Sep 30, 2009

Cerita Panas Dari Kemaman

Ini cerita panas dari Kemaman. Kalau dulu Adun Kemasik yang ditahan, kini berlaku pula dalam kawasan MB Mat Said, Berita ini tidak pula menyatakan bahawa pemuda parti mana.

Ramai tertanya-tanya ahli politik dari parti mana? Biasanya kalau dari pembangkang semestinya akhbar ini akan tulis besar-besar. Harap-harap bukan dari PAS atau PKR, DAP tak ada cawangan di Kemaman.Entahlah kut-kut MIC atau MCA.
Biarpun dari parti mana sekalipun kalau bersalah harap mendapat hukuman yang sewajrnya.

Baru terima sms : Mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Japilus Ismail.

Sep 20, 2009

Salam Idul Fitri - Dari ct dan Kelurga

Kullu'aam wa antum bi khir, minal'aeidin wal Fa-iziin, Taqabbalallalu minna wa minkum.

Selamat Hari Raya Idul Fitri , maaf zahir dan batin. Teruskan Perjuangan ini.

Bersama menuju ke Bagan Pinang selepas hari Raya ini.

Sep 17, 2009

Raya zaman dulu dulu

Tupat Dakap ( Ketupat Dakap)





Dibuat dari Pulut di bungkusdengan daun pisang secara berkembar. Dicicah dengan Manisan Tebu



Kueh Bunga Durain

Kuih ni mak yang buat dengan tepung pulut. Pulut di rendam dan dikisar. Acuan nya dibuat dari tembaga.

Sayangnya acuan tu dah tak diguna untuk buat kuih bunga durian tapi dibuat hiasan di simpan dalam almari atau Gobox.


Meriam Buluh



Abang saya selalu main meriam ni, dia guna minyak tanah, tak bahaya pun sebab hanya minyak tanah, letupan pun tak kuat dia guna buluh duri yang tebal orang kampung saya panggil bedil minayk.



Manisan Tebu


Manisan tebu ni zaman arwah Nenek masih ada dia selalu buat dari hasil tebu yang ditanam sendiri.Manisan Tebu atau Nisang tebu ni selalunya dibuat cicah lemang atau ketupat pulut, Kalau tak ada manisan tebu, selalunya nenek gunakan air sirap daun pandam yang juga dibuat sendiri.

Lemang


Nek selalu buat lemang setiap kali raya. Biasanya dibuat pada hari melihat anak bulan. Buluk ditebang oleh tok ki di tepi sungai dan direndam dalam sungai untuk beberapa hari. Antaranya direndam adalah untuk hilangkan miang buluh tersebut. Selalunya daun yang digunakan untuk memasak lemang adalah daun lerek, sesetengah pula guna daun tebu ( best wangi habis).
Biasanya kalau nek buat lemang, dekat nak buka puasa baru siap.


..........Bersambung













Sep 15, 2009

Tahniah buat Kak Norlaila Othman




Tahniah dan Syabas buat Kak Norlaila seorang aktivis Gerakan Mansuhkan ISA kerana pada hari ini suami beliau Mat Shah telah dibebaskan dari cengkaman kezaliman ISA.

Semoga idul fitri yang bakal menjelma nanti amat bermakna buat Kak Norlaila dan kelurga selepas 7 tahun 3 bulan Mat Sah Mohd Satray ditahan tanpa bicara.

Berbanyaklah bersyukur kepada Allah. Gerakan Masuhkan ISA mesti diteruskan kerna nun disana masih ramai yang cengkam oleh akta yang zalim itu.

Selain dari Mat Sah empat yang lain turut dibebaskan ialah Abdullah Daud, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah

JKKK kena taubat......

Ya, jkkk Terengganu yang terlibat dengan penyelewengan pembahgian kurma dan air zam-zam baru-baru ini.

Kenapa tidak? sebab kurma dan air zam-zam itu hak orang lain lalu tidak disampiakan kepada haknya.

Kalau tak percaya, boleh check dan siasat semua kampung di Hulu Terengganu ini. Soalanya bukan pelahat dengan dengan beberapa biji kurma dan sebotol kecil air zam zam tersebut, hakikatnya itu hak orang lain.

2 jenis barng itu benda berkat, makanan dan minuman sunnah. Kalau dah benda berkat tersebut juga ada penyelewengan sudah tentulah keberkatannya telah hilang angkara khianat dan tidak amanahnya jkkk.

Benda itu sepatutnya setiap rumahdi Terengganu sepatutnya dapat seperti janji MB Terengganu Ahmad Said.Bila tidak diagih kepada yang hak dan di beri kepada keluarga Jkkk sehingga 3-4 bungkus, itu dah sah kalau makan dah jadi makan benda haram sebab dah makan hak orang lain. Tanyalah tok alim mana sekali pun, kalau itu yang berlaku maka sah itu sudah jadi benda haram.

Tidak boleh tidak, Jkkk yang buat kerja maksiat tersebut kena taubat.Hari baik, bulan baik benda berkat dibuat macam itu, mudah sahaja kan untuk fikir, itulah sebab nya dinyatakan sebelum ini JKKK kena taubat. Kalau benda mudah macam ini pun susah nak faham dan tak terasa akan kemaksiatanya semetelah lagi lah perkara dan bab bab yang lebih besar.

Salam Ramadhan, salam mencari laitul kadar.

Sep 13, 2009

Umno terus menerus tak Reti baserrr


Umno sebuah parti yang terus menerus bodoh dan tak reti baser.Apa tidaknya, ruang iklan yang disediakan oleh UPEN [ Unit Perancang Ekonomi Negeri] dibedal oleh umno Marang yang ketua barunya memang jenis Samseng.

Ini sudah kes salahguna harta kerajaan. Umno kena faham, umno kena didik, umno kena tahu, harta kerajaan adalah bukan harta umno. Harta kerajaan macam kurma tu bukan harta JKKK, dok makan keluarga sendiri hak orang lain tak bagi. Kalau hak orang lain kita tak bagi dengan dengan sempurna dan diberi makan anak bini, sah makanan yang dimakan oleh anak bini JKKK itu adalah makanan haram.

Berbalik kepada banner yang diletak pada ruang iklan UPEN, sepatutnya Umno Marang kena bayar sewa tu kepada UPEN dan Majlis daerah Marang. Bukan tak siasat tapi maklumat dan gambar ini dikirim oleh kakitangan UPEN yang emailnya xxxxxxxx@terengganu.gov.my , itulah umno bodoh yang tak habis-habis. Maaf agak kasar sebab main lembut-lembut pun umno tetap tak reti baser.

Orang Marang kena buat lapuran kepada SPRM Terengganu. Dok Leh lok doh..........Hancur Negeri

Sep 12, 2009

Politik Terengganu, MB, Bekas MB dan akar-umbi...

KERUH alir politik Terengganu kembali membadai dan berombak kencang kebelakangan ini. Masalahnya hanya boleh diselesaikan oleh dua orang manusia iaitu, Idris Jusoh dan Ahmad Said sahaja. Bukan Perdana Menteri, bukan Timbalan Perdana Menteri dan bukan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kemelut berlaku di Terengganu kerana Idris Jusoh, sepanjang menjadi Menteri Besar Terengganu dan hanya “tersingkir” sebaik sahaja selesai Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, telah berjaya menanam pengaruh yang kuat di kalangan akar-umbi Umno di negeri tersebut.

Idris Jusoh dikatakan pemimpin yang bagus dalam perancangan, berfikiran maju dan dengan kata lain, seorang yang kepala otaknya boleh dipakai, sekurang-kurangnya itulah pandangan ayah saya, seorang aktivis Umno tegar di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, Terengganu.

Menariknya, dalam Umno diikat kuat dengan struktur budaya kepimpinan feudal, raja – pemimpin – rakyat, akar-umbi Umno seperti ayah saya ini, dek kerana kekaguman tinggi mereka terhadap kepimpinan Idris Jusoh, sanggup mengabaikan apa sahaja cakap-cakap atau bisik-bisik tentang masalah yang dihadapi Idris dengan raja dan istana.

Inilah yang sebenarnya memberi masalah kepada Ahmad Said selepas dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

Idris Jusoh sendiri, atau lain-lain pemimpin Umno negeri yang menyokongnya, sudah tentu akan mengalah kepada Ahmad Said jika mereka tidak mempunyai sokongan.

Nyatanya sokongan akar-umbi Umno terhadap Idris Jusoh memang kuat, apalagi Idrislah yang dikenang akar-umbi Umno sebagai pengemudi barisan hadapan Umno dan BN negeri memperoleh kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Ke-12, pada ketika negara dilanda tsunami politik yang tidak terjangka.

Ahmad Said, bagi kalangan akar-umbi Umno Terengganu, dilihat tidak lebih sekadar seorang wakil rakyat yang bekeng dan kelolor. Untuk berada di kerusi nombor satu negeri, orang seperti ayah saya akan cakap, “air kaki pun takdok,” maksudnya tidak ada bakat langsung untuk bergelar Menteri Besar.

Jauh bezanya dengan Idris Jusoh yang segak, karismatik dan pandai bercakap.

Masalah ini tidak akan selesai, tidak akan dapat diselesaikan selagi mana nama Idris Jusoh tetap terus mekar di bibir-bibir akar-umbi Umno Terengganu.

Selagi pengaruh Idris Jusoh tidak mampu dipadamkan, selagi itulah Ahmad Said akan terus dirundung kemelut.

Hantarlah siapa sahaja untuk melaksanakan operasi menyelamat, tetapi selagi kedua-dua tokoh ini tidak berjaya ditundukkan, sebesar manapun operasi itu, ia akan hanya menjadi sia-sia.

Awalnya, bagi mewujudkan suara tengah di antara dua pihak yang bertelagah ini, maka Hishammuddin dihantar ke Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri.

Para pembaca sendiri dapat melihat kesudahannya sekarang, khabar angin yang sekumpulan Adun Umno mahu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri malah kononnya mereka akan menyertai pembangkang selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim menandakan krisis Umno Terengganu masih membara seperti api di dalam sekam - di luarnya tak nampak tetapi di dalamnya membara.

Saya faham yang Hishammuddin dihantar ke Terengganu untuk menjadi orang tengah, tetapi dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri, Hishammuddin terpaksa berhadapan dengan kedua-dua kumpulan ini.

Risiko yang lebih besar, yang berada di hadapan Hishammuddin ialah mungkin dari masalah yang hanya bersifat negeri akan terheret menjadi masalah Umno di peringkat nasional, bila pemimpin Umno pusat seperti Hishammuddin dilibatkan.

Ketidakupayaan sesiapa pun menyelesaikan krisis Umno Terengganu membawa kepada tawaran Timbalan Presiden Umno sendiri, Muhyiddin Yassin untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan apa sahaja masalah yang ada, ketika satu pertemuan dengan pemimpin Umno Terengganu di Hulu Terengganu diadakan baru-baru ini.

Malangnya pertemuan itu sendiri tidak menampakkan sebarang petanda positif memandangkan dua orang kuat kumpulan yang menentang Ahmad Said, iaitu Idris Jusoh sendiri dan Rosol Wahid tidak hadir.

Seperti yang saya katakan, sedikit kecenderungan bakal membuatkan keadaan bertambah rumit. Muhyiddin sudah tentu tidak mahu dilihat gagal dalam menyelesaikan masalah di Terengganu selepas beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Dalam keadaan yang dianggap sesetengah orang sebagai cemas ini, Muhyiddin sebenarnya masih ada pilihan. Saya telah mengatakan yang Idris Jusoh sendiri, atau pemimpin-pemimpin Umno Terengganu yang menyokongnya sudah tentu akan mengaku kalah jika mereka tiada sokongan, tetapi sebaliknya mereka mendapati sokongan akar-umbi Umno terhadap Idris Jusoh masih kuat.

Lalu, jika Muhyiddin hingga akhirnya gagal untuk menundukkan sama ada pihak Idris Jusoh atau Ahmad Said, ruang ketiga yang beliau boleh masuk adalah akar-umbi Umno Negeri Terengganu itu sendiri. Yang paling penting beliau mesti dilihat sebagai betul-betul orang tengah oleh golongan akar-umbi ini, tidak dilihat berpihak, apatah lagi untuk benar-benar memihak.

Cara yang ada ialah, tanpa melalui mana-mana salah satu pihak yang bertelagah ini, Muhyiddin melalui Sekretariat Khas Timbalan Presiden mungkin boleh mengelolakan secara terus sebuah konvensyen khas Umno Negeri Terengganu, sebuah konvensyen akar-umbi yang wajib dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa bahagian.

Umno Terengganu tidak perlu merasa malu yang orang sedang mengetahui mereka dilanda masalah. Yang patut dibanggakan ialah Umno Terengganu sedang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Konvensyen ini harus menjadi medan bina diri bagi membentuk kembali kesetiaan akar-umbi, terutama akar-umbi Umno Terengganu ini supaya dihalakan terus kepada kepimpinan tertinggi Umno.

Ajarlah akar-umbi Umno ini bahawa dalam Umno, hanya ada sebuah Majlis Tertinggi, hanya ada seorang Presiden, hanya ada seorang Timbalan Presiden.

Tidak gunalah mereka menyakitkan kepala tempohari untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden jika suara kedua-dua pemimpin ini tidak didengari. Tidak gunalah mereka bertungkus-lumus mengatur pilihan ahli Majlis Tertinggi jika keputusan Majlis Tertinggi tidak diikuti.

Najib hanya mampu beri RM500 sahaja.

Tahniah kepada kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan dari gred 1- gred 17 kerana PM Najib telah terbuka hati untuk memberi bonus tahun ini sebanyak RM500.00 sahaja.

Ini bermakna kalau Ct juga masih kakitangan perkhidmatan Awam, nescaya ct pun tak berbau dengan bonus tersebut.

Zaman Mahathir dan Abdullah Badawi, paling komang pun bonus yang luluskan untuk kakitangan sektor awam ialah sebulan gaji dan RM1000.00 bagi mereka yang gajinya tak sampai RM1000.00.

Ketika ekonomi Malaysia agak merudum beberapa tahun yang lalu, Abdullah Badawi tetap meluluskan bonus sebulan gaji.

Tidak pasti pula samada dengan hanya memberi bonus RM500.00 untuk kumpulan sokongan termasuk dalam slogan Rakyat didahulukan.

Ini bermana kalau dilihat kepada bonus tahunan kakitangan awam, Najib mengundur jauh kebelakang dari Pak Lah.Najib mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah selepas paksaan demi desakan di ajukan kepada Pak lah supaya menyerahkan kuasa kepada Najib.

Najib kini mungkin boleh berfikir yang mengetuai kerajaan ini tidaklah semudah yang beliau janjikan ketika menggerakan "bala tenteranya" untuk mendesak Pak Lah melepaskan jawatan.

Sementara Pak Lah juga boleh menempelak Najib, bahawa memerintah malaysia tidak semudah yang Najib fikirkan sebelum ini.

Ini juga dapat dilihat bahawa kegagalan najib selaku menteri kewangan untuk mempertingkatkan ekonomi negara kerana beliau tidak mampu menambah kewangan negara.
Dari sebulan gaji bertukar menjadi RM500.

Sah! Najib gagal mendahulukan rakyat melalui 1 Malaysia.

Sep 10, 2009

Daftar Pemilih Bagan Pinang 2009 - Update

Negeri:05 - NEGERI SEMBILAN
Parlimen:132 - TELOK KEMANG
DUN:31 - BAGAN PINANG

Status Pemilih

BIASA 9,019 - 63.55%
POS 5,173 - 36.45%
JUMLAH 14,192

Keturunan

MELAYU 9,315 - 65.64%
CINA 2,082 - 14.67%
INDIA 2,792 - 19.67%
LAIN-LAIN 3 - 0.02%

JUMLAH 14,192


Jantina
LELAKI 8,235 - 58.03%
PEREMPUAN 5,957 - 41.97%
JUMLAH 14,192

Sumber : Data terkini SPR

Sep 9, 2009

Berpuasa tetapi terusan melakukan maksiat.

Puasa itu rukun Islam ketiga. Sementara menutup Aurat pula adalah suatu yang wajib disisi ugama.

Dalam tulisan sependek ini saya tidak bercadang untuk menulis panjang-panjang, macamana dengan mereka yang berpuasa dan dalam masa yang sama terus membuat maksiat dengan tidak menutup aurat.

Kita tidak mahu menunjukkan contoh sianu atau sianu, kita boleh lihat hari-hari didada akhabar mereka yang menghadiri majlis berbuka puasa sedangkan dalam masa yang sama masih melakukan maksiat. Ye tidak menutup aurat itu adalah maksiat dan sangat hina.

Bagaimana pula yang berkejar-kejar untuk melaksanakan solat sunat terawaih dan selepas itu keluar dengan membuat maksiat tidak menutup aurat. Dengan kata mudah mereka terkejar-kejar yang sunat, nung dalam masa yang sama mereka meninggalkan kewajipan menutup aurat.

Bukanlah tujuan untuk mencari silap sesiapa, namun hanyalah sekadar peringatan sempena bulan mulia ini.

Sep 5, 2009

Waspada dengan BN dalam PRK Bagan Pinang.

Nampaknya UBN akan bekerja untuk mempertahankan kemenangan mereka di DUN Bagan Pinang dan PR pula sudah pasti akan bermati-matian bergerak untuk merampas kerusi tersebut bagi mengesahkan lagi bahawa rata-rata rakyat sememangnya menolak UBN.

Dalam keghairahan tersebut nanti, pertugas PR mesti berwaspada dengan kenyataan Najib Razak hari ini apabila beliau mengulas tindakan yang akan dilakukan oleh UBN untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Kita dah ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan.

Anda semua boleh faham bukan dengan apa yang dimaksudkan kita akan buat segala-galanya? bayangkan lah segala-galanya boleh dibuat untuk memastikan kemenangan tersebut.Disini bermakna tidak ada benda yang tidak akan dibuat demi untuk mencapai kemenangan tersebut.

-Waspadalah-

Undi Pos Menangkan BN di Dun Bagan Pinang 2004

Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).



Undi Pos di Dun ini melebihi 5000 undi (betul ke?)
Ini bererti BN menang dengan bantuan undi Pos.

BN hanya dapat tak sampai 1000 undi pengundi biasa.

Bagaimana dengan PRK nanti? SPR kena cari lagi jalan untuk selamat BN setelah 7 usaha sebelum ini menemui kegagalan kecuali dun Kota Seputeh sahaja yang berjaya di selamatkan oleh SPR untuk UBN.

Sep 4, 2009

Idris dan Rosol tidak hadir program Muhyiddin di Kuala Berang

Bekas MB Terengganu yang juga bekas pengerusi perhubungan umno Terengganu Idris Jusoh dan Adun Ajil tidak hadir dalam majlis bersama timbalan presiden umno TS Muhyiddin Yassin petang tadi di Kuala Berang.

Muhyiddin dalam rangka lawatan ke Terengganu, petang ini telah mengesahkan bahawa memang ada krisis dalam umno Terengganu sekaligus menafikan dakwaan pengerusi umno negeri Hishammuddin Hussein sebelum ini yang bertegas tiada krisis dalaman umno negeri ini.

Kehadiran Muhyiddin ke Ke Kuala Berang selain berbuka puasa di Masjid Mahmudiah, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan umno negeri di bangunan Umno Hulu Terengganu..

Sebagai Adun yang terletak didalam Parlimen Hulu Terengganu secara protokolnya Rosol Wahid sepatutnya hadir dalam majlis bersama timbalan Presiden dan Pengerusi Umno Terengganu itu.

Selain daripada Idris dan Rosol, sebahagian besar adun BN (geng 10) juga tidak kelihatan dalam majlis di Kuala Berang itu.

Mungkin melihat kegagalan Hishammuddin yang tidak mampu menyelesaikan kemelut Umno Terengganu yang sudah ditahap kritikal itu, Muhyiddin telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengambilalih peranan mendamaikan peperangan antara kedua belah pihak tersebut.

Sep 3, 2009

Kisah Pimpinan Umno Terengganu tak Puasa

Kisah ini aku petik dari blog penyokong UBN tapi anti Mat Said,


Berada dalam bulan puasa begini, teringat perihal seseorang yang curi-curi tak berpuasa. Bukan budak-budak lagi, tetapi seorang yang berstatus pemimpin tersohor.

Kisah ini berlaku dalam bulan ramadan tahun lalu. Terasa baru sekejap peristiwa itu, tetapi itulah masa dan dunia hari ini. Pejam celik pejam celik, dah berada dalam bulan puasa lagi. Entahlah pemimpin itu, tahun ini masih dengan perangai lamanya lagi atau sebaliknya, wallahuaklam. Harap-harap beliau sudah insaf khususnya apabila beliau terpaksa berhadapan dengan beberapa ujian Tuhan yang telah dilaluinya kebelakangan ini.

Ini bukan nak menyentuh soal peribadi pemimpin itu tetapi dek kerana beliau berstatus sebagai seorang yang wajar memberi teladan yang baik dan wajar pula diteladani, maka sepatutnya beliau menunjukkan fie perangai yang baik dan bersahsiah mulia. Dan kalau ditafsirkan kisah ini sebagai kisah membongkar keburukan peribadi seseorang, maka dalam bulan yang mulia ini saya memohon ampun dan maaf saja. Tetapi sekali lagi suka saya tegaskan, nawaitu saya adalah untuk menjadikan kisah ini sebagai teladan kerana ini adalah kisah benar teladan seorang pemimpin yang tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya berlaku.

Ceritanya begini :

Peristiwa ini berlaku di Station Petronas Batu 5, Dungun (yang berhadapan dengan lampu isyarat ke jalan menghala ke Kampung Balai Besar/Gong Pasir). Satu hari di bulan puasa, seorang rakan saya (rakan pemimpin ini juga – rakan saya ini, sekarang memegang jawatan penting dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun - saya namakannya sebagai A) bersama temannya (saya namakan B) singgah untuk mengisi minyak kereta di station berkenaan, dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur. Waktunya siang hari dalam lingkungan pukul 2.00 petang kurang lebih (waktu setepatnya, saya kurang pasti). Gambar petrol pump petronas hanyalah hiasan.

Sebaik A menghentikan keretanya untuk mengisi minyak pada salah satu pam station berkenaan, B terus keluar dan menuju ke tandas untuk membuang air kecil. Masuk sahaja ke tandas, B segera menghidu bau asap rokok (asap tembakau paip sebenarnya) yang masih semerbak - sudah pasti aroma tembakau paip jauh lebih harum daripada bau bahan buangan yang biasa dihumbangkan ke dalam mangkuk tandas.

Tanpa mempunyai apa-apa muslihat, B membuang air kecil pada ruang sinki berdiri yang disediakan walaupun ada satu lagi tandas yang tidak digunakan. Belumpun sempat B selesai membuang air, terjongollah pemimpin itu dengan tersengehnya dan terus keluar tanpa menegur si-B dan B dengan jelas dapat melihat di tangan pemimpin itu ada sebuah ‘pouch’ yang sering digunakan orang untuk mengisi perkakasan menghisap paip. Agak bernasib baik kerana B sahaja yang mengenali pemimpin itu (maklumlah pemimpin tersohor, siapa yang tidak mengenalinya), sedangkan pemimpin itu tidak pula mengenali B (mungkin secara akrabnya).

Kerana tidak selesa membuang air secara berdiri begitu, B pun memasuki tandas yang baru ditinggalkan pemimpin itu. Selang beberapa ketika, B terdengar percakapan telefon pemimpin itu dengan seseorang secara jelasnya. Antara yang disebut pemimpin itu :

“Axxxx, mun doksoh mari agi ah, ‘ATL’ ada sini. Aku dang dah sedapur (hisap paip?). Mun mari lambat sikit ah…”

Terjemahan : (“Axxxx, kau jangan datang lagi, ‘ATL’ ada di sini. Aku dah sempat satu dapur (hisap paip?). Kau datang lambat sikit lah…”)

Selesai membuang air, pemimpin itu, yang sedang bercakap dengan ATL (A) kelihatan terkejut beruk tetapi masih berjaya “maintain selambaland” melihat B, yang rupanya teman kepada ATL. Mereka berdua kemudiannya meninggalkan pemimpin itu sendiri dalam keadaan yang agak serba salah dan masih menyambung menunggu kehadiran rakannya yang dipanggil Axxxx itu.

Dalam kereta, B menceritakan kepada A perihal apa yang dialaminya. Dan mereka berdua membuat kesimpulan bahawa sahlah yang tidak berpuasa dan menghisap paip itu adalah pemimpin itu kerana tiada orang lain ketika itu dalam tandas melainkan mereka berdua. Panggilan telefon kepada kawan (Axxxx) pemimpin itu juga menjelaskan perlakuannya. Dan orang yang dipanggil sebagai “Axxxx” oleh pemimpin itu tidak salah lagi adalah “Axxxx Uxxx” kerana mereka berdua adalah regu terbaik (yang sudah acap kali ditemui) menyembunyikan perangai tidak berpuasanya mereka daripada khalayak.

Moral cerita ini ialah ; sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini agar kita yang berhasrat untuk menjadi pemimpin tersohor dapat menunjukkan teladan dan fie perangai yang baik lagi berjurus kepada masyarakat pimpinan kita. Soal kita dengan Tuhan, itu adalah soal peribadi yang wajib ditanggung sendiri kalaupun kita ‘tidak malu’ kepada-Nya, atau kalaupun tidak ada manusia yang melihat kejadian sebegitu.

Wallahuaklam.

(***Catatan : peristiwa ini diceritakan sendiri oleh rakan saya dan temannya itu pada hari yang sama kejadian, kerana kami berjumpa di Kuala Lumpur pada sebelah malamnya).
---Jangan tanya siapa 'Axxxx Uxxx' - sendiri kena cari lah...

Sep 2, 2009

Presiden , Selamat Datang Ke Kuala Berang

Petang ini kalau tiada aral melintang Tuan Guru Presiden akan menghadiri majlis berbuka Puasa bersama penduduk sekitar Kuala Berang.

Beliau dijangka tiba seawal jam 6.15 petang untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan sekali gus berbuka puasa di Surau Batu 24 Jalan Kuala Berang.

Semua yang berkelapangan dijemput untuk sama-sama hadir di surau itu petang ini.InsyAllah Ct telah diamanahkan dengan satu tugas yang sangat sesuai untuk wanita, dimajlis tersebut nanti.

InsyAllah mana-mana muslimat yang berkesudian boleh berjumpa Ct ditempat tersebut.

Adun UBN ugut UBN - Umno Parti Penakut

"Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008."


Ini perangai ugut mengugut macam budak-budak.Kalau tak ikut kehendak mereka, mereka nak lompat PKR, mustahil lompatnya.Dasar penakut.Mana ada pemimpin umno Terengganu yang berani? mana ada?
Rosol Wahid - Dulu ugut nak letak jawatan adun kalau tak lantik deri sebagai MB, sampai hari ni tak letak-letak pun.

Mat Said- Nak pecat exco kalau lawan ketua bahagian, sampai hari ni tak pecat pun yahya khatib.

Mana ada yang beranai? kalau mereka semua berani sudah tentu Umno bukan wadahnya.Umno adalah wadah bagi penakut.

Nawi ugut nak lompat? iskkkk orang kampung dia tersengeh senyum, mereka kenal siapa nawi, mereka tahu rahsia Nawi, mereka ada senjata melemahkan Nawi, orang umno(penakut) yakin tak lompatnya....

--Berani bukanlah sifat dalam umno--

Sep 1, 2009

SPR selamatkan DUN Kota Seputeh

Nasib baik SPR tolong selamatkan Adun kota seputeh.SPR dah tafsir undang-undang tubuh negeri Kedah sedemikian rupa.Selamat BN selamat Umno, tahniah SPR kerana tolong selamatkan Umno/BN.

Harap-harap tiadalah pula Adun atau MP yang meninggal dunia, sebab nya sukar betul SPR nak tolong UBN.