Jun 30, 2009

Road To MU


Jalan Ke Manik Urai

Jalan Ke DUN Kelantan.

Selamat Untuk Abang Fauzi

Melancung ke Utara - 10 Budak Hitam

Beberapa hari tidak update laman kerana menghantar anak sulong kami yang dapat menyambung pelajaran sebuah IPTA di Utara tanahair.
Kami bertolak seawal pagi jumaat menuju ke utara melalui jalan Kenyir- Gua Musang.Jalan agak teruk berlubang-lubang.Mungkin akibat hujan dan dilalui oleh lori Balak.
Sengaja kami melalui jalan tersebut kerana kami berniat untuk bermalam di Gua Musang dan mendengar ceramah 2 tok Guru di Manik Urai Lama, sempena pengisytiharan calon PRK Manik Urai.

Selepas solat maghrib di hotel yang didiami kami menuju ke Manik Urai.Ceramah di adakan di sebuah padang bola sebelahan Markas PAS dan di depanya bilik gerakan UBN.Jalan menuju ke tempat ceramah sangat sempit, ye jalan kampung, seperti juga jalan jalan pertanian di kampung kami di Kuala Berang.

Kebetulan semasa kami tiba, kedua-dua tok guru baru saja naik ke pentas dan ketika itu kalau tak silap YB Fatah Harun dari Rantau Panjang sedang berucap. Suasana ceria bercampur hiba bila kedua-dua Tok Guru berpeluk di pentas dan dipenuhi dengan jurugambar. Ini lah kali pertama saya dapat melihat secara live 2 orang tok guru ini berpelukan. Tanpa saya sedari saya sendiri merasa hiba dan beberapa titik airmata saya menitis. Inilah hebatnya 2 tokoh ulama' ini. Mereka tidak lama berselisih pandangan, mereka tidak boleh terus menerus biarkan ruang untuk iblis dan syaitan menyusuk masuk. Mereka memimpin gerakan Islam. Dibahu mereka diletakan harapan ummah.
Beberapa pemimpin PAS Kelantan dan pemimpin Pusat nampak sayu dengan kejadian tersebut.
Diharapakan selepas ini tiada lagi sengketa ini, tiada lagi tuduh menuduh antara pimpinan dan ahli.Sungguh-sungguh juga diharapkan juga suapaya tiada lagi budak-budak nakal seperti 10 budak Hitam di parlimen tempoh hari.
Apajua alasan, apajua hujjah, tidakan 10 budak hitam itu sangat tidak syari'e. Sengaja untuk mengeruhkan suasana, sengaja untuk memalukan Jamaah, sengaja untuk menonjol diri. Mereka meraka ini perlu dipanggil oleh pimpinan untuk dinasihati, mungkin mereka merasa mereka sangat hebat sebab mereka ini ahli Parlimen. Hinggakan mereka boleh hilang pertimbangan .Yang doktor-doktor ni pula nasib baik dah tak duduk klinik atau hospital.Kalau beginilah cara berfikir dan bertindak, oh....pesakit mana lah yang malang akan menjadi mangsa.



Insaflah....

Jun 24, 2009

Rosol Sudah berpatah Arang?

Melihat kepada suasana politik Terengganu, jalan amat sukar bagi ketua Perhubungan impot Terengganu, Hisyamuddin Husin untuk menemui jalan damai.

Seperti yang disebut sebelum ini selesai bagi puak deris adalah apabila Ahmad Said digugur dari menjadi MB dan damai bagi puak Ahmad Said apabila puak Idris mengakui dan menghormati bahawa beliau adalah MB Terengganu.

Bagi penduduk Hulu Terengganu keretakan antara Rosol Wahid, bekas SU Perhubungan Umno Negeri, bekas timbalan Ketua Umno Hulu Terengganu, yang juga bekas exco amat nyata dan sangat jelas.Sebagai Pengerusi Kelab penyokong, mana mungkin tidak dapat bersama-sama MB apabila MB turun di DUN kita sendiri, malah lebih dari itu MB Ahmad Said telah turun ke kampung asal beliau.

Kelibat Rosol tidak dilihat oleh pengundi beliau bersama MB di dua majlis didalam Dun Ajil.Pertama ketika Ahmad Said merasmikan mesyuarat Agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman dan di sempurnakan di kg Bukit Diman itu sendiri. Dimana adalah merupakan kampung asal Rosol Wahid, walaupun kini beliau tidak tinggal didalam dun tetapi menetap di Dun Kuala Berang.

Tidak menjadi pelik sekiranya ketidakhadiran Adun itu berlaku di Bukit Payung atau di Dun Sura.

Majlis pemberian e-Book untuk pelajar sebuah sekolah di Dun Ajil minggu lepas juga tidak dihadiri oleh Rosol WAhid.Kelibat beliau tidak kelihatan, beliau dijemput, namun atas rasa "Dok Leh temu bulu" maka beliau tidak hadir dalam majlis itu.
Kalau beginilah sikap beliau dengan sasama umno, tak tahulah bagaimana perasaan beliau dengan orang-orang pembangkang?
Kejujuran, keikhlasan bukan sesuatu yang boleh disebut atau dicoret-coret, akan tetapi ianya terletak pada hati.
Adakah Rosol Wahid sudah berpatah Arang ? Tunggu episod seterusnya.

Dua majlis di Dun Ajil ini tanpa Rosol.

Jun 23, 2009

Terserlah Jiwa Seorang Ulamak

Hanya Gambarlah yang memberi gambaran sebenar


Gambar ini di ambil dari blog kekanda Hj. Sayuti Omar
Anda semua bolehlah menilai keatas sekeping gambar ini.
Tiada kata-kata yang dapat diucap melainkan
ALHAMDULILLAH

UG- Selesai..tempoh Bertenang..

Terlalu banyak untuk dicoretkan apabila dikhabarkan yang kekalutan sehari dua ini hanya selesai dengan cuma sekelip mata sahaja.
Lantas biarkan tidak dicoretkan dulu, melihat apa ulasan jahat Umno/BN selepas.
Biar saya mengambil sedikit masa sebagai tempoh bertenang.
-Masa untuk mengurut dada.
-ALHAMDULILLAH-

Jun 21, 2009

Email dari pengunjung, luahan perasaan.

Satu email yang saya terima tengahari tadi, penilaiannya terserahlah pada tafsiran masing-masing.Saya sebenarnya cuba sedaya upaya saya untuk tidak lagi terlibat dalam mengulas kekecohan yang berlaku sehari dua ini, namun oleh kerana bidang cyber telah menjadi sebahagian hidup saya, hakikatnya saya tidak mampu untuk berbuat demikian.

Bacalah petikan email ini:-

"Walau apa pun yang berlaku selepas ini, orang ramai sudah tidak kisah. Personaliti Ust.Nasa sudah tercalar. Maruah dia juga telah tercabar kerana menjadi MP Bachok. Perasaannya telah terguris sebelum ini telah ditambah pulak dengan tindakan Geng MP 10 PAS yang boleh dianggap 'kebodohan'.Apa sangat jasa mereka kpd PAS? Mereka boleh dianggap VIP dalam PAS. Pernahkah mereka merasa kepenatan membersihkan kawasan sblm ceramah dibuat? Dimanakah mereka semasa kami terpaksa kutip duit untuk mengadakan kenduri meraikan pemimpin PAS selepas ceramah? Berbanding ceramah mereka, kami lebih memahami isipati ceramah yang dibuat oleh arwah Ust. Bunyamin."

"Bermulanya kekalutan dlm PAS sejak ada orang yg gilakan jawatan Timb.Presiden PAS. Mengapa 'dia' berdiam diri skrg? Gembirakah dia? Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekerja dgn sebuah anak syarikat Kerajaan Kelantan amat mengenali perangai orang berkenaan. Semasa duduk di KL dulu saya amat meminati EXCO berkenaan, tetapi sejak balik Kelantan dan bekerja dgn syarikat kerajaan negeri, saya tak pernah lagi mengkagumi 'dia'. Ramai sahabat2 saya bersimpati dgn Ust.Nasha kerana memahami keikhlasan hatinya berjuang utk PAS."

-Bersabarlah-

Selamat Hari Bapa Untuk Ayahanda Tercinta

Selamat Hari Bapa untuk Ayahanda tercinta, juga buat Suami tersayang yang merupakan bapa kepada anak-anak ku ini

Jun 20, 2009

Peringatan 2 : Sifat-sifat seorang Pendakwah siri 1

Al-Ustadh Mustafa Masyhur

1. Pendakwah mestilah merasakan betapa pentingnya tugas dakwah dan tingginya nilai dakwah itu :
"Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada mereka yang menyeru kepada Allah dan beramal salih dan ia berkata bahawa aku adalah dari kalangan orang yang beriman"
(Surah al-Fussilat : ayat 33)

2. Ia hendaklah merasakan betapa pentingnya bidang dakwah dalam dakwah islamiah.Ia adalah sebagai jalan untuk menyampaikan cahaya kebenaran kedalam hati bagi mendapat hidayah ke jalan yang lurus.

3. Ia hendaklah merasa bahawa pahala yang besar dari usaha dakwah datang dari Allah.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Supaya Allah beri hidayah seorang melalui usaha kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada ramai manusia yang mendapat kenikmatan"

Ketiga-tiga perkara ini mendorong pendakwah menjaga akan kewajipan untuk menyebarkan dakwah Islam dan menunaikan dengan sebaik-baiknya.

4. Pendakwah hendaklah mengetahui bahawa faktor yang paling penting untuk melaksanakan dengan cara yang paling penting untuk melaksanakan dengan cara yang paling baik dan mendapat taufiq Allah ialah mengikhlaskan diri kepada Allah, tidak dicampuri dengan sesuatu yang lain seperti riya', suka menonjol diri dan lain-lain sifat tercela. Para pendakawah muda terdedah kepada fitnah sekiranya dakwah begitu berkesan dan mempersonakan orang ramai serta dikelilingi oleh manusia.

5. Pendakwah hendaklah memastikan dirinya mengikut ajaran Allah dalam berdakwah seperti yang Allah ajarkan Kepada Nabi :

"Serulah kepada tuhan kamu dengan cara hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik"
(Surah Al-Nahli : Ayat 125)

6. Ia hendaklah bijak di dalam menyedarkan hati-hati manusia dan tahu cara untuk membukanya. Hendaklah dihimpunkan diantara melayan perasaan dengan memuaskan akal fikiran.Dengan cara tersebut akan berkekalanlah kesan dakwahnya dan menghasilkan hidayah dan amal soleh.

7. Hatinya hendaklah sama seperti apa yamg diluahkan oleh lidahnya.Dengan cara ini kata-katanya akan lebih memberi kesan dalam pendengar kerana yang keluar dari hati akan masuk kedadalam hati dan yang keluar dari lidah hanya masuk kedalam telinga serta tidak lebih dari itu.

8. Pendakwah hendaklah mengetahui tabiat suasana dan bidang yang yang diseru itu supaya ia bersifat realistik didalam percakapannya dan mengikut kadar kemampuan ilmu pengetahuan mereka serta hidup bersama-sama mereka didalam isu-isu dan masalah mereka hadapi.Dengan cara ini mereka lebih mengambil berat, mengikut dan menerima apa yang disampaikan kepada mereka.

Bersambung......

Jun 19, 2009

Peringatan 1 : 20 Asas Sebuah Jamaah Islam

Al-Ustaz Mustafa Masyhur
Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin


1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan jahiliyyah seperti taa'sub kelompok, batas-batas geografi atau kenegaraan, dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwah.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Negara Islam Sedunia. Manhajnya adalah berdasarkan apa yang diperlukan untuk mencapai tujuan ini, selagi menepati syariat Islam. Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam perkara-perkara juzuk dalam Islam.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (syumul) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Ar-Rasul saw, dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah, bukan Negara Islam Geografi. (rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')

6) Jemaah ini mestilah mengikut methodologi dan cara (manhaj dan uslub) yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam; dengan mementingkan perkara-perkara seperti menanam aqidah tauhid dan iman dalam hati, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, membina keluarga Islam dan tarbiyyah anak-anak dan lain-lain lagi. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar.

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam dakwah. (Surah Hujurat:11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar- belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar dan jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain tetapi sebaliknya carilah ruang- ruang untuk bekerja sama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian ayng perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya dan membentuk barisan-barisan yang terpilih dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan dan perkataan, kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur lansung.

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16) Sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam dan sentiasa bersabar, melakukan pengorbanan dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya sebagai sumbangan kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar.

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa mengingatkan anggotanya bahawa keberkesanan dakwah dan natijah perjuangan tidak semestinya terlaksana semasa hayat mereka, tetapi sebaliknya adalah urusan Allah swt dan dengan izinNya sahaja. Masa perjuangan yang diambil adalah diukur dengan 'umur dakwah' dan bukan umur individu anggota tersebut. Kejayaan akan menjelma bagi orang-orang yang beriman seperti janji Allah dalam surah AnNur:(55)

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan dibumi, sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka; dan Allah akan menguatkan dan mengembangkan agama yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Allah juga akan memberikan keamanan kepada mereka sebagai ganti kepada ketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".



WaLlahu a'lam.

Jun 18, 2009

Awas Manusia bernama Jimadie Shah Othman

Beliau adalah penulis di media maya Malaysiakini.Berita beliau seringkali dilihat berniat jahat terhadap PAS.Semasa sebelum muktamar beliaulah orang yang menimbulkan ketengan didalam perencanakan pertelingkahan kononnya ada dua puak.Beliaulah yang sering kali mengklasifikasikan seseorang pimpinan di kelompok tertentu.

Beliau membuat provokasi dengan mengadudomba antara pimpinan lantas beliau membuat andaian sendiri dengan berniat jahat untuk memusnahkan keakaraban dan kesatuan Jamaah PAS.

Malaysiakini adalah sebuah portal yang diketahui umum di biayai oleh Yahudi Laknatullah.

Itu lah Jimadie Shah Othman, seorang yang pandai memerangkap dan bermain dengan kata-kata apabila berhubung dengan seseorang, kini benarlah telahan sahabat saya yang pernah dihubungi oleh beliau.Namun atas kecermatan sahabat saya itu beliau gagal memerangkap dan memprovoknya.Beliau selalunya menambah tokok sesuatu maklumat dengan citarasa untuk memporak poranda kan PAS.

Awas dengan Manusia bernama Jimadie Shah Othman.

Penutupan Muktamar PAS Pusat ke-55




Suasana Hiba Majlis Penagguhan Muktamar PAS Pusat Ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Biarlah Panas hingga ke petang.

Jun 17, 2009

Penjelasan Presiden di Kota London

Tasamuh Dalam Ikhtilaf - Dato' Tuan Ibrahim

Oleh Tuan Ibrahim bin Tuan Man


Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia. Ia berlaku di kalangan para anbiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah, sama ada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.

Ikhtilaf berlaku dalam belbagai keadaan sama ada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan seseorang. Namun ianya tidak pernah dianggap negatif dalam sejarah para ulama' sehingga terkeluar kata-kata mahsyur:

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"

Kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’ (tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.


Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah mahsyur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.


Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalan adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bila mana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.


Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab jamaie, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang, diterima atau ditolak.


Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah - “dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukhuwah dalam jamaah.


Kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah.

Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;


Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah
Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.


Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bila mana ia mengadap Allah di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak memperdulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah.
Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini.

Tuan Guru Presiden dikunjungi Lee Kuan Yew

Presiden PAS , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menerima kunjugan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.Pertemuan tersebut berlaku atas Permintaan Lee Kuan Yew sendiri dan telah berlaku di sebuah hotel terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Turut menyertai pertemuan tersebut adalah Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiuasaha Agung, Dato' Mustaffa Ali, AJK Pas Pusat , Dr. Dzukifli Ahmad dan Setiausaha Politik Presiden, Dr. Shamsuri Mokhtar.

Sehari selepas itu Menteri Mentor Singapura dilaporkan juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jun 16, 2009

Wahai Tuhan Selamatkan Kami ini

Ya Allah Ya Tuhanku Selamatkan lah Jamaahku ini..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu .......




Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Kabinet Badan Perhubungan PAS Terengganu sessi 2009-2011.



Pesuruhjaya - Dato' Hj Harun Taib.
Timb.I - Dato' Hj Abu Bakar Chik
Timb.II - Hj Mohd Abdul Wahid Endut.
Timb.III- Ustaz Saiful Bahri Mamat

Ketua Ulama' - Dato' Haji Hussin Awang.
Ketua Pemuda - Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Muslimat - Hajah Safinah Jusoh
Ketua Penerangan - Ustaz Hj Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah JPN - Ustaz Ariffin Deraman.

Setiusaha - Haji Yahaya Ali.
Psu I - Ustaz Kamaruddin Mat Yunus.
Psu II - Haji Hanafiah Mat.
Bendahari - Haji Muhyiddin Abdul Rashid

AJK
Haji Mohd Harun bin Jusoh.
Haji Abdul Haris Malik
Ustaz Haji Azman Shapawi abdul Rani.
YM Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad.
Hj Hussin bin Ismail.
Hjh Zaroni Otman.
Utazah Hjh Fatimah Zainab Ibrahim.

Sementara itu menurut satu sumber, jawatan penolong setiausaha Perhubungan III akan diperuntukan kepada pertubuhan anak Terengganu di Perantauan(PERANTAU)

Sumber : Tranungkite.
Link berkaitan : Ustaz Harun PJ PAS Terengganu

Jun 15, 2009

Nizar Angkat Sumpah dan di Halau Parlimen





Klip video YB Datok Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Suara Hati Ustaz Hadi di Kota London

Dimaklumkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi kini berada di Kota London, beliau bertolak kesana pada 11 jun 2009, selepas mesyuarat Ajk PAS Pusat kali pertama sessi 2009-2001.

Antara yang mengiringi beliau ialah Haji Asmuni( AJK PAS Pusat) dan Dr. Hj Samsuri(SU Politik Presiden) .Tuan Guru dijangka pulang ke tanahair pada 20 Jun 2009 untuk menghadiri sidang Parlimen yang sedang berjalan sekarang.

Ikuti lapuran program beliau disana yang dilaporkan oleh blog sdr Muhaimin Sulam bekas AJK Dewan Pemuda PAS Pusat yang berada disana menyambung pelajarannya.


1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.



3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian



http://muhaminsulam.blogspot.com

PAS terus berunding, bukan masuk Umno

Benamkan BN - Mustaffa Ali

Memahami Cetusan Abdul Hadi

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

*Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Jun 13, 2009

85% sokong Sis Diharamkan.

Jam 12:41 pagi 13 Jun 2009 tinjauan yang dibuat oleh Mstar dengan persoalan " Adakah anda bersetuju Sisters in Islam (SIS) diharamkan?"

Kedudukan /keputusan tinjauan tersebut 85% bersetuju.Namun ada sedikit kemusykilan apabila Pas Kawasan Shah Alam sebagai pembawa usul dikhabarkan sedang berusaha untuk menarik balik usul tersebut dengan sedikit pindaan.
Sepanjang saya menyertai organisasi, bermula dari Persatuan di Sekolah seterusnya persatuan dikampus, selalunya usul ini dipinda selepas dibahas dan sebelum diterima.
Kini selepas usul ini dalam muktamar PAS ke-55, usul ini baru hendak dipinda.

Apakah pindaan tersebut hendak dibuat selepas ianya mendapat bantahan dari DAP?
Sekira saya, kalaulah pindaan tersebut dibuat dengan hanya ada bantahan dari DAP, maka agak hinalah semua perwakilan yang menyertai muktamar ke-55.Kerana usul yang dilulus dan diterima oleh muktamarin PAS telah dipinda selepas dilulus atas desakan DAP yang diketahui ianya kongsi kepada Pakatan Rakyat.
Sepatutnya sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, inilah peluang bagi PAS memberi penjelasan kenapa usul itu dibawa oleh PAS Shah Alam, hasil dari pembentangan oleh pembawa usul tentulah Pas Shah Alam ada sebabnya.

Kalaulah dalam bab usul ini kita sanggup meminda kerana desakan rakan Pakatan Rakyat, bagaimana untuk kita hadapi perkara dasar yang lebih besar?Lain lah kalau bantahan itu dibuat oleh Umno, kerana umno itu jelas musuh kita yang nyata, ruang dan peluang untuk diperjelaskan kepada umno tentang bahaya SIS sudah tiada dengan mereka kerana takut nanti akan cop atau dituduh untuk bekerjasama dengan umno atau lebih tepat mengheret PAS menyertai umno.

-Renung-renunglah-



Jun 11, 2009

Dato' Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Dato' Harun Taib sekali lagi telah diberi mandat untuk menerajui Badan Perhubungan Pas Terengganu untuk sessi 2009-2011.

Sebelum ini beliau pernah diamanahkan jawatan tersebut selama hampir satu dekad bermula tahun 1989 sehingga tahun 1997.

Anak sulung dalam keluarga enam adik beradik, Dato' Harun dilahirkan di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu pada tahun 1943.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Belara dan di sekolah Umum Serada, Kuala Terengganu.Kemudian menyambung pula pelajarannya di sekolah Menengah Agama Pondok Tok Jiring.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya dibidang agama di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Buruk, Kuala Terengganu.Selepas itu beliau berangkat ke Arab Saudi untuk memasukki Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin .Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut.Dalam kesibukan tugasan dakwah dan politik sehingga kini tesis kedoktoran di Bidang Politik Antarabangsa masih belum mampu diselesaikan.

Mendaftar sebagai ahli PAS yang sah seawal tahun 1966, sekembalinya dari Mesir, melalui cawangan Pas Kampung Pujuk dengan nombor keahliannya 65152.

Mula menyertai pilihanraya pada tahun 1978(tewas),1982(menang),1986(kalah),1989(Menang Pilihanraya kecil Teluk Pasu),1990(menang),1995(menang),1999(menang),2004(menang) dan 2008(menang).

Pada tahun ini juga beliau sekali lagi diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, selepas beliau melepaskan jawatan tersebut pada sessi 2007-2009.

Semoga dengan perlantikkan ini diharapkan agar beliau dapat memimpin dan membimbing PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya umum ke-13 nanti.

Juga diharapkan dengan ini PAS Kawasan Hulu Terengganu disemarakkan lagi untuk memastikan dapat menawan sekurang -kurang 3 Dun dan Parlimen Hulu Terengganu itu sendiri.
Kepada YB Dato' Harun Laksanakan lah Amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Selamat Berjuang.

Aha, Profesional Pun Tidak Profesional Juga?

Zaman anak-anak dulu, bila terjumpa sesuatu semasa bermain kami akan berkata ‘cup’. Sesiapa yang berkata ‘cup’ paling awal barangan itu menjadi miliknya.

Begitu juga bila letih dikejar dalam permainan acilut, kami akan berkata ‘cup’ untuk membolehkan duduk dan berehat sekejap sementara menunggu kita dihidupkan oleh kawan-kawan yang tidak ‘cup’.

Sama juga halnya bila kita tersilap melakukan sesuatu dalam permainan seperti tersilap meneka orang yang bersembunyi ketika main-main sembunyi-sembunyi. Kesilapan itu ditebus dengan perkataan ‘cup’.

Itu permainan zaman anak-anak.

Dalam persidangan DUN atau parlimen, ungkapan ‘dengan izin’ sering kedengaran apabila kita ingin mengungkapkan sesuatu ungkapan yang bukan dalam bahasa Melayu. Sama ada speaker izin atau tidak ungkapan ‘dengan izin’ itu dikira izin.

Satu lagi ungkapan popular ialah ‘tarik balik’. Ungkapan ini disebut dalam kes-kes unparliamentary. ‘Tarik balik’ kalau tidak diungkap boleh mendedahkan pengucapnya untuk dipersalahkan.

Media melaporkan, pembawa usul supaya SIS diharamkan akan 'cup' dan 'tarik balik' usul itu. Usul ini diterima tanpa bahas.

Pas Shah Alam yang diketuai seorang profesional dilaporkan akan menarik balik ungkapan ‘mengharamkan’ dan digantikan dengan ‘berbincang’ dalam usul yang diluluskan muktamar mengenai SIS. Baca sini.

Alasannya, usul itu dihantar secara tergesa-gesa dan bukan versi terakhir. Usul itu belum sempat dipinda dan dibincangkan di peringkat kawasan kerana mesyuarat agung tahunan kawasan itu diadakan dua hari sahaja sebelum tarikh tutup.

Soalan popularnya ialah, mengapa perlu tarik balik? Kenapa sekarang perlu ditarik balik? Adakah ditarik balik kerana desakan pihak-pihak tertentu? Ditarik balik kerana kepentingan siapa? Kalau tidak ditarik balik, Pas akan ditimpa bencana besar? Kalau ya, apa bencana itu?

Saya menjangkakan kawasan Pas yang diketuai profesional tentu semuanya diurus secara profesional. Profesional mengikut kefahaman orang yang tidak profesional ialah teliti, matang, cekap, telus, masak, memuaskan, berjangkauan jauh, berisiko rendah dan apa-apa lagilah.

Namun apabila dimaklumkan Pas kawasan yang berketuakan profesional itu bermesyuarat agung dua hari sahaja sebelum tarikh tutup, usulnya tidak disemak dengan teliti sebelum dihantar, dihantar tanpa diperhalusi, itu terkeluar daripada kriteria pengurusan profesional.

Muktamar Pas berlangsung selama tiga hari. Walau pun mungkin helaian usul diserahkan kepada perwakilan pada hari usul bakal dibahaskan, mengapa usul itu tidak dipinda pada hari itu? Mengapa sekarang? Adakah tiada seorang pun perwakilan dari kawasan pimpinan profesional itu mampu menghidu asap yang bakal terbit daripada usul itu?

Mengapa boleh jadi begitu? Sedangkan kawasan yang diuruskan oleh bukan profesional tidak berlaku begitu pun.

Saya fikir usul itu tidak perlu ditarik balik atas apa keadaan pun. Sama ada usul itu diterima untuk ditarik balik atau tidak oleh Pas pusat, ia tidak perlu ditarik balik.

Habis apa yang perlu profesional yang mengetuai Shah Alam itu buat?

Ya, berhadapan dengan SIS secara profesional. Bukankah ketua Pas Shah Alam itu profesional? Anjurkan dialog, kemukakan hujah mengapa usul itu dikemukakan, tampilkan dalil daripada seerah bahawa SIS perlu berubah dan usul yang dibawa kawasan itu adalah benar.

Tampilkan bukti bahawa tindakan yang paling benar ialah SIS diharamkan kalau SIS masih bersuara dan berpendirian seperti pendiriannya sebelum ini. Itu baru dikira profesional.

Kalau ditarik balik, bayangkan persepsi orang-orang yang bukan profesional terhadap profesional.

Saya ulangi, tak perlu tarik balik. Berhadapanlah dengan SIS secara profesional.

Kecuali, kalau profesional menganggap menarik balik usul adalah profesional, maka silalah teruskan.

Tapi hati kecil saya akan berdetak, “Rupa-rupanya profesional pun tidak profesional juga. Profesional pun sudah pandai ‘cup’?”

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin pada 16:01:00

Dato' Mustaffa Ali SU Agong PAS

Dato' Mustaffa Ali, Pesuruhajaya PAS Terengganu telah dilantik sebagai SU agong PAS yang baru bagi menggantikan Dato' Kamaruddin Jaafar yang menjadi SU Agong PAS selama 2 penggal.
Perlantik tersebut telah disahkan didalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat yang pertama selepas selesai muktamar ke-55 di Shah Alam Minggu lalu.

Sementara jawatan Bendahari dikekalkan kepada YB Dr. Mohd Hatta Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai.

Jawatan Ketua Penerangan yang sebelum ini disandang oleh YB Hj. Mahfuz Omar telah diganti oleh Ustaz Haji Idris bin Ahmad.Hj Mahfuz melepaskan jawatan tersebut setelah memenangi jawatan naib Presiden PAS dalam muktamar ke 55 .

Difahamkan juga Dato' Haji Mustaffa Ali tidak akan dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu, ini bermakna Terengganu akan mendapat pesuruhjaya baru selepas ini.Selain itu Jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS pusat telah diamanhkan kepada Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Cepa.

Kepimpinan DAP perlu beri penjelasan isu ADUN salah laku

NIBONG TEBAL: Ketua bahagian DAP Nibong Tebal Teh Hock hari ini membidas pucuk pimpinan parti itu di Pulau Pinang yang didakwanya gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan salah laku terhadap seorang wakil rakyatnya.

Beliau mendakwa kepimpinan DAP terus membisu dan berdiam diri walaupun perbuatan wakil rakyat dari kawasan Seberang Perai Selatan itu telah dimaklumkan kepada mereka lebih dua bulan lalu.

Katanya, aduan berhubung salah laku itu, yang didakwanya berkaitan dengan peruntukan wakil rakyat, bukan sahaja dimaklumkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, malahan kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow.

"Saya kecewa kerana tiada tindakan atau sebarang jawapan yang diberi berhubung aduan berkenaan dan tindakan itu adalah tidak betul. Kerajaan negeri mahu melaksanakan pentadbiran yang telus, cekap dan berakauntabiliti (CAT) dan kita tidak boleh biarkan orang sendiri buat perkara yang tidak betul," katanya pada sidang akhbar di bangunan Persatuan Hokkien, Nibong Tebal, di sini.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada seorang anggota jawatankuasa sebuah persatuan amal berkaitan dengan permohonan mendapatkan peruntukan sebanyak RM2,000 daripada wakil rakyat itu untuk membeli seunit televisyen, pemain DVD dan instrumen untuk aktiviti persatuan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, nilai televisyen dan pemain DVD yang dibekalkan oleh wakil rakyat itu hanya sekitar RM450 tetapi tuntutan yang dikemukakan wakil rakyat itu kepada Jabatan Pembangunan di Pejabat Daerah SPS genap RM2,000.

Selepas menerima aduan itu, perkara berkenaan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dan beliau serta pengadu telah disoal siasat oleh pegawai suruhanjaya itu pada 15 April lalu.

Teh berkata, pada 17 April beliau menemani pegawai SPRM Ke Jabatan Pembangunan untuk mendapatkan dokumen tuntutan peruntukan yang dibuat wakil rakyat itu dan pegawai berkenaan telah mengambil gambar barang bukti serta menyoal siasat beberapa saksi di premis persatuan itu.

"Bulan lepas, saya tanya perkembangan perkara itu kepada SPRM dan saya dimaklumkan bahawa perkara ini masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, setelah beberapa kali bertanya kepada pucuk pimpinan parti, beliau mendakwa diminta supaya tidak campur tangan dalam hal ini kerana ADUN itu adalah dari parti yang sama dan tidak mahu pilihan raya kecil berlaku lagi di negeri ini. Beliau berkata, tindakannya mendedahkan perkara ini kepada media bukan bermotifkan politik atau hendak memalukan parti dan kerajaan negeri tetapi mahu mereka membetulkan keadaan kerana bertanggungjawab kepada rakyat.

"Saya orang yang ikut buku. Kalau Barisan Nasional (BN) tidak betul kita akan tegur dan kalau parti sendiri tidak betulpun kita kena tegur juga," kata bekas tentera itu.

Katanya, beliau bersedia menerima hukuman daripada parti atau tindakan undang-undang berhubung pendedahan ini kerana sebagai rakyat bertanggungjawab, setiap sen wang rakyat harus dibelanjakan dengan cara yang betul.

Teh berkata, jika tiada jawapan daripada kerajaan negeri dan parti sehingga 15 Jun ini, beliau akan membuat aduan berhubung beberapa lagi dakwaan salah laku ADUN terbabit di ibu pejbat SPRM di Putrajaya dan membawa perkara itu kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim ketika dihubungi Bernama enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta mendapatkan pengesahan daripada pengadu sendiri manakala Chow juga tidak dapat dihubungi kerana sedang menghadiri mesyuarat exco di Komtar.

Sementara itu, wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi menafikan dakwaan Teh itu dan menjelaskan urusan tender barangan yang dipohon oleh persatuan itu dibuat oleh Pejabat Daerah dan tiada kaitan dengannya.

"Saya serahkan permohonan mereka kepada pejabat daerah dan selepas itu, tidak tahu menahu lagi mengenai perkara itu kerana tendernya diuruskan pegawai pejabat berkenaan," katanya.

Katanya, beliau telah memberi keterangan kepada SPRM di Butterworth dua atau tiga minggu lalu dan gembira siasatan itu dilakukan kerana jika tidak orang akan percaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Katanya, beliau akan melihat cerita yang keluar di akhbar mengenai perkara itu esok dan menentukan bentuk tindakan selanjutnya selepas itu.

"Hujah-hujah dia (Teh) tidak berasas. Kalau betul saya buat salah, SPRM tidak akan lepaskan saya,"katanya. BERNAMA

Jun 9, 2009

Kerajaan Perpaduan - Pandangan Dato' Tuan Ibrahim

Ulasan ini difahamkan di buat oleh oleh Dato' Tuan

Sebaik sahaja memenangi Naib Presiden PAS dalam

Muktamar ke55.

Jun 6, 2009

Beginilah keputusanya

JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2009 – 2011

Presiden
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasharuddin Mat Isa 480
Dato’ Husam Musa 281
Tuan Haji Mohamad Sabu 261

Naib Presiden
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 871
Haji Salahuddin Ayub 824
Dato’ Mahfuz Omar 636
Dato’ Nik Amar Nik Abdullah 330
Dr Mujahid Yusof Rawa 277

AJK PAS Pusat
1- Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin 854
2- Ustaz Idris Ahmad 799
3- Dato’ Kamaruddin Jaaffar 769
4- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak 653
5- Dato’ Hassan Mohd Ali 642
6- Dr Hatta Mohd Ramli 638
7- Ustaz Ghani Samsudin 637
8- Dato’ Abu Bakar Chik 622
9- Saudara Hanipa Maidin 619
10- Dato’ Ir Amirudin Hamzah 606
11- Dr Lo’ lo’ Haji Ghazali 589
12- Ustaz Ghani Abdul Rahman 584
13- Dr Dzulkefly Ahmad 576
14- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 536
15- Ustaz Hashim Jasin 522
16- Saudara Mazlan Aliman 513
17- Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib508
18- Dr Mujahid Yusof Rawa 488

Jun 4, 2009

Tahniah Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Tahniah Kepada Ustazah Nuridah Mohd Salleh kerana telah berjaya mengekalkan Jawatan ketua Muslimat Pas Pusat untuk penggal kedua.
Laksanakan lah amanah ini dengan penuh tanggunjawab untuk mencari redhai Allah.
Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof

Naib Ketua DMPP
Mumtaz Md Nawi

Exco DMPP
1) Wan Ubaidah Omar
2) Dr Halimah Ali
3) Mastura Mohamad
4) Aiman Athirah Al Jundi
5) Dr Najihatul Salihah Ahmad
6) Dr Siti Mariah mahmud
7) Dr Rosni Adam
8) Azizah Khatib Mat
9) Salbiah Abd Wahab
10) Nurul Huda Yusof
11) Wardatul Jannah Sofia
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim

Pas tiada niat Masuk Umno- Ustaz Nasha

Jun 3, 2009

Menjelang Muktamar 55 (5)

Calon calon Jawatan PAS, hindarkan kempen Melampau

Muktamar Pas ke-55 sudah terlalu hampir.
Tumpuan banyak ditujukan kepada pemilihan jawatan timbalan Presiden yang menyaksikan 3 calon menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Parti.
Selain itu jawatan Naib Presiden juga menampilkan 5 calon juga menawarkan perkhidmatan kepada jamaah ini.

Jawatan ketua Dewan Muslaimat juga seperti tradisinya setiap penggal ada perlawanan dan setiap penggal itu juga ada perubahan dan pertukaran saf kepimpinan.

Kepada semua calon, ingatlah akan tradisi pemiliahan Pas.Kebanyakan calon-calon yang bertanding ini adalah bergiat aktiv semasa di kolej dan universiti, ingatlah semasa itu bagaimana kita menghadiri muktamar pemilihan, kita benci kepada kempen yang melampau, kita kutuk umno yang menggunakan surat-surat layang dalam kempen mereka.Masa sudah berlalu, suasana sudah berubah, kini kempen sudah beralih kaedah tiada lagi surat layang, tiada lagi bisik-bisik, tiada lagi sok sek sok sek.Kini sms, kini laman blog, kini menggunakan bilik-bilik berhawa dingin.

Sebagai calon kepada kepimpinan sebuah gerakan islam hindarkan, jauh kan lah dari berkempen yang melampau :

1. Hindarkan dari mengumpul perwakilan menjamua mereka, lalu memburuk-burukan calon lawan.
2. Hindarkan menggunakan media arus perdana[ yang sah milik musuh] untuk menonjolkan diri dan memburukan calon lain.
3. Jauh sama sekali menggunakan mana-mana blogger yang tidak diketahui hujung pangkal penglibatan dalam Jamaah.
4. Jauhkan juga menggunakan nama Pimpinan tertinggi samada Mursyidul Am atau Presiden.
5. Haramkan lah menggunakan wang untuk menarik perwakilan memilih kita.
7.Jauhkan sekali-kali bangga diri , angkuh, ego.
8.Hindarkan sama sekali memburukkan calon-calon lain yang bertanding.

Bukan kah kita adalah Jamaah islam, ada akhlaknya, ada saksiyahnya, ada uslubnya, ada panduanya , ada kaedah dan adat-adat dalam Jamaah.

-Selamat Bermuktamar-
Berhati-hati dijalan Raya.

Jun 2, 2009

Runtuhan Stadium vs runtuhan Masjid Bujal.

26 Mei 2005, rakyat seluruh dunia meratapi diatas runtuhan Masjid Desa Makmur, Bujal,Kemaman.
Sebuah masjid yang dibina atas tapak tanah masjid, menggunakan wang hasil derma rakyat telah diranapkan oleh tangan-tangan jahat krakusan Umno/Barisan Nasional Terengganu yang dipimpin oleh Idris bin Jusoh.

Dengan menggunakan segala bentuk jentera/mesin milik kerajaan bagi memuaskan nafsu Umno/BN supaya Masjid tersebut diranapkan.

Robohnya Masjid Bujal kerana nafsu ganas Umno/BN


Roboh Stadium Tengku Mizan juga kerana ganas dan buasnya nafsu UBN

Kini selepas empat tahun keganasan, kezaliman, kerakusan dan nafsu jahat terhadap rumah Allah itu, sekali lagi rakyat dunia melihat satu bagunan yang berdiri megah, tersergam indah, menjadi kemegahan, segala impian menjadi realiti,kita tak cakap kita buat, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat.Sebuah Stadium yang tercanggih dan terbaik di Asia Tenggara, satu-satunya stadium di Asia yang bumbung tidak menggunkan tiang tunduk menyembah bumi.Tidak dengan jentolak, malah tukul dan pahat yang kecil juga tidak digunakan.Kuasa Allah boleh melakukan segala-galanya.

Terfikirkah Idris Jusoh. Ahmad Said, Rosol Wahid, Khazan c Mat termasuk Omar Mat bahawa Allah maha berkuasa.

Sebuah Masjid yang menggunakan simen dan kayu diderma oleh rakyat dirobohkan dengan Jentolak Kerajaan, sedangkan sebuah bangunan di begitu kukuh dan gagah yang menjadi kebangaan, roboh menyembah bumi tanpa apa-apa tindakan dan usaha tangan manusia.Kalau Umno/BN nak tahu itulah kekuasaan Allah.Kekuasaan dan ilmu Allah itu jauh mengatasi kebijaksaan manusia, walau mereka ini mempunyai Ph.D dalam bidang pembinaan sekalipun.
-Fikir-fikir dan renung-renunglah...

Maklumat Pembinaan Komplek sukan Terengganu-Stadium Gong Badak

Terengganu Sports Complex

PROJECT DATA
Project Name
Terengganu Sports Complex

Location
Kuala Terengganu,
Terengganu state, Malaysia

Status
Under Construction

Expected Completion
Main stadium: September 2007;
indoor stadium: January 2008

Site Area
74 hectares
Gross Floor Area

Main stadium: 100,000 m²;
Indoor Stadium: 3,119 m²

Building Height
Main stadium: 67 m (east stand), 36.3 m (west stand);
Indoor stadium: 42 m

Storeys
Main stadium: 9 (east stand);
Indoor stadium: 4-4.5

Seating Capacity
Main stadium: 60,000;
Indoor stadium: 5,000

Client/Owner
Terengganu State Government
Architecture Firm
Senibahri Arkitek
Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah
Project Architect
Badrul Hisham
Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV; Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd
Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division); Indoor stadium: Samudra Consult
Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd
Images/Photos
Senibahri Arkitek

Update 2- Gambar keruntuhan Stadium gong Badak

Menghadiri majlis perkahwinan anak Pak su di Teluk Ketapang, memberi satu kenangan bermakna hari ini.














































Update ! Gambar Stadium Gong Badak Runtuh














































Stadium Sultan Mizan Runtuh.


Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.










Sebelum ini stadium tersebut sudah dikenalpasti mengalami keretakan sebaik sahaja siap pembinaanya dan digunakan untuk SUKMA 2008.



Keruntuhan dikatakan mula dikesan sejak jam 7.30 pagi tadi.

PERSANDINGAN MENURUT ISLAM

1. Definisi Persandingan
Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan
Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah
Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama:
Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu. Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit:

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik–bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee hip, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera:
Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam:
Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):
Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran:
Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra’: 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian:
Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:
Ini adalah sunah Rasul yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

7.1.Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat

7.2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam. halal wal haram fil islam
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar’ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu’asirat dan Halal Wal Haram fil Islam.Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam "

Jun 1, 2009

DUN Terengganu bubar sebelum ogos?

Kemelut BN Terengganu memang jelas belum selesai, pertemuan semua 23 Ahli DUN Umno Terengganu serta 8 orang ketua Bahagian dengan ketua perhubungan yang baru Hisham, sememangnya belum dapat mengungkai kekusutan tersebut.

Sepertimana yang ditulis dalam posting sebelum ini, bagi puak Mat Said penyelesaian kekalutan ini ialah dengan puak 18 ini memberi sokongan kepada Ahmad Said dan sebaliknya bagi geng 18 pula penyelesaian yang diminta ialah dengan mengugurkan Mat Said dari kerusi MB Terengganu.

Walaupun selepas pertemuan dengan Ketua Perhungan Hisham nampak sedikit tenang, namun hakikat nya " Dalam tenangku gelisah"serang menyerang terus terusan berlaku. Cuma ianya serang menyerang antara dua puak ini tidak didedahkan kepada media arus perdana atas arahan orang-orang atasan.

Seawal krisis ini tercetus, Ahmad Said dengan lantang menegaskan atau lebih tepat sekali mengugut bahawa beliau akan membubarkan Dun Terengganu sekiranya ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.Kini perkhabaran tentang usul undi tidak percaya terus dihangatkan semula oleh Geng 18, selepas pertemuan dengan Hisham belum nampak ada tanda-tanda untuk memecat Ahmad Said. 31 mei semalam adalah tarikh yang dikatakan Ahmad Said akan dilucutkan jawatan MB.Geng 18 menanti dengan penuh semangat dan penuh debaran.Mengikut sumber media internet, seoramg wakil rakyat Geng 18 memberi tarikh tersebut dan sekiranya tindakan memecat Ahmad Said tidak berlaku, satu tindakan akan diambil untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita geng 18 tersebut.

Ahmad Said sendiri dilihat semakin terpencil, sekiranya benar 18 dari 23 Adun Umno telah menolak beliau bermakna cuma ada 3 orang sahaja lagi termasuk Ahmad yang masih menyokongnya.Ini juga menunjukkan 8 dari 10 exco juga telah menolak Ahmad.Ahmad semakin terhakis, orang kuat beliau seperti Zuber Embong, Tengku Putera, Roslan Awang Chik, Rosli Mat Hasan serta Rahman Bakar dilihat tidak mampu lagi memberi kekuatan kepada beliau.

Kalau lah Ahmad Said seorang yang tegas, [ selalunya beliau terkenal dengan sifat keras Keng dan tidak mudah tunduk kepada orang menentang beliau] beliau mesti membuktikan bahawa tidak bercakap kosong, sebelum sidang Dun Terengganu pada ogos 2009 ini, Dun Terengganu mestilah dibubar.Perancangan serta kesepakatn sedang diatur oleh Geng 18 untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.Kecuali Ahmad masih yakin dengan "Politik Kambing" iaitu dimana beliau mengharapkan agar kesemua 8 Adun PAS tidak akan menyokong usul tersebut.Andainya "politik Kambing" tersebut boleh dimanafaatkan dalam usul tersebut, Ahmad perlu sedar bahawa beliau belum selamat.Ini kerana hanya 3 umno bersama beliau kalau di campur dengan 8 baru berjumlah 11 dan jauh lagi untuk mengatasi Geng 18 yang dilihat semakin teguh.

Ahmad mesti mengambil langkah selamat, pembubaran Dun Terengganu dilihat langkah terbaik yang mesti diambil.

Ahmad perlu memastikan cakap-cakap dan pandangan beliau selaku timbalan ketua perhubungan diterima oleh Hisham selaku Ketua Perhubungan. Ahmad mesti merancang dari sekarang untuk memastikan beliau dapat mengadap Istana untuk mendapat perkenan pembubaran Dun.Ahmad mesti memastikan dalam pilihanraya Dun Terengganu nanti hanya orang-orang beliau yang dicalonkan, Ahmad kena kenalpasti sekarang, barulah selepas itu beliau akan dapat mengangkat sumpah dan seterusnya menjadi MB dengan selamat.

Bersedialah wahai pengundi Terengganu untuk berhadapan dengan Pilihanraya umum Negeri.

Pendokong PAS mesti bersiapsiaga untuk menghadapi kemungkinan ini.

Ayuh.....