May 29, 2008

Ezam tidak rasuah tapi......



LAFAZ SUMPAH DENGAN MENJUNJUNG KITAB SUCI AL-QURAN

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI,

1.Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa dakwaan saya tentang kewujudan dana USD 250,000 iaitu sekitar RM 1 Juta yang diuruskan kemasukannya ke Malaysia oleh Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor melalui Tambak Johor pada tahun 1999 adalah benar dan bukan cerita rekaan.

2.Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa dakwaan saya tentang dana RM 300,000 yang diterima oleh Sdr Ezam daripada bekas Ketua Pemuda Terengganu pada tahun 2000 adalah benar.

3.Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa Sdr Ezam pernah memaklumkan kepada saya tentang dana RM 3 juta yang baru diterima oleh YB Sdr Azmin Ali.

Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa jika ketiga-tiga dakwaan saya di atas tidak benar, maka saya rela Allah turunkan bala ke atas diri saya.

Saya juga turut mengakui bahawa ketiga-tiga dana ini tidak pernah di masukkan ke dalam akaun Pemuda KeADILan Malaysia ataupun akaun Parti KeADILan Nasional.

Petikan diatas adalahsumpah Lokman Nor Adam- Bekas Pimpinan Muda Keadilan ketika berkrisis dengan Ezam dan membawa kepada beliau di pecat dari KeAdilan.

3 dakwaan terhadap Ezam Mohd Noor ini belum lagi terlerai, sehinggalah kini beliau telah menyertai Umno.

Bercabangkah Lidah Ezam terhadap PM ?

Mari sama-sama kita imbas kembali kenyataan Mat Ezam anak Mat Nor pada 31 Jan 2007 dalam kes perlantikkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Nor

Sementara itu, Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.Selindung laporan PM dan anak menantu?"

Gerak dan rakyat berhak mencurigai pelantikan Zulkipli yang dikatakan terbabit dengan beberapa laporan 'skandal' 10 tahun lalu dan terbaru oleh bekas Pegawai Siasatan Gred 45 BPR, Mohammad Ramli Abdul Manan.Kita bimbang jika lantikan ini dikatakan berdasarkan 'saringan', bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR boleh dilantik di kalangan mereka yang bermasalah," katanya lagi.Beliau juga melahirkan rasa curiga samada lantikan ini adalah untuk melindungi kes-kes salah laku pemimpin tinggi negara dan individu berkepentingan dalam negara termasuk anak menantu PM atau sebaliknya.

Baginya, lantikan yang dibuat oleh PM dan bekas PM ini boleh dipertikai malah satu siasatan ke atas tindakan itu boleh dibuat setelah ianya mencurigakan, katanya lagi.Ezam cabar PMSehubungan itu Ezam mencabar PM segera menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes-kes salah laku Zulkipli dan kes-kes yang membabitkan laporan rasuah dan kronisme yang dikendalikan Zulkipli termasuk laporan Gerak terhadap PM, dan bekas PM yang didiamkan BPR."Jika PM boleh menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, mengapa tidak dalam kes membabitkan kredibiliti BPR yang kini diragui rakyat dan dunia,"katanya.

Selain itu Gerak juga mendesak PM menggantung sementara khidmat Zulkipli berikutan laporan ini kerana kredibiliti dan intergriti Zulkipli boleh dipertikai berdasarkan laporan terhadapnya, katanya.Begitupun beliau melahirkan kebimbangan isu yang dimainkan media-media arus perdana ini hanya sementara sahaja, sebaliknya kes ini akan didiamkan kemudian apabila kemungkinan kredibiliti PM turut terheret dengan laporan ini nanti.

Akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Zulkipli yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.Kes salah laku seksMusa berkata, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi.

Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya.Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan Ezam melalui Gerak dalam satu sidang medianya Isnin lalu di pejabatnya di Kelana Jaya.Ezam memetik satu surat yang dihantar Mohammad Ramli yang merujuk kepada kes salah laku seks dan penyelewengan membabitkan Zulkipli yang diserah kepada PM dan Ketua Polis Negara.Zulkipli bekas Pegawai Tinggi Polis Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya.

May 28, 2008

Idris dan Rosol letak jawatan-kemelut tidak selesai

Akhirnya Idris Jusoh dan Rosol wahid terpaksa juga meletakkan jawatan masing-masing.

Idris Jusoh melepasakan jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan umno Terengganu dan Rosol Wahid pula melepasakan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan.

Jawatan Idris dilantik oleh Presiden Umno, sementara jawatan Rosol pula dilantik oleh pengerusi perhubungan umno ( Idris).
Baru 3 hari lepas semasa berucap didalam majlis bersama puteri umno Perak, Idris bermati-matian menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali melepaskan jawatan pengerusi perhubungan.

Baca petikan Bernama 24 April 2008

May 24, 2008 19:10 PM

-->
Idris Jusoh Tidak Akan Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu

IPOH, 24 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di negeri tersebut.

Katanya, beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau (Idris) juga mendapat sokongan besar para ahli kerana berjaya memimpin Umno Terengganu memenangi pilihan raya umum pada 2004 dan 2008.
"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya anggota Umno masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan dari segi perasaan di kalangan anggota," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan Umno Perak di sini, Sabtu.
Turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa Umno Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong kepimpinan Idris manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan anggota akar umbi Umno di negeri itu.

Menurut Idris, penyokong Umno di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.

Katanya beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.

Terdahulu di dalam ceramahnya, Idris berkata sebahagian daripada strategi Gelombang Biru yang dilaksanakan di Terengganu sehingga berjaya merampas kembali negeri itu daripada kepemimpinan Pas pada pilihan raya umum 2004, boleh dilaksanakan di Perak.

Bagaimanapun katanya, perlu ada penyesuaian dalam pelaksanaan strategi tersebut kerana 95 peratus penduduk Terengganu adalah orang Melayu manakala hanya lebih 60 peratus penduduk di Perak adalah Melayu.

-- BERNAMA

Khabar yang bertiup kencang di Kuala Terengganu menyatakan bahawa PM telah menjanjikan jawatan Pengerusi Mara kepada Idris Jusoh.

Sebenarnya langkah yang diambil oleh Idris adalah paling selamat, sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan, sudah pasti beliau akan dipecat bagi digantikan dengan Ahmad Said.Bagi mengelak tragedi pemecatan itu berlaku, tidak boleh tidak Idris terpaksa meletakkan jawatan dengan cara terhormat .

Pak Lah pula terpaksa mengambil langkah ini bagi menyelamatkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno.
Sementara itu Rosol Wahid juga terpaksa mengambil tindakan yang sama.Sekiranya beliau tidak berbuat demikian sudah pasti beliau akan dipecat sebagai setiausaha perhubungan oleh Ahmad Said nanti untuk digantikan dengan setiausaha baru yang boleh bekerjasama dengan beliau.
Walaupun kedua-dua pihak sebelum ini menafikan bahawa umno Terengganu, yang pastinya umno Terengganu ada Kem Ahmad Said, Man Bakar dan satu kem lagi Idris Jusoh,Rosol Wahid.

Seperkara lagi yang ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik di Terengganu, macamana pula kedudukan Rosol didalam umno Hulu Terengganu, adakah Tengku Putera akan mengekalkan beliau, atau beliau sanggup kekal bersama Tengku Putera, atau mungkin beliau sudah berkira-kira untuk suatu pertarungan kalah mati menentang Tengku Putera bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.( Bekas Exco menentang bekas ahli Parlimen) ingat-ingatlah.
Nota Kaki -10 tahun nanti sejarah akan menyebut " Masjid Kristal adalah lambang Kejatuhan Idris Jusoh"


May 27, 2008

Memperingati perobohan Masjid Bujal : 26 Mei 2005

Robohnya Masjid Desa Makmur RTB Bujal, Kemaman pada 26 Mei 2005 adalah terpahat dalam lipatan sejarah sebagai lambang kezaliman Umno,BN, Idris Jusoh dan exco-exconya ketika itu.Walau apa pun jua alasannya, walau apapun jua ucapannya, walau apapun jua tindakannya, ini adalah sebuah masjid Rakyat, sebuah Rumah Allah.


Masjid Desa Makmur Bujal, didirikan dengan
duit sumbangan Rakyat.

Masjid ini masih dalam pembinaan -awal Mei 2005


Pandangan Hadapan Masjid Desa Makmur


Entah apalah perasaan Manusia yang bernama Umno BN

Bila Nafsu politik menghantui diri,
hilang sebuah pertimbangan yang waras

Musnahnya sebuah Rumah Allah dengan titik keringat rakyat



Hancurnya seperti dilanda tsunami



Usah bicara soal membela rakyat, membela melayu, jauh sekali membela Islam.
Umno, bilakah cahaya keinsafan akan menjelma.....
bersemadilah sebuah rumah Allah.Abadilah dirimu menyembah bumi.
Hancurluluh sebuah pengharapan ini.

Terima kasih kepada insan yang mengirim gambar ini yang memohon emailnya dirahsiakan.



Selangor haramkan Islam hadhari


Selangor haramkan Islam hadhari
Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.


Pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu.
“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.


“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Ct- Sepanjang belajar tentang Islam, dari sekolah rendah sampai universiti tidak pernah menemui ajaran Islam hadhari.Selepas Pak Lah ambil alih teraju negara baru lah dijumpai ajaran ini.Seperti kata Ustaz Hamzah Ngah(Pemuda Negeri) Islam Hadhari ini sesat lagi menyesatkan.

May 26, 2008

Idris Jusoh - Satu Legenda


Sepenggal MB Terengganu.

Sepenggal Idris Jusoh menjadi MB Terengganu, akhirnya beliau kecundang.

Allah Maha Kaya, Allah Maha Kuasa.

Di Terengganu Umno BN menang 24 kerusi- tetapi Pengerusi perhubungan umno negeri tidak menjadi MB

DiPerak PAS menang 6 kerusi- tetapi setiausaha PAS menjadi MB.Pesuruhjaya tidak bertanding.

Idris Jusoh - Satu lagenda.



Monsoon cup- Lambang pemborosan dan pembaziran Idris Jusoh





Meroboh Masjid Bujal- Lambang kezaliman Idris Jusoh






Masjid Kristal- Lambang Kejatuhan Idris Jusoh


Semoga ini semua menjadi pengajaran kepada pemimpin politik yang ada dan yang bakal menjadi pemimpin.

May 23, 2008

Umno Terengganu 'kian' Parah

Retak menunggu belah
Sebaik sahaja setiausaha perhubungan umno Terengganu membuat kenyataan melalui akhbar Sinar Harian yang kononnya Umno Terengganu tidak berpecah malah berada dalam keadaan stabil,nampaknya keadaan menjadi semakin parah.

Kebelakangan ini, tiada lagi kenyataan media yang dibuat oleh Rosol Wahid,saban hari kalau diperhatikan, kenyataan akhbar bagi Umno Terengganu telah diambil alih oleh YBM Dato' Tengku Putera Awang selaku timbalan pengerusi Umno Terengganu.

Ini bermakna Pengerusi dan setiausaha tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.Kenapa? apa lagi kalau bukan umno Terengganu semakin parah.





Lihat bagaimana seluruh daerah di Terengganu dinaikan papaniklan mengucapkan tahniah kepada Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu,kecuali di Daerah Besut papaniklan tersebut sehingga kini masih belum boleh untuk dinaikan.Baru-baru ini didalam perjalanan ke Kota Baharu, satu kain rentang yang tertulis" Kami warga Besut tetap teguh bersama Dato' Seri Idris Jusoh"


Sementara itu di Kuala Terengganu, walaupun papaniklan itu berjaya dinaikkan, ada sumber menyatakan 2 Keping daripadanya telah di simbah dengan cat berwarna kuning.Menurut sumber tersebut papaniklan yang disimbah cat itu satu di bulatan batu bersurat sementara satu lagi di persimpangan cabang Tiga.Umum semua tahu hanya Umno Bahagian Besut dan Umno Bahagian Kuala Terengganu yang bersama-sama Idris Jusoh didalam krisis perlantikkan MB Terengganu. Umno Bahagian Kuala Terengganu diketuai oleh Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu menurut satu sumber yang sangat dipercayai, telah ada usaha-usaha dilakukan untuk menafikan Datuk Wan Ahmad Farid kekal sebagai ketua Bahagian Kuala Terengganu.
Sumber tersebut menyebut veteran umno yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Zuber Embong telah ditonjol sebagai ketua bahagian untuk menggantikan Wan Ahmad Farid.Antara usaha yang dilihat ialah beliau telah dilantik sebagai Pengerusi EPIK, sebuah anak Syarikat Kerajaan Terengganu yang tersenarai di papan utama BSKL.

Terengganu,royalti dan intergriti

Terengganu Darul Iman sebuah negeri yang di anugerah oleh Allah terdapat emas hitam didasar laut persisiran pantainya.

Pertemuan minyak di Terengganu bermula dari tahun 1978 lagi, mengikut Akta Petroleum yang diluluskan pada tahun 1974 dan perjanjian antara kerajaan Terengganu dengan Petronas pada tahun 1975, Petronas hendaklah membayar secara tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu mengikut kadar pengeluaran minyak dan dikuatkan lagi dengan perjanjian 1987 yang disebut perkataan "royalti". Perkataan "royalti" ini memang disebut dalam surat-surat rasmi kerajaan Pusat kepada Terengganu dan ianya terus dibayar sehingga bulan Febuari 2000 yang lalu, di mana kerajaan Terengganu di pimpin Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendapat bayaran berlipat kali ganda berbanding pada masa yang lalu kerana kenaikan harga petroleum dan ini memberi kedudukan yang selesa pada kerajaan negeri ketika itu.

Namum begitu atas desakan Umno Terengganu di dalam perhimpunan Agongnya, Awang Jabar( Dungun) telah meminta supaya Kerajaan Pusat dalam apa jua keadaan memastikan Petronas tidak lagi membayar royalti kepada kerajaan Terengganu.

Umno telah melanggar undang-undnang negara itu tanpa segan silu dan tanpa takut kepada sebarang tindakan undang-undang kerana parti itu percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan kekuasaannya sebagai kerajaan di negara ini.

PAS sejak royalti itu dirampas tidak pernah berhenti-henti untuk memperjuangkan hak rakyat itu dikembalikan ke kantong Kewangan Negeri Terengganu.
Pesuruhjaya PAS, Dato' Haji Mustafa Ali dalam banyak ucapannya dan kenyataan akhbar berulang kali menyebut perlunya wang royalti petroleum dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu.
Tindakan menuntut di mahkamah dibuat oleh Kerajaan PAS dahulupun adalah satu usaha untuk tujuan tersebut. Tetapi permainan politik kotor dan jahat Umno menghalang ia diselesaikan dengan segara kes itu semasa PAS masih lagi memerintah negeri itu dahulu.

Ini bertujuan menghalang kerajaan PAS dari menggunakan wang tersebut bagi pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu sekaligus menghalang kerajaan itu terus memerintah negeri Terengganu.

Pada awalnya Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) mengakui secara lisan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa royalti petroleum dan gas akan terus diberikan kepada kerajaan negeri itu namun ia berlaku sebaliknya.

Kemudian kerajaan pusat memperkenalkan duit royalti itu dengan nama dana Khas yang tiada ketetapan peruntukanya untuk Terengganu, malah menurut satu sumber selain pemberian kepada kerajaan dalam keadaan yang tidak ditetapkan peruntukan untuk perbelanjaan projek kementaerian di Terengganu juga menggunakan peruntukkan tersebut.

Apa pun, terbaru misteri kehilangan RM3 billion dana khas itu untuk Terengganu telah mencelik dan membuka mata seluruh rakyat khususnya Terengganu.

Kalau kita masih ingat, semasa Kerajaan PAS menerima duit royalti sebanyak RM434 juta dulu, maka Umno Terengganu telah memainkan sentimen rakyat Terengganu dengan menaikkan kain rentang dan poster mempertikaikan kemana duit tersebut dibelanjakan, " Masihkah Kau Ingat"?

Kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini mendedahkan bahawa RM7.3 billion telah diberikan kepada kerajaan Terengganu.Kemudian bekas MB Terengganu DS Idris Jusoh menyatakan beliau tidak tahu menahu dengan duit tersebut.Sementara MB Ahmad Said pula mengeluar kenyataan bahawa hasil siasatan beliau dengan pegawai kewangan negeri cuma RM4.3 billion yang diterima untuk diurus oleh Kerajaan Negeri.

Jadi kemanakah RM 3billion tersebut? Dimana intergriti yang dilaung-laungkan, dimana modal insan di bising-bisingkan?

Pegawai-pegawai didedah dengan pelbagai kempen intergriti,namum orang-orang besar lagsung tidak memperdulikan intergriti.

Dalam hal ini Idris Jusoh dan Abdullah Ahmad Badawi mesti membuat sidang bersama bagi menjelaskan kedudukan sebenar duit RM3billion itu.

Atau inilah jawapan sebenar kenapa Abdullah Badawi beriya-iya benar mempertahankan supaya Idris Jusoh terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, sehingga setiuasaha Umno Terengganu Dato' Rosol Wahid hilang intergriti diri ketika berhadapan dengan tindakan istana.

May 19, 2008

Wang ihsan vs Dana Khas

Bukan dikawal kerajaan negeri(Petikan Sinar Harian)
KUALA TERENGGANU -
(15hb Mei 2008)
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 bilion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri.


Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin. Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 bilion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada Kerajaan Pusat manakala RM7.3 bilion di­berikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing RM1.2 bilion dan RM4.8 bilion.


Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut. "Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu. Baca lagi
di sini.
berikut adalah penerangan lanjutan berkaitan dana khas terengganu (dahulunya dikenali sebagai wang ehsan):Wang Ehsan adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan ("MOF"). Kerajaan Negeri tidak ada kawalan diatas perbelanjaan yg dibuat oleh MOF. Kerajaan Negeri juga tidak pernah diberi maklumat jumlah sebenar yang dibelanjakan & jumlah baki yang ada. Sayugia di ingatkan tuntutan supaya Wang Ehsan diserahkan kepada kerajaan negeri masih di mahkamah.
Walaupun 80% bajet kerajaan negeri adalah dari wang ehsan, jumlah sebenar perbelanjaan adalah diluar pengetahuan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, kenyataan perbelanjaan wang ehsan berjumlah lebih daripada RM 7.3 Billion yang diumumkan baru-baru ini adalah diluar dari pengetahuan kerajaan negeri.
*Kedudukan Dana khas/ Wang Ehsan ke Bajet Negeri: (perincian angka boleh diperolehi dari Kewangan Negeri) Cukup jelas? Sekiranya tidak, perangkaan boleh diperolehi daripada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, bukan? Bagaimana ia dibelanjakan? Sepertimana di dalam perbelanjaan negeri? Perangkaan terperinci adalah untuk tatapan umum. Kita yang melantik mereka.

Pasti kerajaan negeri bersedia dengan perangkaannya. Dan sedemikian jugalah bagi kerajaan pusat. Mereka juga seharusnya sudah bersedia dengan perihal perbelanjaan ini secara terperinci. Tanyalah mereka baik mengenai dana khas atau wang ehsan atau wang royalti minyak, mereka semestinya hendaklah sentiasa bersedia untuk memperincikannya.

Lebih baik bertanya daripada menghentam keromo tanpa usul periksa.

Jangan nanti "nak tarik ular lidi, tertarik naga" bak kata sifu M. Nasir di dalam salah sebuah lagunya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita yang melantik mereka. Rakyat adalah "boss"nya, kerajaan hanyalah pesuruh.
Bukankah kerajaan yang dipilih itu adalah "Kerajaan milik rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" ("Government of the people, by the people and for the people").
_____________________________________________________

Halatuju politik Terengganu selepas ini

Gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat sudah semakin hampir untuk menakluki Putrajaya.Malah menurut satu sumber,perbincangan pembentukan kabinet juga sudah telah dirancang dengan rapi.

Dengan janji Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,sekiranya PR menerajui Putrajaya, maka wang royalti petroleum untuk negeri-negeri yang terdapat sumber asli itu di persisiran pantainya akan dinaikan kepada 20%.
Selama ini negeri-negeri tersebut hanya mendapat 5%, kecuali Terengganu, telah ditarik dan dinafi haknya selepas negeri ini diperintah olej PAS bermula november 1999.
Kini dalam keadaan serba kekurangan untuk mentadbir negeri Darul Iman ini,Menteri Besar secara terang terangan telah merayu kepada kerajaan Pusat hari ini agar duit dana khas persekutuan itu dikembalikan semula kepada Kerajaan Terengganu seperti sebelum tahun 2000 yang lalu.
Ahmad Said tidak henti-henti merayu malahan mendedahkan kelemahan pentadbiran dan pengurusan dana khas persekutuan itu sendiri.Ianya telah digunakan tanpa mengikut acuan keperluan dan perancangan kerajaan negeri.Malahan dari dana khas itu lah diwujudkan pula wang ihsan yang digunakan untuk diagihkan secara tidak adil kepada rakyat Terengganu dan diambil kesempatan oleh Umno disemua peringkat dinegeri ini.

Ahmad Said dilihat ada sedikit kelicikan didalam hal ini, beliau sedar PM sekarang berada didalam keadaan yang sangat meruncing, kedudukannya sebagai PM sangat tergugat, tidak cukup dengan digugat oleh Pakatan Rakyat yang akan mengambilalih JPM dan PutraJaya bila bila masa sahaja, ditambah dengan serangan dalaman dari Tun Mahathir( yang kini berada diluar Umno) dan asakan dari Tengku Razaleigh yang sudah bersedia untuk menerajui Parti Keris tidak bersarung itu.
Dengan jawatan PM berpindah kepada pakatan Rakyat, Presiden Parti keris pula dirampas oleh Tengku Razaleigh, siapa lagi Pak Lah pada masa itu? Benarlah laungan Rosol Dan Geng 22 semasa keputusan MT parti keris bersetuju menerima perlantikan Ahmad said sebagai MB Terengganu dengan laungan " Pak Lah Lembek! Pak Lah Lembek!Pak lah Lembek! "( Maklumat ini telah di sampaikan oleh ADUN Paka Zakaria @ Ariffin Abdullah dalam satu perbualan spontan ).

Pada masa itu Kerajaan Terengganu sudah tidak selari dengan kerajaan pusat.Kerajaan negeri adalah kerajaan BN, kerajaan pusat adalah kerajaan PR,dengan keadaan serba kurang dan sangat miskin,mampu kah ketika itu MB Ahmad Said mentadbir Terengganu?Kerajaan pusat pula ketika itu pasti akan melaksanakan janji mereka untuk memberi semula royalti 20% kepada kerajaan Terengganu.Atas kepentingan rakyat MB Ahmad Said akan bersama-sama kerajaan pusat bagi meneruskan pemerintahannya di Wisma Darul Iman.

Ketika sebelum sidang DUN Terengganu baru-baru ini timbalan pengerusi perhubungan Umno Terengganu, Dato' Tengku Putera Awang sanggup menghubungi Pesuruhjaya PAS Terengganu bagi memastikan beliau menang sekiranya ada pertandingan dalam perlantikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ini kan pula dalam kes halatuju untuk kepentingan rakyat, sudah tentu mereka boleh duduk semeja bagi maksud dan tujuan tersebut.

Bagaimana pula dengan Adun BN yang lain? adakah mereka akan mengikut Ahmad Said?
Ketika itu suasana politik sudah jauh berubah,bayangkan kearah mana kumpulan 12 yang dikepalai oleh Rosol?
Sebenarnya pada masa itu kuasa umno Terengganu sebenarnya dipegang oleh Tengku Putera Awang, suara Idris Jusoh selaku pengerusi perhubungan langsung tidak dipedulikan lagi.
___________________________________________________

May 18, 2008

NOSTALGIA AHMAD SAID & ROSOL (KISAH SAHABAT SEJATI)

Sejak dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said banyak belajar daripada kesilapan Idris Jusoh dalam melaksanakan tugas sebagai MB. Dan antara tugas yang kini rancak dilaksanakan ialah membersihkan ‘kotoran’ Idris Jusoh dalam pentadbiran negeri.

Ramai menganggap perlantikan Tengku Putera sebagai Speaker DUN Terengganu adalah sebagai balasan atas sokongan beliau kepada Ahmad Said semasa menerima asakan Pak Lah-Idris-Rosol ketika krisis perlantikan MB. Lantas menyepikan ADUN-ADUN derhaka (Idris-Rosol-Din Adam) dalam sidang DUN. Dan selepas ini tidak mustahil penyokong Ahmad Said akan dianugerahkan pelbagai jawatan dan projek. Jawatan di TDM, EPIC, Ladang Rakyat dan sebagainya termasuk T-Best (penganjur Moonsun Cup) menggamit mereka.

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, kaki pulak patah - perumpamaan aku untuk trio retro (Idris-Rosol-Din Adam) yang pasti terkenang akan persahabatan mereka dengan Ahmad Said ketika sama-sama menghentam ADUN PAS ketika tiap kali sidang DUN suatu ketika dahulu.

_______________________________________________________

Selamat Hari Guru,teruskan perjuangan....

16 Mei setiap tahun wargaguru akan meyambut hari guru.Kesempatan ini "Selamat hari guru"kepada semua warga pendidik.Pengorbanan guru sesuatu yang sangat mulia.

Terbaru, 3 orang guru di Hulu Terengganu telah menjadi mangsa kezaliman Melayu yang menggelarkan diri mereka Umno.
3 orang guru yang menjadi mangsa kerakusan jiwa merdeka umno melayu.

Mereka yang sebelum ini mengajar di sekolah sekitar Hulu Terengganu, mereka ini adalah warga Hulu, sama kenal, satu daerah, satu sekolah.Namum atas rasukan dendam,hilanglah sebuah pertimbangan.
Guru-guru yang ditukar kerja dengan tujuan untuk memberi kesusahan dan kesulitan bagi mereka menghadapi kehidupan seharian.
Masakan tidak, Cikgu Nasir terpaksa di tukar ke Sekolah Sungai Pergam,Hulu Jabor, sedangkan anak dan isteri di Kuala Berang.Kenapa begitu? kerana Cik gu Nasir sedikit kesedaran tentang islam.lalu akibat dari itu, cikgu Nasir yang begitu kuat jiwa pejuang Islam telah ditukar ke sana.Pejuang melayukah kita? pembela melayu kah kita?Fikir dengan waras.Apakah kerana orang itu tidak bersama dengan kita maka tindakan tukar yang mesti diambil?adilkah kita, nas dan dalil mana yang kita pakai?Semua wakil rakyat BN Hulu Terengganu adalah guru, masakan pengalaman menjadi guru sudah hilang?sudah hilangkah simpati kita dari guru kepada guru walau sekelumit?
Siapa yang mengarah siapa dalam hal ini?Cik gu Rosol?Cikgu Awi?Cikgu Ruzi?Cikgu MadNor(Lias) atau Cik Gu Jalaluddin Ismail selaku penolong pegawai Pelajaran daerah yang melakukanya?

Kita hanya berlagak baik dikhalayak ramai, tetapi lain sebaliknya.Kita hanya pandai mengungkap kata-kata indah, tetapi lain sebaliknya.
Sempena hari guru, marilah kita kuatkan azam kita untuk menyedarkan anak bangsa bertapa kembali kepada Islam yang sebenar itu suatu kemestian, suatu kewajipan.

May 16, 2008

Kembali kepada ajaran islam sebenar.

Berapa banyak Melayu Islam yang tak tahu mengucap dua kalimah sahadah? Mengaku Melayu Islam tapi tak takut melakukan maksiat. Ada pula Melayu yang dah tak mengaku Islam. Ini salah satu punca bangsa ini akan musnah.
Berapa banyak yang tak takut meninggalkan solat? Solat tu tiang agama, Melayu Islam dah berani ingkar suruhan Allah. Jati diri Melayu Islam runtuh bila tidak mengerjakan solat. Macam mana nak pertahankan Melayu kalau Islam dalam dirinya dah ditinggalkan, maka wang dan harta adalah segalanya sehingga lupa maruah bangsa, agama dan negara dah tergadai.
Bila solat berani ditinggalkan, tak kan nak berpuasa pula. Melayu Islam sekarang ni dah tak hairan bila melihat Melayu Islam yang lain makan di khalayak ramai. Bangsa lain pun tahu puasa ramadhan wajib bagi umat Islam, tapi kenapa langgar perintah Allah. Undang2 Allah berani dilanggar, tak hairan kalau undang2 sekarang akan digubal supaya mudah Melayu Islam hancur.

Wang berbilion, mahligai indah, emas berkati masih lupa nak tunaikan zakat. Melayu Islam yang kaya semakin kaya, entah punca pendatan halal atau tidak, yang miskin akan terus cium kaki yang kaya. Bangsa sendiri sanggup ditindas dan diperbodohkan.

Berapa ramai yang telah menunaikan haji, sehingga berkali-kali dan tak cukup dengan umrah berkali-kali. Tapi masih hulur wang untuk dapat projek. Bangsa ini akan musnah, percayalah...

Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.....

May 14, 2008

Suhakam kecam proses pilihanraya

Oleh : Beh Lih Yi

Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan piihanraya yang adil dan bebas.

Menurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas - seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasanberhimpun - sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya.

Dalam laporan yang diedarkan kepada ahl-ahli parlimen Isnin lalu, Suhakam mendapati wujudnya padang permainan yang tidak sama rata, terutama di segi akses kepada media, kebenaran mengadakan perhimpunan politi, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan penyelesaian di mahkamah.

Mengulas lanjut mengenainya, suruhanjaya itu berkata, calon-calon sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan 'cara yang tidak demokratik' untuk menang pilihanraya melalui pembelian undi, menyedia insentif bukan dalam bentuk kewangan dan menggunakan kemudahan dan dana rakyat.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa mesti menangani tuduhan seperti wujudhnya 'pengundi hantu' serta sistem pilihanraya yang tidak cekap dan tidak adil.

Keyakinan rakyat dalam proses pilihanraya yang adil, tegas suruhanjaya itu, adalah lebih penting daripada mendapat mandat yang besar. Walaupun pilihanraya di Malaysia diadakan dengan bebas, tetapi prosesnya tidak boleh dianggap sebagai benar-benar adil.

Komen tersebut mengesahkan aduan-aduan selama ini yang dibuat oleh parti-parti pembangkang dan badan-badan reformasi pilihanraya, yang menuntut ditubuhkan kerajaan sementara sewaktu pilihanraya bagi menghalang parti pmemerintah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.
Walaupun ramai pengundi memilih sebahagian besar calon-calon pembangkang di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac lalu, namun dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pilihanraya tetap berlaku.Lebih menarik lagi, laporan tersebut tidak memuatkan respons kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Suhakam dalam laporannya yang lalu.
Suruhanjaya itu menyuarakan kekecewaannya terhadap respons tidak bersungguh-sungguh kerajaan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakannya selama ini.Suhakam telah membuat banyak cadangan untuk memperbaiki usaha melindungi hak asasi manusia. Suruhanjaya itu berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada syor-syor yang dibuatnya melalui pelbagai laporan yang dikemukakan selama ini.
Menurut laporan itu lagi, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam mempertahankan hak asasi manusia.Suhakam hanya berkhidmat sebagai badan penasihat kepada kerajaan berhubung perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Kerajaan telah menolak permintaan Suhakam supaya ia diberi kuasa penguatkuasaan.Usaha berulangkali supaya laporan Suhakam dibahaskan di parlimen tidak berjaya, menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang mempersoalkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan hak asasi manusia.
Tulisan ini dipetik dari Media alternatif : http://www.malaysiakini.com/

Benarkah Umno Terengganu Tidak Berpecah?




Petikan Sinar Harian 12 Mei 2008
"Umno Terengganu menafikan bahawa wujudnya perpecahan serius melibatkan pemimpin utama dalam parti itu,selepas tercetusnya krisis perlantikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menggantikan Datuk Seri Idris jusoh,sebaik sahaja berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini".


Kenyataan ini dikeluarkan oleh setiausaha umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
Apabila Umno Terengganu tidak mengadakan mesyuaratnya, ini bermakna lantikan exco baru-baru ini tidak dipincang dan dipilih oleh pucuk pimpinan umno, sedangkan tradisi sebelum ini ianya dibincang terlebih dahulu di peringkat negeri.
Walaupun Rosol cuba melindungi perpecahan ini, namum semua orang tahu apa yang berlaku.
Perlantikan speaker DUN Terengganu juga tidak dibincang oleh Umno negeri.
Pepecahan amat ketara apabila pengerusi perhubungan umno tidak mencalonkan semula timbalan beliau, keputusan itu juga bukanlah keputusan umno negeri, tetapi keputusan pengerusi dan setiausaha.
Ketidakhadiran Rosol didalam majlis meraikan kemenangan Rozi Mamat di Dun Telemong jelas menunjukkan umno telah berpecah.Majlis tersebut dihadiri oleh semua wakil Rakyat BN Hulu Terengganu kecuali beliau.Majlis itu juga turut dihadiri oleh YAB Datuk Ahmad Said selaku MB Terengganu.Sebagai setiausaha Umno negeri lebih-lebih lagi selaku timbalan ketua umno Hulu Terengganu tiada sebab Rosol tidak hadir tanpa sebarang alasan yang munasabah.Menurut urusetia majlis tersebut, Rosol telah dijemput dan tidak memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir. sedangkan menurut laman blog pisautoreh dalam masa yang sama tak sampai 2 jam sebelum itu Rosol melepaskan peserta lumba basikal Pra-Sukma ditempat yang tidak jauh dari situ. Peristiwa yang berlaku ketika majlis makan tengahari sempena persidangan DUN Terengganu baru-baru ini juga menunjukkan bahawa umno berpecah teruk,peristiwa ini berlaku ketika Ahmad Said menuju ke meja makan untuk bersama-sama Idris Jusoh, namum idris dengan muka serius telah berkata kepada Ahmad Said" Bak po mung mari sining, dok soh mari sinilah(Gi make lain lah)"Ahmad menjawab"Aku Bukang nak gi kat mung, aku nok gi kat Wahid(mungkin merujuk YB Wahid Endut -Adun Wakaf Mempelam)".Ramai yang tidak perasan kejadian ini, tapi beberapa orang pelayan makanan sempat melihat kejadian itu, mungkin Rosol tiada di meja tersebut.
Apa yang jelas sekarang 6 ketua bahagian tidak lagi boleh bersama-sama Idris dan Rosol mereka ialah Datuk Tengku Putera Awang(Hulu Terengganu),Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu) Datuk Abdul Rahman Bakar ( Marang),Dato' Rosli Mat Hassan(Dungun),Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri(Kuala Nerus) dan Dato' Ahmad Said(Kemaman).
Idris dan Rosol pada masa ini tidak sanggup untuk berdepan dengan mereka diatas.Kegagalan Umno Terengganu merayakan ulangtahun ke62 juga adalah dilihat hasil dari perpecahan yang amat serius ini.
_______________________________________________

May 13, 2008

Exco YB Rozi Tipu slip Gaji ?

Ada satu email yang diterima lewat petang tadi.Email ini datang dari seorang yang menggunakan nama penanya xguru_Kjeneris.Beliau menceritakan pengalaman semasa sama-sama mengajar di sekolah Kebangsaan Kuala Jeneris, Hulu Terengganu, bersama YB Rozi Mamat, Adun Telemung yang juga merupakan exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri yang baru dilantik oleh YAB dato' Ahamd Said.
Kisah yang di tulis oleh xguru ini ialah bertapa rendahnya moral YB Rozi ketika itu, ketika bila?ketika BN tewas di Terengganu.Kejadian ini berlaku dalam tahun 2001.YB Rozi telah menipu slip gaji beliau ketika itu dengan harapan untuk mendapat peruntukan basikal dana khas persekutuan bagi anak beliau.
Yang menariknya slip gaji yang dipinda ini disahkan oleh Cik gu Zawawi Ismail Adun Kuala Berang, selaku PK sekolah Kebangsaan Kuala Jeneris ketika itu.
Sementara kelulusan bantuan khas basikal pelajar miskin itu di luluskan oleh YBM Dato' Tengku Putera Awang selaku Adun Telemong pada masa itu.
Begitulah rendahnya moral Pemimpin BN yang ada.Speaker, Exco dan Adun biasa membentuk rangkaian didalam memalsukan slip gaji.
_____________________________________________________

Harapan kepada MB 'Melayu' Terengganu

Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said telah melepasi halangan pertama, apabila selesai Sidang DUN Terengganu tanpa usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Rosol Wahid.Kini beliau boleh meneruskan kerja-kerja mentadbir negeri dengan baki sedikit wang yang masih ada.Rakyat sedang tertunggu-tunggu kemana arah dan halatuju negeri ini nak dibawa.Sebelum ini beliau telah berjanji akan membawa kesejahteraan untuk rakyat Terengganu.Projek-projek yang membazir dan membawa faedah kepada rakyat tidak menjadi keutamaan kepada beliau didalam meneruskan pembangunan negeri ini.Beliau merujuk kepada 2 projek mega yang langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat iaitu pembesaran lapangan Terbang sultan Majmud dan projek menambak muara sungai Terengganu untuk laluan kapal( ada ke?)

Walaupun ada setengahnya mendakwa kedua-dua projek tersebut amat perlu untuk masa depan, namum hakikatnya masih ada keperluan lain yang mesti diutamakan untuk rakyat dengan duit sebanyak itu.Bayangkan berjuta-juta duit dibenamkan dimuara Sungai Terengganu itu, untuk apa dan untuk siapa? hanyalah untuk tujuan mengambil duit dana khas persekutuan dengan cara yang halal.
Ada dakwaan Ahmad Said nampak sedikit ketelusan dan dapat menerima pandangan dalam dan luar, pandangan kawan dan lawan tidak di tolak mentah-mentah.Sejauhmana kebenaran dakwaan tersebut belum dapat dipastikan lagi dalam masa yang singkat ini.
MB Ahmad Said adalah orang Melayu, berjiwa melayu dan berjuang untuk parti Melayu.Begitu juga dengan Adun Adun Umno Yang lain semuanya mendakwa berjuang untuk kepentingan melayu.Kecuali Adun Bandar tidak berjuang untuk melayu.
Oleh itu, sebagai pejuang untuk mermatabatkan anak Melayu di bumi Terengganu ini, bertapa sedarkah kita bahawa terlalu ramai anak melayu jati Terengganu yang dizalimi oleh Pemimpin Melayu.
Lihatlah tanah lot sekangkang kera sekadar untuk setapak rumah untuk melindungi hujan dan panas di RTB Belimbing Api, RTB Payung , RTB Bujal,RTB Padang Pulut ( sekadar menyebut beberapa tempat)Dirampas dan rumah di roboh tanpa rasa sedikit simpati pun atas nama melayu.Pejuang Melayu kah kita?pembela Bangsakah kita?pengangkat martabatdan maruah melayukah kita?Melayu rampas tanah orang melayu.Melayu roboh tanah orang melayu.Terengganu bukannya kerajaan MCA atau Gerakan tapi kerajaan Umno BN, tak kanlah wakil Bandar(MCA) boleh mempengaruhi semua Adun Melayu yang lain untuk tujuan rampasan dan cerobohan tanah rakyat Melayu Terenggau.
Kini pula anak-anak melayu yang cermelang dinafikan hak untuk mendapat pinjaman Yayasan, bukanya biasiswapun hanya pinjaman pun anak melayu di Terengganu yang dinafikan hak.Adilkah kita?Jujurkah kita?

Sekarang kita mula membicarakan perpecahan melayu, sebenarnya melayu tidak berpecah tapi Umno yang berpecah,melayu umno berbalas-balas kenyataan sesama sendiri.Bangsa-bangsa lain menilai kekuatan melayu umno sekarang.
Kembali kepada Terengganu hari ini, sebuah harapan diletakkan ke[ada MB Melayu yang baru, kembalikan lah tanah-tanah rakyat yang dirampas, sebagai MB, sebagai Kerajaan sepatut kita berusaha semampu mungkin untuk menolong untuk membantu rakyat negeri kita, bukanya menyusahkan mereka dengan menambahkan lagi penderitaan mereka.
Kepada YB Adun Ajil yang akan meletakkan jawatan bila-bila masa dari sekarang, sebelum berbuat demikian jenguk-jenguk dan lihatlah bertapa masih ramai penyokong YB Dato' yang masih memerlukan bantuan di kg Peneh, Belukar Bukit, Lubuk Periuk, menerung dll(sekadar beberapa kampung).
"PERBUATAN KITA MUNGKIN IKHLAS, NAMUM ADAKAH HATI KITA JUGA IKHLAS SELARI DENGAN PERBUATAN KITA?"
-------------------------------------------------------------------------------------------------

May 12, 2008

KisahTukang Sikat Rambut Puteri Fir'aun

Di zaman dahulu, Firaun, Raja Mesir ada mempunyai pekerja yang bekerja untuk menyisir rambut anak-anak perempuannya.
Pada suatu hari dengan kehendak Allah, terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah sehingga ke hari ini. Ketika Masitah menyisir anak perempuan Firaun, ditakdirkan jatuhah sikat itu daripada tangannya.
Lantas secara spontan, terkeluarlah perkataan, 'Dengan nama Allah celakalah Firaun' dari mulutnya.
Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu, lalu berkatalah dia kepada Masitah, "Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?"
Masitah menjawab, "Ya, memang ada."
Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah, "Maukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?"
Masitah pun menjawab ringkas, "Ya , baiklah."
Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya kan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut, Firaun pun memerintahkan supaya Masitah dibawa mengadap kepadanya.
Apabila Masitah datang mengadapnya, lalu Firaun pun bertanya kepada Masitah. Katanya yang berbunyi, "Apakah ada Tuhan selain dariku?"
Masitah menjawab dengan tegas, "Tuhanku adalah Allah (Wajibul Wujud)."
Mendengar jawapan itu, Firaun pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah supaya mengubah pendiriannya atau membuangkan keimanannya itu. Setelah beberapa cara atau bermacam-macam pujukan dilakukan, namun Masitah tetap dengan pendiriannya. Malah, Masitah memberikan jawaban dengan tegas, "Allah Tuhanku dan Tuhanmu sekalian."
Mendengar yang demikian, bertambah murkalah Firaun lalu digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. "beta akan bunuh sekalian keluargamu!" gertak Firaun.
"Baiklah," jawab Masitah. "Akan tetapi, ada permntaan hamba yang harus tuanku tunaikan iaitu hamba mau sekiranya kalau tuanku akan membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini di suatu perkuburan."
Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum masitah dan anak-anaknya serta suaminya.
Dengan panasan minyak yang mendidih di atas api, lalu dilontarkan anak-anak Masitah dan suaminya. Kini tinggallah Masitah dengan anak kecilnya yang sedang dalam pangkuannya yang masih menyusu. Betapa pilu dan sedihnya tidaklah dapat dibayangkan.
Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk memasuki minyak yang panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun kerana melihat anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.
Lalu dengan kudrat Allah, anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya, "Wahai ibuku, masuk sajalah ke dalam belanga ini. Sesungguhnya ibu berada di atas pihak yang benar."
Dengan demikian, apabila didengar saja perkataan tersebut, maka bertambah beranilah ia untuk masuk ke dalam belanga itu. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut.
Maka berakhirnya riwayat hidupnya di atas dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah S.W.T. dengan penuh kejayaan. Setelah selesai peristiwa tersebut, maka Firaun pun menitahkan kepada hulubalangnya supaya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum ia dibunuh.
Oleh kerana teguhnya iman terhadap Allah dan kesungguhan tekad di dalam hati mereka masing-masing, lantaran tidak ada was-was dan ragu-ragu di dalam menghadapi percubaan dan perjuangan iman, maka Allah mengharumkan kuburnya sampai bertahun-tahun lamanya.

Moral Cerita : Walaupun Masitah berkerja dan mendapat gaji dari Fir'aun, kerja-kerja menentang kekufuran Fir'aun tetap diteruskan.
Apakah Masitah tidak bersyukur dengan gaji yang didapatnya dari Fir'aun?
Masitah Bersyukur kepada Allah, tapi tidak bersyukur kepada Makhluk laknat seperti Fir'aun.
-----------------------------------------------------------------------------------

Bute Ke Boloww ?

video

Cantiknya bahasa YB yang sorang ni :
Bute ke Bolow?

May 10, 2008

Ikut arahan Pak lah

Satu email dari pengunjung untuk di ingati semula :

Daripada Utusan Malaysia"Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.
Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar. Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden." - selanjutnya

Umno Penderhaka

video

23 Orang Adun akan letak Jawatan- Rosol Wahid

video

May 9, 2008

Cakap-cakap Sidang Dun Terengganu

Sidang Dun Terengganu , mesyuarat pertama penggal ke-12 telah selesai.

Antara yang sok sek-sok sek dalam sidang DUN tersebut ialah yang paling ketara, apabila hanya seorang sahaja wakil kerajaan yang berucap membahaskan ucapan terima kasih/ menjunjung kasih kepada Pengerusi MPPR yang telah merasmikan sidang DUN Terengganu.

Itu pun seorang wakil yang sangat pekat Hulunya(ct pun orang Hulu).Dalam ucapan yang singkat itu pun wakil Kuala Berang sering terbabas dalam menyebut beberapa perkataan, antara yang pailing ketara apabila beliau menyebut Lrt Minerel, sedang kan tujuan dan maksud beliau sebenar ialah hendak menyebut Lrt monorel.

Pujian patut dipuji kepada 2 adun baru PAS, terutama wakil bukit Payung yang sedikitpun tidak menunjukkan kejanggalan nya walaupun pertama kali masuk Dewan Undangan Negeri,perlu diingati, selain mewakili Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah juga membawa suara Pemuda PAS Terengganu di dalam Dewan Undangan Negeri.Kepetahan Ustaz Mohd Nor difahamkan telah mendapat pujian kakitangan kerajaan dan pemerhati sidang Dun Tersebut.Mungkin juga pengalaman beliau yang mengajar di masjid dan surau menjadikan beliau tidak gugup ketika beliau membahaskan titah Pengerusi MPPR.Seorang lagi exco yang juga dari Hulu Terengganu,iaitu Adun Hulu Telemung YB Rozi Mamat selalu tersasur didalam menjawab soalan, seketika beliau telah di tegur oleh speaker kerana bertukar antara perkataan Intensi dan inisiatif.


Namum begitu ada juga beberapa orang Adun bekas exco yang cuba-cuba mengusik nakal ketika wakil PAS menyampaikan ucapan.


Antaranya ialah Adun Ajil, ketika Wakil Bukit Tunggal menyebut soal ketiadaan bekalan air bersih di Kg Pulau Sekati, Kuala Terengganu.Adun Ajil mencelah dengan bertanya mengapa projek tersebut tidak dibuat zaman pemerintahan pas dulu, namum usikan nakal wakil Ajil itu dijawab dengan selamba oleh wakil Bukit Tunggal dengan berkata"Macamana nak Buat duit royalti telah dirompak habis" kemudian bangun wakil Wakaf Mempelam mengusik wakil Ajil dengan berkata" masih ada wakil Ajil"( ingatkan dah letak jawatan).


Menteri Besar yang baru sendiri nampak agak terbuka bila dapat menerima beberapa pandangan dan cadangan dari wakil Rhu Rendang.

Namum begitu mengikut pemerhati politik, inilah sejarah dalam Dun Terengganu yang paling dingin, mungkin kesan daripada krisis perlantikkan MB selepas PRU ke-12 Masih terasa.



Wallahu'alam





May 6, 2008

(HIP-ZIA)-Apa khabar Sungai Como, Tasik Kenyir?

Petikan berita lawatan oleh PM ke Sg Como Tasik Kenyir, Hulu Terengganu:

"Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir yang terbesar di negara ini dijangka mampu membawa transformasi besar industri pertanian negara termasuk menjana pulangan pendapatan melebihi RM3,000 sebulan kepada peserta.
Projek meliputi kawasan seluas 2,800 hektar dengan peruntukan RM50 juta adalah antara 39 Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) di seluruh negara.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata projek itu mampu meningkatkan pendapatan peserta dari kalangan nelayan, golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga siswazah.
“Kita mengganggap projek ini mampu menambah nilai dan perusahaan komersial yang besar serta menghasilkan pendapatan tambahan kepada peserta termasuk siswazah.
“Kalau mereka (siswazah) melihat kawan mereka mendapat kejayaan dalam projek ini, mereka pasti akan berminat dan turut melibatkan diri,”katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek ikan air tawar dalam sangkar di sungai Como, Tasik kenyir, Hulu Terengganu"



Gambar dibawah ini pula di ambil dari laman web, yang bertarikh 17 Feb 2007 lebih kurang sebulan setengah selepas lawatan diatas tadi


















Projek kelihatan berjalan, walaupun tidak seperti yang di war-warkan.


Kini kita lihat pula keadaan projek ini selepas setahun setengah di lawati PM.
Gambar-gambar dirakam awal mei 2008.

Sangkar ini sebenarnya hanya tinggal pelampung dan rakit,
tanpa lingkaran jejaring dan tanpa ikan.Gambar ini dirakam sebelah kiri ke pengkalan
Berdekatan Pejabat Perikanan.





Sebelah kanan hanya tinggal satu sangkar yang kosong tanpa lingkaran jejaring



Sebelah depan kanan bertentangan Pejabat perikanan
yang dulunya dipenuhi sangkar, kini kosong .


Ini pula adalah tong-tong pelampung untuk sangkar yang dibiarkan begitu sahaja,
tanpa pengawasan.Difahamkan tong ini telah lama berada disini


Suka dijelaskan disini Sungai Cemo, Tasik Kenyir ini terletak didalam Dun Telemung yang kebetulannya adalah exco pertanian dan asas tani yang baru.Baru-baru ini YB Rozi Mamat telah melawat projek ikan Kerapu di Setiu.
Tapi bagaimana dengan status projek Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA)?bagaimana kedudukannya, kemana perserta yang terdiri dari siswaszah?Alangkah bagusnya sekiranya ada soalan berkaitan projek RM50 juta ini didalam sidang Dewan Undangan negeri yang sedang berjalan sekarang.


Yb, projek kerapu ni memang dah berjaya, projek sungai Como macamana?