Oct 30, 2009

RUKUN BAI'AH

Sebagai Ulangkaji untuk Ahli Gerakan Islam
1. Al-FAHM

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat

Masih Tak Puas hati dengan JK PAS ?

Mesyuarat Khas JK PAS Pusat berjalan lebih 4 jam.
Lembaga Disiplin akan menjalankan siasatan terhadap PAS Selangor( Bukan terus menghukum melalui cakap-acakap, siasat dulu, kalau sah bersalah dengan syariat aku pun sangat setuju dihukum)

Tok Guru Nik Aziz sangat berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat.

AJK PAS Pusat sebahagian besar hadir kecualu 2.

Mesyuarat itu adalah syura ( itulah Syura)(Kalau tak faham-faham kena belajar bab Syura)

Isu UG tutup, tidak akan disebut tak akan dikenang dan tak akan diungkit.PUSHSTOP.

Kalau juga masih ada ahli atau penyokong ( tidak termasuk penyanggak) yang masih tak puas hati, dengan syura PAS pusat...begini caranya:

Balik rumah, kalau yang dah dirumah...panggil isteri dan anak-anak buat satu EGM kat rumah....bla...bla....bla...tubuh lah Parti baru sendiri punya polisi, pakai akal sendiri, sendiri punya dasar, sendiri punya pimpinan , sendiri punya ahli...semua nya sendiri-sendiri.....apa apa nak buat pun boleh sebab sendiri punya.

Buat apa lagi nak tunggu dalam parti yang kita dah tak percaya dengan presidennya, kita dah tak mempercayai timbalan presidennya, kita tak yakin dengan setiausahanya, dah hilang penghormatan pada ketua Penerangan, dah tak tahan perangai Ketua Dewan Ulamaknya, dah berbulu dengan Ketua Pemudanya...organisasi tertinggi parti dah hancur, kita dah tak percaya.Kalau aku lah ada sikap sedemikian, sah aku dah cabut, aku tak tunggu lagi dah....tiada lagi Parti @ jemaah lagi dah kalau dah gitu....

Orang nak marah? aku apa peduli, aku tak mau lagi dah dengan parti tersebut sebab akau nak sendiri-sendiri, barulah aku puas hati.

Oct 29, 2009

1.20 am- Mesyuarat Khas Baru selesai

Apabila PAS memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas pada 28.10.2008 dengan kesdiaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Untuk, ini lah yang pertama yang saya agak akan berlaku.Kelihatan dengan jelas bertapa hibanya wajah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, ketika menyambut Ketibaan Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Sejarah juga mungkin tercatat bahawa mesyuarat khas ini berlarutan kepada hari berikutnya 29.10.2009.

Kenangan mengimbau kembali Majlis penutup Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam.

Oct 27, 2009

Bolasepak Piala Malaysia.Siapa lawan siapa

Sesekali cuba untuk lari dari berbicara tentang politik.
Andainya ditakdirkan Kelantan bertemu Terengganu di Perlawanan Akhir piala Malaysia, saya akan tetap menyokong Kelantan.

Kenapa saya menyokong Kelantan? saya ada jawapan dan pendirian sendiri, sehingga separuh akhir pusingan kedua menentukan pasukan manakah yang akan masuk final nanti.

Juga dengan ini berjanji tidak akan menulis lagi berkaitan politik sehingga mesyuarat Khas AJK Pas Pusat membuat keputusan.

Selamat bermesyuarat Khas AJK PAS pusat yang disertai semua Pesuruhjaya negeri.

Oct 26, 2009

Tahniah Muslimat PAS Perak

Dipetik dari UmmiAnni

Semalam muslimat Perak berhimpun bagi menyemarakkan rasa kecewa muslimat PAS Perak terhadap pencabulan demokrasi di Perak oleh Barisan Nasional..atas rasa kecewa ini muslimat menzahirkan dengan memakai pakaian serba hitam dan satu deklarasi telah diwartakan di himpunan 'One Black' Perak.

Menurut pengarah program himpunan ini Dr.Najihatussalehah Ahmad, himpunan ini bertujuan menyuntik semangat kerja kepada muslimat agar bersiap sedia dengan kemungkinan berlakunya pembubaran DUN Perak.

"mungkin muslimat dilihat seperti berdiam diri dalam kemelut di Perak ini ,hakikatnya kami sungguh kecewa bila demokrasi di Perak ini dicabuli..kita mahu tegaskan bahawa muslimat telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa saja di Perak " , tegas beliau dalam wawancara ringkas bersama ummi dan Sya-Reformis

Turut hadir Dr.Mariah Mahmud dan YB Zailah Yusof ( menggantikkan Ustazah Nuridah Mohd Salleh. )














One Black Perak..





DS Nizar sedang memakai lilit kepala...









Muslimat yang berpakaian serba hitam dengan lilitan kepala yang tertera tulisan 'BUBAR DUN' menampakkan kesepakatan dan kesdiaan muslimat untuk berhadapan dengan kemungkinan DUN dibubarkan.

Awas Provokasi Jahat Berita Harian

Sah Berita Harian mempunyai niat jahat mengelirukan pembaca.Dengan headline Syor Nik Aziz tak Masuk langsung menyimpang jauh dari apa yang diperkatakan oleh ketua dewan Ulama' PAS.

Tiada niat lain dari berita harian selain dari untuk menimbulkan lagi perbalahan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib.


Supaya semua lebih jelas dan faham dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua dewan Ulama, mari sama sama kita mendengar penjelasan penuh sidang Media beliau sebaik sahaja beliau selesai menyampaikan ucapan penutup sambutan Jubli Emas PASTI Negeri Terengganu di Dewan MDQ, Rusila, Marang. Rakaman ini dipetik dari Blog trgkini


Transkrip penuh sidang media tersebut juga boleh dibaca di buletinonline

Jelas Sekali Ustaz Haji Harun Taib tidak menyebut pun perkataan Syor Tok Guru Nik Aziz tidak masuk akal .


Kenyataan Media Presiden PAS

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.


Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)


6 Zulkaedah 1430 H / 25 Oktober 2009

Oct 25, 2009

Sah !!! Memang mereka ini Pro Umno

Pro Umno, itulah istilah yang digunakan oleh Dr Aziz Bari dalam tulisan beliau.Mungkin ungkapan pro-umno adalah kesinambungan kepada pro UG sebelum ini. Ketepatan istilah tersebut perlu lah di rujuk kepada mereka yang mencipta istilah-istilah diatas tadi.

Saya mempunyai maksud dan pentafsiran saya sendiri didalam menyebut istilah pro umno.Saya sendiri telah juga mempunyai senarai mereka-mereka yang sangat proumno, sangat lunak dengan Umno dan dalam masa yang sama mereka ini menikam Pakatan dari belakang.

Bagi saya tiada keraguan lagi antara mereka berempat yang selama ini sentiasa berpura-pura dan mengambil peluang dan kesempatan untuk bersama sama umno.

Sah dan nyata, hanya anda semua tertipu dengan gelagat mereka.


1) Osman jailu dan Jamaluddin Mat Radzi di Perak. Mereka belum lagi menyertai umno tetapi mereka berdua proumno.Kerana mereka berdualah maka tersungkurnya kerajaan Perak , gugurnya seorang Menteri Besar dari Parti Islam Semalaysia.Angkara siapa? angkara Nasaruddin Mat Isa kah? angkara Mustaffa Ali kah atau kerana kerja jahat Hassan Ali? Kedua dua yang proumno tersebut bukannya dari PAS, ianya dari PKR. Orang Pas tidak mengkhianati Pakatan di Perak, Ustaz Naza , Mustaffa Ali dan Hassan Ali tak lobi pun Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi untuk lompat dari PKR dan menjadi proumno.

2) Manusia ketiga yang mengesahkan dirinya pro umno adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali.Beliau menang kerusi tersebut dengan ihsan Tok Guru Nik Aziz yang mengizinkan beliau menggunakan lambang PAS.Lalu beliau menang besar.Beliau kemudian tidak bersama PAS tetapi menjadi proumno.

Bukan orang yang bernama Nasaruddin Mat Isa, atau insan yang bernama Mustaffa Ali atau bukan Juga Hassan bin Ali yang melobi kepada Tok guru supaya ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS sehingga kita sanggup korban kan Ustas Ismail Noh( kerana menang menjadi matlamat)Tidak tahulah apa yang terjadi sekiranya parlimen Pasir Mas itu di Terengganu.

3)Seterusnya anggota Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh bukan hanya setakat menjadi pro Umno tetapi telah jelas menjadi Adun Umno.Bukan Nasaruddin Mat Isa yang menggoda beliau, bukan juga pujukan Mustaffa Ali malahan Hasan Ali tidak merayu beliau untuk bersama Umno.Beliau juga bukan lah dari PAS, beliau adalah dari PKR sebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin agong dan berjiwa Besar Dato' Seeri Anwar Ibrahim.

Ini lah yang jelas dimata apabila menggunakan ungkapan Pro Umno.Sekiranya masih ada pembaca dan pengunjung masih tidak faham dan tidak boleh menerima yang ke empat-empat mereka ini pro umno maka tiada upaya lah untuk memaksa berbuat demikian.

Pro Umno dan Kerajaan Perpaduan.EGM Pas - 2

membaca blog ketua penerangan PAS pusat, Ustaz Idris Ahmad dan membaca kenyataan Naib Presiden PAS Solahuddin Ayub di dalam akhbar harian maka bertambah tambah pula persoalan di kepala. Walaupun selama ini selalu tertarik dengan tulisan dan pandangan Ustaz Idris, namun kali ini menambah kekusutan :

Ini antara petikan tulisan Ustaz Idris :

"PAS amat mengalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan yang diberikan, namun pada waktu ini setiap pimpinan diminta agar membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak mengunakan media termasuk blog dan facebook peribadi yang boleh mendatangkan lebih banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini."

Mengapa setelah berlarutan begini baru dilarang pemimpin menggunakan blog dan facebook peribadi untuk membincangkan isu dalaman parti. Ustaz Idris semesti telah sedar bahawa isu EGM ini pun bermula dari tulisan yang dicetusakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Petikan Kenyataan YB Solahuddin Ayub pula:

"Saya telah mendengar daripada mulut Nik Aziz sendiri mengenai perkara itu dan cadangan MB Kelantan itu mempunyai asas yang kukuh.Beliau meminta saya membawa amanah yang beliau sampaikan itu kepada pimpinan pusat untuk membincangkan,saya berjanji tidak akan dedahkan amanah ini(Kepada media atau pihak lain)"

Sebagai Naib Presiden yang telah diberi amanah oleh Mursyidul Am PAS untuk membawa misi kepada pimpinan pusat, buat apa pulak Solahuddin nak heboh di akhbar.Bawa sajalah kepada mesyuarat Pusat.

.Kenapa pula selepas dedahkan di Blog Tok Guru amanahkan pula kepada Solahuddin?
Bukan kah elok sebelum mendedahkan didalam blog, tok guru panggil Solahuddin dan amanahkan kepada beliau untuk bawa terus perkara ini kepada pusat.

Disini pula dipetik kenyataan Tok Guru Nik Aziz kepada Bernama :

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Macamana boleh Tok Guru berkata nak pecah, pecah gi lah... adakah maksudnya tok Guru rela Pas ini berpecah asalakan hasrat EGM tercapai ? Sedangkan selepas itu Tok Guru pula berkata beliau amat sayangi dengan PAS yang beliau bajai selama ini.

Ayat kedua dalam ppetikan diatas semacam merungkai sedikit fahaman saya selama ini, ungkapan yang berbunyi " saya tak suka orang tegur presiden saya,.... .
Apa pun bagi saya pemimpin tetap boleh di tegur akan tetapi mestilah ada kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri.

Oct 24, 2009

Sah Adun Changkat Jering Kelaparan

Ni penjelasan Mamat ni melalui portal Malaysiakini

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

Sah Adun ni memang kelaparan, kan dah jelas niat masuk BN adalah untuk cari duit. Dulu masa keluar PKR kononnya soal prinsip, soal melayu....tak sampai 8 bulan yang membusuk tu dah pecah. Tak payah sebut wakil bebas lah sebut terus wakil BN . Tak pernah ada dalam sejarah Malaysia BN bagi peruntukkan kepada Adun Bebas. Duit Geran kerajaan Kelantan pun dilambat-lambatkan( itu yg dah sah dalam perlembagaan) ini kan pulak nak bagi pada bebas, sudahlah kau mamat didunia kamu jadi hina, di akhirat akan mendapat balasan.
"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Pro Umno dan Kerajaan Perpaduan.EGM Pas

Mursyidul Am PAS melalui blognya menyarankan agar PAS muktamar Khas
acam Umno dan Mca bagi mengembalikan keyakinan ahli kepada pimpinan tertinggi.Semalam beliau mengesahkan bahawa tulisan tersebut memang dari beliau dan dengan sinis berkata " nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat...."

Isu ini timbul apabila Dr Aziz Baru melalui tulisannya mengelarkan beberapa nama dalam pimpinan PAS sebagai pro umno dan menyokong kerajaan Perpaduan.

pandangan:

1. Kenapa Mursyidul Am PAS boleh menggunakan tulisan Dr Aziz Bari bagi melahirkan cetusan idea untuk Muktamar PAS.

2. Selepas keputusan mesyuarat Pusat mengambil ketetapan bahawa isu kerajaan telah ditutup, malah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri telah mengelurakan kenyataan bahawa sesiapa ahli pas yang menimbulkan isu UG akan diambil tindakan disiplin.Selepas itu tiada pun pimpinan tertinggi yang bercakap dan mengeluarkan kenyataan tentang UG, malahan Mustaffa Ali selaku setiausaha Agong PAS terus bertegas bahawa isu UG sudah di tutup rapat.Saya rasa hairan kenapa Tok Guru boleh kata isu kerajaan UG sekejap hilang sekejap timbul.Siapa yang menimbulkan nya?

3. Sebagai Mursyidul Am, Tok guru patut jemput mereka-mereka seperti Presiden, TP, Su dan lain-lain minum teh di JKR 10.Sebut baik-baik, kenapa Tok Guru tetap menggunakan blog sebagai wasilah untuk memarahi sesama PAS. Paling komang pun telefon ke, sms ke.

3. Apa kah Tok Guru lebih percaya dengan Aziz Bari daripada AJK Pas Pusat?

4. Sebagai Mursyidul Am PAS, tok guru kata dia tidak suka bila presiden dan parti dia ditegur tanpa berbuat sesuatu, patut benar ke dengan berbuat sesuatu itu melalui blog? apakah menegur sesama sendiri melalui blog merupakan satu penyelesaian mengikut Islam?

5. Siapa sebenarnya pemegang password blog tok guru?

6. Dulu menggunakan akhbar dan Tv untuk menegur sesama sendiri.

Saya tidak sekali kali mempertikaikan kewajaran EGM tersebut, tetapi saya mempertikaikan cara ianya dilontar, cara ianya disampaikan.

Pergi Jahanam dengan Umno

Oktober - bulan yang sibuk

Oktober 2009 merupakan bulan yang sangat sibuk sepanjang tahun ini.

Setiap hujung minggu sepanjang oktober kami tidak berada di rumah.
3 oktober bersama suami dan anak-anak ke Bagan Pinang untuk pernamaan calon PRK N31 Bagan Pinang.

11 Oktober-Hanya bersama suami ke Bagan Pinang untuk hari mengundi PRK 31.Walaupun pada mula kami tidak bercadang untuk pergi memandangkan anak-anak bersekolah.Namun semangat suami menjadi pelik apabila membaca berita dan menerima sms kepanasan suasana di Bagan Pinang, pergi secara tergesa-gesa, anak-anak tinggal lah bersama ibu sedaranya di sebuah kampung di Kuala Berang.

17 Oktober - Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu, " Berubah untuk Kemenangan Islam. Di Markas Tabiyah Kubang Lembek.

23&24 Oktober - Sambutan Jubli Emas Pasti Terengganu di Masjid Rusila, anak kami terlibat.

30 & 31 Oktober - Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) di Kemaman, walaupun diri ini bukan Pemuda , suami masih lagi pemuda dipenghujung usia, mana mungkin pergi Ke Kemaman tanpa keluarga.

Salam Perjuangan : Berubah Untuk Kemenangan Islam.

Pecah dan Perintah

Pecah dan perintah.
Istilah ini selalu didengari, namun sehingga ke saat ini masih juga belum memahami apa kah maksud dan huraian sebenar istilah ini.

Sejenak berfikir sekiranya asas yang difahami ini betul , maka apa kah apa yang kelam kabut dalam Pas sehari dua ini ada kaitan dengan istilah di atas?

Berfikir dan bertanya lagi, kalau pecah siapa yang menggerakkan usaha pecah itu dan siapa pula yang mengambil kesempatan untuk perintah?

Perintah apa? perintah negeri? perintah malaysia? ahhh bukan rasanya, bukan memerintah kerajaan tapi berkuasa.....kalau begitu siapa yang memecahkan dan siapa pula yang nak berkuasa.

Lagi terfikir sebelum ini PAS tidak pula kelam kelibut begini. Isk......oh, rasa nya memang ada usaha untuk memecahkan Pas dan berkuasa terhadap Pas. Siapa? ye siapa?
Jangan buruk sangka, tanpa bukti tentulah jadi menuduh...

Berfikir lagi dengan mengingati beberapa kejadian yang sebelum , yessss....sudah dijumpai kaitannya....

Akhirnya jelaslah, apa itu pecah dan perintah.

Benarkah pimpinan Tertinggi PAS dihurung 'anai-anai' ?

Oleh : setiaPemuda

Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang menulis perkara tersebut. Saya masih cuba bersangka baik bahawa Tuan Guru diserabutkan oleh pandangan-pandangan sekeliling yang masih membesar-besarkan isu “perpaduan melayu Islam” atau “pimpinan pas yang pro umno”.

Terasa amat terkilan apabila TGNA yang memulakan kehangatan ini. Mula-mula dulu, isu “kerajaan perpaduan”, kemudian isu “ustaz Nasha” sekarang timbul pula isu yang baru Bagi TGNAA yang berada di peringkat atasan atau pembesar-pembesar PAS Kelantan mungkin tak rasa apa-apa menimbul dan membesarkan perkara-perkara seperti ini, tetapi bagi kami ahli PAS di peringkat bawahan amat terasa kesannya. Lemah rasa nak menggerakkan aktiviti tarbiyah jika pimpinan sendiri bercelaru. Tak upaya rasanya nak menggerakkan organisasi cawangan mahu pun kawasan apabila tengok karenah pimpinan yang sepertinya bertelagah.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menulis beberapa perkara :

1. Jangan ada sesiapa yang marah kalau ramai ahli yang kritik atau tegur TGNA selepas ini kerana tulisan beliau sendiri telah mendatangkan dalil bahawa harus malah dituntut untuk mengkritik dan menegur pemimpin malah Nabi sendiri pun ditegur oleh Allah s.w.t.

2. TGNA lebih merujuk kepada tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menulis tentang - antara faktor kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah isu-isu di Selangor disamping adanya pimpinan PAS yang dilihat pro-UMNO dengan menyebut beberapa nama seperti Dr Hasan Ali, Ust Nasha dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH). Sedangkan pandangan tersebut telah dijawab dan disangkal oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden), Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan) yang merupakan anggota dewan harian PAS Pusat.

3. Lebih menarik untuk dibincangkan bahawa pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini selari (atau mungkin merujuk) kepada beberapa pandangan pimpinan PAS seperti Dr Dzulkifly (yang tidak lagi dilantik sebagai Pengarah PPP) dan Ir Khalid Samad (dipecat dari jawatan Timb. Pesuruhjaya PAS Selangor) yang memang kita ketahui sangat kontroversi di kalangan ahli PAS. Di sinilah menariknya untuk dibuat kajian.

4. Saya rasa, dari sekadar menerima pandangan Anuar Bakri dan beberapa pembesar PAS Kelantan dalam isu ada pimpinan PAS yang Pro-UMNO ini, ada baiknya juga TGNA dan ahli PAS sekalian membuat beberapa penelitian terhadap maklumat-maklumat berikut (maaf jika tidak berdasarkan siasatan rapi, cuma sekadar pandangan macam Prof Dr Aziz Bari juga) :

- Seperti adanya perancangan tertentu dari kalangan pimpinan baru PAS (yang timbul selepas era reformasi) yang tidak “sejiwa” dengan pimpinan yang sebati dengan PAS semenjak dari awal seperti Dr Dzulkefly (bekas pimpinan IRC), Dr Mujahid Yusuf Rawa (JIM/alami), Dr Lo’ Lo’ (JIM), Dr Mariah (JIM), Dato Jaafar Kamaruddin (ABIM-Pro-Anwar) dan lain-lain.

- Dr Dzulkefly dan Dr Mujahid Yusud Rawa adalah orang kuat IRC/JIM/alami yang terlibat dengan program “Indimaj” – penggabungan antara jamaah fikrah ikhwan di Malaysia. Mereka ini memang ada krisis dengan jamaah mereka yang sebelumnya kerana mempelopori pendekatan yang kononnya “dinamik” sementara geng-geng yang pro fikrah Ikhwan ni ingin menjaga ketulinan jamaah. Sekarang mereka bawa masalah dalam PAS juga dengan idea “dinamik” kononnya.

- Dr Mariah juga bermasalah dengan PAS kawasannya menurut sumber yang saya perolehi. Dia sepertinya hanya beranggapan PAS ini adalah sebuah gerakan politik bukan gerakan tarbiyah. Dia hanya melibatkan diri dengan aktiviti politik PAS, tetapi tidak terlibat dengan usrah kawasan atau muslimat PAS.

5. Jika kita meneliti dari masa ke semasa perkembangan dalam PAS, kita juga akan dapat melihat bila timbulnya isu puak Erdogan dan puak Erbakan dalam PAS. Ia bermula dari lawatan rasmi Pimpinan PAS ke Turkey. Di sana Dr. Dzul bersama Hanifa Maidin telah mengadakan dialog dengan AKP dan Refah. Dr. Dzul menyatakan bahawa jika situasi di Turki berlaku di Malaysia, PAS akan memilih cara pendekatan AKP pimpinan Erdogan. Benarkan PAS akan memilih pendekatan tersebut atau Dr Dzul sahaja? Ikhwan Muslimin pun ada mengkritik, menegur dan memberi nasihat kepada AKP yang dilihat agak liberal dalam pendekatannya yang dibimbangi akan melangkahi prinsip Islam.

6. Dalam pemilihan pimpinan PAS tahun 2004 di Kelantan, tersebar ketika itu adanya gerakan dari kumpulan ini yang diistilahkan oleh sesetengah perwakilan sebagai “anai-anai” yang mengangkat Ustaz Nasharuddin bagi mencabar Ustaz Hasan Syukri selaku Timbalan Presiden. Pada waktu itu, mereka melihat Ustaz Nasharuddin sebagai anak didik Ustaz Fadhil Noor adalah “pembuka jalan” kepada mereka di dalam tampuk kepimpinan PAS. Pada ketika itu juga “mereka” mencalonkan Ustazah Azizah dari Pahang untuk mencabar Ustazah Fatimah (isteri Ustaz Harun Taib) selaku Ketua Muslimat. Anda boleh melihat sewaktu Ustazah Azizah menjadi ketua muslimat, wajah siapa yang lebih menonjol dalam Harakah dan program muslimat, kalau tidak wajah Dr Mariah dan gengnya.

7. Tetapi, setelah Ustaz Nasharuddin memegang jawatan tersebut, beliau rupanya tidak dapat dimanfaatkan oleh “geng anai-anai” tersebut lantaran beliau adalah pemimpin yang faham dan melalui tarbiyah jamaah semasa di peringkat kampusnya dahulu. Akhirnya kumpulan ini merancang agenda seterusnya. Namun Alhamdulillah, ahli PAS yang ditarbiyah dengan tarbiyah PAS menyedari rentak tari yang semakin tampak sumbangnya itu.

Dalam pemilihan 2006 juga di Kelantan (rasanya), ahli yang pro tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustazah Nuridah Salleh dan Wan Hasrina bagi mencabar Ustazah Azizah dan Dr Lo’ Lo’. Dr Mariah telah dikalahkan di peringkat kawasan lagi. Sementara untuk menunjukkan PAS ini tidak boleh dikawal oleh “anai-anai” tersebut, pihak pro Tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustaz Harun Taib bagi mencabar Ustaz Nasharuddin walaupun sebenarnya mereka tidak pun berhasrat menaikkan Ustaz Harun sebagai Timbalan Presiden. Pencalonan itu hanya sebagai petunjuk dan amaran kepada puak “anai-anai” ini.

8. Geng “anai-anai” ini kemudiannya menyusun kembali agenda mereka. Nampaknya, mereka tidak mungkin mampu menggugat pemimpin senior dalam PAS yang sejati dan sebati ini. Maka idea “dinamik” mereka itu tidak dapat dilaksanakan. Pendekatan seterusnya ialah dengan menonjolkan “pemimpin muda” lain dalam PAS yang boleh dikawal oleh mereka. Dato’ Husam Musa adalah tokoh yang dilihat sebagai peluang mereka seterusnya. Selain dari dokongan pembesar-pembesar Kelantan, Husam adalah “penyejuk mata” kepada TGNA. Orang yang mungkin dilibatkan sama dalam permainan ini ialah Annuar Bakri, selaku pembantu dan pendamping TGNA.

Selepas PRU 2008, dengan jawatan sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri, YB-YB geng 'anai-anai' ini merangka kembali agenda besar mereka. Ketika inilah menonjolnya seorang tokoh lama PAS yang sebelumnya “bertapa” kemudian dengan kemenangan sebagai AP Shah Alam, merasa besar kepala apabila di kelilingi oleh “anai-anai” ini.

9. Dalam pemilihan PAS 2009, agenda mereka ialah menaikkan tokoh-tokoh baru ini. Perancangan pertama menurunkan Ustaz Nasharuddin dan bonusnya ialah jika boleh menjatuhkan TG Haji Abdul Hadi. Demi menjaga sentimen ahli PAS yang sangat kasih terhadap Tok Guru Haji Abdul Hadi, maka mereka melalui Husam Musa dan pembesar PAS Kelantan beserta sentimen kenegerian Kelantan-Terengganu telah secara halus melibatkan TG Nik Abdul Aziz.

Mereka memanfaatkan sepenuhnya kekangan yang ada pada TG Nik Abdul Aziz yang sering uzur serta sikap sangat percaya beliau kepada orang bawahannya di Kelantan, untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Di sini barulah TG Nik Abdul Aziz terlibat. Kalau ahli PAS sekalian mendampingi Tuan Guru dengan dekat, tuan-tuan akan menyedari kekangan ini. Mungkin inilah jua yang cuba diluahkan oleh anak beliau, Nik Abduh dalam tulisannya yang kontroversi dulu, tetapi beliau dihentam hebat.

TGNA sebenarnya sangat uzur. Lihatlah ketika beliau menyampaikan kuliah di Masjidnya setiap selepas Subuh Jumaat. Tidak sedikit dari urusan kerjanya diwakilkan kepada pembantu-pembantunya di Kelantan. Beliau memang sudah sesuai untuk berehat. Tetapi, situasi PAS dan rakyat di Kelantan masih memerlukan pengaruh beliau. Tidak perlulah kita membesarkan tentang kroniknya PAS Kelantan dengan “klik” dan “puak”nya. Malah ada pemerhati yang memberi pandangan bahawa faktor kekalahan wakil PAS dalam Muktamar yang lepas adalah kerana “klik” sesama Kelantan inilah, bukan kerana faktor luar. Masalah ini memerlukan perlunya TGNA di Kelantan.

10. Saya sangat bersangka baik bahawa TGNA, Dato’ Husam Musa, Ir Khalid Samad, Dr Hatta dan lain-lainnya bukanlah pemain wayang kulit sebenar. Bagi saya mereka ini orang baik yang mungkin secara tidak disedari, terpengaruh dengan geng 'anai-anai' tadi. Pemain yang sebenar adalah penama 'anai-anai' yang saya sebutkan tadi. Mungkin sahaja mereka menafikan. Kalau mereka nafikan, ini bermakna mereka semakin sebati dengan anai-anai tadi.

11. Pada pandangan saya, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana ahli telah membuat keputusannya dalam muktamar yang lepas. Yang terpilih sudah terpilih. Hormatilah keputusan ahli. Ahli telah menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka masih inginkan TG Haji Abdul Hadi memimpin PAS. Mereka masih mahukan Ustaz Nasharuddin memimpin PAS. Ahli juga telah memberi isyarat bahawa mereka suka dengan pimpinan yang komit dan setia seperti Ustaz Tuan Ibrahim, Saudara Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Ustaz Idris, Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustazah Nuridah dan sebagainya. Tunggulah tahun 2011, kita buat pemilihan baru.

12. Maafkan saya kerana tegar menulis perkara ini yang mungkin berbentuk kritikan dan mungkin berbentuk pembongkaran isu dalaman parti. Saya berani berbuat demikian kereka saya mencontohi teladan yang telah ditunjukkan oleh TG Nik Abdul Aziz. Dulu saya hanya memendamnya dan mendiamkan diri kerana mencontohi TG Haji Abdul Hadi, hari ini saya cuba pula mencontohi TG Nik Abdul Aziz dalam berterus terang dan menegur.

Saya tidak tahu apa hasil dari tulisan ini. Saya harap ada sesuatu yang dapat kita beri perhatian, khususnya ahli-ahli PAS. Semoga tulisan ini tidak menggemparkan seperti gemparnya tulisan Tok Guru tersebut.

(*) sumber : Forum DetikDaily

Oct 22, 2009

Surat Untuk tuan Pee Emm - PyanHabib


TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen. Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut - saya tidak tahu kira betapa banyaknya - disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga - yang saya tidak tahu betapa banyaknya - saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui - bayar habis kepada konsensi lebuh raya - maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!

Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat?

Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!

Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat?

Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah!

Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis! Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi.

Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!

Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam!

Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur.

Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi.

Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm. Heppy Deepavali!Hidup Isa Bagan Pinang!

PYANHABIB


*Beliau adalah seorang seniman.

Oct 20, 2009

TUDUH PRESIDEN PAS PRO UMNO: PANDANGAN PRO DR AZIZ BARI DISANGGAH

Oleh : USTAZ IDRIS AHMAD- Ketua Penerangan PAS Pusat

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan Pas ada yang pro umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan Pas pro umno (Sinar harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat Pas sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum. Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. Pas bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. Pas tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah Pas meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.

Pas bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong Pas berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli Pas memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.
Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. Pas ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan Pas dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.

Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti Pas bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin Pas kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin Pas, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan umno kerana hendak berjaya dengan cepat.

Menuduh Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan Pas yang pro umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden Pas sokong umno dan menjadi ejen umno, sila kemukakan dengan bukti. Pas adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap Pas. Pas pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.

Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.
Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.

Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.

Jawatankuasa Pas Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh Pas lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tegah padang. Allahlah yang maha mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin Pas yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin Pas sekarang.

Oct 19, 2009

Hayatilah Ucapan Presiden dengan hati yang luhur

"Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri."


Merenungi ucapan Presiden didalam Ijtima' PAS Terengganu yang baru berlalu ini, meminta supaya kita lebih melihat kedalam. Sebagai ahli PAS, sebagai pemimpin Gerakan ini perlu sama-sama kita menilai semula dimana kedudukan kita.

Berubah daripada negatif kepada positif:



Memerlukan suatu perubahan sikap dan sifat kita sendiri, perlu suatu reformasi dan pengorbanan dalam diri individu yang terlibat dengan jamaah. Dari serendah-rendah ahli biasa sehinggalah setinggi-tinggi pemimpin yang memimpin.Kita bukan hanya perlu positif dengan dan didalam majlis majlis Gerakan semata-mata, akan tetapi positif mestilah sendiri berada didalam hati setiap penggerak Jamaah ini. Ia nya bukan sebuah lakonan atau dibuat-buat semata-mata sekadar untuk dilihat sebagai positif, akan tetapi positif itu mestilah dinilai dan dikawal disudut syariah.



Berubah daripada maksiat kepada taat:

Menyertai Gerakan Islam dalam masa yang sama masih berterus terusan melakukan maksiat adalah satu perkara yang pasti akhir merosakkan diri dan seterusnya merosakkan Jamaah. Membiarkan maksiat berada didalam hati tanpa berusaha untuk menanggalakannya. Malahan lebih dasyat lagi memungkinkan maksiat supaya menjadi halal dengan tafsiran sendiri dengan tidak berpandukan kepada syariat sebenar. Maka Tidak boleh tidak ketaatan itu juga mestilah disandarkan kepada Al-Quraan dan Hadis tanpa menggunakan akal sendiri semata-mata. Namun keterbatasanya juga mesti dijaga supaya ketaatan tersebut tidak pula menjadi sebuah ketaatan yang membabi buta.





Berubah daripada Perpecahan kepada Perpaduan:

Sebuah gerakan Islam mestilah mempunyai kejituan wehdatul Fiqr dan wehdatul Amal, tidak boleh tidak syura melalui mesyuarat dan usrah merupakan jalan terbaik kearah tersebut.Mengambil sesuatu tindakan sendiri untuk melaksanakan gerakkerja Jamaah adalah sesuatu yang sangat parah. Lebih dari itu memaksa tindakan tersebut supaya diterima oleh ahli Jamaah.Hindarkan lah sebarang pertelingkahan dalam Jamaah samada untuk Gerakan itu sendiri ataupun untuk urusan seharian dengan sesama ahli Jamaah.Ini bukanlah sekadar untuk dilihat ianya ada kesatuan tetapi yang lebih mulia adalah untuk menjadikan perpaduan tersebut satu ibadat disisi Allah S.W.T.



Ketiga-tiga faktor yang dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden saling kait mengait dan inilah yang selalu ditekan semasa mula-mula mengenali Usrah semasa dikampus dulu.

Presiden melontarkan rangkaian tiga perkara ini pastinya berpandukan kepada pengamatan beliau didalam Jamaah sekarang.

Kita yakin Tuan Guru Presiden melihat tiga perkara ini sudah longgar dan terlalu didalam Jamaah kita ini.

Untuk itu sebagai ahli Jamaah, apa lagi yang kita mahu? Kita menyertai Gerakan ini dengan niat yang satu iaitulah mencari kerdhaan Allah, sekiranya ianya sudah melencung dari itu , ayuh mari sama-sama kita betul , di bahu kitalah amanah dan tanggujawab ini .Marilah kita bertekad untuk berubah demi mencari kemenagan Islam.Bukan untuk kepentingan diri dan individu tertentu.



Ayuh : Berubah untuk Kemenagan Islam.


Umno Patut terima Ibrahim Ali

Setiausaha Pemuda Umno Negeri Kelantan , Bazlan Baharuddin sepatutnya menyokong kemasukan semula Ibrahim Ali kedalam Umno. Inilah sebenarnya peluang sebenar bagi umno Kelantan untuk menambah kerusi parlimen dan sekaligus mendekatkan sedikit BN untuk mencapai 2/3 di Parlimen.

Ibrahim Ali sorang insan istimewa kerana beliau boleh menyerupai pelbagai warna dalam kehidupan.Beliau boleh lahir dengan warna berjasa, warna umno, warna S46, warna Umno, warna Keadilan[dihalang oleh DS Anwar Ibrahim] kemudian warna PAS.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dengan tiket PAS selepas menipu TG Nik Aziz Nik Mat.

Atas dasar dia menipu Tok guru lah saya katakan bahawa umno patut menerima beliau.
Beliau ada sifat penipu, sifat pembohong, sifat khianat, sifat pembodek, sifat pengampu. Semua sifat-sifat yang ada pada beliau sangat sinonim dengan Umno dan Barisan Nasional itu.

Selepas beliau telah menyertai umno dan Barisan Nasional, pada ketika itulah umno kalau nak buat apa-apa dengan beliau , kalau nak " sembeleh" pulak sekali lagi pun, umno kena cerdik lah kalau nak "Mampuskan" Si Ibrahim ni.

Betul ke Rumah Terbuka PAS Pusat tercemar ?


Membaca blog MSO,penulis politik tersohor hari ini dan semalam membuatkan saya masih tertanya-tanya .


soalan saya.


1. Benarkah Exco menumbuk tetamu di majlis tersebut?

2.Kalau benar siapakah exco tersebut.

3.Kalau benar siapa pula tetamu yang ditumbuk, teruk ke? orang pas juga ke?polis ke? Askar ke? pesara kerajaan ke? pegawai kerajaan ke? ......

4. Depan presiden ke?

5. Dah buat lapuran polis ke?

6. Kenapa perkara tersebut berlaku sekiranya berlaku[penyebab kepada perkara tersebut]


Atas dasar perkara diatas bermain-main dikepala, lalu saya hubungi seoarang teman sekuliah yang seingat saya beliau masih tinggal di Taman Melewar, beliau mengesahkan ada terdengar berita tersebut dan kebetulan pula beliau hadir lewat kemajlis tersebut, mungkin sudah terlepas .


Beliau menyebut nama exco yang dikatakan oleh penulis MSO dan beliau juga memberi butiran mangsa yang di tumbok serta beliau juga menjelaskan sebab dan punca peristiwa itu berlaku.


Atas rasa menghormati MSO yang masih merahsiakan lagi nama mangsa dan exco tersebut, saya juga tidak bercadang untuk mendedahkanya dilaman ini.

Cuma sejauh mana insiden tersebut telah mencemarkan majlis Iudul Fitri anjuran PAS Pusat tersebut.


Dato' Seri Tuan Guru Presiden dan Ajk Pas Pusat Dato' Haji Husam Musa sedang sibuk menyambut tetamu yang hadir dalam majlis Rumah terbuka PAS Pusat di markas Tarbiyah, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Beberapa catatan yang tak seronok di ijtima'


Lumrah manusia memang suka dipuji-puji. Akan gembira dan besar hatilah bila di puji, akan kecewa dan cepat marah beli di Komen dan diberi pandangan.


Beberapa catatan yang sempat saya tulis yang perlu diberi perhatian untuk ijtima' kali ini.

Namun begitu syukur dan tahniah kepada penganjur kerana PAS telah kembali berijtima' di Pengkalan sendiri.


Beberapa catatan yang sempat ditulis untuk diberi perhatian oleh penganjur:


1. Pentas utama sangat sempit, nampak sangat sehingga kelihatan pergerakkan pimpinan sangat terbatas.


2. Susunan kerusi peserta amat tidak urus dengan betul, sepatutnya masih boleh dimuat dengan banyak kerusi.


3. TV cc tidak disediakan secukupnya, dalam kawasan yang seluas itu hanya disediakan hanya 4 cc tv. Ramai yang tidak dapat melihat perjalanan ijtima'.


4. Pertugas pertugas yang berligar-ligar disekitar pentas seringkali membuattumpuan peserta terganggu.

5. Pertugas -pertugas lelaki tanpa segan silu merokok di tepi pentas.


6. Kebetulan Muslimat di letakkan dibawah asrama lelaki Kudqi, asrama lelaki tersebut amat kotor dan jijik.Sepatutnya sebagai tempat penginapan bakal-bakal ulama' tempat tersebut menjadi amat bersih dan selesa.[ditangga bangunan dipenuhi kotoran termasuk rambut yang digunting]


7. Kain layar sebelah muslimat tidak di dirikan dengan sempurna dan seringkali terbalik, saya sempat membilang layar tersebut terbalik sebanyak 6 kali dan hampir-hampir terkena barisan hadapan muslimat.[ PAS sedangmemainkan isu stadium dan masjid runtuh di Terengganu]


8. Buku ucaputama tidak dibahagi secara rata, akhirnya buku-buku menjadi terlebih, adik-adik nisa' perlu diberi taklimat yang sempurna didalam membahagikan buku-buku tersebut.


9. Makanan yang berlebihan, ini juga tidak diagih dengan sempurna. Mungkin kerana tugas pengagihan hanya diserah kepada pelajar Kudqi, sebelum ini tugasan tersebut di berikan kepada Unit Amal.


10. Pengendalian lalulintas juga telah diserahakan kepada unit amal yang masih baru, sementara anggota Unit Amal yang berpengalaman telah balik awal.


11. Seawal ijtima' bermula kawalan keselamatan kelihatan agak tersusun, namun selepas majlis perasmian oleh presiden suasana jadi terbiar.


12. Meja urusetia menjadi kosong selepas waktu zohor, maka tiadalah tempat untuk membuat rujukan dan pertanyaan kecuali di pentas utama menjadi tempat bertanya.


13. Kabel dan wayer tidak pasang dengan baik, berteraburan, hingga menggangu perjalanan.


14. Segelintir pertugas bersembang dan berbual-bual ditepi pentas dengan nada yang tinggi.


15. Tandas sementara juga agak tidak selesa, terutama kami yang bergelar muslimat.


16. Tiada keselarasan antara surau dan majlis, ketika peserta berucap bilal terus azan dan sedikit terganggu, atau pun kenapa ucapan peserta dimulakan selepas selesai azan zohor dan asyar. Tak kiralah macamana, yang penting ada penyelarasan.


17. Peserta masih tidak prihatin dan masih juga tidak berdisiplin dengan sampah.


18. Alat pembesar suara juga sekejap jadi sekejap tak dengar.


19. Ada pimpinan yang meninggalkan majlis seawal ijtima' bermula lagi.


.....maaf , tulisan ini amat berat untuk dicatat, tapi ku kuatkan juga hatiku ini untuk menulis kerana aku tahu dan semua peserta ijtima' sudah tahu " Berubah untuk kemenangan Islam".

Siapa yang mesti berubah? dibahu kita lah mesti berubah.


Oct 18, 2009

Rayuan Muslimat di Ijtima' Kepimpinan PAS ke-13








Menghadiri ijtima' Kepimpinan PAS kali ke 13 di Markas Tarbiyah Kubang lembek semalam merupakan satu pengalaman baru.Hanya seorang peserta kerdil yang sebelum itu diberi sedikit tugas kecil dalam mempersiapkan Ijtima' tersebut.

Paling tertarik dan menarik sebahagian besar pimpinan PAS kali ini datang ijtima' dengan membawa Isteri dan keluraga, walaupun masih ramai yang belum berbuat demikian.Perlukah disebut nama- nama pimpinan tersebut? Yang lebih malang dan parah lagi ada pimpinan yang hanya datang semasa majlis perasmian sahaja, mungkin hanya untuk menunjukkan muka kepada Presiden nya sahaja.Dalam suasana Umno telah berusaha membuang budaya bodek, seorang dua pemimpin PAS Terengganu masih berpegang dengan amalan jijik tersebut.

Namun kami sekeluarga hadir semenjak malam ceramah lagi dan bermalam dirumah keluarga di Bandar Kuala Terengganu.

Paling menarik ialah contoh yang ditunjukkan oleh Presiden, diwaktu malam ketika ceramah di Pekan Manir beliau telah membawa isteri keduanya bersama dan semasa hadir untuk merasmikan Ijtima' beliau telah membawa bersama isteri pertamanya.

Sekali lagi dalam ijtima' ke-13 ini muslimat dengan nada merayu kepada suami dan bapa yang berjuang dijalan Allah ini supaya memastikan isteri dan anak anak perempuan mereka untuk sama sama turun bersama menyertai perjuangan ini. Beliau amat sedih apabila ada pimpinan yang hanya membiarkan isteri dirumah dengan alasan kononya hanya beliau(suami) sahaja yang turun ke Medan.

Renunglah wahai muslimin dan para suami, ajaklah isteri( isteri-isteri) kamu untuk bersama-sama muslimat bergelumang dengan perjuangan ini.
Ayuh... marilah " Berubah untuk Kemengan Islam"

Oct 15, 2009

Murugiah saman Kayveas RM10 juta

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah semalam, memfailkan saman fitnah dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Parti :Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

:Saman itu adalah berhubung kenyataan media oleh Kayveas dan disiarkan beberapa media cetak dan elektronik yang didakwa Murugiah palsu dan berniat jahat.

:Ia difailkan oleh peguam Murugiah, Francis Pereira di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 2.30 petang.

:Murugiah, yang bertindak sebagai plaintif, dan menamakan Kayveas sebagai :defendan bagaimanapun tidak hadir sama di mahkamah bagi pemfailan saman itu.

:Dalam pernyataan tuntutannya, Murugiah mendakwa Kayveas telah beberapa kali membuat kenyataan palsu yang berniat jahat terhadapnya dalam beberapa sidang akhbar dan mengetahui bahawa kenyataan itu akan disiarkan dalam media cetak serta elektronik.

Murugiah, yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi PPP, mendakwa pernyataan berkenaan diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, The Star dan The New Sunday Times pada 10 Mei lalu, The New Straits Times Online pada 11 Mei serta di TV3 pada 9 Mei lalu melalui satu temu ramah.

“Penerbitan media yang dibuat adalah daripada kenyataan asal defendan yang mendapat kebenaran daripadanya (Kayveas) untuk diterbitkan dan dalam keadaan ini beliau bertanggungjawab terhadap semua penerbitan itu.

“Pernyataan yang dituturkan itu adalah jelas memfitnah yang bermaksud hendak merendahkan saya yang memegang jawatan sebagai senator, timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi PPP.

“Akibat daripada itu, ia telah mencemarkan nama baik saya dan membawa saya kepada satu penghinaan dan menjejaskan reputasi saya,” katanya.

Sehubungan itu, selain memohon ganti rugi am sebanyak RM10 juta, Murugiah juga memohon ganti rugi teruk atau teladan, kos lain dan injunksi untuk menghalang fitnah seumpama diterbitkan lagi.

Oct 14, 2009

Bagan Pinang : Beberapa Komen dari Pembaca Harakahdaily

1. Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam.

2. Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang:

i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau.
ii)Kekurangan orang tempatan ke depan salah satu sebab punca kekalahan,orang luar sukar mempengaruhi orang tempatan
iii)Rasuah yang berleluasa
iv)Peras ugut
v)Kurang isu tempatan di ketengahkan
vi)Popularity ISA dikalangan orang tempatan,sebenarnya bukan BN menang tapi ISA ATAU RASUAH yang menang. - said dali.

3. Pandangan saya:
# Petugas PAS yg berasal dr kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang amat sedikit. perlu tubuhkan lebih banyak cawangan dan latihan gerak kerja berhadapan masyarakat awam.
# Calon PAS kurang dikenali di kalangan rakyat NS.
# PAS silap tanggapan terhadap rakyat di bahagian selatan. PAS menganggap strategi di kawasan utara dan timur boleh digunakan di selatan.
# PAS dan Harakah memainkan isu calon BN.
# PAS tidak mengambil berat pendapat penganalisis politik. Mereka berkata bahawa isu peribasi bukan senjata utama dalm PRK Bagan Pinang.
# PAS gagal mempengaruhi orang Melayu.
# Ugutan BN buat rakyat takut undi PAS.
# PAS terlupa di sebalik isu calon BN, takkan tiada langsung kebaikan atau jasa yang calon BN pernah lakukan.
# PAS sepatutnya memilih calon yg berasal dari Telok Kemang/Bagan Pinang sebagi calon PAS. -an,mohd.

4. Salam. Elok juga bermuhasabah selepas kekalahan. Ada hikmahnya tewas kerana sekurang - kurangnya semua pihak di dalam parti akan terus berkerja. Mudah - mudahan kita akan sedar dari lamunan. Wassalam. -BUDAK LARKIN.

5. Pandangan saya kekalahan PAS:

1. Rakyat masih boleh menerima UMNO.
2. Pakatan Rakyat gagal mematahkan serangan media dari UMNO.
3. Perjuangan mendapatkan keadilan bagi daftar pemilih belum tercapai.
4. DAP jangan mengeluarkan isu sensitif mengenai Agama Islam.
5. PAS mesti bijak dalam melaksanakan perkara yang melibatkan Agama Islam kerana orang Melayu Islam sendiri lemah dalam ilmu.
6. Pemimpin-pemimpin PR belum mendapat keserasian lagi dalam pakatan dan saling serang menyerang di dalam media.
8. Pakatan Rakyat mesti mempunyai satu medium supaya suara rakyat dapat disalurkan terus kepada pimpinan tertinggi PR dan bukannya rakyat bebas menggunakan blogger menghentam pemimpin sendiri.Akibatnya isu yang kecil menjadi barah kepada penyokong sendiri dan menjauhkan rakyat mendekati PR. - meriam buluh.

6. Salam,Sedikit komen membina untuk parti PAS:

1. Untuk next election (no matter which DUN/Parlimen) jgn mulakan provokasi terhadap parti lawan, tangani setiap provokasi pihak lawan dgn bijak dan berilmiah.

2. Seperti komen an.mohd, guna pakai strategi yang berlainan di setiap kawasan/negeri kubu kuat jentera pihak lawan (sekadar peringatan semula)

3. Hormati pihak lawan, lebih guna perang psikologi berbanding perang botol dan parang. Jentera pilihanraya di nasihatkan supaya lebih peka dengan isu provokasi pihak lawan tetapi bukan atasinya dengan provokasi semula atau peperangan. Tunjukkan sifat yang murni dan baik untuk pihak lawan berasa hormat sehingga pihak lawan berasa segan dan malu untuk terus berprovokasi. Seperti yang diamalkan oleh Rasullulah dalam berdakwah (Why not kita contohi baginda?)

4. Sememangnye pihak lawan sanggup buat apa sahaja untuk menang (fitnah & janji palsu) tetapi JANGAN SEKALI KALI SAMPAIKAN PADA MANA-MANA PENGUNDI TENTANG KEBURUKAN PIHAK LAWAN. Ape yang perlu disampaikan ialah cuma menyatakan harapan sokongan dari mereka dan akan melakukan yang terbaik samada dari segi pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit. Pengundi kini semakin bijak. Pihak lawan fitnah kita atau berkata buruk tentang kita tetapi kita bersikap sebaliknya, Pengundi akan menilai siapa yang buruk sebenarnya (what comes around goes around). Berpolitik lah dengan jujur.

Apa yang baik sama-sama kita amalkan semoga mendapat keredhaaNya. - Gold Digger-KL.

7. Saudara,Antara punca kekalahan PAS di bagan Pinang adalah:-

1. PAS tidak membuat groundwork menyantuni hati rakyat disana.Program program kebajikan perlu dipergiatkan disana.Kekutan Hamas dan HIsbollah adalah disebabkan aktiviti aktiviti begitu.

2. Tiada teamwork.PAS dilihat bekerja sendirian dan kurang penglibatan dari komponen PR yg lain.Pasal apa? Adakah sebab ego?

3. Gagal menyampaikan mesej kepada rakyat.Malahan isu isu penting saprti kematian Teoh Beng Hock dan isu memijak kepala lembu oleh UMNO di Shah Alam pun tidak menarik perhatian rakyat tempatan.Perlu bua tkajian utk memahami stail pemikiran rakyat sana.Wallahualam. - rozlan abdullah.

8. As'kum,Saya saadin, asal kg Salor, Kota Bharu dan menetap di Kuala Lumpur.

Saya ingin melahirkan kekecewaan terhadap kekalahan untuk memenangi DUN Bagan Pinang. Kata orang takdir itu ditentukan oleh Allah SAW, namun begitu, setiap kejadian tentu ada sebab musababnya.

Terlintas di fikiran untuk berkongsi bersama dalam menterjemahkan situasi yang berlaku di Bagan Pinang. Dari pengamatan yang sayup sayup, Pemilihan DUN Bagan Pinang diibaratkan seperti pertempuran antara kuasa Negeri dan Pusat. Jarak antara Bagan Pinang dengan Putrajaya dekat sekali berbandingkan dengan Kelantan, yang mana kuasa PAS yang terdapat di Kelantan. Faktor kesedaran dalam pemikiran terhadap pengundi di Bagan Pinang telah awal awal lagi dipengaruhi oleh agen Barisan Nasional.

BN tak sepatutnya menang. Ungkapan ini telah terlintas difikiran saya selepas percalonan TS ISA di pilih untuk mengekalkan DUN Bagan Pinang. Faktor tersebut makin bertambah yakin selepas mantan PM Tun Dr Mahathir, tidak menyukai terhadap percalonan tersebut. Bagi saya, secara jujur berpendapat bahawa, setiap Ahli DUN atau Parlimen yang telah melakukan kesalahan seperti korupsi, sex, jenayah, pecah amanah dan lompat parti, TIDAK perlu memberi pengampunan jika disabitkan kesalahannya dan di jatuhkan hukuman.

Persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku akan sedikit sebanyak mempengaruhi kepimpinan beliau kelak. Justeru itu, tiada pengampunan terhadap beliau, meski pun dalam ugama kita, ianya masih diberi peluang terhadap kesalahan yang dilakukan untuk bertaubat.

Punca kemenangan BN, antara yang saya fikirkan adalah:

1) Pengaruh MEDIA terhadap BN, yang sekali gus ianya berjaya menambat hati pengundi
2) Pengaruh TS ISA terhadap rakyat yang mengenalinya dari segi mengambil tahu permasalahan penduduk Bagan Pinang.
3) 35% pengundi pos, yang mana pada awal awal lagi ianya menjadi strategi BN untuk mendapatkan bonus kemenangan BN
4) Pengaruh turun padang yang dilakukan oleh BN dikalangan MT dan Menteri/Timbalan, sekali gus berjaya menambat hati pengundi.


Apabila rakyat dipengaruhi, segala apa boleh berlaku. Itulah yang terjadi di Bagan Piang. Soal betul atau fitnah tidak menjadi soal, asalkan ianya berjaya menambat hati pengundi. - saadin.

9. Salam,
1] Syabas dan taniah kepada semua pengundi2 dan penyokong Pas kerana kekalahan itu sebenarnya adalah kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
2] Punca kekalahan Pas sebenarnya adalah bukan kerana faktor calon itu yang tidak dikenali, yang tidak bersih tapi bersih dari segi rasuah dan juga berpendidikkan.Ia nya berpunca daripada kejahilan penggundi2 itu sendiri yang tidak kenal mana kaca mana permata.
3] Punggundi yang menggundi Isa Samad telah jauh daripada rahmat Allah s.w.t.

Kesimpulannya, kekalahan Pas sebenarnya adalah kejahilan agama penggundi2 BN itu sendiri.Semoga Allah memberi segala taufik dan hidayah kepada penyokong2 BN semuanya. - Pas for All,ahmad syukri.

10. Assalamualaikum, sebenarnya sebelum pilihan raya bermula, saya sudah beranggap bahawa PAS akan kalah. Bukan saya mahu PAS kalah, tetapi dgn isu yang pihak PAS mainkan tak ubah seperti isu yang UMNO/BN mainkan di semua pilihan raya kecil sebelum bagan pinang. Saya membaca response dari pembaca dan saya bersetuju dengan pendapat Gold Digger-kl. bagi saya PAS kali ini:

- Menyerang Peribadi seseorang.
- Kurang mempromosi calon PAS di ONLINE sampai ramai yg tertanya-tanya siapa calon PAS tuh.
- PAS sepatutnya bersatu padu. Biarlah segala apa keputusan adalah sebulat suara dari semua negeri, Bukannya PAS kedah dgn kedahnya, kelantan dgn kelantannya, selangor dengan selangornya.
- Mungkin PAS dapat ketengahkan calon yang akedamik dan agama nya kuat. Orangnya perlulah fresh bukannya dari bekas mana-mana parti politik seperti di parlimen pasir mas.

sebenarnya banyak lagi yang saya fikirkan. tetapi saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. mungkin lain kali saya akan meluahkannya lagi.sekian terima kasih. - m arif.

11. Tak mengapa kalah sekali sekala, bukankah kekalahan itu anak tangga pertama untuk menuju kejayaan. Jangan menjadi seperti Yahudi, langsung tidak boleh menerima kekalahan. Dah cukup 7 kemenangan yang ada sebelum ini, cuba lah bersyukur. Malah Nabi kita baru perang ke 3 dah kalah.. apatah kita� dah 7 kali menang� tak usah laa tamak seperti UMNO tu..!! - Azman Hashim.

12. Salam.saya cuma nak tambah satu sahaja.antara punca yang saya rasa paling utama kekalahan pas ialah kita kurang melibatkan Allah dalam prk ini dan juga prk2 atau pru kebelakangan ini.kita lebih tumpu kepada persiapan material dan fizikal sahaja.kalau setakat itu sahaja kita tidak jauh beza dengan amno.kita kena libatkan Allah,jangan dipinggirkan Dia.maksud saya Allah melihat tindakan kita betul2 hendakkan islam atau tidak.Bukan sekadar ceramah,kempen,penerangan,tapi yang lebih penting,solat hajat,doa,munajat,zikir,tahajud,kehadiran kita ke masjid dan pelbagai amalan lagi yang menunjukkan kita ini benar2 hendakkan islam.bukan hanya melaungkan takbir,nak kepada islam,tetapi muka kita tak pernah nampak di masjid.hanya nampak di tempat ceramah sahaja.Kalau kita cuma mengatakan kita nak kepada Islam,tapi tindak tanduk kita menampakkan kita pun lebih kurang dengan orang amno,orang amno tak pi masjid,kita pun tak pi masjid,anak bini orang amno tak tutup aurat kita yang pas pun tak kisah juga,maka kita akan berdepan dengan banyak kekalahan lagi. - Mat Lah.

13. PAS perlu mengambil ikhtibar di atas kekalahan yang berlaku, selain itu suara di pihak bawahan perlu juga di ambil kira ini kerana bila berlakunya pilihanraya bukan sahaja pertandingan di antara PAS dan UMNO tetapi melibatkan Pakatan rakyat dan BN. Ahli-ahli PAS mungkin setia pada pemimpin atasan tetapi bagaimana pula dengan parti-parti lain yang ada di dalam PR, adakah calon yang dipilih sesuai ataupun tidak, popular ataupun tidak dan factor-faktor lain perlu di ambil kira oleh PAS khususnya dan PR amnya. Gerak kerja kempen perlu diperkemaskan lagi dan tidak tertumpu pada sesuatu isu sahaja sedangkan mungkin rakyat ingin mengetahui apa kebaikan atau kebajikan yang mereka perolehi sekranya mengundi PAS. Jadi sama-sama kita fikirkan dan terus berjuang memartabatkan bangsa dan agama Insyaallah. - Orang muda.

14. Elok sangatlah jika buat Post Mortem, tapi setahu sayalah... memang susah nak matikan Mat Isa, macam saya kata tempuhari.. samalah macam nak rampaih Kepala Bataih dari Pak Lah... memang tak boleh.. kerana otai-otai sana respect abis kat aruah Mat Bedui (Ahmad Badawi) dan memang pun patut di hormati... kerna Mat Bedui ini sekolah pondok... baca khutbah tak pernah ada teks di tangan.... mau jumaat atau pun raya... itu lah kekuatan Mat Bedui... oleh kerana sikap bapak dia maka anak pun di hormati macam bapak dia...

Samalah dengan Mat Isa, hangpa toksah duk kata apa lah... depa cuma nampak Mat Isa tu bagiuh, kerana orang kampong depa, kenduri kendara kampong dia tak pernah miss.. tu saja.. Kg Bgn Pinang duk macam tu dah 21 tahun aku di sini..., sama lah dgn Kg Baru Sirusa.... yg banyak tanah kena juai kat orang pendatang... last2 Kg Bgn Pinang dan Sirusa jadi hak milik orang pendatang... sama lah macam Kg Paya di PD..

Rasuah.. semua oghang tau, lani duk jaja.. kalau kat Bgn Pinang tak ada istilah RASUAH.......

Tu tak cerita lagi pasai genster depa... nak cakap pun malaih... bagi depa Subuh ka, zohor ka, maghrib ka, isya ka... sama saja.. tapi kalau raya gerenti ada. - Ayahcu. _

BAGAN PINANG: Kenyataan Media Presiden PAS


Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.


Presiden PAS


Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini _

Oct 13, 2009

Tiga Faktor Utama di Bagan Pinang- Ong Kian Ming



Tiga faktor utama

OngKian Ming mengenal pasti tiga faktor utama yang mendorongkan pengundi beralih menyokong BN.

Calon PAS PRK Bagan Pinang Zulkifli Mohamad Bin Omar dan Pengarah Operasi PRK N31 Dr. Zulkifli Ahmad





Gambar Bawah 3 Orang Pengarah Pilihanraya PAS. Dato' Halim Abdul Rahman (Ketua Pengarah JPP) HJ Solahuddin Ayub ( Pengarah Induk PRK N31) dan YB Dr. Zulkifli Ahmad ( Pengarah Operasi PRK N31)

1-Kehadiran Isa yang begitu lama di kawasan tersebut serta merupakan bekas menteri besar. Isa juga merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang.


2- Kelemahan calon dan jentera pilihanraya PAS.

3-Isu-isu tempatan yang dianggap lebih penting daripada isu-isu nasional seperti insiden perarakan kepala lembu di Shah Alam dan kes kematian Teoh Beng Hock.

Mengenai undi pos pula - yang merupakan hampir 40 peratus pengundi Bagan Pinang - Ong berkata, reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan popularitinya ketika menjadi menteri pertahanan, menjamin Umno mendapat sebahagian besar undi berkenaan.

Isa mendapat 3,521 undi pos manakala calon PAS Zulkefly Mohd Omar hanya memperolehi 601 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, BN mendapat 3,080 manakala PAS memperolehi 1,189 undi.

Ciri-ciri Mukmin - Poster Bagan Pinang.

Banyak-banyak poster dan banner di Bagan Pinang, inilah satu-satu Banner yang menarik perhatian bagi ku.

Tertarik kerana poster ini menampakkan Gambar PM mengziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang sedang telantar di Hospital.

Lagilah tambah menarik kerana pada banner ini juga diselit maksud Hadis yang di Riwayatkan oleh Bukhari:

" Ciri-ciri mukmin yang sejati ailah menghormati tetanggany, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki keperihatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya disekitarnya"

Pada ku hadis ini lebih menarik dan semakin lunak jika dibaca bersekali dengan Ayat dibawah
“ Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. ”( At-Tahrim : 6 )

Kemudian kedua-dua hadis dan ayat diatas disekalikan dengan ayat dibawah pula untuk melengkapkan lagi banner yang menarik itu.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat(Surah al-Nur : 31)

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita siapa yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan.......

Aku dilahirkan dari keluraga Umno, InsyaAllah aku tidak melahirkan keluarga Umno.

Oct 12, 2009

Peranan Blogger di Bagan Pinang.

Kalau dalam setiap PRK sebelum ini yang mana PR mencapai kemenangan demi kemenangan bermula Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan terakhir di Permatang Pasir. Dalam 7Prk yang dimenangi tersebut ramai blogger yang mendakwa mereka tidak diberi tempat yang sewajarnya malah peranan mereka juga langsung tidak dihargai oleh Sekreteriat PRK tersebut.

Dalam tulisan ringkas ini, saya dimaklumkan bahawa di Bagan Pinang N9, peranan blogger sudah dihargai dan diberi tempat yang sangat wajar.Malah menurut teman-teman yang berada disana blogger pro Pakatan telah mengusai Markas Operasi Induk.Malahan ada yang mendakwa lebih dari itu blogger Pro PR telah bertindak menjadi penasihat kepada halatuju gerakkerja Kempen Di Bagan Pinang.


Cuma perlu difikir bersama, sejauhmana keberkesanan blogger PR ini mampu menarik undi untuk PAS dalam PRK Bagan Pinang yang kadang-kadang ada juga yang terlalu laju membuat provokasi sendiri.

Komen dari blogger yang terlibat dialu-alukan.
Terima Kasih

Keputusan PRK N31 Mengikut UPU

Klik pada imej untuk mendapat yang lebih jelas
Keputusan ini dipetik dari blog kalam Perantau, cuma sesuatu yang sedikit berbeza adalah peratusan keluar mengundi oleh spr adalah 81.6% berbanding dengan yang ini 79.13%.

Marilah kita semua terima hakikat bahawa sememangnya pengundi Bagan Pinang masih mengundi BN dan menolak PAS.

Oct 7, 2009

SPR makin berbelit-belit


Kenyataan Wan Ahmad Wan Omar yang tidak cerdik dan berbelit-belit


Tegas beliau lagi, jika benar dakwaan berlakunya pertindihan nama yang didaftarkan di dua kawasan menggunakan dua kad pengenalan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan dengan membersihkannya daripada senarai daftar pemilih.

"Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.

"Misalnya seseorang anggota tentera itu masih aktif, kita akan potong namanya dalam senarai daftar pemilih awam...itu senang sahaja," katanya.

Wan Ahmad buat tak faham apa yang dijelaskan oleh YB Solahuddin.Apa yang dimaksudkan oleh beliau pertindihan lebih 500 itu adalah dalam Dun Bagan Pinang.Maksudnya yang didaftar dengan IC tebtera pun di Bagan Pinang dan Yang didaftar dengan IC awam pun di DUN Tersebut juga.

Kalau dah YB Solahuddin kata ada bukti, sepatutnya SPR mintalah bukti tersebut, bukan nya SPR pulak berlawan dengan PAS. Bagi saya amat 'Komang spanar' dan sangat ' Dok rok cetong' Wan Ahmad sebagai orang besar SPR tidak mampu menyediakan satu perisian yang boleh mengesan pertindihan atau nama berulang-ulang tersebut. Isk....isk....wat malu orang Teganung je ayah Wang ni.....

Oct 6, 2009

Marilah Sama-sama kita Bersolat Hajat Untuk Islam

Kepada semua Umat Islam di seluruh Dunia marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah dengan bersolat hajat untuk kemenangan Zulkifli Omar dari Parti Pas dalam Pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Disamping kita melaksanakan tugasan seharian, lalu akhirnya kita serahkan urusan ini dengan bersolat hajat kepada Allah memohon di beri keselamatan dan seterusnya diberi Kemenangan Isya'Allah.

Zulkifli Mohamad bin Omar dan Isteri

Oct 5, 2009

Runtuh Lagi: Dok Rok Cetong

Inilah Negeriku Terengganu, satu persatu ianya runtuh. Sebabnya akhlak pemimpin Negeri sendiri sebenarnya sudah runtuh..

Apa kata sidang dun akan datang di bentangkan satu usul untuk menukar kepada Terengganu Darul Runtuh.......? Minta Komen dari Adun Ajil.


Memang Sah Azeez berbohong [gambar]


Kelihatan Azeez dan Ismail Sobri dalam keadaan ceria bertemu Solahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat.Gambar ini dirakam di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson.Azeez mendakwa bahawa beliau diserang ketika menuju ke Dewan tersebut,
[ Gambar di petik dari laman rasmi PRK 31 ]
[Sementara artikel pula di petik dari laman malaysiakini]

Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

PRK Bagan Pinang BN 1 - PAS 2

Pertama : Gambar ini dipetik dari blog kekanda Al-Brangi,


Semasa hari pernamaan calon jelas kelihatan PAS/ Pakatan sudah mengdahului BN.Kekanda Al-Brangi mempersoalkan tenyang pakaian ISa Samad.

Namun satu perkara yang sangat besar dan mungkin tidak disedari adalah dalam gambar Isa menunjukkan isyarat 1 dan Haji Zul menunjukkan Isyarat 2.
Ini dah jelas BN masih 1 dan PAS sudah mendapat 2.

Oct 1, 2009

Selamat Bertugas Di Bagan Pinang-Hapuskan ISA

Kepada semua pertugas Pakatan Rakyat diucapkan selamat bertugas. Jaga Kesihatan dan jaga keselamatan.

Seperti yang ditulis sebelum ini, UBN akan buat 'apa saja' untuk memastikan mereka kekal menag di Dun Tersebut.

Seandainya UBN tewas di PRK BP itu nanti maka sah lah sudah bahawa umno /BN akan bungkus dalam PRU ke 13 nanti.

INGAT Matlamat Pakatan Rakyat di Bagan Pinang adalah :

Mungkin ini juga caranya/peluan bagi penentang beliau dalam UBN untuk terus melenyapkan karier politik beliau dari persanda politik Tanah Air.