Apr 30, 2009

Luahan Rasa Nik Abduh-satu pandangan.


Tulisan Ustaz Nik Abduh, anakanda kepada Tok Guru Nik Aziz telah menimbulkan satu gelombang baru kepada suasana politik tanahair.
Selain dari beberapa pemimpin pas dan blogger, ia juga telah menarik minat akhbar tempatan memfokuskan kepada tulisan beliau.
Nik Abduh rasanya sudah lama memendam perasaan ini, beliau yang dikenali dengan sikap lemah lembut sebelum ini, tidak banyak bergurau serta tidak benyak bercakap akhirnya melapas beberapaperkataan yang dirasakan oleh orang-orang terlibat sangat keras dan tidak sepatutnya.

Samada kita setuju atau tidak dengan tulisan beliau, hakikatnya beliau telah meluahkan apa yang beliau maksudkan yang dipendam selama ini, malah kini luahan tersebut bersambung kesiri 2 dan beliau berjanji akan menyusul selepas ini siri-siri seterusnya.
Ada sesetengah pihak yang mendesak beliau menyebut nama-nama yang beliau maksudkan orang-orang disekeliling ayahanda yang berperanan memberi nasihat dan gambaran yang salah hinggakan ayahanda seringkali dilihat bertelagah dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Kemuncaknya Tok Guru Aziz mengeluarkan kata-kata yang beliau adalah Nahkoda kepada kapal ini, yang membawa maksud beliau merupakan peneraju utama PAS.

Mungkin Tok Guru Haji Abdul Hadi sudah tahu ada wazir ayahanda yang memberi nasihat yang salah atau sengaja disalahkan,lalu Tok Guru Haji Abdul Hadi tidak membalas ungkapan yang dilontarkan oleh Tg Nik Abdul Aziz.Yang pastinya ada orang yang sangat gembira dengan ungkapan oleh Tg Nik Abdul Aziz itu.

Walaupun pelbagai ada sesetengah pihak mendesak supaya Ustaz Nik Abduh mendedahkan nama nama orang dikeliling ayahanda yang dimaksudkan, namun dirasakan pendedah nama bukanlah tujuan asal beliau, melainkan mereka yang terlibat menyedari serta mengambil tindakan meninggalkan kerja-kerja tersebut.Sesiapa yang berada dikeliling Tok guru harus menghisab diri sendiri sejauh mana tindakan yang telah dilakukan selama ini.

Kita semua tidak mengetahui apa sebenarnya perbincangan yang tepat antara mereka dua beranak.Sudah tentu apabila anak dan ayah duduk semeja luahan peribadi akan keluar.Lalu lah hasil nya Ustaz Nik Abduh mencoretkan apa yang terpendam selama ini melalui blog beliau.

Ada yang tidak setuju dengan luahan Ustaz Nik Abduh ini melalui laman blognya, tetapi kenapa selama ini bermacam-macam juga tulisan dari beberapa blog yang jelas dikenali menghentam pimpinan ulamak dibiarkan begitu sahaja, malahan ada yang seronok dengan cemuhan kepada kepimpinan ulamak itu.

Bagi yang tidak terlibat, tidak terpalik apa yang dimaksudkan dengan Ustaz Nik Abduh kelihatan tenang, usahlah gundah gulana, janganlah pula resah gelisah, apa nak di risaukan kalau bukan kita yang dituju?

Apakah Nik Abduh mengharapkan keuntungan dunia dengan luahan ini? penolakan jawatan dan kerusi oleh beliau jelas bukan itu yang dikejar.Merasakan bahawa beliau yang mampu meluahkan perkara ini, supaya ianya tidak berpanjangan, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum bubur menjadi basi, sebelum basi ia berulat.Lontaran yang buat ini amat tepat pada ketika dan waktunya.
Kalaulah Nik Abduh mencari popular segera dan sementara, ini bukanlah jalanya.Semua tahu yang beliau disebut-sebut akan dicalonkan sebagai ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, tindakan beliau ini sangat tidak popular dikalangan pemuda Kelantan.Atas dasar Ustaz Nik Abduh yakin, usaha menyelamatkan Jamaah itu lebih utama dari mempertahankan jawatan peribadi beliau,lantas beliau telah mengambil jalan ini.
Saya yakin kalau Nik Abduh berniat untuk mendedahkan keburukan seseorang, beliau mempunyai tulisan yang lebih panjang dan lebih banyak dari apa yang beliau luahkan.

Jadi, sekiranya kita jujur dengan jamaah ini, sesiapa yang yang merasakan merekalah yang di maksudkan oleh Ustaz Nik Abduh, usah tangguhlah lagi, carilah jalan penyelesaian demi kepetingan jamaah.

Apr 29, 2009

Ahmad Said terus diboikot oleh Adun.



Keptusan Najib Razak melantik sepupu beliau Hishamuddin Hussin sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu tidak mampu untuk meredakan keadaan.
Masih belum ada tanda-tanda kearah untuk mentautkan semula hati-hati pemboikot sidang Dun untuk memaafkan Ahmad said.
Terbaru, dalam lawatan kerja Ahmad Said Ke Hulu Terengganu, nyata dan jelas beliau masih diboikot oleh Adun BN di Hulu Terengganu.


Semasa merasmikan pelancaran CCTV di Majlis Daerah Hulu Terengganu, Adun Kuala Berang, Zawawi Ismail dan Adun Ajil Rosol Wahid tiada bersama sama dalaItalicm majlis tersebut.Pejabat MDHT terletak didalam Dun Kuala Berang, sepatutnya Zawawi sebagai meraikan MB turun kekawasan beliau sepatutnya ada bersama sama dalam majlis tersebut.
Baca laporan ini :-
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Rozi Mamat; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Encik Aziz Mamat dan Yang Dipertua MDHT, Encik Mohd Nor Ibrahim.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, kelibat beliau juga tidak kelihatan.
Selepas majlis di Kuala Berang, beliau diberitakan ke majlis perasmian program Bumi Hijau Peringkat Sekolah Negeri Terengganu, di Sekolah Menengah Tersat, Hulu Terengganu.

Sekolah Menengah Tersat berada didalam Dun Ajil .Wakil rakyat kawasan tersebut adalah Rosol Wahid.Kelibat beliau juga tidak kelihatan dalam majlis tersebut.Sepertimana di Kuala Berang juga, sebagai protokolnya Adun Ajil sepatutnya hadir bersama-sama ketika MB turun kedalam Dun Beliau.Lianlah halnya jika MB Ahmad Said turun ke dun Bukit Payung atau Bukit tunggal.

Dengan ketidakhadiran kedua-dua Adun tersebut lawatan kerja Ahmad didalam Dun Masing masing , maka jelas kedua-dua adun berkenaan yang sebelum ini turut sama memboikot sidang Dun masih tidak boleh bersekongkol dengan Ahmad Said walaupun Najib Razak telah membuat sedikit perubahan.Perubahan yang dilakukan oleh Najib Razak dilihat tidak mampu untuk memujuk hati G18 untuk menerima Ahmad Said.
Sepanjang majlis Ahmad Said Di Hulu Terengganu, hanya Adun Telemong Rozi mamat je yang dok ke hulu (memang dihulu pun) kehilir mengiringi Ahmad Said.



Kelibat Speaker Dun Terengganu, Tengku Putera Awang juga tidak kelihatan.Dimana beliau pada masa majlis tersebut berjalan?




Apr 28, 2009

Biar Rakyat Jadi hakim.....

"Biar Rakyat jadi Hakim" itu respon Ahmad Said di Kuala Berang bila ditanya tentang kedudukan beliau sebagai MB Terengganu, lebih dari itu berkaitan dakwaan salahlaku dan salah guna kuasa oleh beliau. Edaran senarai salahlaku beliau kini ada dimana-mana.


Setelah berdiam diri selama ini, Ahmad mula bersuara.Nada beliau agak yakin dan menempelak Adun adun yang mendesak beliau meletakkan jawatan.Ini bermakna Ahmad tidak takut dengan "Gertak" adun yang didakwa sudah meningkat kini 18 orang supaya beliau melepaskan jawatan MB.

Bagi saya, untuk rakyat menjadi hakim atau lebih tepat menilai tahap kerja selepas setahun menjadi MB adalah sangat mudah dan tidak payah.

Satu kewajaran yang sangat jelek telah dilakukan oleh Ahmad Said dan paling mengguris hati rakyat Terengganu ialah apabila tidak sampai setahun memerintah Terengganu dengan angkuh dan sombongnya beliau telah membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Dalam keadaan negeri yang papa kedana beliau sanggup menggunakan wang kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.Keadaan kewangan Terengganu yang sangat teruk, malah ada dakwaan kewangan negeri sekarang lebih buruk dan lebih teruk dari zaman PAS.

Selera apakah ini?
Akhirnya PM dan kabinet ketika itu mengarahkan supaya Ahmad dan lain-lain tidak menggunakan kereta mewah tersebut dan hanya digunakan untuk membawa tetamu vip negeri sahaja.


"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka," katanya.

Dengan kos RM3.43 juta dalam keadaan Terengganu berhadapan dengan kepapaan Kewangan, sepatutnya duit sejumlah didahulukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat bawahan.


Kini, Ahmad dan lain-lain telah mengingkari keputusan jamaah kabinet, Mercedes tersebut ada dimerata-rata jalan raya.Rakyat boleh lihat dan rakyat boleh menilai.
Rakyat Boleh menjadi Hakim untuk menghukum.


Apr 27, 2009

Awas Dengan Selipar ini.(strikefit)

Tidak diketahui selipar ini dijual dimana, sesiapa yang ada maklumat, mari sama- sama kita berkongsi.
Gambar-gambar ini dihantar oleh seorang pengunjung blog ini.













Berhati-hati.

Mengapa Timbalan Presiden Perlu Seorang Ulama’?

Saya tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. Saya ada alasan dan hujah.

Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.

Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.


Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.

Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.

Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.

Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.

Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?

Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.

Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.

Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.

Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?

Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.

Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?

Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.

Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.

Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.

Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.

Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin

Apr 26, 2009

Setahun sebagai blogger.

24 April 2008, adalah tarikh lahir blog ini.Saat dan ketika ianya dilahirkan, saya masih seorang pendidik dengan kementerian Pelajaran di sebuah sekolah di hulu Terengganu.

Selepas setahun menjadi blogger, rupanya kerja seorang blogger tidak semudah menjadi pembaca blog. Apa pun tetap berusaha untuk meneruskan blog ini semampu yang ada.Terima kasih diatas dorongan, komen, teguran , maklumat serta apa jua yang disuakan kepada saya untuk kebaikan blog ini.Tanpa sokongan semua, siapalah laman ini.

Tahniah diucapkan kepada teman pendidik Ust Wan Azhar Wan Ahmad yang telah dipersetujui memimpin Pas kawasan Besut.Beliau seketika dulu sangat terkenal di sabah, kemudian balik ke Besut Terengganu, kemudian di tukarkan ke N9. Kini dah jadi Yang DiPertua PAS kawasan Besut.

Saya sebenar terkejut bila mendapat tahu yang beliau( Ustaz Wan Azhar) boleh di amanahkan jawatan tersebut.Saya jangka kan kalau tidak Ustaz Hussin kekal mungkin ianya bertukar semula kepada ustaz Nik Zawawi, namun jangkaan saya nyata meleset.Saya masih mencari-cari kenapa berlaku begitu di Besut.Saya bukan tidak yakin dengan kemampuan Ustaz Wan Azhar tapi sebab saya tak jangka begitu.Mungkin saya tidak tahu suasana di Besut itu lah sebabnya andaian saya tidak tersasar.

Saya bukan apa, kerana sedikit kebimbangan di Kawasan Besut terlalu banyak sejarah hitam untuk saya ingatkan semula.Mertua adalah bekas AJK Pas Kawasan Besut.Sejarah hitam di Besut amat perit untuk diimbau, namun segalanya telah berlalu, bangunan pun telah kembali kepada PAS kawasan.Tahnian dan terima kasih Ustaz Husin Awang, ustaz Nik Zawawi Salleh.

Selamat meneruskan perjuangan.
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar.

Apr 24, 2009

Komang Umno Terengganu-catatan ringkas

Bila orang Johor yang jadi ketua perhubungan umno Terengganu, bermakna umno Terengganu dok rok cetong, tiada lagi pemimpin umno yang berkaliber untuk memimpin Umno Terengganu.

Peminpin umno Terengganu tidak boleh pergi jauh, setakat jaga bahagian sahaja.Sebab itu lah juga tiada tambahan dari Terengganu yang menjadi anggota kabinet najib.Dok rok cetong.

Teringat masa zaman pemerintahan PAS bila pesurujaya hisbah negeri Terengganu adalah seorang PTD yang pencen dan berasal dari Perak.Maka pada itu Rosol(Ajil) dan Tengku Putera(Telemung) hentam habis-habisan memarahi kerana tidak memilih anak Terengganu sebagai pesuruhajaya hisbah.

Kini Rosol dan Tengku Putera macam singa dan harimau, tidak boleh bertemu bulu.Apa pun ulasan, apa alasan umno Terengganu memang komang dan dok rok cetong.

Minda Nik Abduh bin Nik Abd Aziz

kerja - kerja bodoh dalam pas

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS?
Jika begitu, sayalah musuh anda!

Ulasan : dengan tulisan Anakanda kepada Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat ini sekurang-kurangnya mengungkai banyak hal banyak kekeliruan , banyak yang sangka buruk dll.
Jalan terbaik ialah satu perubahan segera perlu dibuat bagi pembaharuan terhadap orang-orang sekeliling tok guru, ini lah akibat terlalu lama berada dikeliling tok guru, sifat malu dan hormat pada tok guru telah hilang dan maka timbul keinginan mengampu dan mempengaruhi Tok Guru.Perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi, mesti bertindak segera.-Wallahua'lam

Dipetik dari :- http://nikabduh.wordpress.com/

Apr 22, 2009

Suasana sudah Kacau bilau dan Haru biru....

Mari semua pembaca budiman, tak kira PAS ke umno ke PKR ke Bn ke PR ke, kita renung dan amati satu persatu bait-bait dua berita dibawah.
Apa sudah jadinya, bermula dengan kecelaruan Adun , Perhubungan Umno, Puteri, wanita dan kini pemuda.
satu lagi, bila puteri tidak hadir alasan nya adalah bersalin...kantoi betul puak umno ni.....dalam blog amdang ada ulas pasal bersalin ni, seronok juga baca:

Pemuda Besut sokong Idris
Muda Mohd Noor Apr 22, 09 7:28pm
Ketua Pemuda Umno bahagian Besut Mahadi Musa menjelaskan bahawa pergerakan itu menyokong ketua Umno bahagian Datuk Seri Idris Jusoh dalam kemelut politik Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai exco pergerakan tersebut, beliau menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh Pemuda negeri.

“Tetapi Pemuda negerti belum membuat sebarang keputusan dalam perkara tersebut,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang menyatakan ketiga-tiga sayap di bahagian Besut menyokong Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar.

Rosli dilaporkan berkata, pemimpin Umno negeri membuat sokongan itu dalam satu majlis di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Mahadi berkata, ketua Puteri Besut Che Senah Sulaiman tidak hadir di majlis tersebut kerana baru bersalin.

“Saya membuat pendirian di majlis tersebut bahawa di peringkat bahagian, Pemuda Umno Besut menyokong Idris.

“Tetapi di peringkat Pemuda negeri, saya menyokong apa juga pendirian pergerakan itu (nanti),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, walaupun menyokong Idris, tetapi beliau menafikan laporan Bernama hari ini yang menyatakan bahawa ketiga-tiga sayap di Besut tidak menyokong kepimpinan badan perhubungan Umno negeri itu.

Idris antara 18 ADUN BN Terengganu yang tidak menyokong Ahmad sebagai menteri besar.

Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata, Mahadi sedang berada bersamanya dan meminta Malaysiakini bercakap sendiri dengan Mahadi berhubung perkara tersebut.

Beliau kemudiannya menyerahkan telefon kepada Mahadi untuk memperjelaskan perkara tersebut.


Rabu April 22, 2009
Tiga sayap Umno Besut nafi sokong Ahmad Said

BESUT: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bahawa ketiga-tiga sayap parti itu menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Mereka juga dukacita dengan tuduhan oleh Rosli dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai perancang sehingga berlakunya kemelut politik di Terengganu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mahadi Musa berkata kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Idris dan Umno bahagian berkenaan.

Beliau berkata ketigatiga sayap parti itu sentiasa berdiri teguh di belakang Idris dan tidak menyokong kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri sekarang.

"Kita kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri mengenai perkara tersebut," katanya.

Pada 14 April lepas, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan Adun itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMs) berbentuk ancaman yang diterima Adun Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat Adun BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan. BERNAMA

Mat Said Pun dah habis gas

Ahmad said dalam perkembangan terbaru krisis Adun BN Terengganu atau lebih dikenali kes 10 budak hitam, dilihat sudah mula mengalah.

Kalau sebelum ini, Mat said dengan gah dan gagah menegaskan bahawa beliau akan bertindak memecat mana-mana adun yang membawa usul undi tidak didalam persidangan Dewan yang lalu.Ketika itu Mat said dilihat sangat hebat, tegas dan berani berhadapan dengan apa jua kemungkinan.

Terbaru, Mat said semacam sudah letih, mengalah, apabila dengan nada lemah bekata beliau akur dan terima apajua keputusan yang akan dibuat oleh Najib Razak.

Apakah sekarang Mat said sudah habis gas selepas mengadap Najib Razak selepas sidang Dun yang lalu.Atau sememangnya inilah perangai Mat Said, orang Terengganu kata kuat gerpak.Sejarah telah terbukti dalam kes arahan beliau supaya tiada exco yang melawan ketua bahagian dalam pemilihan umno yang lalu, tetiba Adun Pengkalan Berangan yang juga exco telah bertindak melawan geng Mat said iaitu Rahman Bakar dan exco tersebut Yahya Khatib berjaya menewaskan Rahman bakar.Walaupun sebelum pemilihan beliau telah menegaskan bahawa exco tersebut akan dipecat.Namun semua tahu, usahkan memecat Yahya Khatib,beri amaran pun tidak.
Mungkin juga Ahmad said kehilangan dan kehabisan gas apabila kelemahan dan salahlaku beliau kini sangat laris dipasaran.Tidak cukup edaran melalui internet, edaran bercetak sebanyak 4 mula surat sudah berada Kemaman hingga ke Besut.

Ahmad Said juga mengaharapkan satu suntikan dari Istana kerana beliau sendiri mendakwa beliau adalah latikan istana dan katanya lagi biarlah istanalah yang menentukan kedudukan beliau.

18 Adun lawan 7 Ketua Bahagian Umno

ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata, kemelut polisk yang berlaku di Terengganu sekarang adalah antara ADUN BN dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Ketua Umno bahagian tidak terbabit dengan kemelut ini. Ia adalah antara menteri besar dengan ADUN BN.

"Ketua bahagian tidak ada kuasa yang penuh dalam kerajaan negeri," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa tujuh daripada lapan ketua bahagian menyokong Ahmad.

Dalam laporan sebelum ini setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai berkata, hanya ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak menyokong Ahmad.

Terengganu kini berdepan dengan kemelut politik apabila 18 daripada 24 ADUN BN mendesak Ahmad supaya meletakkan jawatan menteri besar.

Malah, kemelut tersebut menyebabkan Ahmad membatalkan lawatannya ke Russia dan Ukraine yang dijadualkan bermula semalam.

Sementara itu, Abdul Halim juga mengesahkan18 ADUN, termasuk enam exco kerajaan negeri menyokong tindakan mendesak Ahmad meletakkan jawatan.

Menurutnya, enam exco terbabit telah mengisytiharkan sokongan mereka baru-baru ini.

"Kita tanya kepada exco kerajaan negeri Terengganu adakah setuju atau tidak Ahmad terus menjadi menteri besar.

"Enam daripada mereka kata tidak setuju," katanya kepada Malaysiakini.

Abdul Halim juga berkata, tindakan untuk menggantikan Ahmad adalah semata-mata untuk menyelamatkan Umno negeri.

Apr 21, 2009

Ahmad Said Sedia Terima Keputusan Najib Jumaat ini.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bersedia menerima apa sahaja keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Beliau berkata, apa jua keputusan yang diumumkan pucuk pimpinan berhubung kedudukan beliau kelak, akan diterimanya dengan hati terbuka kerana ia adalah hak Najib sebagai Presiden Umno.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat rumah penduduk kampung yang dilanda ribut di Kampung Penarik, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai perkara itu, Ahmad yang memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri pada Mac tahun lalu, berkata: "Risau apa...tidak ada masalah kepada saya."

Beliau bagaimanapun enggan mengulas hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri baru-baru ini, dipercayai berkaitan kemelut politik di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 16 April lalu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, bagi membincangkan perkara itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, juga kelihatan memasuki Pejabat Perdana Menteri pada hari sama, dipercayai sebagai langkah Najib dan Muhyiddin menyelesaikan pertikaian antara Ahmad dan Adun BN negeri berkenaan.

Wawancara Khas Bersama Presiden PAS


Wawancara ini telah disiarkan dalam Harakah pada hari Ahad 19.April 2009

Di petik dari lama terengganukini

Lauk Orang Hulu- Kerabu Pucuk Paku.

Kali ini kita relex dan santai sejenak, kita hilangkan pemikiran tentang politik, kali ini sama sama dijemput ke dapur saya bersama Kerabu Pucuk Paku.



Bagi kami yang tinggal di hulu, berhampiran sungai, pucuk paku langsung tidak menjadi masalah.Orang Kg Kua, Kg Menerung, Kg Lubuk Periuk tak pernah mereka beli pun pucuk paku ni, pergi tepi alur, pergi tepi sungai ambil je...free je....ye free...tak caya ? kalau di Pasar Cabang tiga tu 1 ikat dah Rm1, bukan besar pun ikatannya.

Ok ini Kerabu Pucuk Paku.



Bahan-bahan
3 ikat pucuk paku dibersihkan dan diambil pucuknya sahaja.
2 ekor ikan selayang dibakar tawar [nak sedap tambah lagi]
2 biji bawang besar dihiris.
2 batang serai di mayang halus.
3 tangkai daun kesum di mayang halus.
2 biji limau nipis diambil jusnya.
2 sudu teh budu
sebelah kelapa yang dikukur
Garam dan gula secukup rasa.



CARA MEMBUAT:
Celur pucuk paku Tos.
Gaulkan kesemua bahan di atas dalam satu mangkuk besar dan rata.

Siap untuk dihidangkan.Senang, kan! Selamat mencuba.
- Nanti biar YB Rozi Fikir melalui jawatankuasanya untuk majukan dan komisial kan Pucuk Paku dan kerabunya.

'Unity Government' - Ahli PAS Belum Faham

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti. Iklan

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato? Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

TG ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?

Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.

Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.

Adakah ini kesan langusng dari dakwah PAS selama ini?

Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.

Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.

Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...

Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.

Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?

Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.

Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.

Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.

Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato? Seri Najib?

Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru.

Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya ?nakhoda?. Kapalnya ?bocor? yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.

Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato? Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?

Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.

Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?

Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ?legislative? dengan pentadbiran, dengan kehakiman.

Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.

Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.

Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.

Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?

Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato? Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato? Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang ?melampau?.

Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar ?berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan? dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.

Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?

Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.

Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi ?Pakatan Kerajaan? dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.

PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.

Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?

Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.

Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?

Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.

Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.

Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?

PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah ?kubu? kuat PAS.

Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_

Apr 20, 2009

Krisis BN Terengganu yang berterusan.

Adun Alor Limbat Alias Abdullah, hari ini mendakwa bahawa kumpulan mereka iaitu G10 telah mendapat sokongan yang kuat daripada adun Terengganu, kini katanya jumlah yang menyokong G10(@10 budak hitam) telah bertambah menjadi 18 orang dan didakwa termasuk beberapa orang exco.Beliau tidak dapat mendedahkan identiti exco yang menyokong G10 demi menjaga kedudukan mereka sekarang.
Cuma Alias belum lagi menyebut bahawa kumpulan ini akan mengambil alih pemerintahan Terengganu bila-bila masa.
Menarik untuk diulas, kalaulah sudah yakin dengan sokongan padu G10+8 =18 mengapa pula dikalangan exco tidak berani mendedahkan identiti lagi, kedudukan apa yang nak dijaga?

Sementara itu pula ada seorang exco, ketua Bahagian Marang mendakwa yang beliau tidak tahu menahu tentang adanya exco yang tidak menyokong Ahmad sebagai MB.

Apa kah drama ini sama seperti drama yang pernah di arahkan oleh DS Anwar Ibarhim dengan tajuk 16 Sept?Sebelah pihak mendakwa sudah ada tambahan pengikiut, sebelah lagi mendakwa tidak tahu menahu.
Kekalutan makin panas apabila Adun Ajil Rosol Wahid, menegaskan bahawa gerakan dan desakan mereka tidak berganjak supaya Ahmad Said berundur dari jawatan MB.

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.



“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Sementara itu suasana tuduh menuduh berterusan sekarang, dimana setiausaha Umno Terengganu Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.



Suasana semakin bengit, Ahmad Said yang sepatutnya berlepas ke Russia dan Ukraine, telah membatalkan jadual tersebut dengan sertamerta.Ahmad dikatakan bimbang sekiranya beliau tiada dalam negeri satu tindakan yang dibuat diluar jangka oleh G10 pada masa itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan dengan mudah tanpa dapat bertindakbalas.

Dilihat pada keadaan hari ini, suasana poltik Terengganu dijangka akan tidak stabil dan berterusan begini sehingga satu keputusan baru dibuat oleh Umno pusat yang bakal mencorakkan suasana baru Politik BN Terengganu.

Padi : Kampung kita pun tak dok YB

YB Rozi Mamat orang kampung Chapu[kalau dok silap] kini tinggal di bandar Kuala Berang, merupakan Pengerusi Pertanian dan Industri asas tani, hari ini menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana mana tanah padi di negeri Terengganu di tukar kepada perumahan atau tanaman lain.

Tak tahulah pulak kenyataan beliau itu dibuat secara sedar atau tidak yang sekarang ini sudah tiada lagi penanaman padi secara besar-besaran di Terenganu, kecuali di daerah Besut sahaja.

Mari kita fokus di kampung kita, sekitar kampung Pauh, kg.Gaong , Kg Telaga dan Kg.Tajin pun dah tiada orang tanam padi, semua sudah naik banyak rumah.Lihat sendiri di depan rumah Yb Zawawi pun adalah beberapa kerat yang tanam padi.Itu pun taliair besar zaman kita sekolah dulu pun dah jadi sempit.
Mari pulak kita tengok di sekitar Kuala Ping, Baong, Pasir sipo dan Tok Lawit, pun dah berapa kerat tanam padi, banyak naik rumah dah.Rumah salah seorang pengerusi JKKK pun dalam sawah padi.
Saranan saya sebelum YB rozi keluar kenyataan tersebut, elok rasanya dibuat kajian dulu, sebab apa orang Hulu kita dok minat tanam padi?Sebab masa zaman tok nenek kita dulu mana ada taliair di hulu Terengganu, tapi orang ulu tetap juga tanam padi walaupun padi uma(padi bukit) sekarang ni kenapa tidak?
Jawatankuasa Pertanian negeri melalui agensi masing-masing seharusnya membuat kajian setempat bagi mencari punca kenapa orang Terengganu tidak berminat menanam padi lagi.
Sebaiknya kajian ini dibuat mengikut suasana geografi setempat mengikut daerah .
Sebagai pemulaan elok sangat kalau YB mulakan di hulu Terengganu, di kg.Telaga, Gaong, Tok Lawit, Pasir sipor serta Tok Lawit, ini kawasan YB, biar ada bermula di kawasan sendiri dulu.
Setahun YB jadi exco pertanian, tidak ada lagi yang dapat di banggakan oleh orang mukim Hulu Telemong. YB kena buat sesuatu agar paling tidak pun ada jasa kepada orang kampung YB.
Manalah tahu kut esok atau lusa MB Terengganu bertukar tangan atau DUN Terengganu di bubarkan, tidak mustahil selepas itu YB bukan lagi exco atau mungkin juga YB tidak disenaraikan terus.

Fikirlah untuk membuat sedikit jasa kepada orang Hulu Telemung, urang kapaung kite.....


TNB kekal tarif elektrik- mana janji?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Beliau berkata, yang penting bagi agensinya sekarang adalah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengadakan perbincangan bersama TNB baru-baru ini berhubung isu (kenaikan kadar tarif elektrik) dan maklum balas yang saya bagi ialah TNB akan cuba mengekalkan kadar tarif elektrik sebaik mungkin,” kata Che Khalib kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Program Pintar TNB di sini, semalam.

Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi baru-baru ini mengumumkan penurunan kadar tarif elektrik 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009.

Gelombang biru makan tuan




Disangka panas tiba-tiba hujan di tengahari. Keindahan pokok rhu melambai-lambai di pesisiran pantai Terengganu rupanya ditimpa badai gelombang biru yang sudah tidak kenal mangsa. Iklan

Bisik rakyat negeri itu: Kali ini gelombang biru mahu makan tuan!. Entah gerangan apa tiba-tiba yang berhormat bertukar wajah kesetiaan. Sedangkan sebelum ini hamba jelata duduk elok langsung tiada tempias menandakan hujan.

Barangkali tikaman semalam belum hilang parut. Sebaliknya sudah menjadi barah. Tidak tahu bila hendak meletup. Cuma menunggu Abdullah belah.

Namun jiwa yang berhormat Terengganu ini tidak seberani Megat Panji Alam. Barangkali takut pada sejarah Megat dibunuh oleh Hang Tuah. Jadi nyawa sekarang cukup dijaga walaupun terpaksa korbankan hak rakyat.

Hamba sahaya Terengganu terkejut besar bila Geng 10 (10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 14 April) tidak pergi bersidang. Rupanya Geng 10 dijangkiti virus ugut yang melanda negeri jelapang padi baru-baru ini.

Virus ugut menyerang Dun Bukit Selambau sehingga wakilnya dahulu V Arumugan terpaksa lari ke India dan melepaskan jawatan Exco serta Adun tersebut. Pilihan raya kecil di adakan di situ pada 7 April dan dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat, S Manikumar.

Rupanya virus ugut dalam katogeri yang cepat merebak dan sekarang telah melanda Terengganu Darul Iman. Dikatakan juga pihak polis sukar mengesan kerana banyak laporan polis dibuat oleh Arumugan satu pun tidak dapat ditangkap.

Kata setengah orang virus ugut itu telah dikambing hitamkan. Siapa yang menghitamkan kambing itu kena tanya Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana didakwa membunuh Altantuya.

Rakyat marhean tengok Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul sedih juga kerana undang-undang hanya kenal golongan mereka. Sama seperti virus ugut. Kalau Muhammad saw berkata: �Jika Fatimah (anak Muhammad saw) mencuri, nescaya akan ku potong tangannya.�

Maknanya Muhammad saw tidak membezakan golongan bangsawan daripada undang-undang. Apakah keadilan ini dinikmati sama oleh Azilah dan Sirul serta rakyat marhean?

Sekarang baru yang berhormat Geng 10 tahu sayangnya nyawa. Yang berhormat semua ada 10 orang kawan tetapi masih takut. Bagaimana kawan yang berhormat di Bukit Selambau, V Arumugan terkonteng-konteng menyelamatkan nyawa seorang diri.

Arumugan membuat banyak laporan polis berhubung ugutan bunuh keatas diri beliau. Malah kawad cam pun sudah dibuat apabila polis menangkap saspek. Dapat ditangkap tertuduh sebaliknya pihak keselamatan melepaskan tertuduh begitu sahaja. Tiada tindakan diambil.

Umno pula persenda V Arumugan lari tanggungjawab. Dituduh lagi V Arumugan tidak pentingkan rakyat kerana lebih mementingkan peribadi dan diri sendiri sehingga sanggup meletak jawatan sebagai wakil rakyat Bukit Selambau.

Geng 10 hanya buat sekali laporan polis sudah ada respon segera daripada polis. Malah pihak yang dituduh pula buat laporan polis bila namanya dituduh.

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, dilaporkan membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu, menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga Adun negeri itu.

Sebelum itu, tiga Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu, Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Abdullah menerima SMS berbau ugutan bunuh daripada nombor telefon bimbit 019-9158369 manakala Adun Ajil, Rosol Wahid menerima SMS daripada komputer.

Kerja polis bertambah mudah kerana menurut Abd Halim dan Zakaria, kata mereka selepas menyemak Dairi Kerajaan Negeri, mereka dapati SMS itu dihantar daripada telefon bimbit yang didaftarkan sebagai kepunyaan SUSK berkenaan.

Jadi pihak polis boleh menahan untuk reman kerana dalam banyak kes berunsur ugutan dan SMS berunsur fitnah pihak polis cepat bertindak dan mereman tertuduh.

Seperti dikatakan tadi virus ugut ini ada dalang yang mengawal. Barangkali ada profesional yang pakar tentang virus ugut tahu cara bagaimana hendak mengendalikan dan mengatasinya. Orang yang pakar dalam bidang ini sudah tentu berpengalaman mengwujud dan menghapuskan virus ugut.

Sepatutnya kes ini diserah pada pihak polis untuk siasatan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan SMS ugut yang diterima Adun BN itu dihantar oleh pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Mereka dapat SMS (ugutan), tetapi SMS itu tidak berpunca dari pejabat menteri besar. Jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar (itu). Jadi, saya minta mereka ini, semua hadir ke persidangan dewan seperti biasa," kata Najib.- Adnan Ibrahim/harakahdaily

Apr 18, 2009

Pilihanraya Negeri di Terengganu?

Setengah jam sebelum masuk maghrib sebentar tadi, sepupu saya yang bertugas di sebuah pusat Bestari.com telah menghantar sms

"PM mahu Ahmad Said berundur dari jawatan MB, Ahmad said pula sedang berusaha mendapat perkenan sultan bagi membubarkan Dun."
Saya bertanya beliau dari sumber mana berita tersebut, beliau hanya menjawab percayalah...

Sebelum ini pun saya ada mendengar cakap-cakap bahawa dalam pertemuan dengan PM6 tempohari pun memang Ahmad Said dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan Menteri Besar Terengganu.Disamping itu juga dikhabarkan bahawa lapuran ketidak telusan Mat Said dalam mengurus tadbir Negeri Terengganu.

Senarai kelemahan Ahmad Said juga telah beredar dipasaran.Di merata-rata tempat, salinan kertas A4 yang menyenaraikan tindak tanduk Ahmad Said dijaja.

Sebelum ini pun, ketika mula-mula megambil alih jawatan MB, Ahmad Said pernah berkata bahawa beliau bukannya MB yang boleh kekal lama pun.Mungkin, sekali lagi saya ulang mungkin beberapa tidakan Ahmad Said memecat pegawai agensi Kerajaan Terengganu adalah atas dasar menyedari bahawa hayat beliau sebagai MB tidak lama, jadi peluang semasa masih menjawat jawatan MB beliau gunakan habis-habisan untuk memberi tempat kepada kenalan dan rakantaulan beliau.
Ini bermakna dalam masa menjadi MB sesingkat ini, beliau telah berjaya menggunakan jawatan tersebut untuk memilih orang orang kepercayaan dan menolak serta memecat orang orang yang beliau tidak percaya dan tidak senangi.Mungkin selepas ini, setelah beliau tidak lagi bergelar MB beliau akan merasa puas.Walaupun mungkin beliau tidak memegang lagi jawatan MB namun beliau telah berjasa kepada orang orang yang beliau kehendaki.
Ketika ini lah peluang beliau, masa inilah beliau gunakan sepenuhnya.
"Peler-peler orang nak pecat aku, baik aku kuca dulu..."
Maka jika itulah yang berada dibenak pemikiran Ahmad Said, tindak mustahil lah beliau mengambil tindakan tersebut.
Sementara itu sejauh mana Ahmad Said bertindak untuk membubarkan Dun belum ada sebarang kenyataan lagi.Umum telah mengetahui Ahmad Said juga kaki acah( test Market) dalam kes Yahya Khatib melawan ketua Umno bahagian Marang, beliau telah menegaskan bahawa akan memecat yahya Khatib dari jawatan exco.Namun sampai hari ini tiadalah akan kedengaran lagi suara untuk memecat exco.



Begitu juga dalam kes pembubaran Dun, Ahmad Said pun takut juga untuk bubar Dun,silap-silap beliau tidak dicalonkan semula oleh BN.Walaupun beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Terengganu, namun G10 yang diketuai AMT lebih mendapat restu dan disenangi oleh pengerusi dan timbalan pengerusi Umno malaysia.



Pilihanraya Dun Di Terengganu walaupun agak mustahil ianya akan berlaku, bagi PAS jangan terleka dan terpedaya dengan rentak tarian umno ini.Persiapan untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya Kecil itu mesti garapkan bermula sekarang.

Apr 17, 2009

Antara Akal dan Nakal

Kali ini saya hanya ingin menulis ringkas dan pendek sahaja.

Saya ingin memberi respon terhadap seorang pengunjung blog ini yang meminta agar saya mengulas sedikit tulisan bekas su Perhubungan Umno Terengganu, bekas exco kerajaan negeri, bekas timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu, bekas Pengerusi penyelaras Dun Ajil, tak lain tak bukan seorang Adun yang kini hanya ahli biasa.

Oleh kerana saya ingin mengulas tulisan beliau, maka disini saya petikkan semula tulisan dan komen beliau :-

Cuma saya tertarik dengan pendapat ulamak PAS dan mufti Perak yang bercanggah tentang penggunaan ayat Quran oleh orang kafir. Saya diajar oleh Tok Guru saya bahawa Al Quran tidak boleh dibaca, dipegang dan disentuh oleh mereka yang berhadas besar. Saya tidak tahu sama ada yang diajar kepada saya itu sesuatu yang songsang. Atau inilah yang dinamakan 'Matlamat menghalalkan cara'....

Saya sangat akui dan sememangnya juga saya diajar bahawa Al-Quraan tidak boleh dibaca,dipegang dan disentuh oleh mereka yang berhadas besar.

Dalam kes seorang kafir di Perak, beliau tidak memagang malah beliau juga tidak menyentuh, tapi menjadi kemusykilan nya ialah beliau membaca.
Oh sangat dangkal yang mengulas, tidak kira siapa beliau, sangat nakal beliau menggunakan akal.
Saya mempunyai banyak hujjah dalam bab ini, samada hujjah Aqal atau naqkli.
Dan pada oleh kerana saya telah berjanji untuk menulis pendek sahaja maka disini saya kemuka kan satu hujjah pendek untuk di fikir bersama.

" Sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW semasa pemerintahan baginda telah mengutuskan Surat kepada ramai pemimpin dan pembesar kafir, didalam utusan beliau itu, beliau selitkan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagai panduan dan petunjuk kepada pembesar pembesar kafir.Tidak lah pula sejarah menyebut bahawa Pembesar Kafir itu menyuruh orang Islam membaca surat tersebut dan tidak tercatat dalam sejarah bahawa pembesar kafir tersebut telah membersihkan dirinya dari Hadas besar sebelum membaca surat yang mengandungi Ayat suci Al-Quraan itu...Sangat mudah untuk difahami rasanya......Wallahu'alam

- Selamat bermuktamar kepada PAS Kawasan Kubang Kerian pada 18/4/2009 yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang( Presiden PAS)
-YDP bagi Kawasan Kubang Kerian adalah YB Dato' Husam Musa.-

Apr 16, 2009

Mohamad Sabu Calon PRK Penanti.

Nampaknya andaian sesetengah penganalisis politik bahawa tahun ini merupakan tahun Pilihanraya hampir menjadi kenyataan.
Walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihan perletakkan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,Mohammad Fairus Khairuddin namun sumber perletakkan itu di petik dari biro penerangan PKR.

kalaulah nanti Speaker Dun Pulau Pinang mengesahkan kekosongan kerusi tersebut(Boleh ke Speaker yang mengesahkan?)ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat.Ini juga merupakan pilihanray kecil ke-6 selepas PRU 12.Bermula dengan Permatang Pauh (Letak jawatan),Kuala Terengganu(kematian),Bukit Gantang(Kematian), Bukit Selambau (Letak Jawatan),Batang Ai(Kematian) dan yang terbaru DUN Penanti ( Letak Jawatan) Ini bermakna 3 meletakkan jawatan dan 3 kematian.

Yang menariknya disini adalah kesemua 3 yang meletak jawatan adalah dari PKR.
Apakah kali ini Penasihat PRK DS Anwar Ibrahim juga akan mengambil langkah seperti YAB DS Azizan Razak iaitu mejanjikan jawatan TKM1 bagi calon Pakatan yang memenangi kerusi Penanti nanti? Sebelum ini di Dun Bukit Selambau Ustaz Azizan telah menjamin bahawa calon PKR yang akan dilantik sebagai exco dan ustaz Azizan telah menunaikan janjinya.

Kalau di Bukit Gantang, Lim Kit Siang dan pimpinan DAP telah mencadangkan DS Nizar Jamaluddin sebagai calon dalam PRK 59 itu dan itulah juga keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat. kali ini Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang kali ini pula mencadangkan supaya Haji Mohamad Sabu sebagai calon Dun Penanti.

Umum semua tahu kerusi tersebut telah diuntukkan kepada PKR, hampir mustahil rasanya idiserahkan kepada naib Presiden PAS itu.

Namun, atas semangat kesepakatan Pakatan Rakyat ianya mungkin tidak mustahil boleh berlaku.Mohamad Sabu adalah anak kelahiran Pualau Pinang.Sebelum ini pun beliau pernah bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang merupakan Parlimen bagi Dun Penanti.Beliau juga di penggal lepas merupakan Pesuruhajay PAS Pulau Pinang.

Andainya teori ini menjadi kenyataan, sekiranya ada perundingan antara Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim serta Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi maka terserlah lah kesolidan Pakatan Rakyat.Malaysia kan melihatan kutuhan sebuah Pakatan yang rakyat idamkan selama ini.

Ini tidak timbul lagi soal kerusi tersebut adalah kerusi PKR, kerana rakyat akan melihat kerusi tersebut adalah kerusi Pakatan.

Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dato' Husam Musa boleh berkira melepaskan kerusi Pasir Mas Kepada Ibrahim Ali yang tidak berparti( berjiwa Umno)apalah salahnya kali ini PKR menggunakan teori yang sama dengan sedikit berkorban untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada Mohamad Sabu.

Saya tidak nampak orang lain selain dari Mohamad Sabu sekiranya Pakatan boleh bersetuju dengan pandangan untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS.

ORANG INI SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO

Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah;

1.Orang yang bodoh
2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana
3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen)
4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan
5.Orang miskin yang jahil
6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama
7.Orang yang keras hati dan buta hati
8.Nasionalis Melayu totok
9.Kaki pengampu
10.Orang yang suka budaya rasuah politik.
11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid
12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil)
13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa.
14.Orang yang longgar pegangan agama
15.Orang yang suka mendedahkan aurat.
16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin.
17.Orang yang suka kepada program munkar.
18. Orang yang memisahkan diri dengan kehidupan akhirat.

Apr 15, 2009

MB Cap Ayam- Alias Abdullah(BN Alor Limbat)


Cap Ayam- itu lah istilah yang sering digunakan oleh adun BN bagi menggambarkan dikalangan exco mereka yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.Istilah exco cap Ayam juga pernah digunakan oleh bekas menteri Besar, Idris Jusoh bilamana ada dikalangan exco nya ketika itu tidak melaksanakan tugas dengan sempurna atau tidak proaktif didalam sesuatu tugasan.

Cap Ayam- apa kah maksud ianya sangat komang atau low class? sedangkan umum sangat mengetahui Sardin Cap Ayam adalah sardin yang paling berkualiti jauh meninggalkan sardin Pertima keluaran kerajaan Terengganu.

Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh tidak terbabit dengan tindakan 10 wakil rakyat Barisan Nasional memulaukan sidang DUN semalam, kata setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu.

Alias Abdullah menambah, Idris yang juga ADUN Jerteh “tidak tahu-menahu” dengan rancangan tersebut yang dibuat sebelum persidangan dewan bermula jam 9.30 pagi.

“Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,” kata ADUN Alor Limbat itu, menangkis tanggapan bekas menteri besar itu dalang di sebalik tindakan menggemparkan itu.

“Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?”

Sepuluh ADUN itu termasuk Idris tidak hadir di dalam dewan semalam dengan alasan nyawa tiga orang daripada mereka terancam susulan mesej SMS yang mengugut mereka jika meneruskan sesuatu tindakan yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun dipercayai mesej itu - yang didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri - sebagai reaksi terhadap ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar di sidang DUN semalam.


- Ulasan : MB cap Ayam, exco cap Ayam. G10 cap ayam daging......

Ada yang tak kena dengan 10 Adun BN

Dato' Rosol Wahid (Ajil),Zakaria Abdullah (Paka), Abdul Halim Jusoh (Permaissuri)Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh(Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Ini lah nama muka muka yang tidak hadir sidang Dun Semalam ( Idris Jusoh dan Pehimi hadir lewat petang)

Mereka memboikot sidang DUN Terengganu atas alasan kononya keselamatan mereka tidak terjamin selepas hanya 3 menerima ugutan melalui sms yang didakwa nombor telefon bimbit yng mengirim sms itu dimiliki oleh pegawai kanan kerajaan negeri.

Yang menjadi persoalanya, kenapa 3 yang terima sms tapi 10 yang tidak hadir?sedangkan Rosol melalui sidang media di Felda Residance mendakwa mereka tiada pakatan untuk membawa usul undi tidak percaya dan mereka tidak membentuk sebarang kumpulan kearah itu.

Persoalan keduanya, dalam sidang media tersebut Dato' Seri Idris Jusoh tidak hadir, kenapa? Adakah sememangnya semenjak krisi ini bermula pada 8 Mac 2008 memang Dato Rosol lah sebagai mastermind dalam kes ini atau sememangnya Rosol telah di kambing hitamkan oleh Idris Jusoh.

Kumpulan G10 ini mendakwa ketidakhadiran mereka ke DUN semalam kerana tidak yakin dengan keselamatn nyawa mereka di dalam persidangan Dun atau didalam perjalanan ke Sidang Dun.

Bila Kesemua mereka hadir pada hari ini timbul lagi persoalan:
1.Adakah semalam selepas jaminan KP negeri semua bilik penginapan mereka dikawal?
2.Adakah hari ini sepanjang perjalanan mereka dikawal oleh polis traffik?
3.Adakah sidang dun di penuhi oleh pegawai keselamatn atau polis ?

Sebenarnya tindakan G10 ini memulau dan memboikot sidang Dun Terengganu kerana :

1. Ingin menunjukkan kejahatan pegawai tingkat 16, mengugut melalui sms, mengancam keselamatan dan nyawa mereka.

2. Menunjukkan kepada pimpinan tertinggi mereka bahawa mereka boleh buat apa sahaja selepas rundingan untuk menukar MB tidak diambil tindakan oleh Putra Jaya.

3. Memberitahu Istana dan rakyat Terengganu bahawa Mat Said tidak mendapat sokongan 100% Adun BN Terengganu.

4. Mengharap liputan meluas dari media.

5. Mengharapkan PutraJaya mengambil tindakkan segera menukarkan Mat Said sebagai MB Terengganu.

6. Peluang Rosol Wahid mendapat liputan media, selepas kini beliau hanyalah ahli biasa dalam umno.

7. Sebenarnya yang paling nyata ialah dengan memboikot ini menjelaskan bahawa mereka(G10) tidak ada kekuatan untuk menurunkan Mat Said dari kerusi MB kecuali dengan arahan Putrajaya atau istana itu sendiri.

8. Sebenarnya mereka mengesahkan bahawa G10 sedang meroyang, 1 meroyang nak MB dan 9 lagi meroyang nak jadi exco.

Akhirnya mereka akan jadi tersorong-sorong masuk sidang DUN, selepas Mat said tidak bersedia untuk menghubungi dan memunjuk mereka.

- Mat Said Menang lagi di Pusingan ini.

Krisis BN yang berterusan

Apr 14, 2009

Setiausaha Sulit Kanan MB Lapor Polis Isu SMS

Setiausaha Sulit Kanan MB Lapor Polis Isu SMS

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri.

Wan Ahmad ditemani Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-Tugas Khas), Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail, membuat laporan itu pada jam 12 tengahari tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, mengesahkan polis menerima laporan Wan Ahmad dan akan menyiasat mengikut lunas undang-undang. Kira-kira jam 11.20 malam tadi, tiga Adun BN Terengganu iaitu, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka) menerima SMS berbau ugutan bunuh daripada nombor telefon bimbit 019-915 8369 sementara Datuk Rosol Wahid (Ajil) menerima SMS daripada komputer.

Abd Halim dan Zakaria ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Tengganu jam 1.15 pagi tadi, berkata selepas menyemak Diari Kerajaan Negeri, mereka dapati SMS itu dihantar daripada telefon bimbit yang didaftarkan sebagai kepunyaan SUSK berkenaan.

Klip Video krisis BN Terengganu

Rakyat tuntut janji PRK 036 : MANA JANJI ???

Dalam kekecohan isu ugutan bunuh ADUN melalui sms oleh seorang yang di dakwa dari pegawai kanan PTN Terengganu dan isu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, tetiba saya menerima satu email dari Kak Ain Cendering menyertakan beberapa keping gambar kepada saya.
Tajuk email beliau rakyat di tipu lagi.Sehari sebelum hari pembuangan undi di Kuala Terengganu Khamis 15 jan 2009, Timbalan Perdana Menteri (Ketika itu) Najib Razak telah merasmikan majlis pecah tanah tapak 1200 rumah PPRT berhampiran Kuaters Perikanan di tepi Bukit Cendering.
Majlis yang asalnya dijadualkan bermula jam 5.00 petang telah berlarutan hingga jam 6.30 baru lah nampak kelibat Najib dan Calon BN diiringi beberapa polis trafik.


Dalam ucapan majlis tersebut, Najib berjanji 1200 unit rumah tersebut akan dibuat serta merta, maka tersengeh lah Pak Su Man dan mak Su Jah, percaya kepada orang yang berjanji itu.Masakan tidak percaya, selama ini JKKK yang berjanji, kini orang no.2 Negera dan orang no.1 negeri yang datang.

Hampir jam 7.00 barulah majlis tersebut selesai, semua yang hadir membawa bungkusan air kotak dan kuih kering, paling kurang 5 bungkus seorang, minuman dan makanan yang disediakan banyak tak habis kerana kehadiran penduduk setempat diluar jangka.Anggaran awal kehadiran adalah sekitar 300, namun kehadiran sebenar adalah 67 orang sahaja, walupun 500 kad jemputan diedarkan dan lebih 350 berjanji untuk hadir.
Kini, orang n0.2 yang berjanji itu sudah menjadi orang no.1, Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pun dah 3 bulan berlalu, sementara orang orang no1 negeri semacam tergugat kedudukanya kini , janji hanya tinggal janji, semua yang hadir, yang nama dicatat, yang isi borang yang mengundi BN, yang kempen BN "terlopong" dek "bahan Kecek" Oleh Najib dan Mat Said.





-Mana Janji????