May 14, 2008

Suhakam kecam proses pilihanraya

Oleh : Beh Lih Yi

Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan piihanraya yang adil dan bebas.

Menurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas - seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasanberhimpun - sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya.

Dalam laporan yang diedarkan kepada ahl-ahli parlimen Isnin lalu, Suhakam mendapati wujudnya padang permainan yang tidak sama rata, terutama di segi akses kepada media, kebenaran mengadakan perhimpunan politi, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan penyelesaian di mahkamah.

Mengulas lanjut mengenainya, suruhanjaya itu berkata, calon-calon sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan 'cara yang tidak demokratik' untuk menang pilihanraya melalui pembelian undi, menyedia insentif bukan dalam bentuk kewangan dan menggunakan kemudahan dan dana rakyat.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa mesti menangani tuduhan seperti wujudhnya 'pengundi hantu' serta sistem pilihanraya yang tidak cekap dan tidak adil.

Keyakinan rakyat dalam proses pilihanraya yang adil, tegas suruhanjaya itu, adalah lebih penting daripada mendapat mandat yang besar. Walaupun pilihanraya di Malaysia diadakan dengan bebas, tetapi prosesnya tidak boleh dianggap sebagai benar-benar adil.

Komen tersebut mengesahkan aduan-aduan selama ini yang dibuat oleh parti-parti pembangkang dan badan-badan reformasi pilihanraya, yang menuntut ditubuhkan kerajaan sementara sewaktu pilihanraya bagi menghalang parti pmemerintah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.
Walaupun ramai pengundi memilih sebahagian besar calon-calon pembangkang di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac lalu, namun dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pilihanraya tetap berlaku.Lebih menarik lagi, laporan tersebut tidak memuatkan respons kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Suhakam dalam laporannya yang lalu.
Suruhanjaya itu menyuarakan kekecewaannya terhadap respons tidak bersungguh-sungguh kerajaan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakannya selama ini.Suhakam telah membuat banyak cadangan untuk memperbaiki usaha melindungi hak asasi manusia. Suruhanjaya itu berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada syor-syor yang dibuatnya melalui pelbagai laporan yang dikemukakan selama ini.
Menurut laporan itu lagi, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam mempertahankan hak asasi manusia.Suhakam hanya berkhidmat sebagai badan penasihat kepada kerajaan berhubung perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Kerajaan telah menolak permintaan Suhakam supaya ia diberi kuasa penguatkuasaan.Usaha berulangkali supaya laporan Suhakam dibahaskan di parlimen tidak berjaya, menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang mempersoalkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan hak asasi manusia.
Tulisan ini dipetik dari Media alternatif : http://www.malaysiakini.com/

1 comment:

sham said...

Assalamualaikum,

Kalau setakat mengeluarkan cadangan,pandangan,saranan dan segala yang dipanggil komentar semasa,akan berlakukah perubahan?
ker setakat berdegar-degar ja menyalak bukit,di mana bukit pasti tak akan runtuh hanya suara yang menyalak ja hilang