Aug 23, 2009

Rais Yakin PAS menang tapi majoriti mungkin merosot

Rais Yatim yang pernah membakar jambatanya untuk kembali kepada umno hari ini meyatakan keyakinan beliau bahawa PAS masih memenangi kerusi Permatang Pasir namun beliau merasakan undi majoriti sedikit merosot. Beliau menyatakan demikian ketika pengagihan jalur gemilang dalam kawasan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin majoriti undi pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan menurun kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka perlukan pembaharuan.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung.BN meletakkan Rohaizat, 38, yang juga setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, untuk menentang Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52.

Mengenai sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52, Rais berkata sambutan akan dibuat secara sederhana di perkarangan bangunan Parlimen dan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyembahkan struktur program sambutan.Katanya, butiran lanjut mengenai sambutan kemerdekaan secara sederhana sebagai menghormati bulan Ramadan dan mengelak daripada penularan wabak influenza A (H1N1), akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet minggu depan.

Terdahulu, hujan lebat tidak menghalang Rais daripada mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada orang ramai di sekitar pekan Permatang Pauh dan Sama Gagah di sini sempena bulan kemerdekaan.Tanpa menghiraukan keadaannya yang basah, Rais terus menemui para peniaga di sekitar deretan kedai dan pasar awam di situ untuk menyerahkan Jalur Gemilang dan meminta mereka mengibarkannya menjelang 31 Ogos ini.

Ct's -Macamana mana orang ramai nak rasa kasih pada jalur gemilang, Pak Rais mengagihkannya atas nama BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir. Spatutnya Pak Rais agihlah di tempat lain atas nama kerajaan Malaysia. Orang Terengganu kata " dok cerdik dok oh"

No comments: