May 4, 2009

Rahim dan Nasir sudah lama tidak Sefahaman



Rahin Said, Adun Teluk Pasu Terengganu semalam mengeluarkan kenyataan bahawa 2 Tok Gur u sudah lama tidak sefahaman.


Diyakini kenyataan Rahin melalui Sinar Harian itu hanya pakai hentam tembak, malahan beliau langsung tidak mengetahui seakrab mana hubungan dua tok guru ini.Saya pun pelik sejak akhir-akhir ini Akhbar Sinar Harian terlalu banyak menyiarkan berita tidak berasas dan tidak dari sumber yang jelas.
Mungkin kita bermusuh dalam politik, tapi kita selayaknya membuat kenyataan bohon demi mencari populariti politik kerana orang itu lawan dan musuh kita.Tambahan pula sebagai seorang exco bekas pegawai bank, Rahin dilihat sangat tidak bertanggujawab, berpolitik cara kampung setaraf JKKK.

Sebelum Rahin membuat kenyataan tersebut, sepatutnya sebagai timbalan ketua umno K.Nerus yang seketika dulu beliau adalah ketua bahagian, ketua Pemuda Bahagian.


Rahin pasti masih ingat, orang umno Kuala Nerus juga sangat-sangat ingatnya.Rahin pernah berlawan dengan Nasir Ibrahim Fikri,bermula dengan berlawan ketua Pemuda Umno.Perlawanan cukup sengit, kempen sangat dasyat, mengalah kempen pilihanraya dun atau parlimen.Rahin menang, timbulah dikalangan pemuda bahawa kem Rahin dan kem Nasir.
Seperti yang pernah diceritakan oleh Ghazali Sulong calon AJK Pemuda yang mewakili kem Nasir, beliau telah dihina dan cerca oleh puak Rahin macam musuh politik Umno vs Pas.

penggal seterusnya apabila dato' rashid ngah mengundur diri dari jawatan ketua umno Kuala Nerus, pertembungan berlaku lagi antara rahin dan nasir bagi merebut jawatan Ketua bahagian. Kali giliran Rahin yang kalah.Perbalahan Rahin dan Nasir semakin parah, sehinggakan semasa Rahin menjadi exco zaman Idris Jusoh, apabila pemimpin umno cawangan dalam dun beliau datang untuk mendapatkan sokongan beliau dalam beberapa perkara, beliau mengherdik pemimpin cawangan tersebut supaya mengadu dan memohon simpati dengan Nasir, kerana beliau tahu yang pemimpin umno cawangan tersebut berkempen untuk Nasir semasa pemilihan bahagian.


Sebalik nya demikian juga berlaku bila pemimpin umno di Kg Serdang datang mengadu kepada Nasir juga mengherdik dengan meminta supaya beliau mengadap Rahin kerana sebelum itu beliau adalah penyokong kuat Rahin.
Demikian berterusan antara Rahin dan Nasir mereka berdua "ja'wa" .Sementara dalam pemilihan 2008, menyedari pengaruh kian pudar, pengikut sudah lari, penyokong berpaling tadah ditambah dengan ugutan dari Ahmad said supaya exco tidak melawan ketua Bahagian, Rahin telah menggunakan Basir regu harapan beliau untuk menentang Nasir dan keputusannya semua tahu Basir tewas dengan 8 undi.Dengan kemenangan tipis itu Nasir terus berdendam dengan Rahin walaupun Rahin kini adalah timbalan ketua bahagian, namun Nasir tetap tidak mempercayai Rahin semenjak dahulu hingga kini.
tulisan ini kiriman email dari :NJK -Gong Badak.

No comments: