May 23, 2010

Masih belum pulih sepenuhnya- Update Gambar

Gambar 1 Sebuah Masjid di Terengganu yang mana sebelum ini masjid diheboh-hebohkan seluruh Negeri telah mengikuti arus teknologi Maklumat dengan makmun dapat menghayati khutbah melalui kain layar pemancar yang di siarkan teks khutbah tiap kali jumaat. Saya bertanya kepada makmum tempatan yang kebetulan berada dimasjid tersebut, dimaklumkan sudah setahun sedemikian, hanya kerangka kain layar, pemancar rosak seawal lagi.




Gambar 2. Kaunter bayaran pandu masuk SATU - Sayrikat Air Terengganu sudah 2 bulan tidak beroperasi.Alasan yang diberikan oleh 2 orang pegawai yang ditanya sangat berbeza. Seorang pegawai lelaki memaklumkan bahawa sistem komputer kaunter tersebut rosak dan akan dinaik taraf. Sementara pegawai wanita memaklumkan bahawa kerani kaunter tersebut sudah pencen april yang lalu dan belum berganti. Soalan saya: Tiada pegawai dari unit lain ke untuk pinjam sementara?



Gambar 3, Peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Kisah ini sengaja dihebohkan oleh Maidam tetapi nampak macam nak memaafkan. Kalau jujur Maidam kena lapor kepada Pegawai Daerah kerana JKKK telah pecah amanah memilih ibu kepada YB untuk menerima zakat.Walaupun Maidam kata silap JKKK, namun silap ke? setiap tahun JKKK dan Amil membuat pemutihan, kut kut dah bertahun tahun tibang pitis zakat... Asnaf mana yang diambil ? Miskin? Miskin ke ibu YB tu...huhu...hu...hmmm miskin ke? Masa zaman PAS anak Exco ambil atas asnaf belajar ( Sabilillah) ni dok taulah...atas asnaf Umno dan BN lah kut...asnaf ke 9 tu.
Gambar ke-4 Ini lah gambaran di bandaraya Persisir Air Kuala Terengganu, ketika kami bertolak dari Kuala Berang menuju ke HSNZ Kuala Terengganu. Binatang ini berkeliaran dan najisnya berjijiran ditepi jalan bandarayaku ini.




Gambar 5, Dalam keadaan saya yang kecemasan, parking sangat sukar di HSNZ, akhirnya dapat ke distinasi selepas parking sebelahan Pusat rawatan harian. Wad Kecemasan HSNZ pula sedang dibaikpulih.

Kini terdampar dirumah setelah 10 hari di HSNZ, semangatku tidak pernah luntur. Kesempatan ini tahniah kepada Dun Telemong kerana sedang menyiapkan markas Tarbiyah dun di kampung Tenkawan, hulurkan sumbangan anda .

9 comments:

al-brangi Online said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tempat lain berbunying...khutbah multimedia yang kena dipasang oleh org kuat aliran dema tu di masjid mahmoodiah...bukan sepenuhnya pon dipasang maksudnya tiap2 jumaat. Sedangkan power point, alatan dan semuanya alhamdulillah berfungsi dgn baik sya rasa....tgk diri dulu sebelum komen tempat lain...pastikan tiap2 jumaat, hari raya dsb konsisten buat..yakni tiap2 kali jumaat dan hari raya dibuka...hal dalam kain sendiri dok carra ..nok carra hok dalang kaing orang...Ibarat ludah terkena muka sendiri....wallahhualam

atas pagar said...

Ludah kena muka sendiri ok juga, kena muka orang lain kena penumbuk le,, Masalahnya tinggal kerangka je dah....baikilah dah setahun, tak boleh ke terima teguran dia ni dgn terbuka, keluar bajet, bvaiki..habis cerita.

dato gaong said...

org ubn jenis lambat, kalu tak masyuuukkkk jgn harap nak buat, acu tanya jalal adik cgu awi, hahaha

Anonymous said...

Wahid endut and the gang mana?...kws dia kan...takkan nak tanya yb toh pulak?...dah pandai menang tu pandai la jaga kws....asyik2 bn jugak yg dipersalahkan..tak fahamla...elaun dapat..best la kalau camtu..semua org nak jadi...kalau takdir menang trg nanti..bn juga yg dipersalahkan bila ada kes...dah menangtu pandai2 la tanggungjawab untuk kws yg diwakili....awak tu wakil kws..menapak la ke pejabat yang berkaitan untuk setle masalah tu...kalau malas sgt adu dlm e-aduan kerajaan negeri...nak kena ajar juga ke?...last sekali kerajaan bn yg setle masalah...pastu kutuk2 lagi bn..projektor tu nak kena beli...orang khabat letok projektor tu nak la kena beri upah..bukannya main pakai cemeti sebat org suruh panjat macam zaman firaun...dlm hadis ada sebut ttg zaman akhir zaman yang rasulullah tak pernah tgk pada zamannya..mungkin masa pas menang kot siap pakai cemeti suruh orang buat kerja...masa ni kena kutuk jugak sebab dpt kerja baiki benda tu....masyaalah tok sedor2 derang ni.....

kelingputih said...

Yang perna tengoknya adalah tanam pokok plastik, stadium runtuh, masjid runtuh, stesyen bas runtuh.....runtuh dan runtuh dan rauntuh, akhlak pun runtuh...mau sembunyi ke?

al-brangi Online said...
This comment has been removed by the author.
al-brangi Online said...

salam,

guane dok bekki.

sian sungguh sampai ambik duit zakat.

semoga cepat sembuh.

abu muaz said...

moga sudah sembuh dan makin aktif berblog dengan isu terkini.