May 23, 2008

Umno Terengganu 'kian' Parah

Retak menunggu belah
Sebaik sahaja setiausaha perhubungan umno Terengganu membuat kenyataan melalui akhbar Sinar Harian yang kononnya Umno Terengganu tidak berpecah malah berada dalam keadaan stabil,nampaknya keadaan menjadi semakin parah.

Kebelakangan ini, tiada lagi kenyataan media yang dibuat oleh Rosol Wahid,saban hari kalau diperhatikan, kenyataan akhbar bagi Umno Terengganu telah diambil alih oleh YBM Dato' Tengku Putera Awang selaku timbalan pengerusi Umno Terengganu.

Ini bermakna Pengerusi dan setiausaha tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.Kenapa? apa lagi kalau bukan umno Terengganu semakin parah.





Lihat bagaimana seluruh daerah di Terengganu dinaikan papaniklan mengucapkan tahniah kepada Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu,kecuali di Daerah Besut papaniklan tersebut sehingga kini masih belum boleh untuk dinaikan.Baru-baru ini didalam perjalanan ke Kota Baharu, satu kain rentang yang tertulis" Kami warga Besut tetap teguh bersama Dato' Seri Idris Jusoh"


Sementara itu di Kuala Terengganu, walaupun papaniklan itu berjaya dinaikkan, ada sumber menyatakan 2 Keping daripadanya telah di simbah dengan cat berwarna kuning.Menurut sumber tersebut papaniklan yang disimbah cat itu satu di bulatan batu bersurat sementara satu lagi di persimpangan cabang Tiga.Umum semua tahu hanya Umno Bahagian Besut dan Umno Bahagian Kuala Terengganu yang bersama-sama Idris Jusoh didalam krisis perlantikkan MB Terengganu. Umno Bahagian Kuala Terengganu diketuai oleh Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu menurut satu sumber yang sangat dipercayai, telah ada usaha-usaha dilakukan untuk menafikan Datuk Wan Ahmad Farid kekal sebagai ketua Bahagian Kuala Terengganu.
Sumber tersebut menyebut veteran umno yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Zuber Embong telah ditonjol sebagai ketua bahagian untuk menggantikan Wan Ahmad Farid.Antara usaha yang dilihat ialah beliau telah dilantik sebagai Pengerusi EPIK, sebuah anak Syarikat Kerajaan Terengganu yang tersenarai di papan utama BSKL.

No comments: