Jun 30, 2008

Nostalgia Reformasi 1998-Penangkapan DSAI


mengingati saat-saat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kenali Budak Yang Membuat Lapuran Liwat

Saiful Bukhari Azlan
(Bagaimana perasaan ibu,bapa, abang,kakak dan adik-adik beliau dan bagaimana pula perasaan saudaramara beliau!!!!)


Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.



Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

Jun 29, 2008

Bersabarlah Wahai YB DS Wan Azizah Ismail

Klip video kenangan bersama Reformasi, bersabarlah kak Wan.
Kebenaran Mesti mendapat pertolongan Allah.

Jun 28, 2008

Sekalung tahniah Kepada TG Hj Hadi

Dalam kesibukan Tuan Guru Hj abdul Hadi Awang sebagai presiden, sebagai Ahli Parlimen Marang, sebagai Adun Rhu Rendang, sebagai Tok Guru, sebagai Jawatankuasa induk Gerakan Islam antarabangsa serta juga sebagai penulis kitab masih berkesempatan menerima undangan ke luar negara.
Disamping kuliah tetap di Masjid peninggalan ayahanda beliau di Rusila, beliau sebelum ini menyampaikan kuliah tafsir setiap malam khamis(rabu malam) di Masjid At-Taqwa Pekan Enam, Kuala Terengganu.Namum begitu dengan suasana dan perkembangan terkini, selepas pilihanraya umum ke-12, kuliah tafsir tersebut telah dipindahkan ke Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Sementara itu sebelum ini setiap sabtu ( malam ahad) awal bulan beliau menyampaikan kuliah maghrib kitab Ma'lim Fi Tariq( Petunjuk Sepanjang Jalan) tulisan As-Syahid Sayid Qutb, di Markas Tarbiyah, Taman Melewar,Kuala Lumpur.Menurut sumber yang terlibat dengan kuliah tersebut kini diberitakan ditangguh sementara kerana urusan membaikpulih dewan utama markas tersebut.Tuan Guru juga dijadualkan akan mengadakan kuliah maghrib di sebuah masjid di negeri Selangor.

Perkembangan mutakhir ini, sesuatu yang mengembirakan masyarakat Hulu Terengganu,Tuan Guru dijangka akan menyampaiakan kuliah di Pekan Kuala Berang, seminggu sekali bermula akhir Julai ini.Menurut berita yang diterima dari guru-guru yang rapat dengan "Rumah Hijau Kuliah di Kuala Berang ini hanya akan disampaikan oleh Tuan Guru ketika sidang Parlimen tidak berjalan.Kalau program ini berjalan seperti yang rancang, Tuan Guru akan menyampaikan kita Mustikal Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.


Ini lah satu peluang besar kami di Hulu Terengganu untuk mengikuti kuliah Tok Guru secara dekat dan berkala.
Terima kasih diucapakan kepada Tok Guru, syabas kepada PAS Hulu Terengganu diatas usaha ini.Diharapkan kuliah ini mendapat habahan yang menyeluruh bagi masyarakat Kuala Berang dan sekitarnya.
Pagi ini 27 .6.2008- Diberitakan Tok Guru berangkat Ke United Kingdom atas jemputan Gerakan Islam dan pelajar Islam disana.


Ingat-ingatlah....

Majlis Fatwa : Mana Fatwa Anda ????

KEPUTUSAN Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengharamkan ‘Peraduan 100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom kerana mengandungi unsur judi, sedikit sebanyak meleraikan kegelisahan dan keraguan masyarakat Islam.

Tindakan itu dilihat tepat pada masanya kerana masyarakat memang mudah terpesona dengan peraduan yang menawarkan ganjaran mewah tanpa memikirkan terlebih dulu sama ada sesuatu peraduan itu mematuhi syariah atau sebaliknya.

Namum sehingga kini majlis fatwa belum lagi mengeluarkan fatwa atau menasihati orang-orang besar negara supaya menghidari maksiat.

Apakah majlis Fatwa merasakan ini semua bukan tanggujawab? bukan Hukum?


Majlis Fatwa atau majlis mufti atau apa-apa badan agama didalam kerajaan mesti mengambil satu tanggujawab untuk memastikan perakara-perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dikalangan pemimpin.
Bila ianya berlaku dikalangan pemimpin sudah pasti ianya dilihat oleh rakyat, rakyat yang jahil sudah semesti melihat dengan tidak merasa apa-apa kesalahan, lalu ianya menjadi ikutan si rakyat.

Paling tidak sepatah komen dari mufti Perlis , sebagai ingatan sudah pasti ia dapat menjadi pengajaran untuk diambil iktibar.


Penganut fahaman Hadhari Pasti akan marah sekiranya perkara diatas dikatakan sebagai pegangan hadhari, akan tetapi itu lah hakikatnya.

Ingat-ingatlah....Allah tidak memungkiri janji.

Berbohong jadi amalan pemimpin negara

Is Zack

Rasulullah ditanya para sahabat dalam suatu majlis: "Wahai Rasulullah, adakah orang mukmin itu bersifat penakut?" Jawab Baginda : "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat kedekut?" Baginda menjawab: "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat pembohong?" Rasulullah menjawab: "Tidak!"

Sedutan hadis di atas memberi gambaran bahawa kebarangkalian ada di antara orang-orang mukmin yang bersifat penakut dan kedekut. Namun Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa seseorang mukmin tidak sama sekali akan bersikap pembohong.
Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah 'dianugerahkan' dengan siri-siri pembohongan pemimpin utama negara.

Sebelum PRU12, Perdana Menteri ditanya para wartawan adakah esok akan berlaku pembubaran Parlimen? Maka dijawab oleh PM tidak sama sekali. Keesokannya Parlimen dibubarkan!

Timbalan Perdana Menteri semasa kempen PRU12 mengatakan bahawa kerajaan sama sekali tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel walaupun kenaikan itu berlaku di seluruh dunia dalam masa terdekat. Akhirnya kita saksikan hari ini rakyat dihadiahkan dengan kenaikan menggila daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter petrol dan daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter diesel.

Beberapa hari sebelum kenaikan bahan bakar ini, Dato Shahrir Samad selaku Menteri Hal Ehwal Pengguna menyatakan kenaikan petrol dan diesel dijangka berlaku pada bulan Ogos ini. Dua hari selepas kenyataan dibuat, petrol dan diesel telah dinaikkan tanpa diberi peluang untuk rakyat membuat persediaan.

Tiga situasi di atas membuktikan ciri-ciri munafik pemimpin utama negara. Mereka seolah-olah melakukan sesuatu yang di luar kesedaran. Keputusan-keputusan yang dibuat boleh diibaratkan sebagai 'mengigau' kerana jelas tidak konsisten dengan sensitiviti rakyat bawahan.

Seumpama kita menyaksikan larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing. Selang beberapa hari larangan itu ditarik balik. Sungguh cepat dan sungguh tidak konsisten sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dibuat seolah-olah mereka sedang menguruskan sebuah keluarga di rumah!- tajdid

Ingat-ingatlah.....Allah tidak pernah memungkiri Janji...

Jun 27, 2008

Matlamat Meruntuhkan Jahiliah Moden

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini pula timbul soal pertemuan dan perbincangan antara PAS dan Umno demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak sedikit pun ruang yang ada jika bermatlamatkan ketuanan Melayu.Kalau pun mungkin berlaku, ianya merupakan perbincangan tidak rasmi, sekadar perbincangan di lobi parlimen atau di ruang balai berlepas KLIA sahaja.

Untuk apa PAS diajak berbincang? matlamat PAS sudah jelas, bukan sekadar umno, malahan DAP dan PKR juga tahu matlamat PAS.

PAS tidak pernah gila untuk membentuk kerajaan, kalau kegilaan untuk memerintah itu menjadi matlamat, PAS tidak mungkin ditendang keluar dari BN pada tahun 1977 dahulu.
PAS ditendang keluar kerana mempertahankan prinsip Perjuangannya lalu ia ditendang BN.

Kata-kata ucapan Presiden masih segar diingatan ketika PAS memerintah Terengganu 1999-2004 " Kami rela kalah di Terengganu kerana kami melaksanakan Islam, kami rela ditolak oleh rakyat kerana kami melaksanakan tuntutan agama"

Oleh itu sekiranya ada beranggapan bahawa matlamat PAS untuk menjadi Kerajaan dan duduk di kerusi embuk, sudah mestinya andaian itu salah.
Matlamat PAS adalah untuk mencari keredhaan Allah( Mardhatillah), apa lah ertinya mendapat sebuah kerajaan, sedangkan ianya tidak mendapat redha Allah, apalah ertinya memerintah kalau ianya di murkai Allah.
Kita bersama PAS adalah untuk meruntuhkan Jahiliah yang di bawa semula oleh puak-puak sekular, tidak mungkin sama-sekali kita meruntuhkan jahilliah ini dengan kita mendirikan satu jahillaih yang baru.

ingat-ingatlah.......

Betulkah begitu di Hulu Terengganu


Baru-baru ini, seorang adun bekas exco telah membuat kenyataan akhbar bahawa beliau tidak akan menentang ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu dalam pemilihan Oktober ini.Menurut adun bekas exco itu lagi, beliau telah menasihatkan penyokong beliau diseluruh bahagian Hulu Terengganu agar tidak mencalonkan beliau dalam pemilihan tersebut.

Adun bekas exco ini telah mendahului ketua bahagian ketika membuat kenyataan akhbar, sememangnya adun bekas exco ini dilihat "Gila Glamour" kerana sejak melepaskan jawatan sebagai setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, beliau dilihat hari-hari membuat kenyataan media didalam akhbar Sinar Harian , malahan mengatasi Menteri Besar atau Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri.

Benarkah apa yang dinyatakan oleh adun bekas exco itu , keputusan diambil kerana menghormati saranan dato' Ahmad Said supaya tiada perlawanan dalam bahagian? Bukan kah sebelum ini beliau menyedari kekuatan beliau sebagai Adun tidak mampu untuk menggugat Yang Dipertua DUN? Malahan beliau merancang agar Ahli Parlimen Hulu Terengganu supaya melawan Ketua Bahagian.

Setelah menyedari perancangan adun bekas exco itu, Ketua bahagian Hulu Terengganu telah mengambil jalan selamat dengan merancang agar YB Rozi Mamat adun Telemong yang juga exco melawan adun bekas exco itu .

Selepas beberapa minggu mebuat kajian dan tinjauan, tenyata adun bekas exco akan ditewaskan dengan mudah oleh Adun Telemong, maka adun bekas exco telah mencadangkan agar tiada pelawanan dalam mesyuarat agong Perwakilan umno Hulu Terengganu.

Itu hanya cadangan beliau selepas merasakan kedudukan beliau sebagai timbalan ketua Umno Hulu Terengganu sudah tidak selamat, malahan menurut seorang exco Pemuda Umno Bahagian yang berasal dari kampung Gaung, sehingga kini sah jawatan timbalan ketua akan dicabar,Menurut beliau lagi, tidak timbul lagi untuk mengelak dari pepecahan , kerana umno hulu Terengganu telah berpecah angkara perbuatan adun bekas exco itu.

Sementara itu seorang guru, juga exco pemuda umno Hulu Terengganu, dengan yakin menyatakan bahawa dengan tersingkirnya adun bekas exco itu dari Jawatan timbalan ketua Bahagian Hulu Terengganu, akan mengembalikan semula kesolidan umno Hulu Terengganu.

Ingat-ingatlah.....

Jun 21, 2008

Tahniah dan syabas MAMPAT

Majlis Permaufakatan Rakyat Terengganu[MAMPAT], sebuah gabungan beberapa ngo telah berjaya mengadakan konvensyen royalti petroleum Terengganu sempena kempen mereka untuk mendesak kerajaan pusat mengembalikan royalti petroleum Terengganu sebanyak 5% .

Majlis konvensyen yang diadakan pada 14 Jun, bertempat di Dewan utama Terengganu Equestrian Resort [ TER]. Walaupun kehadiran tidak seperti mana yang dijangkakan, namum majlis tersebut berjalan dengan sempurna.
Menariknya program telah di rasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni Tengku Ismail Nasaruddin Shah, bapa saudara kepada kebawah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Maizan Zainal Abidin.

2 kertas kerja telah dibentangkan.kertas kerja Pertama oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang juga bekas pengerusi Petronas.Sementara kerta kerja kedua telah di bentang oleh Yng Berbahagia Tun Salleh Abas, bekas ketua Hakim Negara.

Sebelah petang, diadakan forum terbuka yang membariskan ahli panel yang terdiri, Dato' Mustafa Ali, Dr. Aziz Bari, Prof. datuk Paduka Mohamad Abdullah.


Kebetulan pada hari itu juga PM telah datang ke Terengganu, sekali gus mengumumkan bahawa pengurusan royalti Terengganu 5% diserah kembali kepada Kerajaan Terengganu.

Saya yang berkesempatan hadir bersama suami sehingga majlis disempurnakan amat bersetuju dengan pandangan yang diberi Dato' Mustafa Ali agar MAMPAT hendaklah bersih dari pengaruh dan dikuasai oleh parti politik.MAMPAT juga jangan sesekali membezakan parti-parti politik didalam berurusan dan melaksanakan aktiviti untuk kebaikan rakyat Terengganu.

Oleh itu secara peribadi, saya mengharapkan agar MAMPAT tidak dilibatkan oleh orang-orang yang ada jawatan dalam politik baik kerajaan atau pembangkang.Biar apa pun jawatan samada penaung, penasihat atau AJK MAMPAT.Mereka -mereka yang ada jawatan dalam parti seharusnya mengambil ketetapan samada untuk memimpin MAMPAT atau melepaskan jawatan didalam MAMPAT.Apa yang saya nampak [mungkin saya silap] beberapa orang yang memegang jawatan dalam parti juga meruapkan penggerak utama MAMPAT, malah ada bekas calon PRU ke-12 memegang jawatan utama MAMPAT.

Supaya MAMPAT dapat berjalan bersendirian tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan politik, elok sangat rasanya MAMPAT dibersihkan dari orang-orang politik.

Jenama Islam Hadhari telah beri kesan negatif!

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri tetap mempertahankan prinsipnya sebelum ini yang menolak jenama Islam Hadhari.


Ketika diajukan isu pengharaman Islam Hadhari yang telah diusulkan oleh Kerajaan Selangor baru-baru ini, beliau berpendapat Datuk Seri Abdullah Badawi perlu akur bahawa jenama Islam Hadhari telah memberi kesan negatif di atas apa pun alasan yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama tersebut.

"Walaupun saya tolak jenama Islam Hadhari tapi saya pertahankan isi kandungannya yang bagus. Pak Lah sepatutnya tidak mendengar hujah yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama Islam Hadhari," katanya.

Antara kelemahan Islam Hadhari ini ialah adanya lambakan hiburan yang berlebihan dan menyusahkan masyarakat Islam.
"Saya bukan anti hiburan. Cuma hiburan tidak boleh berlebihan kerana generasi muda tidak ada tumpuan terhadap tanggungjawab dan nilai-nilai patriotik, negara dan bangsa.
"Nilai-nilai ini perlu dipertahankan kerana saya lihat remaja lain tidak begitu dan longgokan hiburan ini hanya pada orang Melayu saja," katanya lagi.

Sebelum ini, Dr. Asri antara yang lantang memberi pandangannya tentang Islam Hadhari.
“Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak walaupun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan.

Beliau mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ Islam Hadhari supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu.

Susulan itu, Dr Asri juga pernah membuat kenyataan supaya dibuang saja namanya tapi makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan - "tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.
"Jangan silap faham, saya pertahankan inti kandungan Islam Hadhari," katanya.

Ingat-ingatlah, insaf-insaflah.

Nasib 3 pelakon utama Terengganu Bestari

Semasa hampir pilihanraya umum ke 12 yang lalu, umno Terengganu telah melakonkan satu drama pembohongan yang amat jijik.
Umno Terengganu bersama umno Marang dan penyelaras DUN Rhu Rendang telah menggunakan Abang Dato' Musataffa Ali yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan untuk diisytiharkan telah meninggalkan PAS dan masuk umno.

Kes ini sedikit pun tidak menjadi gempar di Terengganu pada awalnya.Namum setelah umno menaikkan banyak papantanda mega menyiarkan gambar abang Dato' Mustafa Ali ,Zakaria Ali menyerahkan borang umno kepada Idris bin Jusoh yang ketika itu dialah MB dan dialah ketua perhubungan umno Terengganu.
Majlis penyerahan borang itu telah berlaku di pentas budaya pantai kelulut.Bersama sama didalam gambar itu termasuklah ketua umno Marang Rahman Bakar dan penyelaras umno Rhu Rendang Razali Alias.
Lakonan jahat mereka bertiga ini akhirnya makan diri, Cikgu Zakaria Ali kekal dengan PAS namum 3 watak utama dalam lakonan ini mengalami nasib yang sangat malang selepas pilihanraya umum ke-12.

Watak Pertama


Idris bin Jusoh- hilang jawatan MB dan ketua Perhubungan umno, hanya kini adun biasa yang pergi kemana-kemana langsung tidak dihormati, kecuali umno Besut masih beranggapan beliau sebagai MB.
Kes kehilangan wang dana khas 3 billion menghantui jiwa idris Jusoh




Watak kedua

Rahman Bakar- Digugrkan sebagai timbalan menteri selepas tidak lagi bertanding di Parlimen Marang pada PRU ke-12.Kalau beliau yang menjadi calon pada pilihanraya tersebut sudah pasti beliau akan tewas kepada Presiden PAS. Walaupun beliau mendakawa bahawa beliau sendiri yang mengarahkan agar penyokong tegar beliau mengundi PAS dalam PRU ke-12,namum itu semua adalah satu lagi sendiwara beliau untuk menyakitkan Idris Jusoh ketika itu.

watak ketiga


Razali Alias- Bekas pengamal Ganja ini mengharapkan lakonan tersebut mampu menarik pengundi di DUN Rhu Rendang, namum hakikatnya beliau tewas dengan majoriti yang lebih 100% peningkatannya berbanding pilihanraya umum ke-11.Malahan di peti undi beliau sendiri pun belaiu tewas.


Ini pembalasan untuk ketiga-tiga watak dalam drama Cikgu Zakaria.

-Ingat-ingatlah.....

Siapa lawan siapa di Hulu Terengganu

Umno Hulu Terengganu akan mengadakan mesyuarat Agong Tahunan Bahagian pada september ini.

Tahun ini merupakan tahun pemilihan pimpinan umno di peringkat bahagian dan pusat.
Di Hulu Terengganu dijangka akan berlaku juga perlawanan merebut jawatan tertinggi bahagian, walaupun perancangan asal seorang Adun bekas Exco telah berubah.

Adun bekas Exco itu sepatutnya menjadi calon untuk merampas jawatan ketua bahagian dari tangan bekas ahli Parlimen Hulu Dato' Tengku Putera yang kini memegang jawatan speaker DUN Terengganu selepas digugurkan dari menjadi calon untuk bertanding dalam Pru ke-12 baru-baru lalu.

Kini selepas perancangan asal telah berpusing 360 darjah, adun bekas exco masih merancang beberapa pelan untuk mencuba nasib bagi mengusai umno Hulu Terenganu.

Difahamkan, oleh kerana Adun bekas exco menyedari beliau tidak mampu lagi untuk berdepan dengan Dato' Tengku Putera, ahli parlimen Hulu Terengganu yang baru Cikgu Mohd Nor @ Alias telah di promosikan sebagai calon untuk merebut ketua bahagian.
Ini bermakna, adun bekas exco itu akan kekal mempertahankan jawatan timbalan ketua bahagian yang diberitakan akan di cabar oleh exco kerajaan negeri Rozi mamat yang juga Adun Telemong.
Pertebungan ini dirasakan tidak sesengit mana.Ini kerana diyakini banyak pihak Tengku Putera dan Rozi Mamat akan mendapat laluan yang mudah untuk memimpin Umno Hulu Terengganu.
Keputusan itu juga sudah semestinya meleyapkan kerier politik adun bekas exco tersebut dan sekaligus cikgu Mohd Nor adalah ahli Parlimen hulu Terengganu untuk sepenggal sahaja.

Notebook Rosak

Sungguh menyedihkan apabila notebook yang berusia 6 tahun itu telah rosak dan kalau dibaiki pun kos hampir menyamai sebuah yang baru.
10 hari tidak dapat melayari internet.
Walaupun mempunyai broadband sekali pun,namum apakan daya.
Kini sebuah notebook baru telah dihadiahkan oleh suami tersayang.
Terima Kasih

Jun 10, 2008

Harga Minyak naik, 60 nelayan mogok

Hampir 60 nelayan pukat tunda berpengkalan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Chendering, di sini dikatakan ‘mogok’ daripada keluar ke laut untuk menangkap ikan sejak beberapa hari lalu, apabila hasil yang diperoleh tidak berbaloi dengan keperluan minyak diesel.

Kebanyakan nelayan terbabit dikatakan bertindak melepaskan geram dengan cara tersebut sehingga rela ‘menganggur’ akibat tidak sanggup berhadapan dengan kadar kenaikan harga minyak diesel beberapa hari lalu.
Seorang nelayan, Ismail Ali, 62, ketika ditanya wartawan Sinar Harian berhubung tindakan yang diambilnya untuk tempoh berapa lama berkata, dia hanya akan ke laut semula setelah mendapati ikan kembali banyak.


“Sekarang ini, musim ikan memang tidak banyak dan kenaikan harga minyak secara mendadak pula agak membebankan kami, menyebabkan ada ketika hanya memperoleh pulangan bersih RM25 sehari sahaja, itu pun kalau dapat hasil.

“Memang membebankan kerana sebelum ini keperluan minyak untuk dua hari contohnya adalah sebanyak RM500, tetapi sekarang sudah mencecah RM700 dan sekiranya hasil yang didapati RM1,000, kami perlu membayar untuk minyak tersebut ditambah dengan makan dan minum dalam RM100 dan kemudian perlu dibahagi dua dengan pemilik bot.

“Baki yang tinggal kemudian perlu dibahagi pula dengan tiga rakan lain yang berada dalam bot sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam..

Rakannya, Abdullah Salleh, 54, pula memberitahu, dia tidak tahu melakukan aktiviti lain bagi meneruskan kehidupannya dan dia juga memutuskan tidak akan ke laut buat masa ini. “Sekiranya ada bantahan pun, tidak mungkin keadaan ini dapat membantu kerana apa yang saya dengar, akan berlaku lagi kenaikan harga minyak pada bulan Ogos nanti.

“Ini agak meresahkan kami yang bekerja sebagai nelayan, macam mana hendak ke laut sedangkan kami seolah-olah mencurah minyak di laut jika tidak mendapat hasil tangkapan,” katanya dengan nada kesal.

Dipetik dari Sinarharian Terengganu 10 Jun 2008

Harga ayam Naik lagi...

Minggu lepas dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, singgah di pasar sementara Kuala Berang, pasar lama diroboh kerana buat pasar baru atas janji Deris Jusoh masa pilihanraya kecil dun Kuala Berang ogos 2004.

Pasar lama Kuala Berang dibina dalam tahun 1984 dan siap 1987, ini bermakna pasar lama itu baru berusia 21 tahun, bangunan kalau 21 tahun ni dikira masih baru, struktur binaan pasar tersebut pun masih kukuh, tapi apa daya.Pasar Kuala Berang yang siap tahun 1987 itu telah dibina oleh Syarikat RME Sdn Bhd, syarikat milik senator Roslan Awang Chik.Masa dia dapat projek tersebut arwah abang ipar beliau adalah exco iaitu Dato' Hj Abu Bakar Daud.cukup.
Saya singgah di pasar tersebut kerana anak-anak hendak makan ayam bakar, lalu saya beli 2 ekor ayam mentah untuk dibakar di tepi tasik Kenyir , Pengkalan Gawi bersama anak-anak.


Apa yang mengejutkan saya peniaga wanita yang muda dan cantik molek itu memaklumkan kepada saya ayam sudah Rm7.00 sekilo, oleh kerana saya beli 2 ekor yang beratnya 3.8 kilo

saya kena bayar RM26.60, peniaga tersebut potong 10 sen jadi RM26.50.Itu cerita minggu lepas.

Pagi ini 10 Jun 2008, saya bersama keluarga ke Marang untuk kerumah ipar kami berhampiran bandar marang, saya singgah di pasar sementara Marang( Marang pun dapat pasar baru) saya membeli seekor ayam mentah untuk dibawa kerumah beliau, ohhh!!! harga ayam RM7.50 sekilo, saya sungguh terkejut, sebab dalam masa seminggu sudah naik 50 sen.Apa sudah jadi?Semua kelam kabut, tiada kawalan. Suasana politik parti kerajaan yang tidak stabil menjadikan kerjaan juga tidak stabil dan hilang kawalan.

Ini lah Umno dan BN, mereka selama ini selalu selesa, kini dalam keadaan umno sudah terhilang kepercayaannya mereka tidak mampu mengurus dan mengawal suasana.Ini semua adalah kesan kenaikan harga minyak.

Sementara itu menurut Sinar Harian edisi Terengganu hari ini, adun bekas exco di Ajil juga semacam menrungut kerana tiada penjelasan dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga minyak, beliau sendiri samada tidak tahu atau kerana bukan lagi organisasi kerajaan negeri.Beliau merungut kerana pengundi beliau di dun Ajil pun dah mula marah-marah.Saya nak bagi tahu Adun bekas Exco,siapa tak marah, kalau sebelum pilihanraya selalu jaja merata-rata "Tradisi Membela Rakyat" "BN akan jadi Hamba Rakyat" "BN- Perjuangan Rakyat untuk Rakyat""Cemerlang , Gemilang , Terbilang" tiba-tiba belum pun sampai 100 hari BN menang minyak dah naik 78 sen, ye 78 sen Dato', bukan 7.8sen. Rakyat mana tak marah janji bukan main lagi. Sokong dan Undi lah BN tu.....

Kenaikan Harga Minyak-Lambang Kejatuhan Abdullah Badawi

Kenapa Bendahari Umno Terengganu tak letak jawatan ?

Sebaik sahaja Dato' Seri Idris Jusoh meletakkan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno Terengganu, setiausaha dan ketua penerangan umno negeri terus mengambil tindakan yang sama dengan alasan mereka telah dilantik oleh Idris Jusoh dan untuk memberi peluang kepada ketua perhubungan yang baru melantik mereka-mereka yang boleh berkerjasama dengan beliau.

Memang semua maklum bahawa 2 jawatan tersebut dilantik oleh ketua perhubungan sebagai talirantai untuk bekerja kepada parti umno.Satu lagi jawatan penting yang dilantik oleh ketua perhubungan ialah penjaga akaun parti iaitu bendahari.Jawatan bendahari umno Terengganu sekarang disansang oleh bekas exco, Dato' Haji Wan Hisham B. Dato' Wan Salleh.Beliau adalah calon BN yang tewas kepada bekas pegawai kewangan negeri Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dalam pilihanraya ke-12 baru lalu.



Sebelum ini bekas exco ini telah heboh diperkatakan orang, tentang bagaimana sebuah syarikat yang sedang melaksanakan projek kerajaan telah pada masa yang sama menyiapkan rumah beliau, ini ditambah dengan kata-kata isteri beliau " rumah ni, orang tolong siapkan".Kemudian selepas itu bekas exco ini juga telah mengadakan majlis perkahwinan anak beliau yang sangat besar malah sesetangah berpendapat bahawa majlis itu mengalah majlis perkahwinan era fazira & Yusri, juga Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Jiwa, juga ada yang berkata ianya lebih hebat dari majlis perkahwinan kerabat Istana.Majlis tersebut diadakan di Heritage Bay Club (Kelab Teluk Warisan) secara tertutup, ekslusif dengan gilang gemilang dan dihiburkan dengan persembahan para artis disponser 100%.



Apa yang menarik sekarang, kenapa Dato' Haji Wan Hisham B. Dato' Wan Salleh tidak mengikut jejal langkah setiausaha dan ketua penerangan negeri untuk meletak jawatan selepas menyedari yang mereka dilantik oleh Idris Jusoh.Sebuah blog pro kerajaan Terengganu pimpinan Dato'Ahmad Said [ DAS ] sebelum ini ketika mengulas perletakkan jawatan oleh setiausaha dan ketua penerangan umno negeri, secara sinis bertanya " bendahari bila lagiiii?".

Difahamkan, kewangan umno Terengganu sangat banyak dan hanya Dato' Wan Hisham sahaja yang tahu dan mampu untuk menguruskannya . Ini melibatkan juga beberapa syarikat dan individu tertentu yang berada diluar umno hanya mahu berurusan dengan beliau sahaja.

Bekas setiausaha yang merupakan adun bekas exco sangat faham perkara ini...Faham-fahamlah...


Jun 8, 2008

Youtube : Demo Kenaikan Harga Minyak Di Kemaman



Bersama Calon Parlimen Kemaman ; Faris Musa dan Calon Dun Cukai Hj Hanafiah Ramli

Malang Nasib Jidin dan Nasir

2 orang Adun,kedua-dua adalah ketua bahagian,telah ditukar bertanding di Parlimen dalam pilihanraya umumke-12 yang baru lalu.

Mereka ialah Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri yang dahulunya merupakan Ahli Dewan undangan negeri Bukit Tunggal,kini telah dipindahkan ke Parlimen Kuala Nerus.Beliau agak bernasib baik berpindah ke Parlimen,kalau kekal di Dun sudah tentu beliau akan tewas kepada calon PAS Dr Alias razak.

Seorang lagi ialah Mohd Jidin bin Shafee yang dahulu merupakan Adun Permaisuri kini ditukarkan ke Parlimen Setiu.Beliau juga sebelum ke Parlimen merupakan exco kerajaan negeri.

Mohd Nasir sebelum ini dikatakan akan bertanding di Seberang Takir(tempat asal beliau) dan dijangka akan menjadi exco kerajaan negeri selepas PRU ke-12.Namum andaian tersebut "menjadi meleset" selepas keputusan Semua umno Bahagian telah di ubah oleh 2 kepala iaitu Idris dan Rosol.

Difahamkan ketika memujuk kedua-dua ketua Bahagian ini untuk bertanding Parlimen, mereka telah dijanjikan paling tidak timbalan menteri.Ketua perhubungan dan Setiausaha umno negeri berjanji akan melobi PM supaya mereka ini dilantik ke kabinet.Hanya mereka berdua sahaja sebagai ketua bahagian yang bertanding parlimen.Harapan mereka amat cerah.
3 orang Ketua bahagian lagi iaitu Tg Putera, Rahman Bakar dan Rosli Hasan telah di 'potong ' nama oleh Idris dan Rosol.Tujuan pemotongan tersebut adalah kononya untuk membuka ruang yang lebih luas kepada Nasir dan Jidin.

Namum kini semua sudah berlalu, kita semua sudah tahu , bukan hanya mereka berdua yang bernasib malang malahan ketua perhubungan dan setiausaha perhubungan (kedua-dua bekas) lebih malang dan lebih parah dari itu.

Dalam keadaan kedudukan yang tidak stabil, Abdullah badawi telah melantik Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yamg tiada jawatan penting dalam Umno Terengganu sebagai timbalan menteri dan Ahmad Sabery Cheek ketua penerangan ( juga bekas) sebagai menteri penerangan.
Sudahlah Nasir dan Jidin di keluarkan dari Negeri, sampai ke pusat juga mereka tidak pandang pun oleh Abdullah Badawi."Abdullah Badawi langsung tidak mengambil kira hiraki parti dalam membuat pertimbangan melantik ahli Kabinet" rungut Hj Ismail Nik ,seorang pesara awam yang merupakan pengikut setia Nasir dari kg Gong Pauh, Seb . Takir.


Sementara Jidin pula mengalami nasib yang sama, dari seorang exco kini hanya menjadi ahli Parlimen biasa.Sangat tidak patut rasanya .

Namum begitu, ruang bagi mereka berdua untuk masuk Kabinet masih terbuka. Mereka boleh menyertai pakatan Rakyat dan sudah pasti mereka akan masuk kabinet kerana hanya mereka berdua yang mewakili negeri Terengganu dalam Parlimen.Sudah tentu pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan memilih ahli Kabinet mengikut pecahan negeri.
-Fikir fikirlah-

Jun 7, 2008

Nilai Ringgit Kita- BN- Barang Naik

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam tadi. Foto The Star
Pada pengamatan saya, gambar ini dirakam di stesyen minyak Esso Batu Burok, Nilai lah RM anda sekarang.Ini lah hadiah yang sangat bernilai dari Kerajaan BN sempena 100 hari menerajui semula kerajaan Malaysia.Terima kasih.

Beza Antara Dua

Ada satu email menceritakan bagaimana kakitangan di wisma Darul Iman-Pusat pentadbiran Kerajaan Negeri,mula bercerita dan membuat perbandingan antara Mad Said dan Deris Jusoh.


Di kantin wismalah biasanya topik ini sangat hangat, tambah pengirim email tersebut lagi.Deris nampak tenang tapi tindakan dan arahan beliau banyak yang melanggar GO dan pekeliling perkhidmatan.

Beza antara Dua, Mat Said & Deris Jusoh



Sementara Mad Said pula, nampak macam kalut dan kelam kabut tambahan pula panas barang.

Namum begitu menurut mereka, Mat Said sedang berusaha untuk mengubah cara dan sikap beliau.



Mungkin Mat Said ni nampak kelam kabut sikit sebab pentadbiran beliau tidak seperti pentadbiran Deris Jusoh, Deris Jusoh anak emas Pak Lah, duit banyak, barang minta barang jadi.Mat Said pula macam anak tiri, cuma menumpang dudk dirumah, ada makanan makanlah dia ,kalau tak ada tak boleh merungut, kata orang Terengganu, " ajak tumpang duduk pun mujor dah".



Cuma Mat Said harap-harap ketua perhubungan umno akan di beri kepada beliau, lega lah sikit, setiap bulan boleh jumpa Pak Lah dalam mesyuarat MT, walaupun anak tiri, kalau dah selalu jumpa tu, lain lah sikit,lama-lama boleh mesra kut.



Cumanya, macamana pulak bila Mat Said jadi ketua Perhubungan Umno Terengganu, Pak Lah masa tu bukan lagi PM.Ramai MP BN lompat, malang lagi lah nasib Mat Said.Ini dah kira gelombang haru-biru.Tentu sekali ada Adun BN yang bertepuk sorak bila teori diatas berlaku, sebab ramai antara mereka nak lihat Mat Said tersungkur, tapi dikalangan mereka tidak berani bertindak.

itulah Mat Said, semacam kerajaan dalam buangan.

Jun 6, 2008

Wakil Rakyat PAS dah potong 20%


Petang sebelum kenaikan minyak, saya terima banyak sms yang memaklumkan minyak akan naik pada malam ini,ada yang menyatakan minyak akan naik 30 sen lagi, malah ada yang sms menggambarkan minyak akan naik sebanyak RM1, namum kini kita semua sudah tahu, minyak dinaikkan lagi sebnayak 78 sen seliter menjadi RM2.70 seliter.

"Tahniah, anda dijemput ke pertolpum yang
berdekatan, pak lah hadiahkan 78 sen seliter, undilah BN" itu sms pertama yang saya terima sebelum turun ke surau bersama anak perempuan sulong saya.Saya tersenyum dan forward kepada teman-teman sesekolah saya.

Saya sebenarnya langsung tidak yakin dengan berita kenaikan harga minyak tersebut, kerana saya masih menaruh sedikit kepercayaan terhadap menteri yang membuat kenyataan 2 hari sebelum itu yang minyak paling awal pun akan dianaikan ogos.
Apakah Datuk Shahril Samad langsung tidak berbicang dengan menteri Kewangan sebelum membuat kenyataan itu, atau menteri kewangan itu sendiri membuat keputusan sendiri menaikkan harga minyak tanpa memaklumkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Atau mungkin juga Pak Lah telah hilang kepercayaan kepada orang lain selepas beliau jelas terhidu akan MP BN yang lompat parti nanti.
Kemudian, pelbagai saranan untuk menangani krisis kenaikan harga minyak ini, malah seorang adun bekas exco di Hulu Terengganu telah berjanji untuk memotong elaun Adun nya sebanyak 5%.Disamping itu adun bekas exco itu juga mencadangkan supaya Adun Pembangkang juga membuat pemotongan untuk kepentingan rakyat.
Suka dijelaskan disini bahawa setiap ADUN PAS sama masih Adun atau sudah pencen , mereka sudah lama membuat pemotongan sebanyak 20% untuk membantu rakyat.Pemotongan itu juga termasuk pencen exco,ini bermakna bagi yang masih Adun dan sudah pencen exco mereka membuat pemotongan 20% terhadap elaun Adun dan 20% pencen Exco.Kalau adun bekas exco tak jelas dan tak faham, sila rujuk ke Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu bahagian gaji.
Jadi kepada adun yang bekas exco itu eloklah kalau betul nak potong 5%(je?),jangan jadi macam janji nak letak jawatan masa krisis MB dulu dah lah, kokok berderai-derai.


Selamat datang Ku Li Ke Hulu Terengganu


Bekas menteri kewangan Malaysia, yang juga bekas calon Presiden Umno yang pernah melawan Tun Mahatir Mohamad seketika dulu diberitakan akan datang ke Hulu Terengganu.

Menurut sumber itu lagi, Ku Li akan datang ke Kuala Berang pada jumaat 13 jun 2008, iaitu sehari sebelum beliau membentangkan kertas didalam majlis konvensyen Royalti yang akan diadakan di TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER) Kuala Ibai yang dianjurkan oleh sebuah ngo's MAMPAP.Suka juga dimaklumkan program tersebut akan di rasmikan oleh Pengerusi Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.


Ku li dijangka akan mengadakan majlis perbincangan kearah memantapkan umno yang kini parah dilanda gelombang hasil buatan mereka sendiri.Majlis tersebut dijangka akan diadakan di rumah rehat Daerah Hulu Terengganu.

Menurut jurucakap pemganjur majlis tersebut, saudara Aziz Ahmad, semua pimpinan tertinggi Umno Hulu Terengganu akan hadir pada majlis tersebut.Ini bermakna ketua bahagian, Timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, bendahari, setiausaha, Ketua Penerangan, serta ketua 3 sayap pemuda,wanita dan puteri akan hadir di majlis santai petang jumaat bersama Ku Li.

Kalau tidak silap, encik Aziz Ahmad bukan AJK umno Hulu Terengganu, beliau rasanya pernah menjadi calon S46 sebanyak 2 kali didalam pilihanraya umum.kali pertama encik Aziz Ahmad bertanding diatas tiket S46 ialah pada tahun 1990 menentang Dato' Ahmad Sidi Ismail, kemudian pada tahun 1995 sekali lagi beliau bertanding atas titek yang sama menentang Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Semua sedia maklum Ku li telah menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno bagi menentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah Umno Hulu Terengganu telah menggunakan Encik Aziz Ahamd untuk berselindung bagi menyokong Tengku Razaleigh?Atau adakah Ku Li sendiri menggunakan Aziz Ahamd untuk beliau masuk jarum di Hulu Terengganu?atau encik Aziz Ahmad sendiri yang mengambil peluang untuk memikat hati umno Hulu Terengganu bagi menyokong Ku Li, Aziz mungkin masih menaruh cita-cita untuk mengangkat boss nya ( Ku Li)untuk menjadi PM suatu hari nanti selepas percubaan mereka melalui S46 hancur lebur selepas S46 itu sendiri dibunuh oleh Ku Li dan Rais yatim.

Apa yang menjadi pertanyaan sekarang, apakah kesan kepada 2 pemimpin utama Umno Hulu Terengganu, Tg Putera dan Yb Rosol.walaupun YB Rosol cuba menyebunyikan sesuatu, namum hakikatnya semua orang Hulu tahu, yang beliau ketua bahagian sekarang sangat tidak secocok dan tidak cocok untuk bersama.

Apakah dengan kehadiran Ku Li di Kuala Berang 13 Jun ini bakal melihat suatu senario baru politik umno Hulu?Apakah dengan kehadiran Ku Li juga mungkin dapat merapatkan kembali ku Tera dan Rosol? kita tunggu, kita lihat....Selamat datang Ku Li...

Jun 2, 2008

SUKMA 2008- Sayang seribu kali Sayang


Sukan Malaysia ke-12 atau SUKMA ke-12 telah dirasmikan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 31 Mei 2008 dalam suasana yang penuh gemilang dan amat bersejarah.



Komplek sukan Negeri yang bernilai RM450 juta itu kini telah digunakan untukn tujuan SUKMA ke-12 itu.Walaupun sebelum ini semua yang terlibat amat yakin bahawa kontraktor yang terlibat dapat menyiapkannya mengikut jadual yang telah ditetapkan, namum hakikatnya kompleks yang bernilai RM450 juta itu tidak dapat disiapkan sebelum SUKMA 12 bermula.


Komplek yang mempunyai satu stadium utama, satu stadium tertutup, padang hoki, padang bola, padang ragbi dan beberapa padang lain.


Dengan kos yang besar dan perancangan yang sangat menarik ( di baca membazir) itu sepatutnya peserta SUKMA dan rakyat sepatutnya dapat melihat suatu komplek yang lebih menawan.
Namum hakikatnya apabila berjalan dengan kenderaan mengelilingi sekitar kompleks tersebut kita akan merasa amat keciwa dengan kegagalan kontraktok yang dilantik gagal menyiapkan komplek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.


Kita imbas kembali ucapan mantan MB Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh didalam membentang belajawan Terengganu 2008 :

"Kompleks Sukan kita akan siap dan dapat digunakan pada awal tahun 2008. kemudahan-kemudahan ini dijangka siap sepenuhnya untuk SUKMA 2008. Saya percaya kegiatan dan tahap pencapaian sukan kita akan meningkat berikutan siapnya Kompleks Sukan yang indah dan hebat ini. "

Kemudian kita imbas pula komen MB baru Dato(belum seri) Ahmad Said ketika mebuat lawatan ke kompleks sukan tersebut pada 31 mac 2008 selepas beberapa hari di lantik sebagai MB :
"Ahmad Said bagaimanapun berbangga kerana kontraktor tempatan yang diberi tanggungjawab membina kompleks sukan tersebut mampu melaksanakan tugas mengikut jadual."




Antara sempat dicatat beberapa kegegalan kontraktok sebelum perasmian adalah seperti berikut:
1. Landskap luaran komplek- yang hanya dipenuhi timbunan tanah.
2.Trek olahraga stadium utama
3.Lampu stadium utama
4.Padang Bola C
5. Surau Satdium utama.



Kekecohan perniaga akibat beberapa kelemahan penganjur karnival beberapa hari perasmian SUKMA ke-12 di Kompleks Sukan juga sedikit sebanyak telah mencemar imej SUKMA ke-12 itu sendiri.
Corat-Coret Sukma XII Terengganu (di petik dari akhbar arus Perdana)
Surau stadium belum sempurna
MERCU tanda terbaru Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak masih ada kekurangannya. Ini berikutan surau di tingkat dua berhampiran dengan Pusat Media Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin masih belum siap sepenuhnya, namun terpaksa dibuka untuk kegunaan pihak media dan orang ramai. Dalam keadaan serba kekurangan itu, terpaksalah juga pihak media menggunakannya


Pengotor cemar kompleks RM450j
SAMA seperti keadaan dalam stadium, keadaan di luar tidak kurang bezanya jika diperhatikan dengan teliti.
Sampah merata-rata walau pun Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah menyediakan tong sampah beroda setiap lima langkah berjalan kaki.
Namun, sikap sambil lewa pengunjung yang tidak mementingkan penjagaan alam sekitar telah memburukkan keadaan serta wajah terbaru mercu tanda itu.

Lewat gigit jari
SIAPA cepat dia dapat. Ungkapan ini tepat untuk mereka yang ingin mendapatkan makanan percuma di kafetaria yang disediakan khas untuk pihak media di tingkat satu.
Jika terlambat, pastinya petugas media dengan krew yang paling ramai akan ‘mendahului’ rakan-rakan lain untuk menyapu bersih apa yang dihidangkan.
Untuk itu, terpaksalah petugas media yang kempunan makan di kafetaria berjalan kaki selama 15 minit di bawah terik matahari ke warung berdekatan padang hoki. Nasib baik harga makanan yang dijual tidak begitu tinggi.

Asap rokok ganggu petugas
LORONG ke pusat media di Stadium Sultan Zainal Abidin menjadi tempat lepak untuk beberapa petugas media melepaskan gian menghisap rokok.
Bagi yang tidak menghisap rokok, laluan itu seolah-olah sebagai satu laluan ke akhir nyawa kerana terpaksa menghidu asap ‘second hand’ selama 2 hingga 3 minit berjalan dari lif ke bilik petugas media.
Tulisan ini tanpa mengambil kira komplek kolam renang , Stadium negeri, stadium hoki MBKT yang diberita belum mencapai 100% siap juga.
Akhirnya, tanpa prejudis amatlah diharapkan agar komplek yang sangat cantik dan menarik ini tidaklah menjadi gajah putih seperti mana gelanggang silat yang satu ketika dulu ianya telah menjadi putih dari gajah putih.Gelanggan silat telah ditukar kepada gerbang sukan Negeri dan disitu ditempatkan pejabat majlis Sukan Negeri terletak diseberang jalan Padang bola A kompleks sukan Gong badak

Jun 1, 2008

Berapa dari Terengganu ?

Desas desus ahli Parlimen BN akan menyeberangi PR nampaknya semakin jelas dan semakin hangat di perkatakan, malahan ketika majlis perasmian SUKMA XII malam tadi juga ada soksek-soksek dikalangan pegawai kanan kementerian beliasukan dan pegawai kanan negeri.

Antara dialog yang disebut "berapa MP dari Terengganu akan lompat?" sementara seorang pegawai dari JBS negeri Terengganu menjawab dengan selamba "ada tetap ada, cuma jumlahnya samada 3 atau 4", " Kalau 4 tu dah kira lebih dari separuh, sebab BN Terengganu cuma ada 7 MP" tambah pegawai itu lagi.

Namum menurut suami saya yang mendengar dialog diatas semasa perasmian SUKMA, kesimpulan nya ada cuma angka sahaja yang belum disahkan.Menurut sumber itu lagi, yang telah mengesahkannya ialah 3, sementara yang seorang lagi belum membuat keputusan untuk menyeberangi PR.
3 MP Terengganu yang berjanji untuk bersama sama PR itu adalah MP yang tertarik dengan janji Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan royalti 20% untuk kerajaan negeri Terengganu. 3 MP ini sanggup menghadapi risiko demi kepentingan rakyat dan kerajaan Terengganu.

Juga difahamkan, menurut sumber itu, dikalangan beberapa ADUN Terengganu sudah tahu siapa MP yang dimaksudkan itu.


Soal siapa MP itu bukanlah pokoknya, bukan kerja kita untuk mencarinya, yang penting pasti ada MP Terengganu yang akan bersama-sama Pakatan Rakyat.

Sama-sama kita tunggu samada kenyataan sumber tersebut menjadi kenyataan atau tidak.

-Masjid Kristal, lambang kejatuahan Idris Jusoh

Ke mana RM2.2 bilion royalti minyak Terengganu?


Ke mana perginya RM2.2 bilion royalti minyak yang tidak diterima oleh Terengganu? -->-->
Persoalan itu dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) memandangkan negeri itu hanya menerima RM5.2 bilion dari RM7.4 bilion royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh Terengganu.


Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Pengarah Strategik PKR itu menuntut Kerajaan menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.


Menurut beliau, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.
Bagaimanapun, menurut Saifuddin, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion.


Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan, katanya.
Katanya, perkara itu dibangkitkan supaya setiap ringgit wang hasil negara diagihkan secara adil.


Beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan dana-dana yang diperuntukkan bagi meningkatkan industri pertanian dan pengeluaran makanan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kemiskinan di kalangan petani.