Apr 30, 2008

Catatan ringkas Pulang Dari sekolah-sms

Perhubungan Umno Tidak mesyuarat lagi....

Mungkin kerana terlalu kecewa dan tidak sanggup berhadapan dengan anggota perhubungan umno Terengganu, termasuk 4 Ketua bahagian yang jelas menolak beliau, maka sehingga semalam ct menerima sms dari teman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, pejabat umno belum menerima arahan supaya mengadakan mesyuarat Perhubungan umno Terengganu.
Kalau pun Ketua Perhubungan berada di Luar Negara, mengapa tidak sahaja Timbalan yang mengarahkan suapaya mesyuarat diadakan.
Mana mungkin setiausaha perhubungan umno Terengganu Rosol wahid menerima Tg Putera Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.Silap haribulan mesyuarat tersebut bakal memecat setiausaha Perhubungan yang sangat celupar dengan istana itu.
Seketika dulu ketika ditanya oleh wartawan tentang mesyuarat Umno Negeri, Rosol menjawab "belum ada arahan dari pengerusi untuk itu"



Apr 29, 2008

KALAU BEGITU KEMANA ARAHNYA?

Dalam kegawatan politik tanahair hari ini,ada dua perkara yang menjadi minat saya untuk memberi perhatian.


Pertama, keghairahan YBM Tengku Razaliegh Hamzah hendak bertanding merebut jawatan Presiden Umno.Beliau secara dasarnya telah mengisytiharkan bahawa beliau sudah pasti akan merebut jawatan tertinggi dalam Umno itu.Ini bermakna, samada Abdullah Ahmad masih mahu bertanding atau mengundur diri dan menyerah kepada Najib Razak, Tengku Razaleigh akan hadapinya.Fokus saya dalam isu ini ialah Menteri Penerangan sekarang yang juga MP Kemaman, Datuk Ahmad Sabery Chek.

Beliau sememangnya diketahui umum adalah anak didik Tengku, beliau telibat secara terus dengan politik adalah hasil tonjolan Tengku.

Sebelum itu beliau adalah pimpinan kampus UM sekitar awal hingga pertengahan 80an.Selepas beliau Jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) diambil alih oleh YB Mohamad Hussain iaitu MP Pasir Putih(maaf kalau silap) yang terpilih baru-baru ini.

Kemudian Ahmad Sabery menjadi pensyarah di UM,akhirnya beliau meletakan jawatan untuk bertading dalam pilihanraya kecil DUN menentang Ahmad Said, MB Terengganu sekarang.Ketika itu Ahmad Sabery bertanding atas tiket S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.Beliau tewas dalam pilihanraya kecil tersebut.Kemudian pilihanraya umum ke-8 sekali okt 1990 sekali lagi beliau bertanding atas tiket S46 di Dun Kijal dan kalah juga.

Ketika ini beliau adalah pembawa beg kepada Tengku Razalegh kemana sahaja atas urusan Parti.

Selepas tewas di Parlimen Kemaman dalam PRU ke 10 pada tahun 1995turut sama Tg Razaleigh membubarkan S46 dan menyertai UMNO, hubungan beliau tidak pernah putus, malah beliau penah menyebut bahawa TG Razaleigh adalah Sifoo beliau dalam politik.

Pada tahun 1999 pru ke 10 beliau bertanding atas tiket BN menentang Abdul Rahman Yusof dari parti KeADILan.
Kemudian beliau menang di Parlimen Kemaman pada PRU ke-11 mengalahkan A.Rahman dan seterusnya dilatik setiausaha Kementerian Luar.Pada tahun ini beliau dinaikan pangkat sebagai Menteri Penerangan.


Sepanjang ingatan dan pengetahuan saya, Ahmad Shabery masih sangat rapat dengan Tg Razaleigh sehingga sekarang.Oleh itu , bagaimana sikap Ahmad Shabery apabila TG Razaleigh akan menjadi calon Presiden nanti. Pada saya, tidak mustahil beliau akan menggunakan ruang yang ada di jabatan Penerangan , termasuk TV dan radio untuk memastikan kemenangan kepada Tg Razaleigh dalam pertembungan merebuta jawatan Presiden Umno....

Bersambung.......

Siapa & kenapa ADUN keluar Negera bersama Idris ?

Kalau di Kuala Lumpur heboh sehari dua lepas, kisah bekas seorang menteri yang juga masih ahli Parlimen mencabul seorang pekerja hotel, di Kuala Berang tidak kurang juga hangatnya, malah lebih panas dan sensassi dari berita di Kuala Lumpur.

Di Kuala Berang kes yang disebut sebut dari kepala jambatan, di pasar, dibawah pokok bunga cempaka, di warung warung nasi malaya, sangat hangat kerana ianya kerana berkaitan dengan kerosakan sosial searang ADUN yang dipilih dalam PRU ke-12 baru-baru ini.

Kes nya ialah seorang wanita telah ternoda akibat digoda oleh Adun berkenaan.
Paling tidak enak didengar, ada pula yang jadi galangganti bagi adun tersebut.

Memandang cerita ini belum dinafikan oleh mana-mana pihak malah setiap yang menceritakan hal ini beria-ia menyatakan berita ini betul, malah siap sebut kampung wanita terbabit.
Supaya tidak ramai yang berdosa membawa berita, maka saya mengharap sungguh-sungguh agar kepimpinan tertinggi BN Terengganu membuat suatu penafian terbuka.
Lebih menarik lagi,ADUN berkenaan telah sama-sama keluar Negeri bersama mantan MB Terengganu DS Idris Jusoh, ketika isu ini hangat diperkatakan.

Oleh itu disini, sekali lagi diminta agar pihak-pihak tertentu membuat penafian terbuka, selagi tiada pernafian terbuka, rakyat menganggap berita dan cerita ini betul dan benar

Apr 27, 2008

Terengganu Bakal Terima nasib seperti Zaman PAS ?

Menteri Besar Terengganu , YAB Dato' Hj Ahmad Said beberapa hari lepas merayu dan melawan arus dengan meminta supaya kerjaan pusat mengembalikan royalti petrolium sejumlah 5% yang ditarik pada tahun 2000 semasa pemerintahan di Terengganu.

Kalau dilihat pada cara Dato' Ahmad Said meminta semula ( merayu) seolah-olah beliau agak menungkah arus.Mungkin selepas hampir sebulan menerajui kerjaan Terengganu, beliau sudah merasai bertapa peritnya mentadbir Terengganu tanpa kehadiran lambakan wang hasil royalti tersebut.

Secara peribadi, saya merasakan ini merupakan satu tekanan Pak Lah terhadap YAB Dato'Ahmad Said kerana beliau juga telah menungkah arus menentang kehendak Pak Lah didalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu tempoh hari.

MB Terengganu itu berkemungkinan besar akan menerima nasib seperti Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu.

Penarikan royalti ini adalah merupakan kerja jahat Umno Terengganu itu sendiri.Ini kerana usul penariakan royalti ini telah dibawa oleh Awang Jabar , ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno 2000.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti lima peratus dari hasil minyak yang dikeluarkan.
Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Namum atas rasa dengki dan khianat maka umno Terengganu telah membawa usul tersebut, akhirnya royalti Petrolium tersebut telah di tarik balik dan dinamakan dengan wang ihsan yang belanjakan melalui saluran pusat.Ketika itu saluran wang ihsan sebahagian besarnya disalur melalui Idris Jusoh selaku pengerusi KETENGAH yang juga ketua perhubungan Umno Terengganu.

Melihat kepada suasana hari ini, tidak mustahil sekali lagi Idris Jusoh akan dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan pusat dan beliau terus dikekalkan sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.

Menyedari hakikat itulah maka pada hari semalam, Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini bersedia untuk menerajui Umno Terengganu dengan mengambil alih jawatan Pengerusi Umno Terengganu.Namum, adakah Pak Lah akan menyerakah jawatan itu kepada Ahmad Said, walaupun secara tradisinya Jawatan Ketua Umno negeri dipegang oleh MB yang memerintah negeri tersebut.Pak Lah juga manusia biasa, beliau juga boleh bertaklik "Secara tradisinya MB sesebuah negeri yang diperintah dipilih oleh Presiden Parti"

Isu rayuan royaltipun sudah diulas oleh Pak Lah yang menunjukkan reaksi seolah-seolah royalti petrolium Terengganu akan kekal dengan keadaan sekarang.

Dipihak PAS Terengganu pula, jelas kelihatan keikhlasan mereka apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Hj Mustaffa Ali memberi respon segera bersetuju supaya hak royalti tersebut dikembalikan kepada rakyat Terengganu.Mungkin pengalaman memerintah Terengganu 1999-2004 memerlukan Terengganu kepada wang itu, walaupun sekarang Terengganu diperintah Oleh Umno/BN.

Atau mungkin hikmat Allah tidak memberi kemenangan kepada Parti Islam di Terengganu pada PRU ke-12,selepas ini Ahmad Said berjaya mendapat semula royalti dari pusat dan akhirnya pada PRU ke-13 Parti Islam itu dapat menawan Terengganu, seterusnya mengurus negeri dengan selesa.
Sama-sama kita tunggu,lihat dan doakan.


Tuan Guru Hj Abdul,ketika solat hajat isu perampasan royalti Petrolium Terengganu 2000Di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu

Apr 24, 2008

Surat terbuka untuk YB Dato' Rosol Wahid

Assalamualaikum,

YB Dato', semoga YB dato' didalam kesejahteraan dan berada dalam suasana ketenangan yang memuncak hendaknya.

Maafkan saya kerana menjenguk Dato' dengan surat ini.Bukan lah niat saya untuk menyerabutkan dato' dengan peristiwa-peristiwa lepas yang semestinya dato' sendiri tidak selesa untuk memperingatinya kembali.


Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu.

Dato' semasa itu adalah penyokong dan pendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim,mati-mati Dato' pertahankan DSAI.Tak sudah sudah Dato' mengutuk Tun Mahathir ketika itu.Sementara Dato' membuat salinan bahan reformasi di laman web, salinan itu pula di bawa oleh isteri Dato' ke Pejabat Pertanian Kuala Berang untuk edaran teman-teman sepejabat beliau.Saya amat yakin tentu sekali Dato' Masih Ingat....Masihkah Kau Ingat....

Dato' YB,

Tapi reformasi Dato' telah dihidu oleh Dato' Tg Putera yang ketika itu telah menjadi ketua umno Hulu Terengganu.Kebetulan semasa hampir PRU 10 Nov 1999 Di Dun Ajil itu sendiri memerlukan BN menonjolkan satu muka baru selepas YB Othman Daud ketika itu dilihat tidak berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat.Lalu ketika itu Dato' Tg Putera telah mencadangkan Dato' sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri Ajil.Maka jadilah Dato' sebagai ADUN Ajil,yang ketika itu menjadi pembangkang di Terengganu bersama 3 yang lain termasuk Dato' Tg Putera itu sendiri.

Dato' sangat lantang bersuara, dato' menjadi jaguh, sebagai Adun baru yang berkebetulan dato'lah satu-satunya Adun BN yang boleh membaca Quraan dan hadith( walaupun lintang pukang dan seringkali ditegur oleh speaker ketika itu)Dato' sanggup menyewa helikopter melalui KETENGAH dan menggunkan duit dana khas untuk mengajak beberapa pemberita akhbar mengambil gambar udara kawasan balak di Tasik Kenyir yang gondol akibat pembalakan ketika itu.Dato' samggup berbohong, sedangkan dato' sendiri tahu, pulau di Tasik kenyir yang berhampiran muara sungai Kerbat itu gondol akibat dari telah dilaksana perlombongan yang diluluskan lesenya dizaman Wan Mokhtar Ahmad, sanggup dato' jadi penipu dan pembohong.


Pilihanraya ke-11 2004 nasib dato' agak baik selepas dato' berjaya mempengaruhi DS Idris Jusoh supaya menukarkan Tg Putera ke Parlimen, maka dengan itu Dato'lah calon BN dari Hulu Terengganu yang layak menjadi exco.Ketika itu DUN Telemung dan Kuala Berang adalah muka baru iaitu cikgu Rozi dan dan Cik gu Komaroddin.Selepas hampir 4 bulan sebagai YB cik gu Komaruddin meninggal di Genting Highland, sekali lagi dato' berjaya mempengaruhi Idris jusoh supaya mencalonkan Cik gu Zawawi sebagai calon BN.Ketika itu dato' sudah menjadi SU Perhubungan Umno Terengganu. Kini 3 wakil Rakyat di Hulu Terengganu adalah cik gu-cikgu termasuk dato' sendiri.

Selepas itu suara dato' mula berbisik-bisik untuk merampas jawatan Ketua bahagian Hulu Terengganu.Dato' tidak sabar, dato' gelojoh dalam politik, kerana dato' naik dengan cepat lalu dato' merasakan dato' sangat hebat.Itu lah kesilapan dato' dan juga kesilapan tokoh-tokoh yang berjiwa besar dalam umno.


Apabila dato' telah menjadi exco dan selaku SU umno negeri sudah tentu dato' sangat rapat dengan MB yang juga ketua perhubungan berbanding Tg Putera yang cuma timbalan Ketua Perhubungan .Dato' telah menggunakan kesempatan ini dengan menguasai dan membelakangi Dato' Tg Putera Awang didalam majlis Parti dan Kerajaan di daerah dan Parlimen Hulu Terengganu.
Akhirnya kemuncak pengkhianatan Dato' terhadap YM dato' Tg Putera Awang ialah apabila dato' merancang bersama-sama Idris Jusoh untuk menggugurkan YM Tg Putera Awang sebagai calon dalam PRU Ke-12, dan sekali lagi Dato' mencadangkan seorang guru Pencen Mohd Nor Otman sebagai calon MP Hulu Terengganu.

Tujuan Dato berbuat demikian suapaya nanti senang dato' untuk menang merebuat jawatan Ketua Umno Hulu Terengganu,kerana dato' ketika itu turun sebagai calon Ketua Bahagian dengan tittle Exco kanan, sedangkan YM Tg Putera hanya sebagai bekas Ahli Parlimen.Cik gu Zawawi dan cik gu Mohd Nor sudah sah bersama dato', tapi cikgu Rozi masih dibayangi oleh YM Tg Putera,( Ruzi dok derake raje).


Semasa kemelut perlantikkan MB Terengganu, dato' juga lah yang merancang supaya seseorang menawarkan rasuah kepada cikgu Zawawi untuk bersama Dato' Ahmad Said, nak kata licik dato' ni tapi ramai orang tahu.Dengan dakwaan itu kononya tawaran tersebut datang dari puak puak Ahmad Said, Dato' mengharapkan agar Ahmad Said di benci oleh rakyat dan di siasat BPR.


Ketika itu Dato' menjadi jaguh dan jurucakap kepada Idris Jusoh, dan disatu pihak yang lagi satu YM Tg Putera pula dilihat sebagai mewakili 6 Ketua bahagian yang menyokong perlantikan Ahmad Said.Dato' sangat lantang dan sudah berpatah arang dengan istana,setiap hari wajah dan kenyataan dato' keluar di berita utama stesen TV.

Lihat petikan berita internet dibawah :

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini,

setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.


Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.


Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".


dan lagi petikan akhbar


KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.


Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.


Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.


"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.


Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas."Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.


Petikan bernama pula:


KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.


Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.


Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu).


“Saya tidak dapat menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu (Datuk Wan Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.


“Kami Ketua Umno Bahagian memberi jaminan untuk memastikan beliau (Ahmad) mendapat sokongan daripada anggota Umno dan berharap rakyat turut memberi sokongan,” katanya kepada Bernama.


Itulah Dato' kerana terlalu yakin dengan perancangan dan pelan yang disusun bersama DS Idris Jusoh.dato' menerima padah.
Rata-rata sekarang rakyat Terengganu sedang menunggu apa tindakan Dato', kemana arahtuju Dato' selepas ini. Walaupun Dato' menganggap kemelut itu sebagai carik-carik bulu ayam, namum rakyat mengatakan Dato' sebagai hangat-hangat tahi ayam.



Keegoan Mengudang Padah (Gambar ini dirakam didalam DUN Dato' Sendiri, ketika perjalanan saya dari Pekan Ajil ke Bukit Besi)
Akhirnya pada kesempatan ini ,saya ingin mengingatkan Dato' yang "Langit tidak selalu Cerah" Semoga Dato' belajarlah bagaimana untuk menghormati orang lain sama ada kawan ataupun lawan dalam politik.

Sekian Terima Kasih
CtKay's
24 April 2008.

Salam Permulaan

Assalamualaikum,
Apa Khabar rakyat Malaysia, apa khabar orang Terengganu, apa khbar semua blogger, apa khabar MB Baru Terengganu, apa Khabar exco-exco baru, apa khabar adun adun Terengganu, apa Khabar Idris Jusoh, Apa Khabar Rosol Wahid, apa Khabar din Adam, apa khabar semuanya?
Salam perkenalan dari saya, melihat bertapa kurangnya kaum hawa yang menjadi blogger politik, dari dorongan hati suci, lahirlah hasrat untuk menulis menambah kehangatan suasana politik malaysia, kususnya politik Terengganu yang masih bercelaru.

Saya menyatakan politik Terengganu ini bercelaru kerana telah terpahat dalam sejarah politik Malaysia di Terengganu darul Iman inilah telah wujud pembangkang didalam Kerajaan.
22-10= 12, ye 12 orang adun BN ini yang tidak terpilih sebagai exco akan menjadi Pembangkang didalam Kerajaan Terengganu.Di Ketuai oleh YB Datuk Rosol Wahid Adun Ajil,diikuti oleh YB Din Adam Adun Bukit Besi sebagai timbalan ketuanya.Penasihat kepada Pembangkang dalam kerjaan ini, tak lain dan tak bukan mantan MB Dato' Seri Idris Jusoh.

Episod penolakan kem 22 terhadap perlantikan Dato' Ahmad Said, tidak berkesudahan dengan perlantikan 10 orang exco,12 lagi sudah semestinya berdiri di belakang Idris Jusoh selaku ketua Perhubungan Umno,kerana diberitakan wang ihsan dana Khas Persekutuan akan disalurkan melalaui perhubungan Umno Negeri, ini bermakna pengaihan dana khas akan kembali seperti tahun 2000 ketika zaman pemerintahan PAS.

Sama-sama kita tunggu dan kita lihat pada persidangan pertama DUN Terengganu penggal ke-12 yang akan bermula 5 Mei 2008 ini.

YB D Rasol dan Din Adam telah menyerahkan banyak soalan kepada kerajaan negeri.
Kita lihat kita tunggu.Hampir pasti pula, mantan Timbalan Menteri Kewangan Dato' Tengku Putera Awang yang juga ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu.Umum sangat mengetahui bahawa Tg Putera dan Rosol Wahid sangat tidak akrab dan bermusuhan yang amat dasyat.
Suasana bergini semestinya tidak berulang lagi

bersambung..........