Apr 7, 2009

Tahniah Untuk 2 Bukit



P059

PAS :21860,

BN :19071,

BEBAS: 62.

Maj : 2789




N 25

PKR : 12,632

BN : 10,269

Bebas : 130 ( 13 orang)
Maj : 2409

Selepas berhempas pulas dan bersekang mata selepas pernamaan calon pada 29 Mac 2009, selepas bermacam macam rintangan dan halangan menghadapi parti lawan dan kerajaan pusat.

Akhirnya dua Bukit satu di Kedah dan satu lagi di Perak mampu ditawan dan mengekalkan kemenangan 8 Mac 2008.
Pelbagai kejadian yang tidak diingini telah berlaku, malah di malam terakhir ceramah di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani penyokong PR masih lagi disembur dengan gas pemedih mata sementara itu di Bukit Gantang pula berhampiran pusat mengundi sekolah Air Kuning semburan dilakukan pada pagi hari mengundi(Teringat kejadian di Rusila 8 Mac 2008).
Hasilnya DS Mohd Nizar Jamaluddin berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2789.

Sementara S. Manikumar menang bergaya dengan majoriti 2409 di Dun Bukit Selambau.Selain berhadapan dengan calon BN berliau juga di tentang oleh 13 calon bebas.

Namun begitu Pakatan Rakyat tidak mampu untuk merampas satu lagi kerusi Dun dalam PRK ini iaitu du Batang Ai, Serawak dan lebih malangnya pertambahan majoriti amat tinggi dari 806 kepada 1,854 .
Keputusan ketiga-tiga PRK ini menjadikan kedudukan dalam PRK selepas PRU 12 adalah 4-1.
PR memenagi Parlimen Permatan Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini.
Sebenarnya, samada kita setuju atau tidak kemenangan yang hakiki adalah PRK Kuala Terengganu kerana dalam PRU ke-12 ianya dimenangi oleh BN.Sementara PRK yang lain adalah kemenangan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU 12.

Akhirnya tahniah kepada PR kerana usaha gigih pekerja parti telah berjaya menawan 2 Bukit, satu kuala dan satu Permatang sebelum ini.

Ayuh gagahkan ayunan langkahmu untuk menuju PRU 13 yang dirasakan paling lewat 2 tahun saja lagi.


-SELAMAT BERJUANG-






No comments: