Jul 21, 2009

Abe Uji start wat Kerje Dohhh

Biar pun baru seminggu dinobatkan sebagai wakil rakyat di Manek Urai, namun Mohd Fauzi Abdullah sudah keluar masuk kampung menemui orang ramai. Iklan


Hari ini beliau menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan penduduk di Lata Rek dan Chatel. Beberapa hari lalu jamuan laksa diadakan di Chuchuh Puteri.

Dan Jumaat ini beliau juga menerima jemputan majlis kesyukuran daripada nelayan di sebuah kampung di Besut.

Sehingga hari ini beliau sudah menemui sebahagian besar pengundi di hampir semua peti undi di Dun Manek Urai bagi merakamkan penghargaaan di atas sokongan padu mereka mempertahankan perjuangan Islam.

"Insya Allah saya akan membawa suara rakyat di Manek Urai bagi memastikan nasib mereka lebih terbela di samping melakanakan program mempertingkatkan ekonomi rakyat.

"Saya juga tidak lupa sokongan padu semua pihak termasuk persatuan peniaga dan korporat yang memberi sokongan sepanjang kempen pilihan raya diadakan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga berkata, biar pun baru dengan tugas wakil rakyat, namun pengalaman lama sebagai ahli majlis Majlis Daerah Kuala Krai dan aktivis parti diharap sedikit sebanyak dapat membantunya melaksnakan tugas.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pihak termasuk Badan Perhubungan PAS PAS Negeri, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, kawasan, pimpinan KeADILan dan DAP di atas kesungguhan mereka membantu kempen sebelum ini.

Mohd Fauzi yang lebih senang dikenali sebagai Abe Uji juga menyifatkan kemenangannya pada 14 Julai lalu sebagai kemenangan perjuangan Islam dan menegak keadilan.

"Biar pun terpaksa berdepan dengan segala jentera kerajaan Malaysia dan Umno, namun rakyat di Manek Urai tetap mempertahankan ketulenan perjuangan mereka selama ini," katanya.

Beliau juga memberitahu akan membuka pusat khidmat di Dun Manek Urai dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan tinggal di Dun berkenaan bagi memudahkan mendampingi rakyat.

Pada pilihan raya kecil yang diadakan Selasa lalu Abe Uji mengatasi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan kelebihan 65 undi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang, Haji Ismail Yaacob

1 comment:

Anonymous said...

Ya laaa...kalu hok cap dema wak khijer....cap hok laing dok prenoh wak khijer ke nok tanya?....kata dok kualer brg..wakil dia sdiri (cap yg sama) dok prenoh pon puji. jasa mnder abeee ni ke demer walaupun duk jauh dn mgkin tok pernoh berjasa ke demer......mmg peel prangar org cap demer kot gining, nok wk ganer...sabor jer lah