Jun 1, 2009

Menjelang Muktamar 55 (4)

Ketiadaan nama Dato' Wan Muttalib dalam senarai calon.

Meneliti senarai calon AJK PAS pusat yang akan dipilih dimuktamar ke-55 di Shah Alam nanti rupa-rupa seorang tokoh veteran PAS yang selalunya mendapat undi 10 tertinggi dalam pemilihan sebelum telah tidak disenaraikan.

Mustahil rasanya tiada kawasan yang menbuat percalonan AJK PAS Pusat untuk Dato' Hj Wan Abd Muttalib Embong, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu.

Kalau tidak silap, Dato' Wan menduduki AJK Pas pusat semenjak 1982, selepas PAS di ketuai oleh Ustaz Yusof Rawa.Sebelum itu beliau hanyalah AJK DPP Pusat dibawah Dato' Mustaffa Ali.

Dato' Wan muttalib juga mula bertanding dalam pilihanraya 1978 di Dun Batu Burok dan tewas.
Kemudian 24 April 1982, beliau diamanhkan untuk bertanding di kerusi Dun Batu Burok dan Parlimen Kuala Terengganu.Beliau menang di Dun dan kalah di parlimen.

Kemudian beliau tewas di Dun Batu Burok dalam pilihanraya umum 1986.Beliau bangkit semula di Dun Batu Burok 1990 dan terus kekal sehingga pilihanraya umum2004.Dalam pilihanraya umum 2008, beliau tidak lagi menjadi calon.Namun tugasan dan kerja kuat beliau di DUN tidak pernah berubah atau luntur walaupun pada 2008 Dr Syed Azman yang menjadi calon PAS.

Ketiadaan nama beliau dalam senarai calon calon yang menawarkan diri untuk AJK Pas pusat adalah sesuatu yang menjadi tandatanya.Apakah beliau sendiri tidak lagi bersedia untuk menanggotai Jawatakuasa PAS Pusat?

Pun begitu ada juga kedengaran kononnya beberapa pemimpin PAS Terengganu telah diarahkan supaya tidak memegang terlalu banyak jawatan , kerana usaha sedang dirangka untuk memberi tumpuan kerja didalam negeri Terengganu itu sendiri bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

- Selamat bermuktamar-
- Ulama' Tunggak Perubahan ummah-

No comments: