai sikap bertanggungjawab.

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pendekatan Islam perlu diterapkan sekiranya mahu dilaksanakan tanpa mewujudkan sebarang propaganda politik daripada parti tertentu.

Menurutnya, usaha memupuk rasa kasih sayang terhadap negara lebih berkesan melalui program keislaman dan yakin ia mampu mewujudkan sikap bertanggungjawab.

“Jika BTN ini, kita tidak tahu macam mana hasilnya dan saya juga mendengar ada dalam kalangan mereka tidak setuju dengan program berkenaan, hanya ‘tadah telinga sahaja’.

“Itu maksudnya mereka tidak setuju, sama ada yang mengikuti itu kakitangan kerajaan ataupun pelajar. Saya pernah mendengar rungutan daripada beberapa pihak sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dec 1, 2009

Rayuan Kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz

Salam Sejahtera Tok Guru,
Inilah rayuan hamba dari kejauhan.
Jangan sekali-kali menarik balik doa yang telah dibaca dan ditujukan kepada si zalim.
Mereka memang zalim.
Terengganu telah mengalami situasi ini.

Kerja musuh islam memang begitu, sentiasa khianat kepada perjuang perjuang Islam.

Terima Kasih Tok Guru dengan doa itu.

Teruskan dengan doa tersebut.

Amin Ya Rabil Alamin.

Nov 30, 2009

Amin kan Doa Tok Guru Nik Aziz ini

Nov 29, 2009

Seloka Aurat

Tak kiralah PAS ke PKR ke Umno ke...

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap
,Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.


Dipetik dari laman naeim

Lompat lagi ? Apa Nak Jadi hah?

Dua Orang Kuat PKR Papar Sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua 'orang kuat' PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN).

- Apa nak jadi ? Lompat sana, lompat sini...berapa lagi mau lompat daaa menjelang pru 13?