Dec 27, 2008

Wajarkah PAS umum calon di Stadium Negeri?


Salam hormat,

Sekian lama menyepi diri tanpa sebarang tulisan,ct terpanggil untuk mengajak semua pembaca budiman sama-sama membaca, menrenung dan menilai kewajaran bagi PAS Terengganu menggunakan dewan Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu didalam mengumumkan calon nya dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.


Pada mulanya saya merasakan bahawa ianya merupakan satu strategi PAS apabila ada ura-ura yang YAB Menteri Besar Terengganu secara lisannya telah berjanji memberikan Stadium Untuk dijadikan tempat untuk mengumumkan calon PAS pada 1 Januari 2009 nanti.


Selepas mendengar sidang akhbar oleh YB tuan Guru Presiden PAS pada 21 Disember 2008, beliau dengan rasminya telah mengesahkan bahawa PAS akan mengumumkan calonnya pada 1 januari 2009 di Stadium negeri.


Apakah kewajaranya? apakah keperluannya? Stadium negeri....Hebat sangatkah PAS bila dapat menggunakan stadium negeri?Memuncak kah mood petugas PAS bila dapat buat ceramah di Stadium negeri? hebat benarkah pimpinan PAS yang berjaya menawan hati Mat Said?


Saya difahamkan bahawa Kelulusan penggunaan Stadium tersebut tanpa sebarang syarat.Ye...macamana dengan Dewan Dato' Amar Diraja di Bandar Cukai Kemaman tempohhari semasa kita mengadakan injima' Kepimpinan negeri, juga tanpa syarat, tapi kemudian Pas tidak dibernarkan memasang sebarang bentuk bendera lambang bulan diluar dan di pagar Dewan.Namu ada kawan-kawan di Kemaman yang jenis 'keras Keng' bertindak sendirian menggantungkan bendera PAS di pintu masuk utama dewan, walaupun pada mula terpaksa bertegang leher dengan pemimpin PAS Kemaman yang berusaha mendapat kelulusan dewan.

Itu tak mengapa kerana dalam mood dan suasana biasa.


Macamana dengan sekarang? dalam mood dan suasana pilihanraya, malah seorang teman saya orang kuat Nisa' negeri menyebut dalam mood perang.Seni perang itu mengharapkan selangkah sahaja untuk merebahkan lawan. Tidak perlu 2 atau 3 langkah, langkah pertama kalau kena caranya sudah boleh meranapkan lawan, atau paling tidak mengurangkan dayajuang lawan.


Pekerja PAS bahawan yang ditemui sebahagian besar sangat kecewa dengan fenomena ini.Mereka sangat kecewa dengan kejadian 'Hidung Tak Mancung pipi tersorong-sorong ' Untung seringgit , ruginya 100 ringgit.

Hanya sekadar kerana musim hujan?ah, penyokong pas sudah bertahun-tahun mendengar ceramah dibawah hujan dan ribut pemimpin tetap juga dibawah khemah.


Penyokong sudah biasa dengan bahaw pohon kelapa, bawah pohon mempelam diatas hujan mencurah dibawah embun membasah.Kami penyokong tidak minta stadium, ingatlah kalau ceramah dibaruh, dipadang, dibendang, di paya pemimpin dan penceramah masih lagi juga dibawah khemah dan diatas pentas.


Janganlah dikambinghitamkan kami pengikut bahawan ini, kononnya untuk menyelematkan kami dri hujan ribut.Kami tidak pernah minta itu semua..Kami masih bersedia dibawah hujan dan diatas rumput.Kami seronok dengan itu semua, kami di tarbiah supaya lebih mempelajari kesusahan dari bermewahan dan kesenangan.Apabila sentiasa dengan keselesaan yakinlah ahli-ahli jamaah yang dilahirkan itu tidak berkualiti walaupun mungkin ia sangat berkauntiti.


Wahai pemimpinku, berapa sewa Stadium tersebut?elok jumlah sewa yang dibayar kepada MBKT itu diberi kepada UPU[unit peti undi] Pas yang masih memerlukan duit walaupun mungkin sudah diberi,

Andainya sewa Stadium berjumlah RM5000.00 iani telah boleh diagihkan kepada setiap Dun RM 1200.00, jumlah ini sudah mampu membeli sebuah Komputer biasa untuk kegunaan Pilihanraya kecil ini.


Akhiranya, mewakili keluhan kawan-kawan yang tidak bersetuju dengan langkah PAS Terengganu menyewa Stadium Tertutup tersebut mengharapkan supaya PAS Terengganu membatalkan semula hasrat untuk menyewa Stadium tersebut pada 1 Jan.2009


Ct - sejujurnya tawar hati dan semestinya tidak akan hadir pada pada 1 jan 2009 sekiranya di buat di Stadium. Maaf!



Dec 14, 2008

Dec 10, 2008

Dec 3, 2008

PRK Kuala Terengganu satu kajian buat renungan

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan selewat-lewatnya 27 Jan 2009, iaitu tarikh terakhir 60 hari selepas ianya kosong kerana kematian Ahli Parlimen tersebut Dato’ Razali Ismail pada 28 Nov 2008.

Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu N13 Wakaf Mempelam, N14 Ladang, N15 bandar dan N16 Batu Buruk.
Dalam piliharaya umum ke-12 pada 21 mac 2008 PAS telah memenangi 3 dari 4 Dun tersebut.

Secara lojik akalnya atau secara teori sepatutnya dengan memenagi 3 dari empat Dun di Parlimen Kuala Terengganu Hj Mohamad Sabu sebagai calon Pas P036 telah memenangi Parlimen tersebut.Namum hakikatnya semua sudah maklum.
Disini dapat dilihat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu hanya sedia menerima Pas di peringkat Dewan undangan Negeri sahaja, sebaliknya mereka telah menolak Pas atau mengundi BN diperingkat Parlimen.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa Mohamad Sabu tewas kerana undi Pos, namum hakikat atau realiti pengundi pos bukan penentu utama dalam keputusan tersebut.Teori tersebut mungkin berasasakan kepada angka sebelum peti undi pos dikira.

PAS 31,881
BN l 31,566
Majoriti 315.

Namum selepas undi pos dikira , keputusan telah berpihak lepada BN dengan mendapat 32,562 dan PAS 31,934 dengan majoriti 628 .

Mari pula kita sama-sama melihat angka keputusan 4 Dun Dalam Parlimen tersebut itu:

N13 - WAKAF MEMPELAM
PAS...........9,645
BN ............7,452
Maj.............................................+2,193

N14 - BANDAR
BN .............7,831
PKR............6,689
Maj.............................................-1,142

N15 - LADANG
PAS............6,723
BN..............6,692
MAJ................................................+31


N16 - BATU BURUK
PAS...........10,672
BN.............. 9,511
MAJ..............................................1,161

Keseluruhan dari majoriti Dun diatas sepatutnya PAS memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 2243 undi.

Angka diatas menunjukkan bahawa 1615 pengundi di keseluruhan 4 Dun diatas telah mengundi BN di Parlimen dan PAS/PKR di peringkat DUN.
Untuk memastikan angka sebenar dari Dun Mana yang mengundi sedemikian perlu dilihat kepada jumlah undi yang didapati oleh BN dan PAS menerusi keputusan Parlimen mengikut Dun.

Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa faktor ini adalah kerana Mohamad Sabu merupakan calon yang dimpot dari luar Terengganu, kerana rakyat Terengganu masih belum dapat menerima calon calon luar dari Terengganu sepertimana pengundi Kelantan yang boleh menerima 4 calon Parlimen dari luar iaitu Machang, Kuala Krai, Kubang Kerian dan Bachok.

Jika faktor diatas penyebab kepada keputusan Pru 12 di Kuala Terengganu, maka PAS perlulah mengemukakan calon anak tempatan didalam piliharaya Kecil yang akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 5 Dis 2008 nanti.

Sementara sesetengah pendapat pula mendakwa populoriti dan keperibadian Calon BN di Parlimen yang telah mengubah mood pengundi untuk membahagikan undi mereka kepada BN di Parlimen dan PAS/PKR di DUN.
Jika benarlah pandangan kedua ini, maka Mohamad sabu masih relevan untuk dicalon didalam pilihanraya kecil itu nanti.

Namum keputusan sebenarnya terserahlah kepada pucuk pimpianan PAS untuk menentukan siapakah yang bakal di nobatkan sebagai calon untuk berdepan dengan umno/BN nanti.