Mar 27, 2009

10 calon Bebas bayar deposit pilihan raya Bukit Selambau

Bukit Selambau akan lebih meriah, banyak wang pertaruhan dijangka hilang

SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mencetak kertas undi bersaiz lebih besar daripada biasa bagi memuatkan lambang semua calon jika ia ditandingi 13 calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April depan.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria, berkata jika ini berlaku ia satu sejarah kerana pada masa ini selain calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), terdapat 11 calon yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

Katanya, sehingga kini seramai 10 daripada 11 calon Bebas sudah pun membuat bayaran deposit RM8,000 seorang, iaitu RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster.

Dalam sejarah pilihan raya negara sebelum ini, calon paling banyak pernah bertanding bagi satu kawasan baik Parlimen mahupun negeri belum pernah melebihi lapan orang.


“Calon yang sudah membayar deposit setakat ini ialah Husaini Yaakob, Abdul Rahim Abu, Zahran Abdullah, T Chandrarajan, Tan Hock Huat, R Loganathan, Mohamad Fazil Abdul Wahab, Mejar (B) Anwar Abdul Hamid, L Sarala dan A Jayagopal.

“Selain calon bebas, calon BN, Datuk S Ganesan juga sudah membuat pembayaran deposit manakala calon PKR belum berbuat demikian dan semua calon digalakkan membayar deposit sebelum hari penamaan kerana pada hari itu mereka hanya diberikan masa sejam mulai jam 9 pagi untuk proses pengesahan borang pencalonan,” katanya dalam satu taklimat kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, SPR turut menyediakan 20 lambang yang bakal digunakan calon bebas dan mereka boleh memilihnya pada hari penamaan calon iaitu pada 29 Mac ini.

Katanya, ini kerana jumlah pengundi yang banyak menyebabkan kertas undi bagi pilihan raya kecil ini mungkin akan dicetak mengikut kertas sebesar saiz A4 bagi membolehkan orang ramai melihat dengan jelas lambang calon.

Presiden PAS cabar Najib saman Akhbar Luar

Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap media cetak dan internet antarabangsa yang menyiarkan berita mengaitkan Timbalan Perdana Menteri itu dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Presiden Pas itu berkata, tindakan saman itu perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan dapat dipulihkan.

Menurutnya, jika tindakan saman tidak diambil, maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

"Saya cabar kepimpinan negara supaya mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman akhbar Liberation berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online.

"Tindakan sama juga perlu diambil terhadap The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa)," katanya.

Tuan Guru berkata, ketika ini seluruh rakyat menyaksikan satu lagi episod perubahan kepimpinan bagi Malaysia dan perubahan kepimpinan ini juga adalah merupakan sejarah yang akan dikenang.

"Ianya kerana perubahan berlaku terhadap barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menurutnya, perubahan tersebut adalah bukannya hal dalaman UMNO dan BN semata-mata, tetapi ianya turut memberi kesan seluruh rakyat.

Tambah beliau lagi, Pas berpendapat kepimpinan merupakan amanah besar dan ianya wajib dipikul orang yang bukan sahaja layak dan adil, tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Sebagai rujukan :

LONDON, 22 Oktober: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lepas telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

1 Mei yang lalu Daily Mirror di dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Mahkamah 19 Oktober telah di beritahu bahawa, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

Mereka juga bersetuju untuk membayar segala pampasan dan yuran guaman yang ditanggung oleh pihak Abdul Hadi.

Abdul Hadi telah di wakili oleh peguam Adam Tudor dan Mohamed Hanipa Maidin sebagai peguam di Malaysia.

Abdul Hadi telah merakamkan rasa gembiranya selepas perbicaraan dan menyifatkan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti Al-Qaeda sangat menjejaskan imejnya sebagai tokoh gerakan Islam yang memilih demokrasi sebagai jalan perjuangan.

Dengan kemenangan kes ini, membuktikan PAS komited dengan keamanan dan bersedia mengorak langkah dalam isu dialog Islam dan Barat, kata Abdul Hadi.

Laporan oleh Zulk Jay, London

Usaha Akhir Syed Hamid Alba gagal raih undi perwakilan.

Usaha menteri dalam negeri melalui KDN untuk meraih undi didalam pertadingan merebut jawatan naib presiden umno disaat-saat akhir ternyata tidak mampu memenagnkan beliau.

Tidakan mengejut yang beliau ambil dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan sama sekali tidak mendapat tempat dihati perwakilan.
Sebelum ini mungkin beliau beranggapan kononya dengan berbuat demikian, perwakilan akan berpihak dan memberi undi kepada beliau.

Beliau mengharapkan dengan menggantung permit kedua-dua akhbar milik pembangkang itu para perwakilan akan bersetuju dan menyokong dengan tindakan tersebut dan sekali gus akan mengundi beliau untuk jawatan Naib Presiden umno.
Namun nyata perancangan dan tindakan tersebut langsung tidak mendapat sokongan dihati perwakilan dan akhirnya beliau kecundang ditangan Ahmad Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal.
Tidak tahu pula Datuk Syed Hamid Albar berada ditangga ke berapa.


Sebagai rekod sebelum ini, Datok Syed Hamid Albar juga pernah tewas ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dizaman Tun Mahathir.

Mar 26, 2009

YANG MENANG DALAM UMNO KERANA....

Siapa Rosol? Rosol adalah Bekas exco Terengganu, bekas Su Umno Terengganu, bekas timbalan ketua bahagian Hulu Terengganu...lagi...bekas adun yang nak letak jawatan tak jadi...lagi....Bekas air kosong....

Mar 24, 2009

Masakan/makanan di Persidangan Agong Umno

Ini bukan soal nak bangkit isu perkauman, tapi nak maklum kepada dunia dan isi isinya, bertapa sebuah Parti yang dikatakan berjuang untuk bangsa melayu, memartabatkan anak melayu macam-macam lah sebut melayu bla..bla...bla...bla.......



Kini berlansung lah sudah Perhimpunan Agong Umno di PWTC, tuk....tuk....melayu lah kata kan Parti melayu terbesar, tapi sayang seribu kali sayang masakan untuk semua perwakilan di masak oleh Heng Guan lye, saya tidak pertikai Islam atau tidak, namun yang saya tanya saja kemana pergi tukang masak melayu? ini kan perhimpunan melayu.Sudah tiada kah lagi Tukang masak melayu di Kuala Lumpur itu yang sanggup memasak untuk umno?





Kalau macam itu , malang lah nasib semua perwakilan di perhimpunan itu nanti , dalam duk melaung laung "Hidup Melayu" tetiba yang masuk kemulut semua perwakilan pun disediakan oleh bukan orang melayu.



itu lah umno, nampak macam hebat, tapi nak cari tukang masak melayu untuk perhimpunan umno pun tak jumpa.

Mar 21, 2009

Sekadar peringatan : Kerajaan Perpaduan

Salam,
Sejak akhir-akhir ini melalui lama komen internet atau laman blog terlalu banyak membuat ulasan tentang satu perkara baru yang di lontarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan nama "Kerajaan Perpaduan".Pelbagai pandangan telah diberikan secara terbuka dari serendah-rendah ahli sehinggakan kepada Mursyidul Am Pas.

Kebetulan pada masa ini pula Tuan Guru Presiden berada di luar negera dan akan pulang ke Tanah Air pada 21 mac 2009.Beliau belum berpeluang memberi ulasan.(Di fahamkan beliau keluar negara bukanlah untuk makan angin atau cari makan)
Dengan penuh hormat kepada semua pemberi komen samada yang menyokong dan menolak, samaada yang dengan baik dan maki maki, Jadilah seorang yang adil kepada Allah dan kepada diri.

Oleh yang demikian , supaya kita boleh berlaku adil kepada tuhan kita juga kepada diri kita maka sebelum membuat apa jua komen tak kiralah anda sebagai ahli Umno, ahli PKR, anda ahli DAP , ahli atas pagar, ahli PAS ke, AJK Pas ke, AJK Pas Pusat ke, Naib Presiden Pas atau anda Mursyidul Am PAS marilah dulu sama-sama dengan penuh hormat kita baca dulu siasah keluaran 138 (1-7 Mac 2009) mukasurat 8 & 9 terdapat jawapan Hadi Awang dalam wawancara Kerajaan Perpaduan .

Selepas itu bila kita sudah faham betul betul barulah kita boleh komen seribu lori komen sekalipun.Apabila kita membuat ulasan tanpa membaca wawancara dan memahami , maka orang yang dah baca dan faham akan kenal samada kita dah betul betul faham atau saja kita gatal gatal tangan atau mulut membuat ulasan.


-Pas Untuk Semua-

Mar 20, 2009

Fahami idea dan cadangan kerajaan perpaduan

Semalam Buletin utama menyiarkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang tidak kononnya bersetuju dengan idea dan gagasan Unity Goverment Tuan Guru Abd Hadi Awang. Mengulas isu kerajaan perpaduan ini, Mursyidul Am meminta apa-apa pun keputusan mesti diputuskan dalam mukatamar yang akan datang.


Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata "Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga. "Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," katanya

Saya rasa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini adalah betul dan tidak bercanggah pun dengan idea dan kehendak Tuan Guru Presiden.

Pagi ini, saya cuba membelek kembali surat Khabar siasah bilangan 0137 dan 0138 yang menjadi punca tercetusnya isu.

Isu ini timbul bermula daripada cadangan Siasah agar semua parti politik mengambil pendekatan politik damai dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing.

Siasah telah bertanyakan kepada beberapa orang tokoh pembangkang mengenai cadangan politik damai. Antara tokoh pembangkang yang memberikan pendapat selain daripada Tuan Guru Presiden ialah Tuan Hj Mohamad Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Shamsul Iskandar.

Cadangan ini ditimbulkan ekoran tindakan BN yang merampas kuasa di Perak dengan membelakangi perlembagaan. Tindakan ini seolah-olah membalas dendam amaran ketua umum PKR sebelum itu bahawa terdapat 40 ADUN BN yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di pusat.

Oleh yang demikian perlu wujud persefahaman supaya kerajaan BN dan Pakatan Rakyat tidak menggangu gugat antara satu sama lain sehingga PRU 13. Demikian juga, hak rakyat untuk memilih dan demokrasi akan turut dihormati.

Dikhuatiri politik kotor ini akan berterusan dan kesannya rakyat yang terpaksa tanggung. Sementara itu Pakatan Rakyat juga perlukan ruang yang kondusif untuk membuktikan kebolehan mereka memerintah.

Selain itu kemelut ekonomi yang melanda negara juga akan dapat diatasi secara bersama.

Dalam wawancara bersama siasah, Tuan Guru Presiden sendiri menyatakan bahawa sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan perlu melibatkan semua parti.

Oleh itu "unity government" memerlukan persetujuan rakan-rakan lain dalam pakatan dan ia tidak bertentangan pun dengan keputusan muktamar yang mahu kita terus bersama pakatan.

Apa yang penting sekali ia masih diperingkat cadangan dan bukannya suatu keputusan. Saya merasakan presiden tidak akan lupa mengenai hal itu. Jika ditolak pun, tidak menjadi masalah kepada presiden.

Lontaran ini juga perlu mendapatkan respon semua parti supaya masing-masing memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti. Selepas itu ia dibawa untuk dibincang diperingkat parti masing-masing.

Dalam wawancara tersebut Presiden turut menegaskan bahawa penyertaan PAS ke dalam BN suatu masa dahulu satu sejarah hitam dan ia tidak akan diulangi.

Apabila ditanya kemungkinan PAS akan ditipu seperti dahulu, presiden menjawab " Kita diajar oleh Islam, kita tidak boleh disengat sebanyak dua kali dalam satu lubang. Penyertaan kita dalam BN suatu sejarah hitam, yang pahit, yang tidak akan diulangi InsyaAllah. Dan kita menganggap PAS mempunyai tanggungjawab dalam menegakkan Islam yang mempunyai akidah perjuangan kita. Tetapi dalam menangani isu negara yang bersifat majmuk kita dibenarkan bertahalluf dengan semua pihak.

Tahalluf ini bukan sahaja dalam konteks pembangkang ia termasuklah bertahalluf dalam konteks mentadbir sebuah negara yang lebih besar. Tanpa kita masuk BN dan tanpa BN masuk kita, dengan suasana yang lebih terbuka yang memberi ruang untuk memikul tanggungjawab bersama bukan untuk menghabiskan masa berbalah dalam hal-hal yang kecil-kecil"

Ahli PAS perlu memahami dan menghayati kata-kata Presiden dalam wawancara tersebut, "PAS sebuah parti Islam. Kita mesti berbalik kepada prinsip Islam yang tercatat dalam Al-Quran. Islam mendahulukan perundingan, mendahulukan perbincangan, mendahulukan kerjasama sebelum pertembungan. Sekiranya tidak ada jalan, untuk selesaikan masalah melainkan pertembungan maka terpaksa kita hadapi pertembungan itu. Tetapi cara pertembungan cara yang terakhir, bukan cara yang awal. Apa yang berlaku hari ini adalah sikap yang terlalu bermusuh sehingga benda yang perlu kita bincangkan pun tak boleh nak bincang. Ini merugikan masa kita sendiri dalam melayari perjuangan ini dan perbincangan ini bukan mesti dalam kerajaan bahkan boleh bincang antara kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contoh isu Palestin dengan cara yang cepat boleh bersidang dan mengeluarkan keputusan sebulat suara. Ini bukan masalah Palestin, ini masalah negara kita, banyak hal lagi yang boleh dibincangkan.

Kalau takut nak buat kerajaan perpaduan boleh buat dialog yang boleh kita bekerjasama dalam titik perpaduan yang boleh selesaikan masalah secara bersama. Tetapi yang sebaik-baiknya kita sama-sama memikul tanggungjawab bersama. Bukan kerana gila pangkat, gila nak kan jawatan, ini adalah amanah yang sangat besar yang kita tak mahu mengambil sikap menebuk bahtera semata-mata kerana nak menyelamatkan diri dan kemudiannya menghancurkan semua".

Diharap kita semua memahaminya, dan perwakilan boleh membahaskan dengan masak lontaran dan idea tersebut dalam muktamar akan datang

http://rusli-islam.blogspot.com

Mar 11, 2009

Sms Dari Ibrahim Ali

Selepas menulis kisah Ibrahim Ali dalam blog ini, saya menerima sms yang dikatakan dari Ibrahim Ali kepada saya.

Sms ini dihantar kepada seorang pembaca blog ini dan telah diemailkan kepada saya.

sms pertama berbunyi:-

-"Jawapan ikhlas, belum buat apa2 keputusan...pasti saya memerlukan parti sbb tak mungkin dapat terus dgn bebas utk election akan datang.Tapi tidak juga mudah saya nak pergi ke umno...atau perjuangan politik saya mungkin berakhir sehingga PRU 13.Tidak menjadi hal saya.maaf tidak dapat saya jawab ya atau tidak........"-

sms kedua pula berbunyi:-

-"Saya sentiasa doa bulan sentiasa cerah..Allah yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa.Semoga anda sentiasa d rahmati Allah,keluarga......slamat berjuang"-

Saya sendiri tidak jelas sebenarnya maksud sms tersebut.
Ingat-ingatlah dengan beliau.Bagi saya sekelumit pun tiada lagi kepercayaan buat Ibrahim Ali, sejak beliau meninggalkan S46 dan menikam Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan.


Wan Ismail bangkit selepas kecundang pilihan raya 2004

Bermula kerjaya sebagai pensyarah kini berkhidmat sepenuh masa kepada rakyat. Pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan pada 1993-1995.




Beliau makin dikenali selepas berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan tahun 1995 - 1999.


Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, 54 kini juga Yang Dipertua PAS Ketereh. Beliau menerajui kawasan itu sejak 1997.


Berkelulusan sarjana dalam bidang komunikasi pada 1993 daripada Universiti Putra Malaysia. Sebelum kembali ke Kelantan, bertugas sebagai pensyarah di UiTM, Shah Alam.
Isterinya Nurizan Yusuf, 48 bertugas sebagai pensyarah di UiTM Cawangan Kelantan di Machang.


Mempunyai lima anak yang berjaya dalam bidang akademik. Wan Abdul Falah, 24 belajar di Cape Town Afrika Selatan, Wan Nur Fatihah, 21 (UiTM), Wan Nurul Aiman, 20 belajar bidang perubatan di Universiti A'isam Kaherah Mesir.


Wan Nur Aliya, 19 (UiTM) dan Wan Abdul Hakim, 17 pelajar di Maahad Tahfiz Wal-Qiraat Pulai Chondong.
Manakala empat orang masih di bangku sekolah rendah. Wan Ismail juga mempunyai dua lagi anak hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita Kemboja, Siti Aisyah Abdullah.
Namun sekarang sudah berpisah. Kes mereka agak kontroversi sebelum ini. Isteri keduanya sekarang, Siti Madinah Ilyas Khan.


Ketika penulis berkunjung ke rumahnya di Kampung Bechah Keranji, Peringat yang agak besar baru-baru ini, Wan Ismail silih berganti menerima tetamu.
Penulis juga sempat menikmati sarapan pagi di rumahnya. Nurizan menyediakan sarapan pagi sebelum bergegas ke UiTM di Machang.


Tewaskan Duta ke Mesir
Pertama kali turun gelanggang pilihan raya di Dun Melor pada 1999 beliau berjaya menewaskan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir (kini Duta Malaysia di Kaherah).
Namun tewas pada pilihan raya 2004 kepada Azmi Ishak. Dan pada pilihan raya Mac tahun lalu beliau kembali diangkat rakyat di Dun Melor.


Mengambil kira pengalamannya pernah gagal dalam pilihan raya sebelum ini, beliau memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada bersama rakyat. Jadualnya bersama rakyat kini semakin padat.


"Saya dibantu seramai 17 penghulu dalam Dun Melor. Kami sering mengadakan mesyuarat dan perjumpaan dengan warga Melor dan cuba sedaya mungkin menyelesaikan masalah rakyat.
"Kerjasama yang padu daripada penghulu dan ketua cawangan banyak membantu saya sehingga diberi semula kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum lalu," katanya.
Kemuncak karier politiknya sebelum ini pernah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1991 � 1995) dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan (2000 � 2004).


Kedai kopi pejabat bergerak


Bagi Ustaz Wan kedai kopi seperti menjadi pejabat bergerak baginya.
"Sudah menjadi kebiasaan bagi saya kalau berada di kampung akan mendekati rakyat dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah atau pun kedai-kedai kopi," ujarnya.


Wan Ismail juga kini sedang menyiapkan sebuah bangunan tiga tingkat di Melor di mana bahagian bawah yang sudah separuh siap dijadikan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat.
Selain itu bangunan terbabit juga akan dijadikan sebagai tempat memproses buah-buahan seperti mangga dan celagi untuk menghasilkan jeruk.


Kata beliau pada peringkat pertama Mac depan seramai 10 armalah akan diambil bekerja bagi memberi sumber pendapatan sampingan kepada mereka.


Kompleks pejabat itu dianggarkan melibatkan kos lebih RM300,000. Wan Ismail juga sebelum ini berjaya menyiapkan bangunan bagi PAS kawasan Ketereh yang tersergam indah di pekan Ketereh.


"Saya berhasrat sebelum memejamkan mata bangunan PAS Melor akan dapat disempurnakan bagi kegunaan pendokong gerakan Islam di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, bekas Imam Mukim Bukit Marak, Abdul Ghani Ismail, 56 tidak segan datang meminta bantuan daripada Adun terbabit kerana kehidupan agak terdesak setelah lumpuh sebelah tangan dan rabun mata.


Katanya, biar pun tinggal berhampiran dengan rumah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa namun sukar untuk mendapat bantuan bagi mengubat penyakitnya daripada pemimpin terbabit.


Baginya Ustaz Wan tempatnya bergantung harap. Begitu juga bagi penduduk miskin lain di Dun terbabit. - mj _

Mar 9, 2009

Siapa Ibrahim Ali- bagi yang belum kenal beliau.

Tak semena-mena Ibrahim Ali, wakil bebas Pasir Mas menyarankan agar di isytiharkan darurat di Perak.Apa kene mengena Ibrahim dengan Perak?Kekalutan di Perak langsung tidak menimbulkan sebarang ketegangan dikalangan rakyat.Usaha provokasi kearah itu juga jelas tidak berjaya.
Tidak seperti di Kelantan , tanggal 8 Non 1977 hari selasa akta darurat yang dibentangkan oleh Parlimen telah diluluskan.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Disember 1977 BN telah membuat keputusan menendang PAS dari gabungan tersebut.

Ibrahim Ali bersama Dato' Muhamad Nasir selepas sidang Dun Kelantan.



Ibrahim tentu masih ingat ketika itu beliau balik dari belajar diploma di ITM Shah Alam,beliau ada saham dalam pergolakkan di Kelantan.Beliau penyokong umno tapi bersama Datok Mohamad Nasir bagi menimbulkan ketegangan bersama PAS.Akhirnya beliau menjadi ketua Pemuda Berjasa yang pertama dan seterusnya bergabung dalam BN selepas PAS di Tendang keluar. Itulah peranan beliau dalam darurat di Kelantan.





Ibrahim Ali antara penganjur demo menyokong Datok Muhamad Nasir sehinggakan BN melalui Parlimen mengisytiharkan darurat di Kelantan


Kemudian Ibrahim Ali meninggalkan [lompat] parti BERJASA(Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) pada tahun 1978 dan meyertai umno.Pada tahun 1988 beliau meninggalkan pula Umno untuk bersama sama dengan tengku Razaleigh Hamzah di Parti serpihan UMno, Parti Melayu Semangat 46(S46), tahun 1994 beliau sekali lagi lompat untuk kembali semula bersama Umno BN,tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen di Bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan Timbalan Menteri yang paling singkat.


Ibrahim Ali pernah menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Pelbagai cemuhan yang ditulis pada sepanduk ketika itu.


Pilihan raya 1995 beliau tewas atas tiket BN bila berdepan dengan Hj Zainuddin yang bertanding atas tiket S46.

Dalam pilihanraya Umum 1999 Ibrahim Ali sekali lagi tewas kepada calon PAS, Ustaz Ismail Noh.

Sementara itu semasa sidang Khas DUN Kelantan yang telah diadakan pada 25 Jun 2001 bagi menyelaraskan pindaan dengan peringkat Pusat. Antaranyamenetapkan sesuatu enakmen yang diluluskan dalam DUN menjadi undang-undang dengan sendirinya dalam masa 30 hari selepas itu walaupun tidak diperkenankan oleh Sultan. MB sedang memberikan ulasan tujuan pindaan itu.Di perkarangan Hotel Sentosa,Ibrahim Ali, Saufi Deraman, Norzula MatDiah dan Mohd Nor Idris telah menganjurkan satu demostrasi membantah pindaan tersebut.

Pada tahun 2004 Ibrahim Ali tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas, selepas tidak puashati dengan tindakan Abdullah Ahmad Badawi, dalam Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding bebas di Parlimen Pasir Mas,beliau tewas dan dipecat seumur hidup dari menyertai umno.

Semasa dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Jerman. Ibrahim Ali adalah orang terawal terbang kesana untuk mengampu dan membodek DSAI.Namun DSAI lebih mengenali Ibrahim Ali, beliau lah manusia yang mengutuk Anwar semasa mesyuarat MT Umno untuk memecat Anwar.Beliau berhajat untuk menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan.Cita-cita dan hasratbeliau tidak kesampaian.
Dalam pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada dis 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding atas tiket bebas dan beliau dan calon Pas tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.
Pilihanraya umum 2008 Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang Pas walaupaun beliau cuma anak angkat Pas pada ketika itu.Beliau menang bergaya di Pasir Mas.

Kini seorang anak angkat yang di bela sebagai anak sendiri, yang diberi peluang untuk membina diri semula , untuk mengubah perangai mula derhaka kepada Pak Angkatnya.Peluang yang diberi oleh bapa angkatnya tidak diguna dengan baik.Perangai buruk, perangai lama sebelum di pungut dulu datang kembali.

Secara peribadi saya sendiri agak pelik macamana Ibrahim Ali boleh menjadi calon Pas di Kelantan, sedangkan sebelum ini antara syarat yang ditetapkan oleh Tok Guru ialah, calon Pas adalah mereka yang tidak merokok, sedangkan Ibrahim Ali adalah perokok yang sangat tegar.


Ibrahim Ali tanpa segansilu merokok dipentas ketika pendengar ceramah memerhati beliau dalam satu ceramah PAS di Selangor seawal kemenangan PRU -12


Ini lah serba sedikit catatan untuk mengenali Ibrahim Ali perdehaka kepada bapa Angkatnya. Catatan ini dibuat bagi mereka-meraka yang masih muda dan tidak berkesempatan mengenali sejarah Ibrahim Ali.

Mar 7, 2009

Album Himpunan GMP-PPSMI 7 Mac 2008

Selamatkan Bahasa Kita/selamatkan anakcucu kita. Teruskan perjuangan ini..

PPSMI : Tahniah, PAS mampu menjuarai isu rakyat

Catatan ringkas




Tahniah diucapkan kepada pimpinan PAS kerana telah bersama-sama GMP-PPSMI berjaya menggerakkan rakyat didalam mengadakan himpunan pada siang tadi 7 Mac 2009.

Walaupun tidaklah seramai himpunan bersih 10 Nov 2007 dulu, namun ianya telah mengembalikan nostaligia himpunan Bersih tersebut.
Himpunan Bersih dulu ditujukan kepada Kerajaan dan SPR, dilihat lebih kepada bersifat politik sementara himpunan hari adalah merupakan himpunan bantahan semua pihak dengan pelbagai anutan politik.

Sebenarnya rata-rata rakyat tidak setuju dengan dasar PPSMI, namun atas dasar sokong kepada BN/umno mereka hanya bantah secara diam.

Kini PAS dilihat mampu untuk menjuarai isu-isu rakyat.PAS mampu berada ditengah-tengah masyarakat untuk bersama pelbagai golongan masyarakat didalam perjuangan hak-hak rakyat.Sebagai bekas seorang pendidik sekali lagi diucapkan Tahniah Untuk PAS.