Aug 22, 2009

SPR tetap adakan pilihanraya Kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkuasa untuk menasihatkan sesebuah parti yang mempunyai masalah dalaman sehingga menyebabkan berlakunya kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Menurutnya, jika peraturan menetapkan kekosongan berlaku di kawasan tertentu, sama ada melalui peletakan jawatan, kematian atau masalah-masalah berkaitan, tugas SPR menentukan agar pilihan raya tersebut berjalan dengan baik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“SPR tidak mempunyai kuasa untuk menentukan berapa banyak pilihan raya yang akan berlaku masa depan, jika ada kekosongan berlaku mengikut undang-undang, SPR akan tetap melaksanakannya tugas mengurus pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senario kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan wujudnya masalah peribadi dan dalaman parti terbabit sehingga kerusi yang disandang terpaksa dikosongkan.

Sebelum ini tiga pilihan raya kecil melibatkan kerusi Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti terpaksa diadakan berikutan peletakan jawatan kerusi penyandangnya.

Terbaru, kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah yang disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional (BN) dalam proses kajian SPR sama ada beliau hilang keanggotaan berikutan gagal menghadiri dua kali persida- ngan DUN tanpa kebenaran Speaker.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, parti berkenaan mempunyai badan disiplin sendiri untuk menentukan kewajaran keputusan anggota parti yang berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Katanya, pihaknya kini dalam proses kajian mendalam untuk menentukan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan penyandangnya gagal menghadiri dua kali persidangan DUN.

Katanya, proses tersebut melibatkan beberapa pihak termasuk pejabat Penasihat Undang-undang SPR.

“Buat sementara ini, SPR memberi tumpuan pilihan raya Permatang Pasir, lepas baru kita umumkan statusnya," katanya.

1 comment:

anakmuaallaf said...

salam perjuangan,
salam ziarah dari ana sila link blog ana