Feb 18, 2010

Bukan Sekadar Tukar MB

Salam satu Islam, Islam Untuk semua.

Lewat hari-hari berlalu, laman ini tidak disentuh. Berulang-alik Kuala Terengganu membuatkan masa menjadi terlalu mahal untuk mengetuk butang-butang keyboard.

Beberapa hari berulang -alik ke Hospital Nor Zahirah, Kuala Terengganu mendapat beberapa info terbaru kedudukan index politik negeri Terengganu. Patutlah orang bandar dan pinggir sangat matang berpolitik, mereka mendapat info terkini terpantas.

Info kononya (asal) seorang isteri YB membeli berpuloh-puloh pasang sutera sebagai persiapan bakal dinobatkan sebagai wanita Pertama Terengganu rupanya bukan konon lagi, berita dan khabar ini sudah hampir 95% ketepatan, 5% lagi cuma tidak melihat sutera itu sendiri.

Isteri YB Manakah yang bertindak demikian, saya tidak bercadang untuk mendedahkannya, anda semua sepatutnya boleh mengagak dan membuat telahan. YB terlalu banyak menyerang AHmad Said dalam sidang Dun baru-baru ini.

Walaupun ada perkhabaran menyatakan 7 orang budak hitam telah berpaling tadah untuk bersama Ahmad Said, namun yang pasti dan dilihat sah berpaling tadah adalah Mohamad Ramli Noh.(Sebab anak dia menangis bila tahu Mat Said nak jual sekolah).

Ramli Noh sebenarnya dijanjikan jawatan exco agama dan penerangan bagi menggantikan tempat Kazan che Mat. Ramli pun percaya dan mengharapkan lah.

Ahmad Said nampak sedikit sukar sekarang, beliau masih ragu-ragu untuk membuat rombakan exco kerana kedudukan beliau sendiri diketahui sangat tidak stabil. Budak-budak nakal sedang giat menjolok -jolok buah di Putrajaya, silap-silap boleh jadi jatuh buah tersebut walaupun belum masak.Sementara di Muara sungai Terengganu bekas SUK terus menjalankan aktivitinya kesana-sini bagi memastikan beliau kembali semua ke Wisma Darul Iman Mac nanti.

Dalam kesebukan Umno/bn berkira-kira nak tukar MB, PAS Terengganu pula sudah bersiap-siap untuk menukar kerajaan. Itulah satu pandangan dari seorang pemimpin kanan PAS yang ditemui oleh kami sekeluarga semasa HNZ beberapa hari lalu. Itu harapan dan pengharapan rakyat kepada PAS supaya kembali meneruskan kebajikan kepada rakyat Darul Iman yang terganggu dan terputus selepas 2004.

Kalau benarlah demikian, PAS bukan sekadar mengharap atau semacam mahukan kembali menerajui kerajaan Terengganu, tetapi PAS mesti bergerak ke arah itu.
Tidak mahu lagi mendengar " cakap macam nak, perbuatan macam tak nak"

2 comments:

cucu datok gaong said...

salam semua,
baca link ni http://www.malaysianmirror.com/homedetail/45-home/30532-new-mb-for-terengganu

Law (LLB) Center said...

www.teganuku.blogspot.com