Apr 18, 2010

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.

“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.

“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.

Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak.

2 comments:

Anonymous said...

mek CT

ini link petikan berita tu.... http://www.mstar.com.my/pilihanrayakecil/cerita.asp?file=/2010/4/18/mstar_pilihanrayakecil/20100418200727&sec=mstar_pilihanrayakecil

so, ko orang dah puas hati semua?

walau bagaimana pun, kita sama2 tengok sape yang kena!!!!

aziz embong

Anonymous said...

Puan CT, jangan terperangkap dengan gambar tu.

Mereka akan keluarkan gambar yang betul. Dah beberapa kali mereka acah dengan gambar superimpose kemudian disusuli gambar yang betul.

Soal gambar ini pun Puan CT jangan salahkan sesiapa. Puan CT pun siarkan juga gambar2 berkaitan.


Pasal gambar super-impose, Puan CT lupa kah gambar Najib dengan Altantuya yang dicipta oleh Tian Chua?

Dah lupa ke? Ada ingat? Nak saya linkkan gambar itu? Apa pandangan Puan CT tentang gambar palsu yang direka oleh seorang Ahli Parlimen dan Pemimpin PR dokongan PAS sokongan Puan CT?

Puan buta sebelah hati ke?

Lu pikir le sendiri.