Apr 21, 2010

Dalam Umno Kenapa tak Tegur? tak didik ?

Datuk Zaid Ibrahim berkata " Semasa didalam Umno dulu, puak puak umno tidak pernah menempelak beliau kerana mengamal alkhohol, tiada yang heboh, tiada yang sebar...
Tetapi setelah bertaubat dan keluar dari umno barulah umno bising-bising tentang haramnya arak..".Zaid dah taubat, yang dalam umno tu ramai lagi, tunjuklah gambar dalam blog, suruhlah Ustaz bagi fatwa.

Zaid juga berkata semasa pilihanraya umum 2004 berliau bertanding diatas tiket BN berhadapan dengan PAS, PAS tahu latarbelakang kehidupan beliau, tapi PAS tidak serang peribadi beliua, tetapi bila berhadapan dengan BN, maka diserang peribadi beliau.


Ada berani ke?

2 comments:

Anonymous said...

Salam semua!

Dalam umno, tok guru tempat dia orang minta petua & fatwa ialah Machiavelli (taukeh matlamat menghalalkan cara), jadinya bab-bab tegur menegur, tarbiah amat kurang. Dalam pas pula, nasib baik ada tok guru hj hadi, nik aziz....tanpa jemu sebar ilmu kebaikan dunia akhirat. Walau macam manapun bukan semuanya perfect samaada dalam umno atau pas atau, atau, atau.

Anonymous said...

Salam utk semua.
Sukacita saya ingin merujuk kenyataan Zaid Ibrahim bahawa semasa dalam UMNO dulu tidak ada orang yang menegurnya meminum Alkohol. Kenyataan tersebut tidak benar dan dibuat atas kepentingan politiknya yang kini berhadapan dengan pengadilan rakyat. Sebagai pembantu urusan politiknya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu, Saya pernah menegurnya berkaitan dengan tabiat buruk itu. Demi Allah dan Rasulnya saya ada menegur beliau. Tetapi teguran saya tidak diendahkannya dengan kata-kata yang egois. Semuga beliau menarik balik kenyataan ini. Sesungguhnya beliau akan menjawab teguran saya didepan pengadilan Allah dihari akhirat nanti. Bukannya didepan wartawan harakah dan akhbar Keadilan. Subhanallah