Jul 2, 2009

Umno BN Yang Sangat Kecewa

Umno/BN sangat kecewa apabila kegawatan didalam PAS tidak berpanjangan. Mereka sungguh-sungguh mengharapkan agar kegawatan antara pimpinan kanan itu akan berterusan.


Mereka menggunakan seberapa mungkin setiap media yang dikuasai untuk menangguk di air keruh bagi meneruskan agenda untuk melihat pepecahan didalam PAS. Namun apabila 2 tok guru telah mendamaikan hati-hati yang resah gelisah, umnoBN tidak dapat menyembunyikan kegelisannya apabila mula membuka cerita baru dengan menuduh bahawa PAS tunduk kepada kehendak rakan Pakatan Rakyat. Ye lah orang dan berpakat, mesti kena ada kesepakatan.

Umno/bn tahu mereka tidak mampu untuk mendamaikan pertelingkahan dalam jangka waktu yang singkat.Kegawatan dan kekalutan pimpinan mereka pastinya akan berterusan serta akan pasti ada tindakan cantas mencantas.

Berpeluknya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi serta berpeluknya Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Ustaz Nasa hampir mustahil untuk berlaku dalam ubn. Tidak mungkin bagi kita untuk melihat Mat Said dan Idris Jusoh untuk berdamai dan berpeluk dalam masa yang singkat ini walaupun sebelum ini semasa menghadiri majlis Angkat sumpah Mat Said sebagai MB tempohari kelihatan mereka berpelukan. Pelukan mereka kelihatan sangat janggal, hasilnya keretakan tersebut terus terusan hingga ke hari ini dan tidak diketahui bila pula penghujungnya. Juga rasanya hampir mustahil untuk melihat pelukan damai antara Rosol Wahid dan Tengku Putra awang.

Inilah sebenarnya yang membezakan antara pimpinan Pas dan pimpinan ubn.Pemimpin Pas berjuang atas dasar taqwa dan mencari keredhaan Allah.Sebalik pemimpin ubn hanya memikirkan untuk mencantas dan menaikkan akrab mereka sahaja. Insaflah....

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Semalam terlihatlah oleh saya astro oasis mengenai satu program televisyen al-muqaddim, dimana dalam siri program tersebut, sama seperti siri-siri program al-muqaddim yang sebelumnya melihat perkembangan agama islam dan bagaimana cara hidup masyarakat islam di negara-negara bukan islam. Kali ini mereka ke Poland dimana dalam siri tersebut seorang paderi menerangkan bagaimana mereka selalu berdialog dengan orang-orang islam dalam satu program khas untuk mencari titik persamaan yang bertujuan untuk mereka semua hidup dalam aman damai. Matlamat program tersebut adalah untuk mencari titik persamaan. Saya ulangi untuk mencari titik persamaan. Terfikir oleh saya kenapalah kita yang kecoh sangat sehingga sanggup kafir mengkafir sesama kita, kenapa mencari perbezaan sedangkan peratusan perbezaaan yang terlalu sedikit sehinggakan kita makanpun benda yang sama, naik kereta pon yang rata-rata jenama yang sama. Wallahhualam.