Jul 28, 2008

Bubar Pas, Umno : Siapa perangkap siapa

Mursyidul Am Pas , Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah melontarkan sesuatu yang tidak terfikir oleh umno.Beliau secara bersungguh-sungguh mencadangkan agar PAS dan Umno dibubarkan lantas disarankan sebuah parti baru yang berteraskan Islam ditubuhkan dengan penyertaan dari kedua-dua ahli parti yang dibubarkan tadi.

Tuan Guru cetuskan perkara ini adalah ekoran salahfaham isu Muzakarah yang sengaja ditimbulkan oleh Presiden Umno Abdullah Badawi bagi meninbulkan kegelisahan ahli-ahli Pas.Hasrat dan kerja Abdullah badawi sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan kegelisahan ahli Pas, malahan juga berjaya menimbulkan suatu suasana keraguan Pakatan rakyat yang ditimbul oleh Pakatan Rakyat.

Usaha Abdullah badawi ini tidak lain dan tidak bukan kerana usaha memujuk Pas untuk bersama umno membentuk kerajaan di Selangor dan Perak telah gagal dan ditolak oleh PAS, kerana menyedari itu semua adalah nafsu umno selepas ditolak oleh Rakyat dalam pru 12.

Kini salahfaham terhadap isu muzakarah sedikit agak reda selepas pimpinan Syura telah memutuskan di JKR 10 bahawa tiada lagi isu muzakarah, yang ada hanyalah Muqobalah.Namum begitu bagi meneruskan kegelisahan ahli Pas, pemimpin umno terus terusan menggunakan perkataan Muzakarah melalui akhbar-akhbar arus perdana.

Pemimpin peminpin umno terus menerus meniupkan isu ini, sekaligus sebagai serampang 4 mata. :

Mata pertama untuk menimbulkan kegelisahan ahli PAS- Ada kejayaan.
Mata kedua sebagai melenyapkan isu kenaikan harga minyak- ada kejayaan
Mata ketiga melenyapkan isu/kes Altanyuya- ada kejayaan.
Mata keempat meretakkan Pakatan Rakyat-ada sedikit kejayaan.

Melihatkan bertapa umno teru-terus bermain dengan isu muzakarah, Tuan Nik Abdul Aziz dengan ilmu mantik yang bagi saya amat tinggi telah melontarkan satu cadangan iaitu PAS dan umno dibubarkan lalu ditubuh sebuah parti baru yang berteraskan dan berlandaskan Islam.

Bagi Pas sendiri, kedua-dua Tuan Guru ini( TGHAH dan TGNA) selalu sangat telah menyebut bahawa PAS sedia untuk dibubarkan sekiranya Umno bersedia melaksanakan Islam yang syumul.

Maka terkebil-kebil mata pemimpin Umno, Abdullah dan Najib yang selalu sangat menyebut isu muzakarah kelu tidak bersuara. Hanya beberapa pemimpin bahawan yang menolak pembubaran umno dengan alasan umno kononya sudah islam.Kecuali seorang menteri yang sebelum ini telah memberi peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah secara live di TV melalui Debat khas, Ahmad Shabery Chek bersetuju dengan saranan Tuan Guru Nik Aziz tadi.

Kalau dalam isu muzakarah tempohari Abdullah cuba memerangkap PAS, kini nampaknya giliran umno pula terperangkap akibat daripada saranan pembubarn PAS dan Umno.

Ada juga ahli-ahli masih tidak faham dengan cadangan Tuan Guru ini, malahan Solahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS sendiri menganggap ini adalah gurauan.Mana mungkin dalam isu yang begini besar Tuan Guru kita bergurau.

Sebenarnya ini lah hasrat Tok guru , ini perangkap tok guru untuk menempelak Abdullah Badawi dan pemimpin umno.

Ini lah masanya ahli-ahli Pas dikampung-kampung dan cawangan meyebarkan kepada umno bahawa parti umno akan dibubarkan oleh Abdullah Badawi dan semua ahli nya akan masuk Parti Islam.Walaupun sebuah Parti Islam baru akan ditubuh, percayalah dasar dan polisinya pasti tidak akan berubah dari apa yang dibawa oleh PAS sekarang, kerana Dasar PAS adalah Islam yang bertunjangkan Al-Quraan dan sesungguhnya Al-Quraan adalah satu.

-Ingatlah bahawa orang beriman itu tidak akan dipatuk oleh ular di dalam yang sama sebanyak dua kali.

Tapi seorang teman saya berkata" Kali ini kita menggali lubang untuk menangkap ular berbisa"

Ingat-ingatlah
Siapa Perangkap siapa?



Jul 27, 2008

Menegurlah dengan penuh Hikmah

[Dipetik dari forum tranungkite dengan sedikit ubahsuai]

asslamualaikum...
Saya ni ahli Pas... alhamdulillah .. aku tetap menyokong pimpinan pas selagi keputusan yg diambil adalah keputusan syura...aku hairan dgn mereka yang mengaku ahli.. tetapi masih lagi menyuarakan ketidakpuashati kepada pimpinan pas ,, samda Tuan Guru Persiden atau Ustaz Nasaruddin ...dalam hal muzakarah ke muqabalah ke....

Kebanyakannya hanya berdasarkan ketidakpuashatian terhadap isu2 yang terjadi... menyalahkan umno seratus peratus...akibatnya benci yang meluap2 terhadap umno.. agak-agak aku kot2 mereka2 ini hidup zaman nabi tentulah mereka ini pandang wajah musailamah kazab.. atau abu jahal atau abu suffian sebelum sabu suffian masuk islam.. agaknya .. kot mereka ini ada dibelakang nabi ketika fathul mekah.. abu sufian datang tentu mereka melihatnya dgn kebencian yang meluap-meluap ... macam la sekarang..

Pimpinan baru jumpa dengan umno tanpa usul periksa.. dah bermacam-macam sangka buruk yang timbul... aku ingat segala pengalaman yang dilalui oleh Tuan Guru Presiden ., Hj Mustaffa Ali, Nasarudin Mat Isa.. kot nak dibandingkan degan pengalaman dan mehnah yang pernah dihadapi oleh golongan yang masih takpuas hati ni.[walaupun dua-dua tok guru dah jelaskan].. jauh langit dan bumi agaknya... agak-agak keras tak teguran saya tu... maaf kalau keras... pimpinan yang kita sayangi biarlah mereka menguruskan selagi mereka melalui syura dan tidak bercanggah dengan AlQuran dan Hadis ...

Mereka-mereka yang mangaku dah wala' tu kena lah sokong....
Bagi ahli pas sekiranya ada perasaan tidak puashati itu hak anda sebab kita manusia yang bebas meluahkan ketidakpuashatian itu selagi tidak mengakibatkan haru biru dan tidak bercanggah dengan Al-Quraan dan hadis.. Sejarah : aku teringat ketika pas mula bekerjasama dgn s46 dulu... jemaah islah timbul dari ustas idris .. mustapha taib.. mana mereka sekarang[dah masuk umno]... dan hikmah kerjasama itu amat besar.. dan hasil nya kita lihat sendiri... berapa ramai ahli 46 yang masuk pas setelah Tengku Razaleigh membubarkan S46 dan masuk umno... ketika itu suara yang menyanggah amat besar.. hingga apa yang tidak dikatakan ketika itu oleh ustaz idris kepada Tok Guru Nik Abd Aziz kemana mereka sekarang ingatlah saudara.. apa pun sahaja pendapat dan pandangan saudara ... saudara bebas untuk tidak setuju atau setuju... cuma amarah perlu diketepikan ketika membuat pertimbangan..... kerana :

1. Media memamutarbelitkan banyak statment dari pembangkang..
2. Provokasi dari cybertrooper umno
3. Pimpinan kita tidak maksum... tetapi kehadiran syura akan meminimakan kesalahan mereka..

Siapa yang yang tidak melakukan kesilapan di dunia ini.. .. saya pun ada rasa tak puashati tapi jagalah adab.... tapi saudara boleh menyindir mengata lagi kepada pimpinan pas jika

1. Saudara ahli pas tapi adab dalam menegur tak belajar

2. Jika sebanarnya saudara ini adalah cybertrooper umno

3. Jika suadara seorg yang begitu terlupa.. dan terlupa komen2 saudara tu membantu musuh...

Teguran ini untuk sesiapa yang menegur dgn tidak beradab sejak isu ini timbul.. mana2 menegur dan menyatakan kegusaran dgn dgn beradab.. alhamdulliah saudara2 lah yang membantu jemaah...

Akhirnya dalam ketika kita menyebut berbicara tentang muzakarah,muqabalah maka marilah kita Muhasabah diri kita sendiri, sebelum kita menunding jari.

Jul 26, 2008

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

[ Ini adalah artikel dari Malaysiakini-saya sangat gembira dengan Tok Guru Nik Aziz]

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.


Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini .

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

Pertembungan sengit di 5 Bahagian Umno Terengganu - Bah.2

Seterusnya di bahagian Marang, setakat ini 2 calon telah menyatakan kesediaan untuk merampas jawatan Ketua bahagian dari tangan penyandangnya YB senator Datok Ab.Rahman Bakar.ADUN Alor Limbat Alias Abdullah yang juga timbalan ketua bahagian sekarang telah menawarkan diri untuk menentang ketua beliau.Seorang lagi pendatang baru dalam politik Marang ialah Yahaya Khatib Mohamad Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, sebelum ini beliau telah dilantik oleh Rahman Bakar sebagai setiausaha Umno Bahagian Marang.

Di Marang umum telah mengetahui perselisihan antara Man Bakar dan lawyer Alias sejak selepas Pru 11 2004 lagi.Pergolakan mereka hingga meninbulkan umno dan JKKK dalam Dun Alor Limbat berpecah kepada 2 kumpulan yang menyokong dua kepala ini.Namum begitu pertembungan mereka berdua didalam Dun tidak menjejaskan peluang Alias untuk memenangi Dun Alor Limbat.Sesetengah berpendapat masalah dalaman PAS di DUN tersebut serta kesilapan memilih calon adalah penyebab yang PAS tidak dapat manafaat dari pepecahan Umno Alor Limbat itu sendiri( Ini merupakan cakap-cakap pasca pru-12 Alor Limbar-P)Pemerhati politik bahagian marang kebanyakannya masih yakin yang dato'Rahman Bakar masih mampu meraih kemenangan dalam perlawan merebut ketua Bahagian . Ini berpandukan beberapa faktor dalaman serta kelicikan Rahman dalam pecaturan politik masih mengatasi mereke berdua.

Datuk Rosli Mat Hassan pula akan berhadapan dengan bekas exco kerajaan negeri yang digugurkan baru-baru ini yang juga Adun Bukit Besi Dato' Din Adam.Selain Din Pak Rosli juga akan ditentang oleh timbalan beliau sendiri YB en Zakari Abdullah yang juga Adun Paka.

Dibahagian Dungun, dua calon yang menentang Pak Rosli dikatakan orang yang sangat rapat dengan bekas MB Terengganu Idris Jusoh.Malah En Zakaria Abdullah pernah mendakwa bahawa beliau semacam sudah pasti untuk dilantik sebagai exco sekira Idris Jusoh kekal menjadi MB, tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi che Ya.Kekuatan Din Adam dilihat cuma berada di Dun Bukit Besi sahaja, sementara che Ya ada pengaruh di Cawangan dalam dun Paka dan sedikit pengaruh di Dun Sura.

Kedua-dua calon yang menentang Pak Rosli ini dahulunya dikenali adalah menyokong DS Idris Jusoh.Namum kini sekiranya pertembungan ini menjadi kenyataan, yang mana pula yang menjadi proxy Idris, masakan kedua-duanya.

Itu sedikit sebanyak suasana pertembungan lima bahagian di Terengganu, pertembungan ini adalah susulan dan akibat dari krisis perlantikan MB selepas Pru ke-12.Kalau dalam PRU ke-12 umno Terengganu menggunakan jutaan ringgit untuk membeli undi rakyat, kini entah berapa juta pula digunakan untuk membeli undi perwakilan cawangan di Mesyuarat Agong Umno Bahagian nanti.Ini bukanlah satu andaian atau sangka buruk, tapi berpandukan kepada kenyataan Tengku Putera ketika mengulas cadangan Mat Said Supaya tiada pertandingan bagi jawatan ketua di semua bahagian yang berbunyi " Sudah tentulah sekiranya ada perlawanan pasti akan ada politik wang, saya ada nyata atau tersorok". Sejarah juga pernah melihat bagaimana seorang calon ketua bahagian telah menggunakan satu syarikat perniagaan untuk menaja beliau didalam pertandingan tersebut dan beliau mampu menyingkir tokoh veteran di bahagian tersebut.

Apa pun keputusan, apapun keadaan,sama-sama kita tunggu sehingga hari terakhir pengesahan calon di Bahagian masing-masing.

Jul 24, 2008

Pertembungan sengit di 5 Bahagian Umno Terengganu - Bah.1

Gelombang melanda Umno Terengganu akibat krisis perlantikan Menteri Besar selepas Pru ke-12 rupanya masih belum reda, kocakan badai tersebut kini merebak kepada pemilihan Bahagian.
5 Bahagian dijangka setakat semacam sudah pasti ada pertandingan, keputusan Perhubungan Umno Terengganu melalui Pengerusinya yang baru dato' Ahmad Said sudah tidak dihirau lagi.

Mereka-mereka yang berdiam diri selama ini mula mengeluarkan kenyataan bersedia menjadi calon bertanding jawatan utama di peringkat bahagian selepas cawangan-cawangan umno mula bermesyuarat agong.

Di Bahagian Kuala Nerus, dijangka 3 calon akan menentang ketua bahagian sekarang yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri.Beliau dijangka akan mendapat tentangan sengit dari bekas ketua Umno Bahagian tersebut Dato' Rahin Said yang juga merupakan exco kerajaan negeri.Selain itu, timbalan ketua bahagian yang digugurkan namanya sebagai oleh Idris Jusoh dalam pilihanraya ke-12 dulu Che Azmi abdul Rahman telah menyatakan kesediaanya untuk sama-sama mempetaruhkan nasib untuk merebut jawatan tertinggi bahagian tersebut.Sementara calon ketiga yang menawarkan diri ialah penyandang jawatan naib ketua bahagian sekarang Basir Ismail.Walaupun selama ini Basir Ismail telah diketahui umum merupakan mengikut setia Dato' Rahin Said, namum kali ini mereka akan bertembung untuk jawatan ketua Bahagian.Sebagai rekod, perlawan antara Rahin Said dan Mohd Nasir Ibrahim Fikri bermula semasa merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian lagi.Semasa itu bahagian ini diterajui oleh Dato' Rashid Ngah.Mereka berdua sering silih berganti memegang jawatan baik Ketua Pemuda mahupun ketua bahagian.



Sementara itu di Kuala Terengganu pula, ketua penerangan umno negeri yang baru dilantik oleh Ahmad Said Datuk Zuber Embong yang juga penyandang jawatan ketua penerangan bahagian sekarang sudah sangat bersedia untuk menentang Ketua bahagian sekarang senator Dato Wan Ahmad Farid Salleh yang juga merupakan timbalan Menteri dalam negeri.Zuber dilihat sebagai calon yang direstui oleh Ahmad said.Sementara jawatan timbalan ketua bahagian dijangka akan berlaku pertandingan 3 penjuru , dimana penyandang sekarang Dato' Che Mat Jusoh akan ditentang oleh Bendahari Umno Negeri dato' Roslan Awang Chik yang merupakan regu atau rakit kepada Zuber Embong.Sementara calon ketiga yang telah mengesahkan untuk bertanding ialah ketua pemuda umno negeri sdr Mohd Sabri Alwi @ Mat Kerak. Mat Kerak awal-awal lagi menyatakan bahawa beliau akan tetap setia bersama Dato' Wan Ahmad Farid.Namum begitu, menurut perkembangan terbaru, Penyandang jawatan ini sekarang Che Mat Jusoh dikatakan akan menarik diri selepas melihat percalonan beliau diperingkat cawangan tidak menyeronokkan beliau.

Di Hulu Terengganu, kenyataan ketua bahagian sekarang Dato' Tengku Putera Awang " gerakan sulit, tikam dari belakang" apabila hanya 2 cawangan dari 30 cawangan dalam Dun Ajil yang mencalonkan beliau untuk terus kekal sebagai ketua bahagian.28 cawangan selebihnya telah mencalonkan seorang pendatang baru dalam politik Hulu Terengganu yang dibawa oleh Idris Jusoh sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu dalam PRU ke-12, Mohd Nor@Alias bin Othman.Suka dingatkan Dun Ajil sekarang diwakili oleh seorang Adun bekas exco yang merupakan ketua kumpulan penyokong Idris Jusoh.Sementara Mohd Noor @ Alias dijangka juga akan mendapat percalonan yang baik juga dari dun Kuala Berang, faktor ini dijangka berlaku kerana sebelum ini beliau aktif dan bergerak cergas dalam Dun Kuala Berang.Beliau mula meyertai umno dalam cawangan Kg.Buloh.Sehinggalah beliau ,menetap di kg.Bukit Perah Ajil, barulah beliau dilihat aktif di cawangan dalam Dun Ajil.Sehingga ini, Mohd Noor@Alias tidak lah merupakan AJK Bahagian.Sementara itu, adun bekas exco yang nak mempertahankan jawatannya selaku timbalan akan ditentang oleh ketua pemuda Umno Bahagian yang juga exco kerajaan negeri, Rozi mamat.Pertembungan regu Tg Putra&Rozi lawan Mohd Nor & Adun Bekas Exco, merupakan pertembungan kalah mati dalam politik.Mohd Nor menyedari, seandainya beliau tidak merampas jawatan ketua bahagian sudah tentu beliau tidak akan dicalonkan semula di Hulu Terengganu dalam Pru Ke-13 nanti.Begitu juga dengan Adun Ajil yang ada sekarang, sekiranya Ketua Bahagian kekal ditangan Tengku Putera, sudah pasti beliau akan dicantas dengan teruknya.Mohd Nor Othman ini walaupun baru dalam politik umno, namum usia beliau telah tua, beliau telah pencen sebagai penjawat awam,"ayam Tua" itulah antara slogan kempen yang akan digunakan oleh pihak bertentangan dengan beliau.Sementara team beliau sendiri akan menggunakan slogan " kuku besi,kuasa veto"sebagai motto untuk menjatuhkan lawan beliau.

Besambung ke bah.2....

Syukur Alhamdulillah, Subahanallah

Maha suci Tuhan,

Satu kekusutan telah dapat diungkai dengan baik oleh pemimpin yang berpegang dengan amalan Islam.

Sepertimana yang postingkan sebelum ini, yakinlah percayalah kepada kedua-dua Tuan Guru ini, InsyaAllah selamat.


Akhirnya satu kesepakatan yang sangat-sangat ditunggu oleh pencinta Islam telah menjelma akibat dari kesabaran kita semua.Khabar gembira ini amat manis kecapannya oleh kita yang sayangkan Jamaah dan amat perit dan pahit bagi musuh-musuh yang selama ini menyelinap melalui media.


Marilah sama-sama kita sujud syukur dengan perkembangan terbaru ini.Alhamdulillah.

Marilah kita bermuhasabah, semoga dilain-lain masa kita lebih berhati-hati kerana "Jerat tidak pernah lupakan Pelanduk" dan kali ini biarlah kita yang menjadi "Jerat" dan ingatlah "umat islam tidak akan dipatuk oleh Ular dalam lubang yang sama" dan kali ini, biarlah "kita yang menggali lubang dan menangkap ular tersebut."

"Biduk Berlalu kiambang Bertaut"
Ingat-ingatlah

Wallahu'alam


http://www.penawarrinduku.blogspot.com/

Jul 23, 2008

Mari berfikir : Harakah 2 kali seminggu


Seawal penerbitan akhbar lidah rasmi PAS pertengahan 1987, Harakah diterbitan seminggu sekali, kalau tidak silap saya pada masa itu harganya ialah 70sen .

Lebih sepuloh tahun kemudian itu akhbar Harakah di terbitkan seminggu dua kali iaitu pada hari Khamis dan Isnin.Ketika itu akhbar harakah sangat laris dipasaran.

Selepas mengalami kekalahan teruk pada september 1999, sehingga BN terlepas Terengganu serta PAS dapat menambah kerusi dibeberapa negeri yang tidak terfikir sebelum itu, termasuk Pahang dan Selangor, pada tahun 2000 permit akhbar harakah 2 kali seminggu telah ditarik balik dan hanya dibenarkan diterbitkan hanya 2 minggu sekali( dari 2 kali seminggu jadi 2 minggu sekali).Pengedaranya pula dihadkan kepada ahli sahaja dan hanya boleh dipamir di premis milik PAS sahaja.

Pada masa itu rakyat sangat dahagakan berita altenatif, ruang cyber tidaklah sehebat sekarang.Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang rancak dibicarakan.bayangkanlah berita yang 2 minggu sudah berlalu baru boleh dapat dibaca di Harakah.
Akhirnya diberitakan harakah mengalami kemerosotan yang amat teruk.
Kini, sebaik sahaja selesai Pilihanraya ke-12, BN mengalami yang amat teruk, lebih teruk dari 1999 akhbar Harakah telah diberi semula permit penerbitanya dua kali seminggu.
Kelulusan penerbitan dua kali seminggu ini diterima oleh lembaga Pengarah harakah selepas permohonan yang dikemukakan oleh Lembaga pengarah Harakah sejurus selepas Pilihanraya ke-12 8 Mac 2008.Bulan Mac dibuat permohanan dan bulan Jun diberi kelulusan.
Apa yang hendak saya kemukakan disini supaya kita semua berfikir sejenak, menagapa begitu mudah kerajaan BN meluluskan permohonan Harakah?Kenapa?

Apakah kelulusan ini diperolehi hanya dengan menghantar permohonan dan membiarkan begitu sahaja lalu ianya diluluskan.?

Pada saya, inilah antara hasil permulaan yang diperolehi hasil pertemuan pimpinan kita yang dibising-bising sekarang ini.Mungkin ada yang menyatakan bahawa ini adalah andaian atau telahan saya semata-semata, namum saya tidak mungkin berkata demikian sekiranya tiada sumber yang sangat jelas perawinya dari pimpinan atasan.
Usaha-usaha sebegini sebenarnya tiadak perlulah dimaklumkan kepada pengikut,ada perkara tertentu( tidak semua) yang kita bahawan tidak perlu tahu urusan pimpinan, tetapi sebagai pimpinan ia perlu mengambil tahu tindakan yang dibuat oleh orang-orang bawahan.


Sebenarnya selepas ini ada agenda besar hendak diuruskan termasuk usaha-usaha untuk membebaskan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa keganasan ISA, namum kini usaha ini nampak sedikit terbantut.Apakan daya.
Ingat-ingatlah

Jul 21, 2008

Muzakarah : Umno pipi tersorong-sorong

Terlalu banyak sehari dua ini mengulas isu muzakarah PAS dan Umno, malahan ramai yang nampak seolah-olah ada percanggahan antara Pimpinan tertinggi PAS.


Ada juga yang membuat telahan kononya PAS akan bergabung dengan Umno.Setelah diamati tulisan dan kenyataan tadi, langsung pada saya tiada sedikitpun kenyataan dari pimpinan untuk bergabung dengan Umno, malah Presiden PAS secara jelas menyebutkan bahawa PAS Kekal bersama Pakatan


Isu ini tercetus hasil dari wawancara Presiden PAS bersama Harakah yang menyatakan PAS bersedia untuk menemuai Umno demi kepentingan Islam.

Dalam wawancara tersebut antara lain Presiden PAS menjawab soalan begini:
S ;Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?
J:Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Disudut ini kita melihat sangat ketara persamaan antara Jawapan Presiden dan kenyataan Mursyidul Am PAS.Tiada sebarang percanggahan pada masa itu.

Suasana menjadi sangat kalut apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 3 kali pertemuan diadakan dengan pimpinan PAS tanpa kehadiran Mursidul Am.

Disini jelas menunjukkan bahawa Abdullah Badawi telah cuba memasang perangkap untuk memecahbelahkan PAS.Kenyataan beliau sangat tidak jujur.Sehinggakan akhbar Berita Harian pada hari ini(21.7.2008) menyatakan antara individu yang membuat pertemuan dengan PM itu dipercayai Presiden PAS sendiri, sedangkan hakikat sebenar Presiden sendiri tidak terlibat dalam pertemuan tersebut.Pada hari yang sama juga Presiden telah membuat kenyataan Media megesahkan pertemuan tersebut dan menjelaskan individu yang terlibat.

Hari ini juga TV3 melalui Buletin utamanya telah menyiarkan Kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang menegaskan agar isu muzakarah tersebut dihentikan.

Umum mungkin melihat ada percanggah antara Kedua-dua pimpinan PAS ini,namum apabila diamati semula kenyataan tersebut melalui harakahdaily jelas menunjukkan ianya tiada percanggahan, Tuan Guru Mursyidul Am meminta supaya hal ini dibawa berbincang melalui muktamar PAS dan Tuan Guru Presiden Juga melalui akhbar Siasah ( Sabtu 19.7.2008) menjelaskan perkara tersebut mestilah dibincang melalui muktamar.

Ini bermakna amat mustahil Muzakarah ini akan berlaku dalam masa terdekat.
Disudut politiknya bagi saya, sekarang PAS berada didalam keadaan yang sangat mahal, pertemuan sebelum ini dan muzakarah yang ditimbulkan oleh PM itu akhirnya terasuk kemuka beliau sendiri, dengan niat untuk memecahkan PAS beliau membuat kenyataan itu, malah kini ayuh kita lihat Umno itu sendiri seolah-olah pipi tersorong-sorang.

Isu Muzakarah tidaklah sebesar mana, namum begitu Abdullah Badawi telah cuba menggunakannya untuk mengalih isu-isu yang lebih besar, termasuk pemiliahan Umno yang akan berlangsung nanti.Bagi PAS sememangnya semenjak dulu lagi sentiasa mengajak Umno bermuzakarah, namum sebelum ini tidak pernah disahut oleh Umno.Malahan sejarah debat Isu kafir-mengkafir 1984 telah dibatalkan oleh umno melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Bagi pengikut PAS marilah kita bertenang, usah terperangkap dalam isu ini, seperti kata Tuan Guru Mursyidul Am PAS" Kalau kita berpecah, umno akan gembira".Seterusnya Tuan Guru Mursyidul Am,menyarankan agar isu ini dihentikan(Melihat ketidak ikhlasnya Umno dlm isu ini.)

Marilah kita bermunajat dan berserah kepada Allah.
Ingatlah Muzakarah(berbincang, berdebat) tidak semestinya PAS menyertai atau bergabung dengan Umno.

Matlamat kita hanya satu menjaga Islam.

Yakinlah dengan kedua-dua pimpinan utama kita, Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.

Marilah sama-sama kita mendengar penjelasan Timbalan Presiden disini dan disini

Baiki Perdana V6 2 Kali RM50,000-BPR mesti siasat


Kenyataan MB Terengganu Dato' Ahmad Said ketika memberi alasan kewajaran kerajaan negeri membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Beliau memberi alasan kononya kos penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang hanya baru berusia 4 tahun( dibeli 2004) sangat tinggi.Ahmad berkata "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.
Kalau betul kes 4 tahun sampai RM50,000 kos selenggara, ini sangat kes terpencil.Ini juga sesustu yang amat pelik,kerana 4 tahun menggunakan kereta tersebut kos penyelenggaraanya mencecah separuh harga asal kereta tersebut.

Benarkah kos setinggi itu?Kenyataan yang dikelurkan oleh Ahmad Said ini sekaligus mencemarkan jenama proton V6 itu sendiri serta meninbulkan persepsi yang tidak baik rakyat Malaysia terhadap kereta Nasional ini.

Perlu rasanya satu lapuran BPR dibuat bagi menyiasat kos selenggaraan V6 yang digunakan oleh YB Toh Chin Yaw.BPR perlu menyiasat dimanakah penyelengaraan dibuat, bila ianya dibuat, apakah kerosakan dan apakah kompenan yang ditukar.

Oleh kerana MB sendiri yang membuat kenyataan tersebut, maka ianya telah melahirkan satu keinginan bagi rakyat untuk mengetahui lebih lanjut.
Selepas disiasat oleh BPR, elok lah MB sendiri pula mengelurakan ciri-ciri terperinci penyelenggaran yang bernilai RM50,000 tersebut.

Songel- Sebuah sahaja yang dubaiki dengan kos RM50,000.Tapi Ahmad Said tukar sehingga 14 buah kereta.

Ingat-ingatlah....

Jul 18, 2008

Inilah Perjuangan Kita


Dalam suasana kemelut politik tanahair yang sangat tidak menentu, PAS kelihatan agak tenang, berbanding dengan parti-parti lain yang kelihatan agak kalut dan kelibut.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS tidak terikut-ikut rentak suasana kerana dasar PAS iaitu Islam tetap sentiasa relevan sehingga hari kiamat.
Parti-parti yang memperjuangkan dasar dasar yang lahir dari teori dan pemikiran pasti akan menemui kehancuran suatu hari nanti.Ketenangan PAS hari ini tidak lain tidak bukan kerana sandaran panduannya adalah Al-Quraan.Setiap tindakan yang diambil sentiasa disyurakan terlebih dahulu berpandukan AlQuraan.


Sikap PAS adalah sangat jelas, meruntuhkan jahiliah dan mendirikan Islam.Ini dipertegaskan lagi oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, didalam dua wawancara yang disiarkan oleh akhbar Harakah dan Siasah.

Dalam apajua keadaan PAS sentiasa membuka pintu untuk meneruskan kerja dakwah ini.Samada melalui Pakatan Rakyat atau apa apa badan yang sudi dan bersedia menerima dakwah Islam hatta Umno sekalipun.


Walaupun mungkin sepintas lalu ada yang tidak setuju dengan apa yang diluahkan oleh Presiden, apabila menyatakan kesediaan PAS untuk berunding( berbincang) dengan Umno demi masa depan umat di Malaysia.namum perlu kita ingat, inilah kerja dakwah yang telah ditinggalkan oleh para Rasol dan sahabat.Pas meneruskan kerja-kerja ini, kalau tidak PAS siapa lagi yang hendak diharapkan untuk meneruskan kerja-kerja tersebut di Malaysia.


Islam adalah agama perdamaian.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui”. (Al-Anfal (8): 61)


Seperti kata Tuan Guru Presiden, " Kalau kita tidak berbincang dengan mereka( Umno) macamana kita nak perjelaskan ( Islam) kepada mereka".


Sememangnya umno sedang sakit tenat, lalu apa salahnya Pas mencadangkan kepada umno satu ubat yang sangat mujarab iaitu Islam.Orang yang dalam keadaan sakit sudah pasti sentiasa sahaja mencari apajua ubat untuk menyembuhkan penyakitnya.Kini Pas telah mencadangkan suatu ubat yang telah disah dan dibuktikan sangat mujarab serta menjamin keselamatan dunia dan akhirat.Seandainya umno tidak dapat menerima ubat yang disyorkan oleh PAS, apalah daya kita.Kita serah urusan itu kepada Allah.


Parti-Parti lain tidak perlu bimbang dan gusar dengan perkara ini.Mereka sepatutnya memahami bahawa PAS adalah sebuah Gerakan Islam.Objektif utama PAS adalah untuk mendaulatkan Islam.Islam itu amat adil semua kaum.Matlamat utama PAS ialah Islam, PAS rela tidak berkuasa sekiranya Islam itu dipinggirkan.


Sirah Rasullah telah mengajar kita bagaimana Baginda telah ditawarkan pelbagai habuan termasuk menjadi Raja ketika di Kota Mekah dengan syarat beliau meinggalkan Islam.Oleh itu parti-parti lain perlu sedar itulah juga pegangan dan pendirian PAS.


Juga perlu diingatkan bahawa PAS akan terus menentang kepada sesiapa juga yang bertindak menghalang kedaulatan Islam.


Ingat-ingatlah.....

Jul 17, 2008

Pertembungan Umno Di Hulu Terengganu sangat sengit

Suasana Umno Hulu Terengganu nampak semacam tenang, namum hakikat gelora yang melanda bukan lagi menjadi rahsia.Dari Ajk Bahagian hingglah ke Ajk cawangan amat maklum dengan situasi Umno Hulu Terenganu.



Walaupun ada seorang Adun Bekas Exco yang baru-baru ini menafikan bahawa umno Hulu berkocak.Beliau telah memberi alasan selalu minum bersama-sama selepas mesyuarat."Selalu? berapa kali mesyuarat AJK Bahagian?" tanya seorang veteran umno dari DUN Manir, Salleh Abdullah apabila diajukan perkara ini kepada beliau.

Sebenarnya Adun bekas Exco di hulu Terengganu sangat tertekan selepas pelan beliau sudah hancur.Kedudukan beliau sendiri sebagai orang no.2 belum tentu selamat.Sebab itulah beliau menggunakan istilah mempertahan jawatan,bukan bertanding jawatan no.2 itu.Agaknya adun bekas exco ini merasakan jawatan no.2 tu sebagai hak milik kekal beliau.



Kalau tak ada angin pokok tak bergoyang, tapi ingat pokok juga boleh bergoyang tanpa angin kalau ramai-ramai goyangkan pokok tersebut.Adun bekas exco ini telah cuba mempetaruhkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor @ Alias Othman untuk berdepan dengan Tengku Putera Awang bagi merebut kerusi ketua Bahagian Hulu Terengganu.

Sementara penyokong Tengku Putera di Hulu Terengganu pula difahamkan sedang mengatur strategi untuk mencalonkan YB Rozi Mamat bagi merebut jawatan no.2 dari Adun bekas Exco.


Menurut Cikgu Roslan ( AJK Pemuda Hulu) keputusan tersebut hampir 80% menjadi kenyataan, usaha sekarang ialah memastikan 3 DUN ( tidak termasuk Ajil) membuat percalonan YB Rozi dalam mesyuarat Agong cawangan yang bermula malam ini.

Namum begitu sekiranya pelan tersebut tidak menjadi, dijangkakan naib ketua Bahagian, Yusof Awang Hitam (Dari DUN Manir) sekarang akan dicalonkan untuk merebut jawatan no.2. Beliau dijangka turun gelanggang sekiranya keputusan disaat akhir masih memerlukan agar YB Rozi kekal sebagai ketua Pemuda Bahagian.

Apa pun keadaan, apapun suasana semacam ada satu fenomena baru dikalangan 2 kem di Hulu Terengganu ini.Kedua-dua kem ini telah menggunakan akhbar Sinar Harian sebagai pentas untuk meluahkan pandangan dan sekaligus mengharap simpati perwakilan.

Samaada Sinar Harian memperalatkan mereka ,atau mereka memperaltkan Sinar Harian, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan ini.

Sesungguhnya Umno retak menunggu belah.
Ingat-ingatlah.





http://penawarrinduku.blogspot.com/

15 pelajar SMASZA tidak mendapat pinjaman Yayasan Terengganu.

Baru beberapa hari lepas Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menjelaskan pentadbiran beliau akan berlaku menjaga kebajikan dan memastikan mendapat pendidikan yang sempurna didalam dan di Luar Negeri.

Tanpa mengira apa jua latar belakang politik, kedudukan keluarga, kerajaan negeri akan membantu semampu dan seadil mungkin rakyat negeri ini.

Tadi saya menerima email dari seorang yang tidak dikenali menyatakan bahawa 17 atau 15 pelajar sekolah menengah Agama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat cemerlang dalam peperiksaan Thanawi dan telah ditawarkan melanjutkan pelajar di universiti Azhar,Mesir telah ditolak permohonan untuk mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Terengganu.Dimaklumkan juga mereka-mereka ini akan berangkat ke Mesir awal Spetember ini.

Saya menghubungi kawan saya seorang guru agama di SMAZA, beliau mengesahkan sekitar 15 orang yang ditolak permihinan pinjaman Yayasan Terengganu

Sebenarnya saya tidak pasti apa pula latarbelakang politik atau kedudukan keluarga pelajar yang ditolak permohonan pinjaman mereka ini.Mereka ini memohon untuk meminjam, bukanya minta biasiswa semacam dulu.Kenapa sukar sangat untuk meluluskan pinjaman yang digelar Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu? Ini amat sekali mencemar nama baik Al-Marhum Sultan Ismail yang merupaka Nenda kepada Agong kita sekarang.

Saya rasa Dato' Ahmad Said sendiri serta Exco pendidikan juga tidak mengetahui hal ini, mungkin Pengarah dan ada segelintir pegawai di Pejabat yayasan yang mengambil tidakkan sendiri untuk memburuk nama Ahmad Said ( berpandukan kepada janji beliau).Harapan agar MB dapat membuat satu ketetapan baru bersama Pengarah Yayasan Terengganu bagi menyelesaikanya.

Atau mungkin juga Ahmad Said serta sememangnya manis di mulut sahaja, namum hakikatnya mereka tidak seperti apa yang diucapkan.

Marilah kita menjadi pemimpin yang berkerja untuk rakyat, untuk umat kita, untuk bangsa kita(Semua 15 orang pelajar itu adalah melayu).


Dato' Ahmad Said mesti mengubah suasana politik kini, langkah menjemput pimpinan PAS Terengganu ke Tingkat 16 adalah merupakan langkah yang sangat mulia dan harmonis, jadi apa salahnya selepas ini Dato' Ahmad Said bersikap lebih terbuka, lebih lunak untuk berkhidmat untuk semua rakyat Terengganu, bukan untuk berkhidmat untuk Melayu Umno semata-mata.

Ingat-ungatlah..


Jul 16, 2008

Kemana arah Menteri Ini

Selesai sudah debat khas antara Dato Seri Anwar ibrahim dan Dato' Ahmad Shabery Cheek mewakili kerajaan Malaysia.

Ahmad Shabery Cheek turun sebagai Menteri Penerangan sementara Dato' Seri Anwar Ibrahim turun sebagai PM Menunggu?.

Pada awalnya ramai merasakan debat ini dibatalkan disaat akhir oleh pihak penganjur.Tidak kurang juga yang meramalkan debat ini dibatalkan kerana ketidakhadiran DS anwar Ibrahim, samada beliau ditangkap atau sengaja tidak hadir.

Sehari sebelum debat berjalan, seorang teman kerja yang sangat kuat pengangannya dengan anutan Umno( parti melayu yang shotfontnya tidak dari bahasa melayu) berkata " baguslah debat ini, supaya rakyat dapat tahu tipudaya pembangkang, Anwar pasti tewas",


Namum sehari selepas debat(pagi tadi) orang sama diatas tadi, mengulas dengan nada sedikit emosi," cakap saja bolehlah, buat belum tentu" itu menggambarkan fikiran dan pemikiran golongan sekular yang tidak meletakkan ketetapan Allah itu didepan.

Saya tidak mahu mengulas tentang kandungan debat itu,kerana terlalu ramai yang telah mengulas di laman-laman web.Apa yang ingin dipamparkan disini bagaimana dengan janji seorang menteri yang menyatakan sekiranya beliau tewas dalam debat ini , semestinya beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri. ayuhh dato' tunggu apa lagi.....semua semalaysia tahu bahawa dato' telah tewas dalam debat khas malam tadi, dato' gagal berdebat dengan Dato' Seri Anwar.Betulah kata Dato' Seri anwar yang Dato' bukanlah lawan beliau yang sebenar.Tapi apa kandaya untuk menyedarkan dato' untuk melenyapkan keegoan dato' selama ini, DSAI sahut cabaran dato, walaupun hati kecil DSAI sedar bahawa sememangnya dato' bukan lawan dia.Taraf untuk lawan sebenar DSAI ialah PM atau TPM....

Apakah Dato' Ahmad Shabery menari dengan rentak yang sama dengan 11 orang adun Terengganu yang bersama-sama Idris Jusoh dalam krisis perlantikkan MB tempohari.Mereka itu diketuai oleh Rosol Wahid yang sampai sekarang belum lagi menunaikan janji(sumpah?) untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN sekiranya Idris Jusoh tidak dilantik sebagai MB.

Semua juga telah maklum bahawa Dato' Ahmad Shabery Cheek adalah kem Idris Jusoh yang telah meletakkan jawatan sebagai ketua Penerangan Umno Terengganu, malah beliau tidak dilantik apa-apa jawatan oleh Ahmad Said dalam kabinet baru umno Terengganu.

Inikah Menteri yang pernah seketika dulu menjadi pembawa beg Tengku Razaleigh?Inikah sikap menteri yang pernah diambil tindakan ketika di UM dahulu memimpin MPP dan ditangkap kerana menonton video peristiwa pembunuhan Ahli PAS di Lubok Merbau?

Inikah pemimpin yang meminpin gerakan pelajar seawal tahun 80 untuk berdemokrasi menentang beberapa tidakkan kerajaan yang mengenkang pembangkang dan Ngos?

.....Dan Banyak lagi kalau hendak diungkit kisah silam Ahmad Shabery Cheek ,termasuk merempat mencari sesuap nasi di Institiut Berakan di Jalan Sultan Omar,yang di pimpin oleh Dato Abu Bakar Chik ketika itu.

Sengaja disebut hanya secebis kisah silang beliau, itupun kerana didalam debat Khas beliau tidak fokus kepada tajuk tapi menyerang kisah silang beliau,tenyata rentak yang dibawa oleh Ahmad Shabery tidak diikut oleh Anwar, jelas anwar mampu mengawal bola dengan baik dan menerjah kedalam gol lawan.maka terkebil-kebil lah penjaga gol lawan.....Sekalung tahniah kepada Hanafiah Man wartarwan Agendadaily kerana berjaya membawa bekas boss beliau (DSAI) live dikaca TV .............Akhiranya Ahmad Shabery Cheek Mesti letak jawatan, kerana itulah yang menjadi taruhan beliau...puas.....

Jul 8, 2008

Zubir lawan W.Farid di K.Terengganu.

Perkembangan politik Umno di Kuala Terengganu amat menarik untuk di lihat.
Dengan perlantikkan Dato' Zuber Embong yang merupakan veteran politik zaman Wan Mokhtar sebagai ketua Penerangan umno Terengganu oleh Ahmad Said,ianya merupakan signal yang jelas dari Ketua Perhubungan supaya beliau mengetuai Umno Kuala Terengganu.

Ditambah dengan kenyataan beliau selaku ketua Perhubungan Umno Terengganu bahawa umno Kuala Terengganu punca kelemahan dan disitulah letaknya segala kelemahan,sekaligus menempelak Dato' wan Farid Salleh selaku ketua Bahagian sekarang.

Sebelum Dato' Wan Farid, Ketua Umno Kuala Terengganu adalah Dato' Roslan Awang Chik yang juga telah dilantik oleh Dato' Ahmad Said sebagai bendahari perhubungan umno yang baru, sekaligus memecat Datuk Wan Hisham Salleh,abang kepada Dato Wan Farid.Wan hisham boleh lah disebut sebagai dipecat oleh Ahmad Said kerana beliau tidak meletakkan jawatan tersebut bersama-sama ketua perhubungan,setiausaha dan ketua penerangan (artikel terhadulu).

Dato' Wan Farid merampas kerusi ketua Umno dari Roslan Awang Chik dengan cara yang amat jijik ketika itu.

Kini diberitakan, Zubir telah membina rangkaian bersama dengan Roslan Awang Chik sebagai regu untuk menentang Che Mat Jusoh sebagai timbalan Ketua Umno bahagian.

Perkembangan terbaru pula, Ketua Pemuda umno negeri Mohd Sabri Alwi yang juga ketua pemuda umno Kuala Terengganu telah mengumumkan bahawa beliau juga akan mencabar jawatan Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu.Ini akan melihatkan pertandingan 3 penjuru itu jawatan tersebut. Mohd Sabri dalam kenyataannya yang beliau akan setia dan seiringan dengan Wan Farid dalam pertandingan ini.Ini menunjukkan bahawa Dato' Che Mat Jusoh yang tidak dicalonkan semula di Batu Buruk dalam PRU ke-12 baru-baru ini dan juga tidak dilantik semula sebagai Yang DiPertua Dewan undangan Negeri Terengganu baru-baru seolah-olah telah terpinggir dalam pecaturan ini.

Keputusan pemilihan Umno Di Kuala Terengganu juga nanti akan menjadi perhatian umum kerana ianya sebagai penentu serta kayu pengukur kepada pilihanraya kecil DUN Ladang, seandainya Mahkamah memutuskan demikian.

Ingat-ingatlah

Imbasan: Sikap PAS Kes DS Anwar 1998


Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI,sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:
PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam.PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita.Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud,seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi).Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia.Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila?Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila.Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah.Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata"Hukumlah aku kerana aku telah berzina" Rasulullah menjawab"Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu.beliau berkata"Ya,saya telah solat asyar tadi,tetapi,Hukumlah saya kerana saya telah berzina"kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?"beliau menjawab "ya"Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau.Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau,mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulanya disini,seseorang yang membuat pengakuan ikrar,kemudia ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik ,maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil.Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

" Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi ,maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI,walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS.....ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil.Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.
sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di kg.Gelugor ,Marang Terengganu-1999

Jul 7, 2008

Tahniah KaumKu, Aku bangga denganmu..

Tahniah, kaumku ( Wanita) turut bersama-sama didalam perhimpunan Protes, mulanya kami sekeluarga memang bercadang untuk sama-sama menyemarakkan lagi himpunan ini, namum apa daya, tugasan ini menghalang kami untuk sama-sama disana.Anak-anak pula bersekolah.

Namum begitu himpunan ini dikabarkan ada sedikit kecacatan kerana dibuat didalam tempat tertutup .Lagi mencemarkan bila ada nyanyian rock yang sangat menungkah dari hasrat dan niat suci itu.
Apa pun Kenangan terkena semburan gas pemedih mata berhampiran Masjid Jamek semasa himpunan BERSIH masih segar dalam ingatan....Syabas...Tahniah untuk Kaum Hawaku....

Tanggujawab kita terhadap Allah

Mendaulatkan Syariat Islamiyyah

Negara Islam ialah negara yang mendaulatkan Hukum Allah SWT, di mana ia mestilah dibuktikan dengan perkara-perkara berikut:

1. Syariat Islamiyyah hendaklah menjadi aqidah negara dan dari aqidah itulah ditegakkan Perlembagaan, Perundangan dan segala nizamnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah dipesankan dengannya akan Nabi Nuh, yang diwahyukan kepadamu dan dipesankan dengannya akan Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya."

Jika negara itu dari awal-awal lagi tidak meletakkan Islam ke taraf tersebut seperti hanya diberikan tempat dan ruang di dalam Perlembagaan, di samping mengizinkan hukum-hukum lain mengatasi Hukum Islam maka ia dianggap syirik dan tiada nilai keIslaman yang sebenar di dalam kegiatan Islam atau yang bernama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, jika kamu syirik nescaya akan hapuslah amalan dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."

Apa yang tersebut bukanlah suatu kongkongan daripada keteguhan. Jalan yang ada di dalam Islam sudah cukup untuk memberi peluang yang seluas-luasnya kepada negara yang mengendalikan urusannya dan sebarang penerimaan yang lain adalah anggapan seolah-olah Islam ini tidak mempunyai kesempurnaan, Na'uzu billai min zalik.

2. Syariat Islamiyyah itu hendaklah diletakkan paling tinggi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Iaitu janganlah ada hukum atau undang-undang lain yang mengatasi hukum atau undang-undang atau mengatasi syariat Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Adalah bertentangan dengan Islam bahkan menipu rakyat apabila sesebuah negara menjadikan Islam sekadar agama Negara atau Islam dijadikan salah satu sumber rujukan sahaja dan sebaliknya mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

3. Perlaksanaan yang syumul (menyeluruh). Sebagaimana yang di fahami, Islam adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencakupi segala aspek kehidupan seperti aqidah, syariah, akhlak dan nizam, kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat. Tiap-tiap aspek ini berhubungkait di antara satu sama lain. Tanpa perlaksanaan yang menyeluruh nescaya akan gagal untuk mengatasi segala masalah. Oleh itu wajiblah bagi Negara Islam itu melaksanakan sifatnya yang syumul.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara-perkara yang dilakukan secara tadaruj (berperingkat) tetapi penerimaannya sebagai dasar negara secara menyeluruh adalah wajib. Islam tidak mengiktiraf penerimaan secara serpihan sahaja. Sesungguhnya melaksanakan Islam secara serpihan sahaja adalah suatu penyelewengan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dengan pertolongannya menghalang perlaksanaan hukum Hudud (kanun Kesiksaan) maka sesungguhnya ia menentang Allah pada hukum-Nya."

Jika membatalkan satu Hukum Allah di anggap menentang-Nya dan derhaka maka bagaimana dengan mereka yang membatalkan lebih dari satu?

Sebarang perlaksanaan Islam oleh Negara Islam hendaklah menyatakan dasarnya yang jelas, niat yang ikhlas dan perancangan yang betul dan tepat dengan syariatnya.

Tips: "Apa ertinya sebuah kerajaan dan pemerintahan jika tidak mendapat keredhaan Allah''

-Ingat-ingatlah-

Jul 5, 2008

Pelajar Tadika Khatam Quraan, Terbongkar!!!!!

Ini satu khabar yang diterima melalui email dari Putrajaya.
Baru-baru Kementerian pelajaran menerima lapuran dari semua negeri berhubung dengan sistem pendidikan J-Qaf.
Semua negeri diminta menghantar lapuran status pelajar tahun satu.
Antara lapuran yang dikemukakan ialah bilangan pelajar tahun satu telah khatam Al-Quraan.Semua negeri dikehendaki menghantar jumlah pelajar tahun satu yang telah khatam Al-Quraan.

Difahamkan lapuran pelajar tahun satu yang telah khatam Al-Quraan oleh Terengganu tidak sampaipun 50 orang.Ketika sessi pembentangan, timbalan menteri Pelajaran terperasan dengan jumlah itu.Beliau lalu mempertikaikan angka tersebut, kerana sebelum (tahun lepas) ini kerajaan Terengganu mendakwa lebih 700 pelajar tadika telah khatam Al-Quraan, bukan itu saja malah beratus-ratus papantanda memamparkan dakwaan tersebut."Kemanakah perginya pelajar Tadika yang berumur 6 tahun yang khatam Quraan melalui Tadika Yayasan Islam tahun lepas?"soal timbalan Menteri itu.

Dimaklumkan tiada sebarang jawapan kepada soalan timbalan Menteri itu.Semua yang hadir dalam majlis itu juga terpinga-pinga.

Persoalannya sekarang, ya kemana pelajar-pelajar tersebut menyambung pelajaran mereka di tahun satu, apakah pelajar Tadika Yayasan Islam yang seramai 700 telah khatam Al-Quraan itu tidak menyambung di sekolah Kebangsaan di Terengganu atau mereka ini meneruskan pelajaran tahun satu mereka di sekolah swasta yang tidak didaftar melalui Jabatan Pendidikan Terengganu?

Secara pribadinya, bagi saya dengan terdedahnya perkara ini, menjelaskan dan membongkarkan lagi pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam.

Projek ini adalah idea bekas MB Idris Jusoh bersama bekas Exco Islam Hadhari.
Namum begitu pembohongan dan penipuan ini nampak semacam hendak diteruskan juga oleh MB Baru ini, kerana sekarang ini dinaikan pula papantanda yang menyatakan lebih 3000 pula pelajar Tadika yayasan Islam yang khatam Quraan.

Kita semua maklum semenjak MB baru Dato' Ahmad Said menduduki kerusi tingkat 16 Wisma Darul Iman, tiada perkara baru yang dibuat walaupun telah melepasi edah 100 hari memegang jawatan tersebut.Tidak boleh tidak mungkin itulah sebabnya beliau terpaksa meneruskan ideal tersebut walaupun terpaksa menghadapi situasi yang tidak benar itu.



Kata Sahabat " Dunia kalau nak tipu,tipulah orang lain jangan tipu aku"


"Ingat-ingatlah"