Nov 29, 2009

Seloka Aurat

Tak kiralah PAS ke PKR ke Umno ke...

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap
,Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.


Dipetik dari laman naeim

Lompat lagi ? Apa Nak Jadi hah?

Dua Orang Kuat PKR Papar Sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua 'orang kuat' PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN).

- Apa nak jadi ? Lompat sana, lompat sini...berapa lagi mau lompat daaa menjelang pru 13?

Hishammuddin - Menteri yang sangat Pelupa

Ini satu lagi kes seorang menteri yang sangat pelupa.Menteri ini berasal dari Johor dan merupakan ahli Parlimen Tenggara.

Tak semena-mena beliau berkata konspiras Kolonel MAT yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz adalah merupakan satu helah untuk menutup pepecahan dalam PAS.

Hishammuddin membuat kenyataan tersebut pada hari raya haji kedua di Masjid Tok Jembal Kuala Terengganu ketika menunaikan ibadat korban.

Hishammuddin jenis pelupa tahap 1, kelas pertama, sepatutnya beliau menyedari kenapa pada hari raya haji kedua beliau sudah berada di Kuala Terengganu untuk menunaikan ibadat Kurban. Beliau sepatutnya pada hari raya petama dan kedua menunaikan ibadat korban di Bahagian beliau di Tenggara. Kenapa? tidak begitu? kerana umno Terengganu berpecah 3. ye telah berpecah 3. Hishammuddin di bawa dari pusat seolah-olah ada lampu aladdin untuk menyelesaikan kemelut Umno Terengganu, tapi jenis tak sedar diri, jenis melayu mudah lupa bahawa umno itu sendiri yang berpecah.

Kalau tidak masa kan Idris tak hadir, Tengku Putera tak hadir , pimpinan tertinggi umno negeri dan ketua bahagian tidak hadir bersama Hishammuddin , kenapa? mereka ada jawapanya.

Hishmmuddin sepatutnya sedar kenapa beliau yang dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu, kenapa? kerana eebahagian besar pimpinan umno Bahagian tidak dapat menerima Ahmad Said sebagai ketua perhubungan, umum sedia maklum satu-satunya MB yang tidak menjadi ketua perhubungan umno adalah negeri Terengganu. Hishammuddin patutnya sedar apabila sebahagian besar ketua perhubungan tidak boleh terima Ahmad Said itulah yang dinamakan pepercahan. Itulah sebenarnya perpecahan. Sekarang Hishammuddin juga mesti cari, mesti siasat ada pula usaha untuk melemahkan beliau sebagai ketua perhubungan Umno Terengganu. Beliau dilihat lembek dan lembut dalam bertindak, malahan umno Terengganu dok "merrit' pun dengan beliau.

- kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi -
-Jangan berak merata-rata-

Nov 28, 2009

Ayah dan Ibu

Sempena Idul Adha 1430.
(Semoga selamat di Tanah Suci)

Ayah Dan Ibu ..Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapat Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Ayah Dan Ibu...Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapatl Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu , Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu, Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Ayah Dan Ibu , Ayah dan Ibu
Wali , wali Keramat
Pada Mereka Kita Beri Hormat
Ahai.......

Pakailah Tunjuk Ajar Dan Nasihat
ahai.....
Supaya Hidup
Supaya Hidup Kita Akan Selamat...

dengar sini

Nov 26, 2009

Mustafa Mohd adalah Melayu Pelupa

Membaca petikan kenyataan Mustafa Mohd, selaku Ketua Umno Kelantan mengesahkan bahawa beliau adalah juzuk daripada Melayu mudah lupa.

"Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed."

Mustafa samada lupa atau sudah pening-pening lalat selepas beberapa bulan kembali memimpin umno Kelantan. Tidak 100% ketua bahagian di Kelantan bersama beliau.

Mustafa sudah lupa ke? semasa kemelut segelintir puak anti Pak Lah mendesak supaya Pak Lah segera berundur dari jawatan PM? Semasa itu ramai yang jadi sawan dan hilang akal mendesak PAk Lah berundur selepas kekalahan teruk PRU 12. Pak Lah pada mulanya merasakan Najib akan mempertahankan beliau, rupa-rupanya tidak sebab Najib tidak sabar-sabar untuk mengambil kerusi pertama negara itu. Pada masa yang sama serangan bertubi-tubi juga datang dari bekas PM mahathir Mohd. Sehinggakan Mahathir bertindak keluar dari Umno.

Kemelut politik terus menular apabila Naib Presiden kanan ketika itu Mahyddin Yassin juga mendesak supaya Pak Lah melepaskan jawatan kerana beliau mengidam jawatan timbalan Perdana menteri.

Pada masa itu Mustafa lihat apa? Mustafa nampak apa? umno hilang pedoman, macamana pula dengan urusan kerajaan Malaysia, apa jadi nya? pada masa itu juga menteri menteri BN sibuk berpolitik. Apakah Mustafa tidak nampak ke? Mustafa buta ke?

Tidak, Mustafa tidak buta, Mustafa nampak semunya, tetapi Mustafa Mudah lupa.....(0 )

BERWUKUF DI ARAFAH

Untuk dikongsi bersama :

Arafah merupakan tempat yang sangat penting pada ibadah Haji, dimana di Arafah ini jamaah haji harus melakukan Wukuf. Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membezakan hanyalah kualiti imannya.

Wukuf secara harafiah bererti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.Pada saat wukuf disarankan untuk memperbanyak doa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan. Juga memperbanyak taubat memohon ampunan Allah SWT.Sebab saat wukuf adalah saat yang utama untuk berdoa, memohon ampun dan bertaubat.


Selain itu juga perbanyak ibadah lainnya seperti membaca Al Qur'an, takbir, tahmid, tahlil dsb. Selama wukuf jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak baik atau tidak sesuai dengan kesucian ibadah saat Wukuf.

Adapun keutamaan Arafah adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah".
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah".

Arafah berjarak sekitar 25 km di sebelah Tenggara Makkah dan merupakan padang pasir yang amat luas dan di bahagian belakang dikelilingi bukit-bukit batu yang membentuk setengah lingkaran.Saat ini sudah ditanami dengan pohon-pohon.

Pada musim haji di bawah pohon-pohon inilah dipasang khemah. bagi yang tiada khemah cukup berteduh di bawah pohon. Untuk mengurangi panas di setiap sekitar 20 meter dipasang pipa setinggi 6 meter yang diatasnya memancar air halus yang mirip gerimis, dengan tujuan menurunan suhu di sekitarnya.

Pancaran air ini sangat bermanfaat dan dapat mengurangi banyaknya jamaah yang terkena high stroke (tiba-tiba lemas karena matahari yang panas)


Kemuliaan Langit Arafah di Saat Wukuf

Wukuf adalah puncaknya haji. Secara fisik, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)

Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke syurga atau neraka. sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu zuhur dan asar.

Disini masing-masing jamaah dipersilahkan untuk mengkondisikan dirinya berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.

Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.

Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “

Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :

Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)

Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.

“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
Insya'Allah kita kesana lagi.

(Sumber : Rahasia Haji, Imam al-Ghozali)

Nov 25, 2009

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – moga awan berarak lalu

Oleh Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.

Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.

Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.

Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.

Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.

Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.

Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.

Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.

Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.

Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.

Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.

Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.

Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.

Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.

Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.

YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.

Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.

Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.

Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”

Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..

Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.

Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.

Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.

Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.

Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.

Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

Sumber : http://nikabduh.wordpress.com/

Apa kena Harakah bil 1491 ? / 6-9 Zulhijah

Harakah cetak membuat kesilapan besar lagi.Pada keluar ahad 23 Nov yang lalu Harakah cetak telah membuat pembaziran ruang yang sangat besar. Apa kena dengan Harakah.Lihat bagaimana Fikrah 16 dan Fikrah 18 menyiarkan artikel yang sama melalui kolumnis bersama Ustaz Idris Ahmad.


Cuma F16 dengan tajuk Fokuskan agenda parti ( hitam putih) sementara F18 pula dengan tajuk Fokus agenda parti keutamaan sekarang(warna). Ingatlah sikit Harakah ini adalah lidah rasmi Jamaah Islam keluar pun 2 kali seminggu, bukan hari-hari pun.



Menurut satu maklumat pula ada segelintir wartawan Harakah yang lebih suka berblog dari menumpu kerja-kerja memfokuskan penerbitan Harakah.Malah dimaklumkan juga ada wartawan Harakah yang telah menyerang organ parti melalui blog beliau. Bukan semua wartawan begitu, tapi ada yang begitu.

beberapa kesilapan juga dikesan apabila tidak menggunakan bahasa Malaysia yang betul apabila huruf permulaan Ustaz Idris Ahmad itu sendiri masih kekal berminggu-minggu dengan huruf kecil. Mulanya ingatkan satu kesilapan yang tak disengajakan, namun dah berminggu-minggu begini ianya sah sesuatu yang disengajakan.

Nov 24, 2009

Mana Lebih Mulia antara dua Tok Guru ini ?

Mana Lebih Mulia antara gemuloh Tok Guru Hj Lah Lubok Tapah berbanding pengasas Pondok Maheliah , Geting, Haji Abdullah Sa`amah yang melabelkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai terlalu takbur ???

Panduan Ibadat Korban

Sumber asal dari kitab Arab, “Fathul Mueen a Fikh”
Pengarang : Shiekh Zainuddin al-Malbari

Pengenalan Ibadat Korban

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.


Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.


Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.

Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.

Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

Orang yang menjalankan ibadat Korban.

Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.


Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”


Terkenang semasa dulu

Terkenang Semasa Dulu : Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-2 Di Masjid Rusila , Marang Tahun 1992.


Nov 23, 2009

Ustaz Nasaruddin Stabil di IJN



Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa kini dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut doktor yang merawat beliau, keadaannya tidak begitu membimbangkan. Beliau tidak mengalami masalah serangan jantung. Mungkin keletihan disebabkan tidak cukup rehat menyebabkan otot di bahagian dada beliau mengalami kesakitan.

Nasharudin kini ditahan di IJN untuk mendapat rawatan lanjut. Pagi tadi beliau dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian dada ketika mengikuti sidang Parlimen dan di bawa ke IJN oleh ambulan kira-kira pada pukul 11:45 pagi.

TG Nik Abd Aziz mengambil Langkah Bijak

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya,".katanya.

- Itulah kelebihan perjuangan Islam-

Nov 22, 2009

Menyanggah perumpamaan jelek kisah Tun Teja, Hang Tuah dan Megat PA

Perumpaan yang sangat tidak waras dan menggunakan akal semata-mata didalam membuat perumpamaan dengan membandingkan Perjuangan Islam PAS adalah sama dengan Tun Teja, anak Dato Bendahara Negeri Pahang.

Suci sangatkah Tun Teja sehingga ada yang merampu-rampu menyamakan wanita lagenda itu dengan perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di Bumi malaysia ini.

Ini satu penghinaan kepada pejuang Islam, tidak waras samasekali bila perjuangan yang berpandukan Al-Quraan dan Hadith ini disamakan dengan seorang gadis yang sanggup meninggalkan keluarga dan sanggup mengikuti jantan lain meredah lautan , malam berganti siang, siang berganti malam.

Sementara bagi jantan itu pula, apa hukum apakah panduan apabila sanggup melarikan tunangan orang. Haram hukum nya melarikan tunangan orang samada untuk diri sendiri atau orang lain. Saya tidak pasti pula apa ugama Hang Tuah. Menurut satu sejarah pula Hang Tuah telah mengunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja.


Inilah akibatnya sekiranya penulis hanya menggunakan akal dan nafsu semata-mata. Saya yakin penulis ini jauh sudah meninggalkan amal jamaei, walaupun dia mengaku pernah bersama Jamaah seketika dulu.
Penulis yang membuat perumpamaan ini juga sepatutnya mengetahui cerita yang berlaku semasa Tun Teja dan Hang Tuah sampai di Melaka. Apa jadinya? Selepas bermalam malam meredah lauatan , hujan dan panas [ ]akhirnya mereka berdua tiba di Melaka dengan baju dan kain yang di pakai oleh Tun Teja habis koyak rabak dek terkena ribut di lautan maka tercompang campenglah pakaiannya , terbuka sana terbuka sini, bercalar-calar tubuh beliau, akhirnya sultan Murka dengan hang Tuah bila melihat keadaan itu.

Pengajarannya, Hang Tuah sanggup membuat apa sahaja kerana 'ketaatan kepada Makhluk'
Hang Tuah sanggup melarikan tunangan orang walau berdosa
Hang Tuah sanggup meredah lautan meskipun pakaian Tun Teja Koyak Rabak

Hang Tuah membawa Tun Teja menempuh ribut dilautan walaupun sampai tercalar-calar tubuh Tun Teja.

Ye betul, Hang Tuah bertindak menghalalkan cara. Nauzubillah.
Dimanakah Kuburnya...sedangkan Nabi Muhammad pun ada Makamnya.
Diakhiri dengan serangkap Pantun:
Tangkap Ikan Haruan
Dapat si Ikan Keli
Kalau salah haluan
Cari Tok Guru, belajar lah lagi.
.
.




Nov 20, 2009

Mencari Fikiran Dr Asri yang sebenar

Sebelum ini saya tidaklah mengambil tahu sangat tentang Dr Asri Mohd Zainul, tetiba ada satu artikel masuk kedalam email saya.

Email itu bukanlah dikirim oleh Dr Asri kepada saya, tapi dikirim oleh seorang penjenguk laman ini.

Pada saya tulisan awalnya hanyalah luahan biasa sahaja, maksudnya seperti mereka-mereka yang memberi pandangan dalam situasi semasa PAS.

Tetapi apabila melihat dan membaca bait-bait akhir tulisan mebuatkan saya berfikir panjang dan masih mencari-mencari kearah mana pemikiran beliau dan juga mencari-cari jawapan kepada persoalan yang beliau lontarkan.

Bersama ini disertakan persoalan yang dikemukakan diakhir tulisan tersebut:-

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

1.Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?


2.Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3.Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4.Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5.Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6.Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7.Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Apa sebenarnya yang hendak dinyatakan Oleh Dr.Asri?

tulisan asal beliau disini

Nov 18, 2009

Sekadar Minum Teh Tarik je!!!!!!


Jangan bimbang jangan gusar sekadar minum Teh tarik, bukan nak buat pakatan UG pun, usah resah gelisah, usah gundah gulana, usah meratap menghiba, usah bersedih pilu, ini bukan gambar Mustafa Ali, ini bukan gambar Ustaz Nasaruddin Mat Isa, ini bukan gambar Dato' Hasan Ali, ini bukan gambar Dr Haron Din, ini gambar orang lain tiada kena mengena .Sekadar minum teh tarik bersama, tak salah, tak marah, sembang-sembang saje....


Ini pula berita gempar minggu lepas, gambar dan berita ada kesinambunganya kan? ada, mesti ada mana boleh tak ada.

Gunalah Duit Sendiri : Ahmad Said

Membaca Kenyataan Ashaari Idris – Adun Langkap didalam Akhbar Sinar Harian lewat petang berkaitan dengan tajaan Haji Untuk Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menampakkan bahawa Exco kerajaan Terengganu bersikap dauble standard terhadap isu ini.

Dengan Tajuk Guna Wang Sendiri sepatutnya Ashaari lebih sedar bahawa MB Terengganu juga akan berangkat ke Tanah Suci pada tarikh yang sama dengan perancangan asal MB Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ashaari mungkin tidak sedar bila beliau mengulas demikian kerana Ahmad Said sendiri ke Tanah Suci bukan juga dengan duit sendiri.Mengikut suber yang sangat jelas Ahmad Said ke Mekah dengan tajaan sebanyak RM75,000. ( Ringgit Malaysia :Tujuh puloh lima ribu sahaja)
Atau mungkin juga sengaja Ashaari sengaja memperli Ahmad Said yang mempunyai wang sendiri yang sangat cukup itu untuk ke Mekah.Shaari mengambil tindakan memperli Ahmad Said mungkin beliau sudah terhidu bahawa beliaulah salah seorang exco yang akan digugurkan oleh Mat Said selepas Bajet 2010 yang akan di bentangkan disember nanti.

Walaupun mungkin ada perutukkan dari Kerajaan Negeri untuk membiyai beliau ke Mekah, tapi Gunalah duit sendiri seperti saranan Ashaari itu.

Ahmad Said tak patut juga ambil duit kerajaan, itu duit rakyat, boleh guna untuk lain-lain perbelanjaan untuk rakyat.Jadi kepada pencaci umno / pemuda Umno, wanita umno, puteri umno jom lah berdemo di Pejabat SPRM Terengganu bagi mendesak Ahmad Said supaya Guna Duit Sendiri. Elok sangat kalau demo ini diketuai oleh Adun Langkap yang bakal dipecat dari exco itu.
.

Nov 17, 2009

Rampas royalti: Dulu Terengganu kini Kelantan pula

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa tindakan kerajaan pusat merampas royalti petroleum di Terengganu sewaktu PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu adalah berunsurkan politik serta membelakangi perjanjian yang dibuat sebelum ini.

Abdul Hadi dalam ucapannya sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat petang semalam berkata, tindakan kerajaan pusat itu juga membuktikan hilangnya semangat federalisme dan semangat persaudaraan kerajaan pusat dengan negeri-negeri malah menganggap pihak pembangkang sebagai musuh.

"Kita perlu ingat bahawa pembatalan (royalti) ini berlaku hasil daripada perhimpunan agung Umno pada tahun 2000,apabila adanya cadangan dalam perhimpunan agung Umno, usul yang mendesak agar dibatalkan royalti petroleum di Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan kerajaan pusat," katanya sewaktu membangkitkan perkara B6 02200, 020200 unit perancang ekonomi dan perancangan ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang lebih malang tegas Abdul Hadi, setelah royalti itu dirampas dan digantikan dengan wang ehsan sewaktu Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), wang tersebut digunakan untuk kepentingan kroni Umno BN, tanpa mengutamakan rakyat yang berhak ke atas wang tersebut.

"Malangnya wang ehsan ini, bukan rakyat yang diutamakan tetapi kroni diutamakan kerana duit yang sama dikendalikan oleh tangan-tangan tertentu samaada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib melalui projek-projek yang besar dan mewah.Maka diutamakan kroni-kroni tertentu dan hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat.Ini ternyata berlaku di Terengganu,"tegasnya.

Beliau juga kesal kini Kelantan pula mengalami nasib yang sama dengan Terengganu suatu ketika dahulu.

Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan perkara yang sama menuntut agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob mengotakan janjinya untuk menjawab segala perbahasan mengenai isu royalti khususnya yang sedang dituntut oleh Kelantan.

Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab di atas perkara itu dan memberikan layanan yang sama rata terhadap Pakatan Rakyat.

“Layanlah kami dengan adil.Kami tidak pernah mintak perkara-perkara yang di luar perlembagaan,” katanya.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta laluan untuk mencelah namun tidak diberi ruang oleh Salahuddin.

Kata-kata Salahuddin “ini bukan debat budak sekolah menengah” menyebabkan Tajuddin melenting dan menuduh Salahuddin menghinanya dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Salahuddin bagaimana pun tidak menghiraukan kata-kata Tajuddin dan meneruskan ucapannya sehingga selesai

Panduan pencegahan Penyakit Taun

Apakah itu Taun?
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.



Apakah tanda-tanda dan gejala?
•Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.
•Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
◦Kadar nadi/degupan jantung yang laju
◦Kulit kering
◦Terlalu dahaga
◦Mata cengkung
◦Tiada air mata
◦Letih lesu
◦Teramat mengantuk / lemah
◦Kurang kencing
◦Cengkung bahagian ‘ubun ubun ‘ bagi bayi
•Kekejangan abdomen
•Loya
•Muntah
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?
•Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun.
•Kurang penjagaan kebersihan diri.
•Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan.
Komplikasi
•Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock )
•Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan.


Rawatan
•Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang.
•Berikan terapi Cecair Rehidrasi Mulut (ORS)
•Pemberian cecair cecara infusi intravena
•Pemberian antibiotik seperti; tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.


Bagaimanakah penyakit taun boleh di cegah?
•Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
◦Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan.
◦Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam
•Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
◦Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak
◦Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong)
◦Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan
◦Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang
•Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas
•Gunakkan air yang bersih sahaja
•Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja

Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit taun?
Jumpa Doktor anda dengan segera.

Nov 16, 2009

Ketua Wanita Umno Terengganu kena Taubat

DPPNT desak Fatimah segera bertaubat

Kejahilan membawa Padah.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mendesak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, Senator Fatimah Hamat bertaubat dan menarik balik ucapan beliau berhubung pemimpin tidak patut mencampuradukkan agama serta politik.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah menyifatkan, pandangan berkenaan sebagai berfikiran sempit dalam memahami Islam yang syumul terutama pemimpin politik.

“Ini adalah fahaman sekularisme, setahu kami sepanjang pemerintahan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, beliau tidak pernah mengucapkan perkataan seumpama itu.

“Kami merasa sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit memahami Islam yang syumul terutamanya pemimpin politik. Ini boleh menyesatkan akidah umat Islam,” katanya memetik dalam blog DPNNT.

Selain itu, DPPNT turut mendesak Majlis Fatwa Negeri Terengganu supaya bersuara bagi membetulkan keadaan.

Ia bagi memastikan masyarakat tidak terus terpesong.


* Apa Khabar Cik Gu Zali????

Lagi Runtuh di Terengganu.

Bermula dengan Stadium, kemudian menara telekomunikasi selepas Masjid kini balkoni bangunan tingkat 8 pula runtuh.

TELUK KALONG – Balkoni tingkat lapan International Training Centre (ITC) Teluk Kalong, Kijal, di sini, jatuh ke tanah berikutan angin kuat yang berlaku dalam kejadian lewat malam, kelmarin.

Sinar Harian yang menerima maklumat ada kejadian bangunan runtuh bergegas ke tempat kejadian dan mendapati hanya balkoni jatuh dan berada pada aras tanah tempat berkenaan.

Sementara itu, pengawal keselamatan International Training Centre (ITC) Teluk Kalong yang enggan dikenali berkata, balkoni berkenaan jatuh kerana angin kuat disebabkan lokasi kejadian berhampiran Pantai Teluk Kalong.

“Beberapa pekerja mengalihkan balkoni ke tempat selamat dan tiada yang cedera atau kerosakan berikutan kejadian itu ketika ia melayang jatuh ke tanah,” katanya.

Ahmad Said cadangan : Terengganu Darul Runtuh.

Pemuda Umno Kelantan Tak Cerdik

Pemuda Umno Kelantan tak Cerdik bila hantar memo kepada SPRM di Wisma Persekutuan semalam.
Kenapa tak cerdik, sebab SPRM sendiri dah buka fail untuk siasat penajaan haji kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Mengambil kata-kata Tok Guru Haji Abdul Hadi bahawa SPRM sangat peka dengan kerajaan PAS ni bila ada laporan maka mereka sangat cepat bertindak hingga 'terjun tak bertangga'.

Malahan Tok Guru Nik Ab Aziz sendiri secara tegas mengalu-ngalukan supaya penyiasatan disegerakan.

Mengimbau kejadian di Terengganu tahun 2003, ketika itu Tok Guru Haji Hadi jadi MB, satu laporan juga telah dibuat oleh Pemuda Umno Terengganu kononya ada penyelewengan pemberian konsensi balak oleh kerajaan Terengganu pada masa itu, pagi lapor petang terus siasat, akhirnya kosong dan BPR pohon maaf.

Pemuda Umno Kelantan kena fikir benda-benda yang cerdik sikit lah kalau tak ada kerja pun.Elok juga kalau Pemuda Umno Kelantan fikir macamana nak tolong Anuar Musa dan KAFA cari duit nak bayar denda kepada Perbadanan Stadium Bukit Jalil akibat penyokong Kelantan merusuh tempoh hari, itu kan nampak lebih efisyen.


Perancangan Halus :Tok Guru Nik Aziz Jadi Mangsa

Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Pula Cuba di "bunuh" oleh Politik Persepsi.


1. Setelah mereka [ musuh ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .


2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .


3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .


4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .


5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .


6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .


7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .


8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .


9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .


10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .






Nov 15, 2009

Bandingkan Lapuran Utusan Malaysia dan yang sebenar

Pengunjung diminta membuat perbandingan antara apa yang diucap oleh Tuan Guru Presiden dipetik dari blog trgkini dan yang dilapur oleh Utusan malaysia.
Sila buat pernilaian sendiri.

Rakaman Video blog trgkini




Lapuran Utusan Malaysia 14/11/2009Bai'ah tidak bercanggah ajaran Islam - Hadi
MARANG 13 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah sebagaimana diamalkan oleh ahli dan pemimpin parti itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, bai'ah talak tiga tidak pernah menjadi dasar atau konsep Pas sebaliknya parti itu mengamalkan bai'ah sumpah laknat.

''Dalam sumpah laknat ini, ia macam akad jual beli. Mereka yang menjadi calon atau pemimpin Pas perlu melakukan bai'ah untuk tidak mengkhianati perjuangan Islam selagi Pas tidak terpesong daripada ajaran Islam.

''Jika tidak, kita sendiri akan tolak Pas," jelasnya kepada pemberita pada majlis Dialog Bersama Presiden Pas di sini hari ini.

Mengenai kedudukannya dalam Pas, Abdul Hadi berkata, sebagai pemimpin nombor satu parti itu, beliau 'tidak goyah' meskipun terdapat pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya, semua peringkat bermula daripada akar umbi hinggalah kepada barisan pimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih memberikan sokongan padu kepada beliau untuk memimpin parti tersebut.

''Saya mendapat sokongan daripada semua kawasan kecuali satu (dalam Muktamar Pas di Shah Alam baru-baru ini), kalau ada calon lain yang mendapat pencalonan lebih besar tak (akan) jadi masalah.

''Yang menjadi masalah kepada saya ialah semua kawasan calon saya," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengakui walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Menteri Besar Kelantan itu, namun beliau mengibaratkan hubungan mereka sebagai isi dan kuku.

''Kami memang berbeza pendapat, itu perkara biasa, tetapi kami tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini," ujarnya

Pakatan senyap Pas, UMNO tidak berlaku

Pakatan senyap Pas, UMNO tidak berlaku

KUALA TERENGGANU – Pakatan senyap antara Pas dan UMNO tidak akan berlaku kerana Pas akan terus setia bersama Pakatan Rakyat (PR).

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pakatan senyap disifatkannya cuba membangkitkan semula isu kerajaan perpaduan.

“Pakatan senyap ini timbul untuk membangkitkan kembali kerajaan :perpa�duan dan isu ini sudah ditutup, kita pun tiada apa-apa hubungan dengan UMNO,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

:Pakatan senyap mula diperkatakan apabila pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya.

Memetik artikel berkenaan, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA serta Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak kaum Cina dipersoalkan.

Ariffin berkata, Pas dan UMNO tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Pakatan senyap yang dimaksudkan penulis terbabit menunjukkan bahawa akan ‘ada sesuatu’ antara mereka sekiranya ia dilaksanakan.

“Kami akan tetap menganggap UMNO sebagai musuh politik dan bersama dengan PR, tiada hubungan dengan UMNO serta tidak pernah ada hubungan dengan parti itu,” katanya.

Mengulas berhubung perpaduan Melayu dan Islam di negara ini, beliau berkata, UMNO bertanggungjawab memusnahkan perpaduan itu.

Menurutnya, UMNO yang terbabit pelbagai penyelewengan, rasuah dan kronisme menyebabkan sebahagian besar orang Melayu hilang kepercayaan mencari alternatif terbaik demi kebaikan bangsa, agama serta negara.
* Ustaz Ariffin Deraman juga merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu.

Nov 13, 2009

PAS ada 'Baiah' elak lompat parti - Ustaz Hadi

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

ImageSambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Petikan Harakahdaily beberapa bulan yang lalu.

Nov 12, 2009

Terengganu bakal dapat 3 Exco baru.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Said dijangka akan membuat rombakan kabinet sebaik sahaja selesai perbentangan bajet 2010 Terengganu di Dun Terengganu Disember nanti.

Menurut sumber dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman, rombakan ini melibatkan pengguguran tiga orang exco lama dan akan diganti dengan 3 orang yang baru. Tiga muka baru exco ini adalah antara mereka yang terlibat dengan geng 10 budak hitam yang satu ketika dulu memboikot sidang Dun Terengganu kerana tidak setuju dengan Ahmad Said.

Tiga nama yang disebut oleh sumber tersebut akan bersama-sama Ahmad Said dan sekaligus meninggalkan kem Idris Jusoh adalah Din Adam ( Bukit Besi), Mohd Ramli Noh(Tepoh) dan Ramlan Ali (Jabi).

Dengan perlantikan 3 exco baru ini bermakna 3 exco lama yang akan digugurkan.Sumber tersebut tidak mahu pula menyebut dengan jelas ketiga-tiga Exco yang akan digugurkan oleh Ahmad Said.Walaupun begitu para pemerhati politik melihat Adun Batu Rakit, Kazan Che Amat semacam sudah antara salah seorang dari mereka yang digugurkan.

Dengan prestasi kerja dipertikai sendiri oleh kakitangan JHEAT serta seringkali membelakangi arahan MB sejak akhir-akhir ini.Malah beliau sendiri tidak hadir didalam Majlis pendamaian Umno Setiu bersama MB.Melihat kepada perkembangan sejak akhir-akhir ini dimana Mohd Ramli Noh seringkali mengambil alih tugas Exco tersebut.

Dalam ini sumber tersebut tidak berani pula mengesahkan siapa yang pujuk siapa, kebijaksanaan siapa yang mampu menarik siapa.

Apa pun menurut sumber dari Batu Rakit menyatakan bahawa kelicikan Mohd Ramli telah berjaya membodek Ahmad Said.

Adun Paka Zakaria Abdullah dilihat sangat kecewa dengan perkembangan terbaru ini, beliau sudah lama memasang angan-angan untuk menjadi Exco, kegagalan Idris Jusoh mengangkat sumpah sebagai MB pada Mac 2008 adalah satu tamparan kepada beliau, kerana beliau adalah antara yang Idris Jusoh senaraikan sebagai Exco.

Apa pun tindakan Ahmad Said ini adalah sebagai memperkemaskan kekuatan diri dan Umno Terengganu bagi menghadapi PRU ke-13 selepas beliau menilai prestasi Exco masih tidak memenuhi KPI yang ditetapkan.

Bagi pemimpin dan penggerak PAS di Terengganu janganlah memandang ini semua sebagai suatu yang remeh dan tiada kena mengena dengan PAS.PAS mesti mengambil tahu perkara-perkara sebegini, semestinya selepas rombakan Exco tersebut akan ada keretakan dalam kalau tidak banyak pun paling kurang sekelumit bagi yang kena gugur itu.

Pengesanan Awal Barah Payudara Menyelamatkan Nyawa







Sejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE - breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau sememangnya anda tidak pernah ambil peduli?

Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan BSE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang seringkali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri.

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan. Semakin lewat kanser dikesan, semakin tipis peluang pesakit untuk sembuh.

Pengesanan Awal

Sebaik mencapai usia 20 tahun, setiap wanita terdedah dengan musuh utama ini. Anak gadis yang mencecah usia berkenaan amat digalakkan memulakan BSE setiap bulan terutamanya bagi yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara. Risikonya juga semakin meningkat dengan peningkatan usia. Malah, kadar kejadian dikatakan terus meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun akibat gaya hidup moden.

Punca khusus kanser ini masih samar tetapi beberapa kaitan genetik dan persekitaran telah dikenalpasti. Memandangkan tiada penawar dan rawatan sedia ada belum berkesan 100%, yang ada cuma kata-kata keramat 'pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa'.

Berbanding kanser-kanser lain, kanser payudara adalah antara yang paling mudah dikesan. Sekalipun pemeriksaan payudara klinikal dan mamografi diiktiraf sebagai standard emas dalam penyaringan kanser payudara, BSE kekal sebagai langkah perlindungan utama dalam regim pencegahan kanser payudara.

Pakar perubatan turut mengakui kebanyakan kes kanser payudara mula dikesan pesakit sendiri atau pasangan mereka melalui BSE rutin di rumah. Menurut Persatuan Kanser Amerika, pesakit mempunyai 95% kebarangkalian hidup 5 tahun akan datang sekiranya kanser payudara berjaya dikesan awal dan masih berada di sekitar payudara.

Pentingnya BSE

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tentang konsep kesedaran payudara iaitu bagaimana untuk menjadi akrab dan mesra dengan keadaan serta kesihatan payudara sendiri. BSE memberikan sumbangan besar dalam membantu wanita menjalinkan hubungan rapat ini supaya mereka mengenali rupa bentuk dan rasa payudara apabila disentuh. Permulaan BSE sendiri setiap bulan pada peringkat awalnya bukan hanya bertujuan mencari ketulan tetapi lebih utama untuk mengenal bentuk, saiz serta tekstur normalnya.

Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif dengannya, bukan satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius. Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Ia mungkin satu tanda awal kepada sesuatu yang lain di bawah permukaan payudara.

Sekiranya anda telah biasa dengan rupa bentuk dan rasa sentuhan payudara sendiri, secara automatik mudah untuk mengetahui jika ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa memori sentuhan daripada BSE berterusan setiap bulan, anda mungkin tidak akan perasan akan perbezaan kecil di peringkat awal. Sebarang perubahan hendaklah dibawa kepada perhatian doktor dengan segera.

Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :

- benjolan di payudara atau ketiak
- perubahan luarbiasa tekstur, bentuk dan saiz payudara
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau

Usah takut dan panik sekiranya anda terjumpa ketulan kerana 9 daripada 10 benjolan yang ditemui tidak semestinya kanser. Sesetengah wanita berkecenderungan secara genetiknya untuk mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua gumpalan dalam payudara kerana kemungkinan kanser tetap ada dan hanya doktor yang boleh mengesahkannya.

Harus diingat bahawa BSE tidak boleh menggantikan pemeriksaan payudara klinikal tahunan (apabila mencecah usia 30-an) dan penyaringan mamogram berkala (apabila mencapai umur 40-an), bergantung kepada individu dan sejarah keluarga. Walaupun pemeriksaan fizikal oleh doktor mahupun mamografi dapat memastikan kesihatan payudara anda, BSE tetap penting bagi mengesan perubahan awal sebelum pemeriksaan doktor yang berikutnya.

Anda sepatutnya memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dalam tempoh 3 hari selepas haid berakhir ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid, iaitu tempoh payudara paling kurang bengkak dan sakit. Jika anda telah menopaus, kedatangan haid tidak tetap atau telah menjalani pembedahan histerektomi (membuang rahim), periksalah payudara anda seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan. Golongan lelaki juga tidak terkecuali kerana mereka juga berisiko menghidap kanser payudara.

Bantuan Pad BSE

Terdapat pelbagai teknik pemeriksaan payudara sama ada bajian (pasakan atau wedge), pusingan (bulatan) atau urutan menegak. Pilihlah kaedah yang dirasakan sesuai untuk anda dan guna kaedah yang sama setiap kali.

Kini, ada cara yang lebih mudah dan meyakinkan untuk melakukan BSE mengikut keselesaan di rumah. Pad BSE bukan sahaja untuk menggalakkan lebih ramai wanita memeriksa payudara sendiri secara berkala, malahan dapat memudahkan BSE bulanan mengesan sebarang perubahan dari peringkat awal lagi.

Produk yang mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) ini direka khusus untuk meningkatkan deria sentuhan jari anda ketika melakukan BSE. Ia terdiri daripada dua lapisan plastik poliuretana bebas lateks yang lembut dan tipis, berukuran kira-kira 20 sentimeter garis pusat dan diisikan dengan sejenis pelincir di dalamnya. Cecair khusus ini berperanan mengurangkan geseran di antara jari dan payudara sekaligus meningkatkan kepekaan deria sentuhan dengan ketara.

Lekapkan pad BSE ke atas payudara anda, kemudian tekan permukaan pad berkenaan menggunakan jari mengikut kaedah urutan BSE seperti biasa. Lapisan atas pad BSE akan bergerak dengan lancar di atas lapisan bawahnya yang melekap lembut pada kulit. Sekiranya terdapat sebarang gumpalan atau perubahan dalam tisu payudara, ia akan berasa seolah-olah timbul di permukaan. Pad BSE boleh diguna semula pada setiap bulan bersama panduan langkah demi langkah yang direka khusus oleh pakar bedah am serta pakar bedah kanser payudara.

Kenali payudara anda dengan lebih intim. Ingat! Kanser payudara boleh dirawat jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. Meluangkan beberapa minit untuk BSE setiap bulan boleh menyelamatkan nyawa anda!

Dapatkan info kesihatan anda disini

Satu Penjelasan Dari Dato' Husam Musa, begitulah adanya...

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.

Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.

“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.

Malah katanya, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco dengan Menteri Besar (nada seloroh).

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun.

Oleh itu, kata Husam, peluang yang dimaksudkan tersebut apabila mereka menyertai PAS, biar pun perkataan itu tidak disebut secara terus terang ketika menggulung perbahasan.

Katanya, peluang yang dimaksudkan tersebut tidak ada sekarang kalau mereka masih lagi Adun Barisan Nasional tanpa menyertai PAS.

Berita berkaitan

KOTA BHARU:Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang di Kelantan sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan. (kalau dah masuk masuk nak salah apa lagi?)

Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,”(Kalau dah masuk Pas Mestilah boleh) katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Ketika ini Kelantan yang ditadbir oleh PAS mempunyai enam Wakil Rakyat pembangkang, semuanya daripada Umno daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Menurut Husam, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.

“Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.

“Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain,” katanya.Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.

Fikir-fikirlah, renubg-renunglah.....

Nov 11, 2009

Sejenak berfikir : Sudah lama.

Sudah lama aku tidak membaca Quraan
Sudah lama aku tidak ke Majlis Ilmu.
Sudah lama aku tidak menghadiri Usrah.
Sudah lama aku tidak bersolat Jamaah.

Solat lama aku tidak mendekati Ulama'
Sudah lama aku tidak bertamrin.
Sudah lama aku tidak membaca kitab-kitab Haraki.
Sudah lama aku tidak mentelaah Kitab Ilmi.

Sudah lama aku tidak bersama teman Jamaah.
Sudah lama aku tinggalkan Mesyuarat Jamaah.
Sudah lama aku jauhi kegiatan Jamaah dan parti
Sudah tidak lama aku akan Mati.....
Siapalah Aku disisimu Ya Illahi.......

Presiden Mengulas Isu Bai'ah

Sinar Harian telah memuatkan kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubungan dengan isu Bai'ah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Amat malanglah kerana masih ada suara-suara sumbang yang terus menerus menyatakan beliau membisu dalam hal ini.

Kepada yang mendakwa Tok Guru Presiden membisu dalam hal ini, suka diingatkan udah-udah buat fitnah, udah-udahlah berbohong, tak dapat apanya kecuali dosa juga yang di undang.

Ini lah Perancangan Tersusun Melemahkan PAS

Tunggak kekuatan PAS pada masa ini terletak pada 2 ulamak besar yang menerajui Parti itu sekarang.Kekuatan yang ada pada Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi adalah merupakan inspirasi kepada Gerakan Islam PAS.

Kunci kekuatan dan ketahanan terletak pada diri mereka berdua. Oleh itu sekiranya ada usaha untuk memusnahkan PAS, maka usaha pertama adalah mestilah meruntuhkan mereka berdua.Samaada memecahkan keakraban mereka berdua atau melemahkan kedua-duanya secara berasingan.

Usaha ini telah lama dilakukan oleh musuh-musuh Islam di Malaysia, sejak seawal kebangkitan kedua-dua ulama' ini lagi. Pelbagai usaha telah dilakukan samada melalui fitnah luar atau meresap melalui organ didalam PAS itu sendiri. Namun Allah tetap memelihara Jamaah ini dari anasir-anasir jahat berkat doa dan munajat.


Pelbagai usaha fitnah telah dilemparkan supaya ada perbezaan pandangan yang boleh mengheret mereka berdua kekancah perpecahan.Didalam usaha samada secara sedar atau tidak ada dikalangan organ parti yang turut terheret untuk sama-sama memberi saham untuk menjayakan agenda memecahbelahkan keakraban dua Tok Guru ini.

Terkadang , ada yang terlalu berani dan terlalu laju didalam membuat telahan.Walaupun kekadangnya mengaku sebagai organ Jamaah, akan tetapi tindakan yang diambil sering kali menguntungkan musuh.Apa tujuannya bertindak demikian? adakah untuk berbangga -bangga dengan dengan apa yang dilakukan? Sedarkah kalian sesuatu yang kita lakukan itu menguntungkan musuh? Maka sekira-kiranya yang kita lakukan itu menguntungkan musuh-musuh islam, apa kah ganjaran yang akan Allah sediakan untuk kita?Mungkin kita mentafsirkan mengikut telahan kita bahawa tindakan kita itu wajar? Tapi sedarkah kita kewajaran yang kita telah berpandukan hukum apa? Hukum akal? atau sememangnya kita bertaklik buta?

Ya betul orang yang berijtihad itu kalau betul dapat dua pahala, sementara yang salah itu mendapat satu pahala.Tapi Ijtihad kita itu berpandukan ilmu atau akal? kalau bertijtihad berpandukan akal semata-mata, usahkan mendapat satu pahala. dosa pula yang diundang.

Selepas usaha memecahkan kedua-dua ulama' PAS ini menemui kegagalan walaupun dengan pelbagai cara yang diusahakan, musuh-musuh Islam berusaha pula melemahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Pelbagai gelaran, pelbagai kelemahan yang dilebelkan.Namun begitu usaha menimbul kebencian pengikut dan ahli terhadap beliau juga dilihat menemui kegagalan.
Sebahagian besar ahli dan pengikut tidak terjebak dengan dakyah yang dibawa oleh musuh-musuh Islam.Malahan mereka masih sayangkan pemimpin ini dan masih mengharapkan agar beliau terus memimpin PAS. Lantas usaha ini dihalakan pula kepada mereka mereka yang dikeliling beliau. Usaha ini nampak semacam ada sedikit keberkesan tetapi dengan semangat ukwah dan tarbiyah ahli juga mampu menangkis usaha jahat tersebut.

Kini dalam sehari dua ini pula ditimbulkan pula isu bai'ah supaya menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat, apakah musuh-musuh Islam mengangap pemimpin PAS sejahil mereka mengeluarkan bai'ah yang sedikian rupa?Isu rasanya tidak bertahan lama.

Disamping itu, kini dalam masa seminggu sudah dua kali pegawai SPRM 'mengziarahi' pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk apa itu semua? hanya dengan mengambil maklumat dari blog semata-mata.Bagaimana mungkin SPRM boleh bertindak dengan hanya maklumat dari blog? selama ini beratus-ratus fakta telah dikemukakan oleh blogger yang pro Pakatan Rakyat, apa tindakan SPRM? Kes ini juga dilihat satu usaha untuk melemahkan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebetulan CEO PMBK adalah menantu beliau.Ada dakwaan menyatakan bahawa orang dalam yang buat ona, jika betul begitu, itulah tangan-tangan jahat yang berusaha untuk melemahkan Tok Guru.

Inilah usaha-usaha musuh Islam yang tidak putus putus bekerja untuk melemahkan kedua-dua Tok Guru ini. Oleh itu sebagai ahli dan penyokong kepada jamaah ini marilah kita bersatu mempertahankan kedua-dua Tok Guru ini dari musuh-musuh islam yang tidak putus-putus berusaha untuk menghancurkan Jamaah ini.

Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau - mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang’ [Al-Anfaal 8:30]

Kita sayang Jamaah ini, kita sayang kedua-dua Tok Guru ini.

Takziah Untuk Datuk Kamaruddin Jaafar

KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser payudara dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk yang sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

sumber ; harakahdaily.net

Ini Juga satu hasil Kajian untuk PAS

Ini juga merupakan satu hasil kajian yang sepatutnya diambil kira oleh pimpinan PAS didalam memperkasakan Parti.Paling tidak ianya sebagai panduan sepintas lalu.

Keputusan tinjauan ini dikutip dari laman Mstar.