May 3, 2009

Ulama' mengusai Pemuda Terengganu.

Syukur, dewan Pemauda PAS Negeri Terengganu telah selamat mengadakan muktamar tahunan dengan jayanya.Kebetulan pula pada hari yang sama juga Muslimat negeri juga mengadakan Muktamar tahunan nya.

Sedih sekali kerana tidak dapat jadi pemerhati dalam muktamar muslimat kali ini, kebetulan pada hari dan masa tersebut anak sau
dara telah melangsungkan perkahwinanya.

Sehingga kini keputusan pemiliahan muslimat belum lagi sampai ke pengetahuan.
Muktamar Pemuda yang dirasmikan oleh Dato' Pesuruhjaya PAS Terengganu telah membuat satu keputusan pemilihan yang menampakkan pemuda Terengganu masih mahu ulama' memimpin mereka.

Daripada 13 orang yang dipilih itu, 12 daripadanya adalah ulama'.Bermula dengan diketua oleh YB ustaz Mohd Nor Hamzah.Itulah kelebihan pemuda Terengganu, sebelum ini pun kalau dilihat memang ulama' melebihi dalam jawatankuasa mereka.

Pemuda Terengganu masih boleh bertahan, mereka tidak terikut-ikut dengan rentak pemuda lain.Pemuda pemuda ini iaitu pemuda yang menjadi perwakilan pemuda kawasan adalah pemuda yang ditarbiyah oleh ulama'.

Pemuda Terengganu adalah antara pemuda yang masih di tarbiyah secara tradisi walaupun mereka banyak mengambil pendekatan moden.

Surau dan Masjid adalah asas kepada mereka.Pergerakan mereka bermula dari masjid dan Surau.Sememangnya sebagai sebuah gerakan Islam ianya mestilah bermula dan bertapak dimasjid dan surau.

Kembali kepada DPPNT tadi, kalau tak silap yang bukan dikalangan ulama' terpilih hanya seorang iaitu Wan Mohd Faizol.Menurut anak sulong kami, beliau adalah bekas Pegawai tadbir Negeri yang pecat oleh Idris Jusoh.Menurut anak sulong kami lagi, walaupun beliau bukan ulama' namun beliau mampu untuk memberi kuliah di masjid dan surau.

Semoga kepimpinan pemuda ini akan membawa halatuju pemuda untuk bagi menghadapi PRU 13.

CT- Menunggu keputusan Muktamar Muslimat selepas ketiadaan Kak Dah bt.6.

No comments: