Apr 21, 2010

Mana Peranan YB dikalangan Guru di Hulu Terengganu.

Daripada senarai cadangan panel untuk sekolah berprestasi tinggi untuk tahun depan di negeri Terengganu, tenyata sekolah di daerah Hulu Terengganu masih lagi keciciran dan tidak termasuk didalam senarai ersebut.

Kita tidak pasti apakah kreteria yang di ambil kira didalam mencalonkan sekolah-sekolah tersebut oleh panel yang dilantik.

Dari senarai yang dicalonkan itu, hanya Hulu Terengganu dan Dungun yang tercicir.


Disini kita ingin mempertikaikan peranan 4 orang YB di Hulu Terengganu yang dulu nya adalah berkhidmat sebagai pendidik tidak mampu untuk melonjakkan pencapaian pendidikan di Daerah ini. Semua YB BN adalah bekas pendidik. Bermula dengan YB Parlimen Mohd Noor Othman, Adun Ajil Rosol Wahid, Adun Kuala Berang Zawawi Ismail dan Adun Telemung Rozi mamat. Mereka pernah mengajar di sekolah di Hulu Terengganu. Kecuali Rozi Mamat yang lain juga pernah berkhidmat di Pejabat Pelajar Daerah. Semnetara Zawawi dan Mohd Noor pernah juga menjadi pengetua.

Mohd Noor menjadi pengetua di Sekolah Ajil, Sekolah Menerong dan SMK Tengku Ampuan Intan sebelum bertukar di pejabat Pelajaran Daerah. Zawawi juga pernah menjadi pengertua di Sk Kuala Jeneris kemudian memasuki pejabat pelajaran daerah.

Masih terngian-ngian janji manis keempat wakil rakyat ini selepas hari pernamaan calon Pru 12, mereka berjajanji dengan gabungan keempat empat warga pendidik ini, mereka akan melonjakkan kecermelangan pendidikan di Hulu Terengganu.

Ternyata dengan senarai cadangan sekolah berprestasi tinggi ini, Hulu Terengganu tercicir. Tiada sebuah pun sekolah di Hulu Terengganu yang disnaraikan samada sekolah rendah atau sekolah menengah.

Kalaulah didalam bidang sendiri dan mereka juga pernah berjanji untuk melonjakkanyapun mereka gagal, apatah lagi bidang bidang lain yang lebih jauh dengan mereka sebelum.

Tulisan ini bukannya atas sentimen politik kepartian semata-mata, namun hasrat murni untuk melihat kelonjakan pendidikan di Hulu Terengganu yang dilihat jauh ketinggalan berbanding daerah lain yang telah jauh meninggalkan kita.

Harapan ini pernah diletakan dibahu Allahyarham Dato Razali Ismail, namun beliau tidak berkesempatan untuk melaksanakan tanggujawab itu walaupun berliau telah ada usaha-usaha kerah tersebut.

Pada siapa lagi hendak diletakkan harapan ini?

4 comments:

Said Menerong said...

salam tuan rumah.

1. al-fatihah hadiah buat arwah razali ismail, anak jati kelahiran kuala berang.

2. 4 orang politikus yg tuan rumah mentioned tu, memang hp6 (half past six) materials!!! academic excellence, yilekkkkk pochiii.

3. aku pernah lihat mp hulu terengganu berbahas dalam parlimen, cacing dalam perut aku pun turut menangis sedih olehkerana performance mp parlimen kelahiran aku memang dalam kategori tonggong, benggong & bongok.

tok al-brangi, tima kasih kerana relate mimpi Ah Bung, memang kelas....bukan macam mat nong tu!!!! SMTAI products mana buleh challenge TAIS products.

Anonymous said...

guru guru hulu terengganu ramai bengong atek...

Anonymous said...

Bekas guru yg buat blog ni cammana?....

Anonymous said...

bekas ? bekas wat isi air ke?