Feb 22, 2009

Tahniah Untuk MP Kuala Terengganu


1 Jan 2009: Ustaz Abdul Hadi telah membuat kejutan dengan mengumumkan Haji Wahid Endut sebagai calon PAS dalam PRK P36,satu nama yang langsung tidak dijangka oleh semua pihak.



6 Jan 2009: Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Perlawanan 3 Penjuru.




Calon Pilihan Rakyat " Berubah Untuk Kemenangan Rakyat"



Selepas berhempas pulas menghadapi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri , BN dll akhirnya pada 17 Jan 2009 Calon Pas Hj Mohd Abd Wahid Menang dengan maj 2631.





17 Feb 2009 selepas sebulan dinobatkan sebagai MP Kuala Terengganu secara sah selepas lebih 32 ribu pengundi Kuala Terengganu mahukan beliau, akhirnya YB Hj Wahid mengangkat sumpah di Parlimen.





* Walaupun ct bukanlah pengundi Kuala Terengganu, ct tetap bangga kerana kami (Suami & anak sulong) telah sama-sama membantu siang dan malam untuk memangkan Calon PAS.
Tahniah Hj Wahid, syabas Cikgu Wan Fatimah.

No comments: