Jan 30, 2010

YB Khalid Samad Akan Buat Rayuan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapati beliau bersalah namun akan membuat rayuan segera berhubung hukuman penggantungan enam bulan dari jawatan parti.

Dalam respon segera kepada Harakahdaily beliau yang berada di luar negara berkata, beliau menghormati keputusan tersebut.

"Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik.

"Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Hasan Ali dalam sidang medianya sebelum ini juga memaklumkan menerima keptusan Jawatan Kuasa Disiplin dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS petang tadi memutuskan Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga bersalah dan diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang tadi.

Mereka bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan dalam masa 30 hari.

Selain itu kedua-duanya juga tidak dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan parti dan Pakatan Rakyat.

"Ini proses pendidikan yang baik bagi saya." PJ Selangor

"Ini proses pendidikan yang baik bagi saya."

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali selepas diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang bermesyuarat petang tadi.

Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.

“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di lobi Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan Hassan didapati bersalah dan dikenakan hukuman amaran bertulis kerana melanggar disiplin tatatertib parti.

Beliau didapati bersalah mempertikaikan prosedur tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.

Mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan, Hassan berkata keputusan tersebut akan dapat melonjakkan semangat PAS negeri dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak media akan dapat memberikan laporan yang lebih adil terhadapnya pada masa akan datang.

“Sebahagian daripada apa yang berlaku adalah kerana laporan akhbar tidak menyebelahi saya dan laporan itu dibuat kerana ingin mensensasikan isu berkenaan.

“Saya berharap teman-teman media supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang. Saya harap media sokong saya untuk menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Suasana Panas - angkara E-undi.


Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) yang julung kali menggunakan e-undi digantung sementara waktu sehingga siasatan mengenainya selesai dijalankan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon hari ini membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan selama tiga jam dengan wakil kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang sebelum itu berhimpun di depan bangunan Canselori membantah keputusan pilihan raya kampus yang dimenangi barisan Pro-Aspirasi (Pro-A).

Malah, beliau berjanji akan menyiasat aduan tersebut secara terperinci.

"E-undi julung kali diguna pakai pada sesi ini dan pihak universiti tidak akan tergesa-gesa untuk mengumumkan keputusan rasmi.

"Kita akan jalankan siasatan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan warden kolej kediaman yang dikatakan memaksa pelajar mengundi calon tertentu," katanya kepada The Star di sini malam ini.

Terdahulu, kira-kira 200 pelajar Pro-M membanjiri perkarangan luar pejabat Naib Canselor UM sejak malam tadi dan menuntut bertemu dengan beliau ekoran tidak berpuas hati dengan kemenangan lawan mereka.

Tinjauan mStar Online mendapati, ada di kalangan penyokong Pro-M memakai baju oren dan melilit kepala mereka dengan kain yang tertera mesej 'Bantah', 'Manual' dan 'Mansuhkan E-Voting'.

Ada yang merentangkan kain pemidang 'E-Voting Menyusahkan' sambil melaungkan slogan 'hidup mahasiswa' dan 'kami menuntut keadilan'.



Mereka antara lain menuntut pihak universiti menyiasat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris serta kakitangan dan warden asrama yang didakwa mempengaruhi para pelajar mengundi calon tertentu.

Mereka turut menuntut sistem pengundian secara manual diguna pakai semula serta melantik seorang pakar teknologi maklumat untuk menguji sistem e-undi.

Mengenai dakwaan para pelajar itu, Ghauth berkata, beliau akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan susulan.

Beliau turut membenarkan wakil Pro-M dan pakar komputer yang dipilih menguji sistem e-undi sama ada ia boleh digodam atau tidak.

"Saya fikir masalah ini dapat diselesaikan seawal-awalnya Rabu depan," ujarnya.

Selepas pertemuan itu, pelajar-pelajar terbabit beralih ke dataran di depan Dewan Tunku Canselor sebelum segelintir daripada mereka bertindak liar membakar akhbar tabloid yang dikatakan menyiarkan laporan yang tidak tepat berkaitan keputusan pemilihan.

Lebih teruk terdapat sebilangan mereka memusnahkan satu set komputer sebagai simbol membantah e-undi.

Keadaan bertambah tegang apabila sekumpulan mahasiswa Pro-A muncul sambil merentangkan kain "NC di hati kami. NC is one!! Kami sokong kepimpinan NC".

Kedua-dua kumpulan terbabit didapati hampir bergaduh sebelum pengawal dan pegawai keselamatan meredakan keadaan.

Jan 26, 2010

Aduka Taruna Serah diri atau ditahan Polis?

Dua berita yang mempunyai maksud yang berbeza, tetapi mana satu yang betul.

Berita Harian

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahanPenulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.


Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

"Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.


MALAYSIAKINI


Penulis blog Aduka Taruna serah diri
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!

Jan 25, 2010

Ada Individu Mahu ganti Tempat Nik Aziz?

Lama tak dengan ulasan bekas exco, bekas setiausaha umno Terengganu, bekas timbalan ketua umno Hulu Terengganu. Tiba-tiba hari ini dimuka depan Sinar Harian.
Ada individu mahu ganti tempat Nik Aziz.




Tidak ada orang nak ganti tempat Mat Said?
Tidak ada orang nak rampas kerusi Mat Said?
Tidak ada orang berusaha nak gugur Mat Said?

Tidak ada orang berusaha supaya Mat Said Di Pecat dari Umno?
Tidak ada orang boikot Mat Said?
Tidak ada, tidak ada, tidak ada?

Jan 24, 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 7

Bab 3 SAYA BERTAUBAT Bah. 1


Tiga tahun yang lalu, oleh sesutu keadaan kami sekeluarga berpindah ke Terengganu ini dari bandar besar yang indah lagi ramai, iaitu Kuala Lumpur.

Kehidupan di bandar Kuala Lumpur , semua orang mengetahui, adalah penuh dengan kesibukan. Tetapi yang sangat terasa bagi diri saya, dimana pun kehidupan dalam bandar besar, adalah cara hidup berpura-pura, cara hidup yang tidak jujur yang banyak diamalkan oleh manusia.


Saya pun tergolong dalam kumpulan tersebut.
Orang perempuan seperti saya, mempunyai suami yang dikenali ramai, pada lahirnya menjadi kesenangan dan kebanggan. Siapa tidak bangga dan gembira jadi isteri orang yang dikenali ramai? adalah lumrah dan menjadi impian setiap wanita supaya dia jadi isteri orang kenamaan, isteri orang kaya, isteri orang berpangkat dan dengan itu, dia langsung akan jadi orang terkenal pula, malahan dia boleh jadi pujaan orang ramai .

Setiap wanita dimanapun dia berada, apapun keadaanya, selalu menginginkan, jika dia menghadiri sesuatu majlis , dia akan jadi tumpuan mata hadirin, jika dia berjalan, mata orang akan tetumpu kepadanya, jika dia dalam satu majlis, minat orang lelaki dan perempuan terikat dan terpikat kepadanya.

Setiap wanita menginginkan agar dirinya menjadi bintang majlis, jadi bunga perayaan, , jadi bulan penawar hati insan, jadi sang suria pemanas gelora hati dan perasaan.

Sayapun demikian


Saya merasa telah berjaya dalam beberapa perkara, tetapi sangat kecewa dalam banyak perkara dan peritiwa. Saya tak puashati, saya merasa ada sahaja yang tidak kena dan ada sahaja yang tidak sesuai.
Mari saya kemukakan beberapa contoh kepada saudara pembaca.
Dibandaraya dan dimanapun juga, kalau ada kenduri atau pesta nikah kawin, berkhatan dan sebagainya, kita tentu mendapat jemputan. Adalah tidak bersopan namanya, jika jika kita dijemput orang keseuatu majlis, kemudian kita tidak hadir atau tidak mengambil berat.

Betapapun hidup didunia ini, kita mesti mengambil berat hal orang lain, kawan dan sahabat, hal jiran dan tertangga, supaya hal menimpa diri kita juga mereka ambil berat.

Tapi saudara tahu ?

Dalam satu minggu kadangkala saya menerima sampai sepuluh jemputan. Kalau tiap majlis yang dihadiri, saya menyumbang wang dalam amplop berisi duapuloh ringgit, ini bermakna satu minggu duaratus ringgit. Itu untuk sumbangan majlis kenduri kendara sahaja.

Kalau ada diantara jemputan itu yang kita tak hadir atau tidak pula mengirim sumbangan, dapat saudara bayangkan, betapa sesalan kepada kita, betapa caci dan celaan kepada kita, dari setengah mereka yang berkenaan.

Saya katakan setengah dari mereka, kerana tidak semua pula manusia berhati buruk dan berjiwa busuk. Bukan?

Tapi bukan itu sahaja.........

Sumbangan 20 ringgit yang kita berikan, bagi setengah mereka yang menjemput kita, yang menerima sumbangan dalam amplop itu, mereka bukan berterima kasih, tetapi sebaliknya mengumpat, menyesali, dan membuat berbagai macam celaan kepada kita.


Mengapa begitu?
Anda tahu?

Bersambung........

Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, apa yang tak kena?

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said yang melaksanakan pertukaran pegawai tadbir negeri(TCS) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Feb 2010.Pertukaran tersebut berkait rapat dengan ' persaraan terpaksa Dato' Mokhtar b. Nong,Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu' yang memulakan perjalanan alam 'pensioner' dengan bercuti selama 3 bulan berkuatkuasa mulai 15 Jan 2010 hingga 15 April 2010.Apakan daya kita makhluk Allah yang lemah....sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Tidak pernah terlintas di benak pemikiran YB Dato' Mokhtar,anak-isteri,sahabat hanadi,saudara-mara dan lain-lain bahawa beliau terpaksa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dengan cara ini.'Dipaksa menandatangani Surat Permohonan Bersara Awal'.Apatah lagi kepimpinan Negeri daripada anutan parti yang sama.Pedihnya rasa hati tidak terperi.Sedihnya keluarga beliau,sanak-saudara,sahabat handai,rakan taulan,TCS,ahli politik BN dan rakyat negeri Terengganu menyaksikan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang.Apapun Dato' Mokhtar dijangka akan layak mendapat gratuiti perkhidmatan berjumlah lebihkurang RM800,000.00 dan dianugerah kawasan balak bernilai RM6 j.Persoalannya apakah Mat Said sanggup menggadai segala hasil mahsul negeri semata-mata kerana tidak mahu lihat muka Dato' Mokhtar di pejabat SUK?Bukankah itu semua harta kerajaan dan rakyat?Tidak salah Dato' Mokhtar dalam bab ni.Kalau penulispun ditawarkan sejumlah yang sedemikian,penulis akan berbuat serupa.Lupakan kepentingan negeri dan rakyat.Buat apa bekerja dalam keadaan tidak selesa dan dihina MB.


Dengan keluarnya arahan pertukaran tersebut pada minggu lepas,maka terlakarlah sejarah baru perkhidmatan pegawai tadbir Negeri Terengganu yang dikatakan dibuat berasaskan seniority,merit,kredibiliti dan macam-macam justifikasi.Maka tertukarlah dan terlantiklah 48 personnel TCS sebagaimana berikut(hanya sebahagian sahaja yang dicatat di sini):


Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK):Dato' Mazlan Ngah


Pegawai Kewangan Negeri: Dato' Hj Abd Razak bin Ismail


Pengarah Tanah dan Galian Negeri :Hj Osman bin Muda


Timbalan SUK(Pengurusan):Wan Ahamad bin Wan Muda


Timbalan SUK(Pembangunan)/Pengarah UPEN:Dato' Hj Mohd Razalli bin Kassim.


Yang menjadi tandatanya di sini adalah Wan Ahamad bin Wan Muda.Beliau melompat 3 anak tangga hairaki iaitu N 52,N54 danterus menjawat Jusa C.Mengikut MB Ahmad Said,pegawai ini memiliki double degree. Maka dalam usaha untuk mengenal siapa individu pegawai yang sebegini hebat yang selama ini digambarkan oleh sebilangan rakyat Terengganu sebagai menteri besar sebenar yang mentadbir negeri Terengganu maka terjumpalah penulis dengan seorang pegawai Felda yang kini masih berkhidmat di Kuala Terengganu.Pada mulanya penulis ditanya samada mengenali asal-usul Wan Ahamad ini?Setelah dijawab tidak tahu,maka penulis dimaklumkan serba-sedikit bahawa Wan Ahamad ini merupakan anak kelahiran Kg Tok Kaya K.Terengganu.Kalau tidak tepatnya cerita beliau maka kurang tepatlah cerita penulis tapi penulis yakin kebenaran cerita tersebut.Dikatakan beliau pernah menuntut di Sekolah Kadir Adabi K.Terengganu bersama-sama MB Ahmad Said.(arwah sekolah ini merupakan sekolah berbayar bagi pelajar gagal dalam peperiksaan MCE/SPM/HSC/STPM di sekolah kerajaan.Sama seperti Institut Berakan dan lain-lain sekolah berbayar).Selepas itu beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi B.Econs((UM).Kemudian beliau menjadi Field Assistant(pegawai ladang) Felda Jerangau Barat.Dimaklumkan bahawa olehkerana beliau terlibat dalam kes kehilangan baja,maka beliau telah dinasihatkan berhenti.Kemudian beliau telah mengikuti pengajian post graduate Diploma in Law di Manchester Metropolitan College,di London selama 2 tahun tetapi beliau dikatakan gagal(jadi setakat loyar buruk bolehlah).Kebetulan apabila pulang ke Terengganu, abang iparnya,Yusof@Kobi bin Musa menjadi ADUN Serada pada ketika itu.Beliau bernasib baik kerana diterima sebagai Pegawai Tadbir Negeri(TCS) pada sekitar tahun 1988.Antara sejarah perkhidmatannya,beliau pernah semasa di zaman Pas ketika Hj Hadi melawat Kemamanpernah berkata,"berkat zaman Tok Guru merintah le ning' dan ketika itu beliau pernah cuba menjadi penasihat khas Wan Mutalib Embong.Beliau pernah berkhidmat di bahagian perjawatan SUK di bawah arwah Hj Mohd Muda dengan memegang jawatan N 44.Semasa itulah beliau mewujudkan jawatan KPSU Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dengan jawatan hakiki pemegangnya N 48 dandimaklumkan oleh beberapa orang TCS bahawa beliau telah 'melantik dirinya sendiri' untuk mengisi jawatan tersebut di zaman Idris Jusoh.Ketika memegang jawatan tersebut,ramai daripada YDP Majlis yang memandang rendah kepada beliau dan tidak langsung menghormati beliau kerana kebanyakan mereka amat mengetahui latarbelakang beliau selaku TCS.


Ketika jawatan MB berpindah ke tangan Ahmad Said,beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan(SUSK)MB.Atas alasan Hj Osman Muda pernah dibayar setaraf JUSA C semasa di zaman Idris Jusoh,Ahmad Said menggunakan kuasanya selaku MB dan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan pembayaran gaji dan memberi kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Bezanya dengan kes Wan Ahamad,Hj Osman Muda yang ketika itu sudah menjawat jawatan N 54 dan pegawai yang lebih junior daripada beliau seperti Hj Hussin Embong yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu sudahpun menerima gaji dan kemudahan yang sedemikian.Maka Dato' Seri Idris Jusoh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai MB mencadangkan supaya Lembaga Tatatertib dan Kenaikan Pangkat Negeri yang dipengerusikan oleh SUK mempertimbangkan kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Tidak cukup setakat itu Wan Ahmad turut dilantik sebagai Setiausaha Bersama Lembaga Mengambil Hasil Hutan(bersama dengan Pengarah Perhutanan)yang bertanggungjawab meluluskan permohonan balak.Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan kawasan balak yang tidak mendapat sokongan beliau tidak akan diproses dan dipertimbangkan oleh LMHH.Beliau juga telah dilantik menjadi CEO Permint Granite(sykt dormant milik kerajaan negeri)yang mengadakan joint venture dengan Road Care menyelenggara jalan negeri dan bandaran dengan kontrak puluhan RM juta.Beliau juga memegang beberapa ALP anak sykt kerajaan.Pendek kata beliau menjadi insan teristimewa MB Ahmad Said sebagaimana pengakuan MB sendiri di dalam Persidangan DUN yang lepas bahawa Wan Ahmad itu adalah 'imej saya(Ahmad Said)'.Selaku MB saya berkuasa untuk menaikkan siapa sahaja pegawai yang saya suka'.


Kepada TCS, pengakuan Ahmad Said secara terbuka di dalam Dewan Undangan Negeri yang lepas membuka minda mereka dan memecahkan kebuntuan andaian atau tohmahan mereka selama ini bahawa Wan Ahamad bukan sahaja mendapat layanan istimewa Ahmad Said,malah sebenarnya Wan Ahamadlah yang bertindak selaku MB sebenar Tetengganu.Apakan tidak kata TCS lagi,bila TCS berjumpa MB bukan sahaja ditanya tujuan tetapi beliau turut menemani MB ketika ditemui TCS,pemimpin dan rakyat.Apa kata Wan Ahamad maka itulah kata dan keputusan Ahamad Said.Tidak cukup yang demikian,Wan Ahamad telah menempatkan pegawai pro Pas di Tingkat 16.Motifnya?....hanya Wan Ahamad dan Allah Yang Maha Mengetahui.


Bila TCS dan rakyat melahirkan rasa tidak senang dengan pegawai N 48 ini yang bermaharalela di Tingkat 16,Ahmad Said cuba menyembunyikannya dengan menghantar short course(kursus jangka pendek)selama 2 bulan di London yang menurut sumber pejabat SUK yang boleh dipercayai ,sejumlah RM200,000.00 ditanggung sepenuhnya oleh SUK.Beliau juga difahamkan dibayar gaji penuh.''Bertuahnya badan walaupun buat kerjapun tak berapa pandai.Kerajaan bayar RN200,000.00,gaji dibayar penuh.Kursus ke tidak atau hanya pergi makan angin berehat di London wallahuallam.Tinggal di hotel 5 bintang.Kursuspun tak sampai 2 bulan difahamkan beliau juga ikut MB pergi ke Mekah.Apa ubat guna-guna yang diberi Wan Ahmad kpd Ahmad Said...' keluh TCS berkenaan lagi.Sambung TCS itu lagi,''sebelum ini Wan Ahamad bertegas tidak mahu pergi oversea dan meninggalkan jawatan SUSK.Dia kata boleh aku gi dengan syarat bila balik ni aku dilantik sebagai Datuk Bandar MBKT ataupun lantik aku jadi Timbalan SUK(Pengurusan)''.


Allah Maha Kuasa.Apa yang dihajati Wan Ahamad semuanya dapat dan dimakbul.Malah semasa di London masih boleh beri arahan kepada pegawai kanan TCS di tanahair, buat itu dan ini.Kini Wan Ahamad telah dilantik oleh Ahmad Said sebagai Timbalan SUK (Pengurusan)untuk mengurus negeri dan duit berbillion RM.Malah difahamkan jawatan SUSK belum diisi sebab Wan Ahamad sendiri tidak bersetuju calon-calon seperti Azmi Razik atau Kamarul Amin ataupun Razali Adis mengisi jawatan tersebut.Wan Ahmad seboleh-bolehnya mahu terus mengisi jawatan tersebut atau menjadi unseen hand dari belakang tabir untuk memangku terus jawatan tersebut.


''Aku heran bagaimana budak N48 yang dibayar JUSA C kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada diri Ahmad said mahu tadbir negeri.Macamana dia nak command pegawai kanan TCS lain dan DO yang berjawatan hakiki Gred 52 dan 54?Kalau ini cara Ahmad Said memerintah dan mentadbir negeri bukan setakat negeri hancur tapi riwayat hidup Kerajaan BN Terengganu akan berakhir'',kata pegawai kanan TCS berkenaan.

Wan Ahmad juga memaklumkan bahawa kesemua pegawai kanan TCS dan pegawai TCS yang dinaikkan pangkat sekarang akan menyokong beliau dan tidak akan sama-sekali membantah sekiranya Ahmad Said atau Kerajaan Pas nanti melantik beliau sebagai SUK Terengganu.Menurut kepimpinan Pas berkenaan lagi,Wan Ahmad ini bukan calang-calang pegawai.Beliau memiliki triple degree dan seorang yang pandai bekerja.Semasa Pas perintah Terengganu 2000-2004 Wan Ahamad banyak membantu Kerajaan Pas katanya.(Mungkin ada kebenaran bila beliau dikatakan bertanggungjawab mengarahkan MPK beri kebenaran kepada Pas guna Dewan Berlian MPK dan MBKT beri kebenaran kepada Pas guna Stadium Tertutup Negeri Terengganu untuk umum calon PRK K.TRG).


Namun apa yang perlu direnungi adalah peranan beliau sendiri daripada persepsi rakyat,pemimpin BN dan TCS.Beliaulah MB Terengganu yang sebenarnya sekarang.Beliaulah yang akan menjadi SUK sebenar di samping Dato' Lan ' kepit batu'(Mr yes man).Beliaulah exco dan beliaulah sebenarnya yang menghancur Kerajaan BN Negeri Terengganu.Itulah persepsi rakyat Terengganu



Tulisan ini di kirim melalui email oleh : M. Lizan C

Jan 23, 2010

Kuliah Khas Penggunaan Kalimah Allah.

Kuliah Khas ini telah disampaiakan di Masjid Pengadang Baru pada Rabu 6.1.2010.Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dengar Kuliah : Kuliah Khas
Muat turun : Kuliah Khas
Kuliah - kuliah yang lain sila ke www.terengganukini.net

Nota : Mengulaslah dengan Ilmu dan bukannya dengan akal dan Nafsu.

Sumber : trgkini.blogspot.com

"Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya"

Presiden PAS

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.

Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :

“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

1-Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

2-Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

3-Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.

Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis

22 Januari 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 6


BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah.5

" Ah , sayapun mahu minta maaf juga. Ketika saya mula pertamakali melihat Cik Faridah di Masjid Rusila ini, saya sangat berasa benci, kerana semua orang berpakaian menutup aurat mengikut Islam, namun Cik Faridah berani masuk masjid dengan pakaian tidak senonoh. Sekarang saya sedar Cik Faridah telah menjadi orang yang baik, beriman secara wajar, sedar kerana memahami dan kerana berilmu. Cik Faridah menjadi orang beriman kerana pengertian, kerana faham pengajian dari Tok Guru, kerana Cik Faridah takut kepada Tuhan, bukan kerana berpura-pura orang baik, bukan kerana malu dan segan kepada kita semua. Berilah saya maaf......" Kata Puan Zahara pula.

Kami telah merupakan sahabat dan kadangkala lebih dari saudaramara yang sangat dekat. Pertemuan kami di masjid Rusila, yang bermula dari dua pihak yang salah anggapan, salah duga dan saling mencurigai, berkat pengajian dari Tok Guru yang kami ikuti dengan bersungguh-sungguh telah menjadikan kami bersaudara dalam erti yang sesungguhnya.


Nota- Bab seterusnya ada lah bab 3- Saya bertaubat.

Umno Terengganu : antara Kaliamah Allah dan Roboh Rumah Allah.

Malas nak tulis banyak-banyak.
Hanya meluahkan melalui gambar.
Hipokritnya mereka ini. Lihatlah


Di Kuala Terengganu, Umno habis-habisan mempertahankan Kalimah Allah




Di Bujal, Kemaman, Umno mati-matian arah Pejabat Tanah Daerah Robohkan Rumah Allah



Inilah 2 wajah umno / BN Terengganu. Hidup penuh kepura-puraan, mengambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit itu.

Rombakan : Mat Said terus menyigung Deris

Dalam rombakan yang melibatkan 48 orang pegawai tinggi Kerajaan Terengganu baru-baru ini, terselit satu nama yang sangat popular dikalangan PTN ( TCS) nama itu polpulor selepas Dato' Temgku Mohamad ( bekas Pesuruhjaya JHEAT) bersara.

Nama itu ialah bekas pengarah UPMN( Unit Pengurusan Maklumat Negeri)juga bekas Pegawai Dearah Besut Tuan Mamat Tuan Ngah . Sebelum ini beliau dibekukan disebuah petisejuk di Wisma Darul Iman oleh Idris bin Jusoh selaku MB ketika itu. Sebelum beliau Dato' Engku Mohamad juga di petisejukan disitu, beliau sedang mengambil tindakan saman terhadap kerjaan Terengganu dalam kes ini.

Kemarahan Ahmad Said adalah berpunca dari kehadiran Mokhtar Nong dimajlis untuk menggugurkan Ahmad Said sebagai MB di motel Desa Kuala Terengganu. Peristiwa itu menyebabkan kemelaratan kemarahan menyebabkan bergeraknya 48 orang pegawai tadbir ini bermula dengan arahan bersara awal Dato' Mokhtar Nong.

Pegawai Tadbir negeri harus ingat, Motel Desa ini tempat "berpuaka". Zaman Kerajaan PAS Mahatar Abdullah semasa itu DO dungun telah hadir di Motel tersebut bersama pasukan khas Umno termasuk Idris Jusoh dan Rosol Wahid. Walaupun Mohatar akhirnya juga dilantik sebagai SUK sebaik sahaja Idris Jusoh menjadi MB tapi tidak bertahan lama kerana beliau diarah bersara awal untuk memberi laluan kepada Mokhtar Nong.

Semasa Idris Jusoh mengambil alih Kerjaan Terengganu, Tuan mamat Tuan Ngah bertugas di Besut sebagai Pegawai Daerah. Kemudian beliau telah mempetisejukkan Tuan Mamat, maka duduklah Tuan mamat di pejabat di Wisma Darul Iman dengan sebuah PC dan sambungan network.

Kini selepas hampir 2 tahun jadi MB, Ahmad Said tempelak, sigung Deris lagi, dalam pertukaran baru-baru ini sekali lagi Tuan Mamat Tuan Ngah di hantar ke Besut, untuk apa? kenapa? sedangkan Tuan Mamat diberitakan hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk bersara. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah memang hasrat Ahmad Said untuk tempelak Idris dengan menghantar Tuan mamat di situ sudah tentulah Idris sebagai Adun terpaksa berhadapan dengan Tuan Mamat. Kecuali kalau Idris berasa amat malu untuk berbuat demikian.

Jan 22, 2010

Terengganu Rombak Pegawai Besar-Besaran

Kerajaan Negeri melakukan rombakan besar dalam pentadbirannya, apabila seramai 48 Pegawai Tadbir (PTD) Negeri terlibat dengan pertukaran jawatan termasuk diarahkan bertukar melibatkan semua peringkat, berkuat kuasa 1 Februari depan.

Pertukaran itu dibuat berikutan persaraan awal Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mokhtar Nong pada 15 April depan.

Pemangku SUK, Datuk Mazlan Ngah ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertukaran itu turut membabitkan jawatan Datuk Bandar Kuala Terengganu yang akan diambil alih Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang bagi menggantikan Datuk Mat Razali Kassim.

Katanya, manakala Mat Razali pula bakal mengambil alih jawatan Adzlan iaitu sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.

Beliau berkata, turut bertukar ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Datuk Mustofa Abd Rahman ditukarkan memegang jawatan Pegawai Daerah Dungun yang sebelum ini dipegang oleh Zulkifli Mohamad. Tempat Mustofa diambil alih oleh Timbalan SUK (Pengurusan), Husain Embong.

Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat SUK, Tuan Mamat Tuan Ngah ditukar sebagai Pegawai Daerah Besut, Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Mohd Zulkifli Abu Bakar dan Pengarah Yayasan Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail masing-masing memegang jawatan Timbalan Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Pe-ngarah YIT.

“Berikutan pertukaran dan rombakan itu juga, dua jawatan baru turut diwujudkan iaitu jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Skills Development Center (Kolej Tesdec) dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Terengganu.

Menurut beliau, kedua-dua jawatan itu masing-masing akan diisi Datuk Mohd Alim Muda dan Zulkifli Mohamad yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Pegawai Daerah Dungun.

Beliau berkata, surat pertuka-ran kepada pegawai terbabit telah dikeluarkan kelmarin dan rombakan tersebut adalah untuk mengisi kelompongan serta kekosongan jawatan di semua peringkat di pejabat PTD.

“Dalam pertukaran ini empat aspek yang kita ambil kira adalah dari segi merit, kekananan (senioriti), penerimaan ('acceptability') dan integriti.

“Berikutan pindaan dan pertukaran pegawai tadbir ini, masih terdapat lebih 40 kekosongan belum diisi untuk semua peringkat dan sekarang proses pengambi-lan pegawai baru terus berjalan di mana kita harap ia dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan atau dua bulan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, di sini, semalam yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Menurut Mazlan, berikutan pertukaran itu setakat semalam, pihaknya menerima maklum balas yang amat baik daripada pegawai terbabit dan masih tiada komen negatif diterima.

“Sebelum ini, saya juga telah membuat perjumpaan dengan semua pegawai tadbir negeri pada 17 Januari lalu untuk menerangkan hasrat supaya semua pegawai tadbir memberi sokongan yang padu kepada pentadbiran dan politik negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika mengulas pertukaran itu berkata, walaupun mungkin terdapat sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan pertukaran tersebut, tetapi mereka perlu akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

“Kalau nak ambil kira soal itu, memanglah setiap kali berlaku pertukaran akan ada pihak yang tidak berpuas hati, namun kita perlu redha.

“Bagi saya benda ini ‘simple’ kerana jika ada orang kata kita tidak bagus, maka kita kena kerja lebih bagus untuk membuktikan kita boleh buat seterusnya orang akan nilai kebolehan dan kemampuan kita, mungkin suatu masa nanti kita akan diberi peluang lagi,” katanya.

Beliau berkata, sebagaimana pertukaran PTD tahun lalu, mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati, tetapi sekiranya mereka menunjukkan prestasi bagus dan pihak kerajaan berpuas hati, peluang akan tetap diberi kemudian.

“Kita akan memberi peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan tertentu dan apa yang lebih penting adalah komitmen diberikan mereka sendiri.

“Mengenai pertukaran ini apa yang lebih penting sebagai orang Islam ialah kita perlu yakin dengan rezeki kita, mungkin ketika ini masih tiada rezeki kita lagi,” katanya.

Jan 21, 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 5

BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah.4

Demikian juga dengan Cik hindun berserta saudaranya yang selalu berhati mulia. Orang kampung yang banyak bertanam sayur-sayuran itu, beberapakali memberikan hasil tanaman untuk saya sekeluarga dan kami memasak dan memakanya di rumah dengan kesyukuran yang maha tinggi kepada Allah yang maha esa.

Puan Zahara isteri kepada pegawai tinggi yang kayaraya dan cantik serta lawa itu, dulu ketika saya mula mengenalinya, sungguh saya telah membuat satu kesilapan besar.

Saya menyangkan puan Zahara yang selalu duduk dibarisan hadapan dalam Masjid Rusila itu, seorang wanita yang sombong, angkuh, takabbur dan tinggi hati. Oleh kerana anggapan yang demikian, bukan sahaja saya duduk berjauhan darinya, malahan saya selalu menunjuk sikap kurang berbudi bahasa kepadanya.

Tetapi kemudian saya mendapatilain sekali. Saya salah duga. Saya silap besar . Saya merasa berdosa dan meminta maaf kepadanya.
" Cik Zahara saya minta maaf yang sebesar-besarnya kepada Cik Zahara. saya telah berlaku kasar dan tidak sopan dimasa yang lalu, maafkanlah saya, kerana saya merasa berdosa dan terlalu berat bagi diri saya, jika saya tidak diberi maaf" kata saya pada suatu hari.

"Hai apa dah jadi dengan awak Cik Faridah? mengapa awak jadi begini, apa yang awak telah buat kepada saya sampai awak minta maaf macam ini sangat?" balas Puan Zahara dengan penuh sopan santun.
Hati saya semakin tersayat rasanya dengan jawapannya yang berlemah lembut itu, kemudian kemudian saya nyatakan anggapan salah terhadapnya dimasa lampau.....

Bersambung........

Sedang dalam proses perubahan( Cuba)

Salam perjuangan,
Mohon maaf , blog sedang dicuba untuk diubahsuai, memandang kemahiran grafik dan html berada ditahap minima maka mungkin akan berlaku sedikit kecelaruan. Pun begitu usaha masih dibuat, mungkin akan berubah lagi selepas ini atau terus kembali ketapak asal seperti sedia.

Kepada peminat drama bersiri " Siti Faridah bertaubat di Masjid Rusila" harap bersabar. Siri tersebut akan ditetap diteruskan tetapi tidak dijanjikan berkala.

Terima Kasih.

Jan 20, 2010

BAJET 2010:RM20 JUTA BAGI APMT(AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU)

DUN Terengganu baru-baru ini meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM20 juta bagi APMT yang hanya dikemudi oleh seorang cikgu sekolah rendah di Kijal,Roshali Muda selaku Pengarah APMT.Rakyat tertanya-tanya siapakah gerangan pengarah yang selama ini hanya mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6,yang diberi kepercayaan oleh Ahmad Said,MB Terengganu untuk mengetuai agensi APMT ini?Mungkin bekas pelajar sekolah rendah di Kijal yang dapat nombor satu sokmo di dalam kelas sepertimana MB juga barangkali?Ataupun beliau dapat nombor dua di dalam kelas selepas MB?Ataupun pernah sama-sama menuntut dengan MB di Sekolah Adabi Kuala Terengganu dulu?Ah pedulikan sejarah lampau sebab kehebatan latarbelakang akademik sahaja tidak bererti seseorang itu hebat mentadbir, kata MB sendiri.Memang betul,mendiang Lim Goh Tong sepertimana yang diketahui umum bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi mampu membina empayar perniagaan Genting Berhad.Seorang lagi kawan saya di Kemaman sendiri sebagai contoh,mengajipun tak tinggi mana,tapi pandai dan fasih bercakap Mandarin sebab memang dia seorang berbangsa cina,kena buang negeri pulak,maknanya tinggal sebatang kara asalnya di Kemaman tapi sekarang multi-millionair.Seorang lagi kawan saya seorang Melayu sebagai contoh, yang saya kenal sebagai kaki tarik kereta tapi kini mampu hidup kaya-raya sejak sehari dua ini.semuanya itu kerana apa?Rahmatttttt!!!!!!!!!!!


Dengan peruntukan sebesar itu,malah menurut sumber Jabatan Veterinar Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri peruntukan tersebut jauh lebih besar daripada peruntukan bagi kedua-dua jabatan berkenaan bagi faedah rakyat jelata negeri Terengganu,apakah matlamat sebenarnya kerajaan negeri?Apakah ianya bertujuan untuk membangunkan masyarakat Terengganu?Ataupun memperkasakan parti dan kerajaan sebagaimana sepatutnya?Menurut syarahan perdana Hj Shamsudin Sulong dan Cikgu Latif Awang dalam setiap kursus induksi kepada pegawai-pegawai APMT dalam tahun 2009 yang lepas, bahawa tugas APMT bukan kerja untuk wakil rakyat,bukan jaga parti dan kerajaan TAPI MESTI PERTAHAN MB DATUK AHMAD SAID.Maknanya untuk mempertahan jawatan MB sahaja melalui agensi APMT, sejumlah RM20 juta diperlukan? Hebat!hebat!hebat proton!Ianya bukan perkara luarbiasa sekiranya matlamatnya untuk memperkasakan parti dan kerajaan.Bila parti dan kerajaan perkasa, sekaligus ianya memperkasakan MB.Itulah amalan di negeri-negeri lain termasuk negeri yang dikuasai pembangkang,Kelantan,Selangor,Kedah dan Pulau Pinang.


Melihat kepada perlantikan APMT pula,rata-ratanya di setiap DUN, dilantik di kalangan mereka yang layak dari kalangan aktivis parti,sebagai penghargaan kepada sumbangan mereka memartabatkan parti.Namun kalau kita zoom in ke beberapa bahagian dan DUN di Terengganu,didapati mereka yang dilantik kelihatan bekerja hanya untuk menjaga 'orang yang mencadangkan perlantikan mereka'.Kalau ketua bahagian atau ahli Parlimen yang mencadangkan perlantikan mereka,maka APMT yang dilantik menggunakan kedai kopi,tempat-tempat kursus APMT dan khalayak ramai untuk menghentam ADUN mereka sendiri.Sebaliknya kalau ADUN yang mencadangkan perlantikan mereka maka kerja APMT pula menghentam Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.

Apa yang penting tak kiralah banyak mana dibelanjakan sebab duit itu bukan duit pusaka peninggalan mak bapak kita ataupun duit dari poket yang kita cari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kita,lagipun negeri Terengganu yang kita perintah ni kaya.Minyak melimpah ruah di lautan, daratan dan di hutan-hutan.Duit 'royalti minyak' kang banyak 'berbelas-belas RM billion'.Hinggakan MB sanggup ugut Kerajaan Pusat " kalau tidak bayar RM2.67 billion pada tahun 2010 ni saya tak akan sain perjanjian royalti".Belanjalah seberapa banyak yang mahu selagi rakyat memberi kuasa.Asalkan puashati tap jaangan sampai ke peringkat nafsu menguasai diri sehingga terdetik perasaan angkuh,"malah tuhan tidak mampu menghalang apa yang aku mahu sebab aku berkuasa".

Jan 17, 2010

Setahun Berlalu 17.1.2009- Masihkah kau ingat?

PRK 036 Kuala Terengganu dalam kenangan

1 Jan 2009: Ustaz Abdul Hadi telah membuat kejutan dengan mengumumkan Haji Wahid Endut sebagai calon PAS dalam PRK P36,satu nama yang langsung tidak dijangka oleh semua pihak.



6 Jan 2009: Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Perlawanan 3 Penjuru.




Calon Pilihan Rakyat " Berubah Untuk Kemenangan Rakyat"



Selepas berhempas pulas menghadapi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri , BN dll akhirnya pada 17 Jan 2009 Calon Pas Hj Mohd Abd Wahid Menang dengan maj 2631.
17 Feb 2009 selepas sebulan dinobatkan sebagai MP Kuala Terengganu secara sah selepas lebih 32 ribu pengundi Kuala Terengganu mahukan beliau, akhirnya YB Hj Wahid mengangkat sumpah di Parlimen.


Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 4

BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah.3

Semuanya memberi saya pandangan yang berbagai rupa dan juga menambah kesedaran serta keinsafan kepada saya, bahawa kehadiran saya menjadi anggota jamaah Masjid Rusila, bukanlah hanya dapat berkenalan dengan orang-orang kampong yang bodoh tidak berpelajaran, sebagaimana ditohmahkan oleh sesetengah pihak.

Kaum ibu yang datang ke Masjid Rusila ternyata dari semua lapisan masyarakat, sejak dari yang miskin dan melarat, sampai kepada yang kaya dan berada, dari golongan biasa sampai ke golongan tinggi dan bangsawan, sejak dari golongan berpenghasilan sederhana sampai kepada mereka yang dikatakan hartawan dan jutawan, sejak dari orang yang jadi kuli bergaji hari sampai kepada mereka yang bergaji beribu ringgit sebulan, sejak dari mereka yang datang berjalan kaki sampai kepada mereka yang memandu sendiri kereta Mercedez atau kereta volvonya.

Puan kamariah misalnya, dia datang dari rumahnya yang jarak 30 kilometer ke Masjid Rusila, memandu sendiri kereta volvonya membawa dua orang anak gadis dan seorang anak lelaki yang berumur 11 tahun.
Suaminya memandu sendiri kereta Mercedeznya dan membawa seorang anak lelakinya yang sudah berumur 20 tahun, bersama beberapa orang jirannya untuk mengikuti pengajian setiap jumaat di Rusila .

Cik zaitun, jandamuda yang kaya dan terkenal seorang yang baikhati itu, juga memandu sendiri Toyotanya dan bersamanya turut serta lima orang wanita yang menjadi teman akrabnya, yang tidak pernah lalai dan tidak pernah cuai hadir di Masjid Rusila mengikuti pengajian.
Saya kenal betul Makcik Khairaih dari sebuah kampong dekat Kuala Berang, dia selalu berangkat dari rumahnya sebelum waktu subuh. Bersama 15 orang anggota rombongannya, dia menaiki sebuah lori kecil, yang biasanyalori itu digunakan untuk mengakut bahan perniagaan dari pecan ke pecan, tetapi setiap hari jumaat, pemandunya tidak mahu membuat kerja seperti biasa, kecuali membawa anggota jamaah untuk menuntut ilmu belajar agama ke Masjid Rusila.

Dari Kuala Berang, Makcik Khairiah dan rombongannya dikenakan bayaran hanya sekadar untuk beli minyak kereta sahaja.Selepas mengaji pukul 10.30 pagi, semua anggota jamaah kembali ke Kuala Berang dengan lori itu, dengan fikiran tenang, senang dan lapang hati.
Kesemuanya ini kenalan saya, teman saya, sahabat saya ketika mengikuti pengajian. Masjid Rusila telah menambah berserinya kehidupan saya, kerana saya mendapat tambahan teman dan kawan yang baru, dari bernagai lapisan dan corak keadaan.

Bukan itu sahaja………

Tidak jarang pula, orang seperti Makcik Khairiah telah berbuat lebih baik dari orang-orang baik yang lain yang pernah saya kenal.Beberapa kali hari pengajian, makcik Khairiah menghadiahkan kepada saya beberapa ikat rambutan, duku, langsat dan dua ikat buah durian yang sangat sedap.....

Orang kampung yang ditohmahkan orang bodoh itu, bersedekah dan memberi hadiah. Bukankah hatinya mulia dan tinggi ? Bukankah orang berbudi bahasa dan tidak mengharap balasan dari apa yang diberikannya kepada saya.

Tiada lain yang menggerakkan hatinya, adalah perasaan bersaudara sesama islam, perasaan sesama anggota jamaah Masjid Rusila, perasaan sesama murid Haji hadi. Tidak lebih dari itu. Tidak lain dari itu, yang dia tuntut hanya keridhaan Allah, yang doakan dengan pemberiaan itu, suapaya saya menerimanya dengan ikhlas dan mempercayai bahawa pemberian itu tidak akan terjadi , jika kami tidak sama-sama menjadi murid Tok Guru Haji Hadi.

Bersambung.......

Jan 16, 2010

Jagung Kuala Berang dieksport ke Amerika Syarikat ?



Dalam sidang dun yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat memaklumkan kepada dewan undangan negeri bahawa Jagung yang ditanam disebuah kampung di Kuala Berang akan dieksport ke US.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dari Zawawi Ismail (Kuala Berang)

“Harga jagung bergantung pada jenis jagung yang diusahakan oleh petani kerana jagung varieti kam-pung tiada nilai di pasaran antarabangsa.

“Jagung yang dikenal pasti mempunyai pasaran luas ialah varieti hibrit ‘Go Straight 392’ dan ‘Duble Delight 8899’ yang disyorkan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua jagung berkenaan mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa, sehubu-ngan itu golongan petani diminta untuk menanam jagung varieti itu walaupun petani mempunyai masalah dari segi kaedah penanaman yang agak rumit tetapi ia menjanjikan pulangan lebih lumayan.

Mengulas mengenai soalan ke mana jagung berkenaan dijual, jelas Rozi, jagung berkenaan yang ditanam di tanah seluas kira-kira 40 hektar di Kuala Ping dieksport ke Amerika Syarikat.



Apa yang dimaklumkan disini, petang tadi kali keluar dari rumah dan menuju ke gerai jagung di kg Gaong , Kuala Berang.Kami singgah disalah sebuah gerai tersebut dan mendapati 3 gred jagung yang dilonggok dengan harga yang berlainan. Saya bertanyakan kepada mak cik yang menjual itu, kenapa ada 3 gred. Saya sangat terkejut dengan jawapan makcik tersebut kerana beliau memaklumkan bahawa gred tersebut bukanlah bergantung kepada mutu tetapi mengikut dari mana ianya datang. 3 gred jagung tersebut semuanya bukan hasil petani Kuala Berang. Jagung jagung itu rupanya dari Thailand, dari Johor dan dari daerah Besut.

Saya bergurau dengan Makcik itu, bukan kah jagung Kuala Berang nak dihantar ke luar negara. Beliau memaklumkan orang Besut yang tidak diprojekkan dengan jagung pun boleh keluarkan jagung dimusim banjir, tapi jagung Kuala Berang "tak dok sebutir pun" dimusim banjir dan lepas banjir. Saya tanya lagi, jagung Kuala Ping tak dok ke? Mak cik tu kata, bila lah pulok orang Kuala Ping tanam jagung. Saya berlalu dan dalam hati berkata, mungkin tahun ini akan dimulakan projek jagung Kuala Ping.

-Semoga berjaya hendaknya



14 tahun tunggu permohonan Tukar Syarat tanah ?

Selepas 14 tahun menanti, penduduk Kampung Gong Nangka mengharapkan supaya status permohonan tanah pertanian dan lot kediaman di kampung berkenaan diselesaikan segera.

Masalah yang berlanjutan sejak 1996 itu menyebabkan penduduk kini terus mengharap disebabkan status permohonan masih tidak diketahui.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Nangka, Abd Halim Abu Bakar berkata, permohonan yang terlalu lama menyebabkan penduduk kini masih tertanya-tanya serta sering diutarakan dalam mesyuarat JKKK berkenaan.

“Kebanyakan pemohon adalah orang susah dan masih ada yang tidak mampu membuat rumah sendiri kerana tiada tanah, sebab itu kami mengharapkan Pejabat Daerah Marang dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“Masalah ini membabitkan ramai penduduk iaitu kira-kira 200 keluarga, yang kebanyakannya memohon untuk memajukan tanah pertanian dan lot kediaman, justeru, saya harap pihak berkenaan dapat menyegerakan permohonan mereka,” katanya.

Menurutnya, kawasan cadangan berkenaan adalah di Bukit Tanah Lot Gong Nangka dan ia bukan sahaja membabitkan penduduk kam�pung itu tetapi juga penduduk kampung lain.

Abd Halim berkata, cadangan sebelum ini turut membabitkan pemberian tanah untuk pengerusi dan bekas pengerusi JKKK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang masih belum mempunyai tanah sebagai penghargaan di atas sumbangan selama ini.

“Saya percaya, sekiranya masalah tanah ini dapat diselesaikan segera, dalam tempoh lima tahun, masalah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung ini dapat diselesaikan kerana tanah yang ada dapat diusahakan untuk menjana pendapatan.

“Pada masa sama, mereka yang tidak mempunyai rumah dapat membina kediaman sendiri, seterusnya mengatasi masalah rakyat tidak berumah,” katanya

Ctkay's - Macamanalah jadi macam tu, sedang PTG Terengganu telah dianugerahkan sebagai PTG terbaik seluruh Malaysia...KSU kena check perkara ini.

MBKT Roboh Pengkalan Nelayan

Hampir 30 nelayan di sini, meluahkan rasa kecewa dengan keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan pangkalan nelayan yang dijadikan pusat membuat dan membaiki bubu.

Wakil nelayan, Abdullah Ismail, 55, berkata, keputusan PBT dianggap tidak berperikemanusiaan kerana membabitkan tempat nelayan mencari rezeki daripada hasil membuat dan membaiki bubu.

“Saya tidak nampak apa punca sebenar yang menyebabkan pangkalan ini perlu dirobohkan. Alasan PBT menyatakan lokasi pangkalan tidak sesuai memang tidak logik dan langsung tidak boleh diterima pakai.

“Ini sebab, pangkalan berkenaan sebelum ini dibina pihak mereka juga dan kenapa sebelum membina pangkalan ini, mereka tidak buat kaji selidik lebih terperinci, kenapa kini isu lokasi tidak sesuai timbul?” katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, nelayan terasa seolah-olah dipermainkan untuk kepentingan politik semata-mata kerana pada dasarnya, kelulusan permohonan pembinaan pangkalan berkenaan dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, tahun lalu.

“Buat pengetahuan, pada awalnya kami nelayan di sini memang tidak ada tempat khas membuat dan membaiki bubu. Dahulu kami melakukan kerja ini di rumah masing-masing dan di tepi sungai ini.

“Justeru, ketika musim pilihan raya kecil tahun lalu, kami sepakat memohon kepada kementerian berkaitan agar menyediakan sebuah pangkalan bagi memudah�kan dan memberi keselesaan kepada kami melakukan kerja ini. Alhamdulillah, permohonan kami diluluskan dan pihaknya mendirikan pangkalan ini pada Disember tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Mudzi Endut, 42, berkata, nelayan di sini tidak pernah sesekali berniat ‘melawan’ keputusan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya PBT perlu menggantikan tempat baru untuk mereka.

“Kami terima keputusan ini walaupun sedar seperti dipermainkan. Kami tidak boleh menolak keputusan yang dibuat tetapi mereka perlulah sediakan tempat baru kepada kami.

“Jangan hanya pandai menyusun kata-kata ataupun melemparkan janji kosong kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, pangkalan nelayan di Kampung Losong Lebai Salleh akan dirobohkan kerana pembinaannya tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan dan juga lokasi tidak sesuai.

ctkay's - Masa nelayan bina Disember 2008 tu tak dirobohkan kerana masa itu terlalu dekat dengan Pilinaraya kecil Kuala Terengganu- anda ada faham? saya sudah faham. Itulah BN 1 Malaysia, rakyat diutamakan..

Jan 14, 2010

Selamat Sultan - Lagu rasmi Terengganu.

Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan

Memerintah rakyat aman

Sekadar bertanya, macamana kalau orang bukan Islam menyanyinya?
Biasanya anak-anak sekolah lah yang terlibat.
Boleh sesiapa tolong jelaskan kekeliruan ini( saya yg keliru)

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 3

BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah2




Sudah pula menjadi amalan bagi saya sesisi rumah sejak beberapa masa kebelakangan ini, sembahyang subuh, maghrib dan isyak berjamaah dengan suami dan anak-anak saya. Oleh kerana itu, adalah kewajipan saya membangunkan anak-anak saya supaya mereka menunaikan ibadah subuh bersama ayahnya dan saya sebagai ibunya.

Kini munculah pula pagi Jumaat yang mulia, yang selalu saya rindui, yang selalu saya hargai dan yang selalu menjadikan diri saya lebih mulia dari hari-hari yang lain, kerana hari inilah sekali dalam seminggu, saya dapat sepenuh hati dan sepenuh masa mengikuti pengajian di masjid rusila yang disampaikan oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang.

Setiap pagi jumaat itu, saya merasa diri saya lebih bernilai dan hati saya merasa lebih lega serta lebih lapang dari hari-hari yang lain kerana memang saya bersedia dan selalu berjaga-jaga menanti kedatangan hari juamaat itu, dengan gelora penyakit tidak sabar yang saya kemukakan tadi.

Menjelang pukul lapan pagi, saya sudah berada d ikawasan Masjid Rusila. Saya berikhtiar mencari tempat duduk dibarisan hadapan, yang terdekat kepada tempat pengeras suara, supaya semua pengajian yang disampaikan Tok Guru dapat saya ikuti dengan teliti dan seksama.

Saya berada diantara ribuan muslimat dan muslimin yang tekun mengikuti pengajian di masjid Rusila dan saya menyertai jamaah yang besar dan that itu, mendoakan keselamatan dan kesihatan serta kebahagian Tok Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, agar beliau diberi Allah senantiasa rahmat dan nikmat yang sewajarnya, sehingga beliau tidak tergendala melanjutakan pengajian untuk kita semua.

Satu jam menjelang pengajian dimulai, adalah satu perjalanan masa yang penuh erti, jika dia digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya menggunakan masa itu, untuk saling berkenalan dengan kaum wanita sejenis saya, yang duduk berdekatan dengan saya. Setiap pagi jumaat saya mendapat teman baru, mendapat kenalan baru.

Saya dapati kaum wanita yang menjadi kenalan saya itu, datang dari pelbagai pelosok kampong dan kota, dari berbagai negeri dan daerah. Mereka juga dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat, ada isteri kepada orang-orang kampong yang that, hidup rukun dan damai, ada pula isteri orang-orang berniaga yang sering mengalami untung dan rugi, ramai pula isteri dari orang-orang kenamaan dan berbagai peringkat corak hidup, isteri orang-orang berpangkat dan orang-orang yang tergolong berada.

Bersambung……

Jan 13, 2010

Kejutan Politik Di Terengganu ?

Pagi ini terima satu email yang memaklumkan akan ada kejutan politik di Terengganu untuk sehari dua terdekat ini.
Walaupun pengirim email tersebut ada memberi sedikit gambaran tentang kejutan tersebut, namun saya tidak bercadang lagi untuk berkongsi dengan pelayar blog ini, sama- sama kita tunggulah. Kalau ada, adalah, kalau tak ada anggaplah ianya khabar angin sahaja.

Jan 12, 2010

Satu Pagi Jumaat di Masjid Rusila.

Satu pagi Jumaat di akhir tahun 2009, Sekitar depan Masjid Rusila, seketika kami dok cari cari parking. Itulah Masjid Rusila dihari jumaat, tidak pernah susut dan surut pengunjungnya.
Walaupun kini kuliah telah disiar secara langsung di www.terengganukini.net namun masjid Rusila masih tetap ada pengunjung setia.










.

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 2

BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah1

Sesuatu yang menimpa saya sejak beberapa masa kebelakangan ini , adalah penyakit tidak sabar menunggu ketibaan hari jumaat. Bila disetiap petang matahari masuk ke peraduanya di ufuk barat, cahaya merah beransur-ansur hilang lenyap dan berganti dengan suasana senja menjelang malam gelap gelita. Saya merasa perputaran masa seperti berjalan terlalu lambat sekali.

Mulaipada saat itu, bermulalah penyekit tidak sabar tadi bergelora dan bergolak.Setiap saat yang berlalu, menjelang tiba hari jumaat yang akan datang,seperti perjalanan binatang melata yang terlalu perlahan.Kadang kala saya seperti orang tak sedar diri, ingin dan mahu berbuat sesuatu, apa pun juga kiranya, jika boleh mempercepat tibanya hari jumaat yang sangat itu.

Walaupun ianya satu penyakit tidak sabar, namun saya selalu dan senantiasa bersyukur kehadrat Illahi Rabbi, kerana saya ditimpa dan dilanda penyakit yang baik itu.
Adakah kaum muslimin dan muslimat menyedari akan kata-kata, yang berbunyi “ Penyakit yang baik?”.Dimanakah ada sesuatu yang dinamakan penyakit yang dinilai baik atau yang dipandang baik.Ya saya menderita dengan penyakit yang baik.

Mengapa begitu ?
Bila sang surya ke peraduannya dipetang hari khamis di ufuk barat dan cahaya merah itu segera pula lenyap memasuki suasana gelap menandakan malam sudah menjelma, hati saya semakin riang dan penyakit tadi semakin berkurangan dan rasa syukur saya kepada Allah semakin bertambah tambah jua.

Sudah menjadi kebiasaan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terjaga dinihari menjelang tiba waktu subuh. Itulah sukumalam yang akhir pada setiap malam, masanya saya menunaikan sembahyang tahajjud..Lepas sembahyang Tahajjud saya cuba lagi tidur sejenak dan berapa lama kemudian saya masuk bilik mandi berkemas menanti kedatangan wakyu subuh yang sentiasa mendatangkan rasa bahagia di lubuk jiwa saya.

......bersambung.....

Demo di Batu Burok 8.1.2010

Gambar yang dikirim melalui Email.
Peliknya, tak kan ini je yang berdemo?










Presiden PAS lancar D' Green Shoppe & Cafe

Bangkitlah Muslimatku


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.

Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.

(Gambar: Abdul Hadi menjadi pembeli pertama di kedai itu)

"PAS tidak keberatan untuk beri laluan kepada Dewan Muslimat untuk membuka kedai ini di ruang Pejabat Agung ini kerana saya melihat ia satu usaha yang bagus.

"Saya amat berharap agar kedai yang dibuka ini bukan sahaja untuk urusan jual beli barang tetapi dapat menjadi medan untuk kita membawa mesej dakwah melalui akhlak dan peranan dalam muamala," katanya.

Beliau juga berkata, telah tercatat dalam sejarah bahawa bidang ekonomi merupakan satu cabang dakwah yang besar yang telah menyebarkan Islam di rantau ini.

"Bidang perniagaan bukan sahaja merupakan cabang rezeki yang terbesar tetapi juga pembawa dakwah yang terbesar.Kalau kita melihat sejarah dahulu, bidang ekonomi telah menyebarkan Islam dengan luas di rantau ini.

"Oleh itu, di samping menarik pelanggan untuk membeli produk yang dijual di sini, muslimat juga berperanan menarik masyarakat di luar supaya tertarik dengan Islam yang merupakan perjuangan utama kita," ujarnya.

Sementara itu, Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Salleh dalam ucapannya menyifatkan peluang yang diberikan oleh pimpinan tertinggi parti untuk mereka memulakan perniagaan itu sebagai satu suntikan semangat kepada mereka untuk mengorak langkah dalam menjana ekonomi parti.

"Kalau Dewan Pemuda terkenal dengan pengurusan PASTInya, Dewan Ulama' terkenal dengan institusi pendidikan pondoknya, Dewan Muslimat pula ingin mengikut jejak langkah isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah yang berjaya dalam bidang ekonomi.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden dan pimpinan PAS yang lain kerana memberi keprcayaan kepada kami untuk memulakan perniagaan ini. Saya berharap semua pihak berdoa agar usaha kami ini mencapai kejayaaan dan memberikan imej yang baik kepada parti," katanya.

D' Green Shoppe & Cafe dibuka oleh DMPP melalui Lajnah Ekonominya dengan modal sebanyak RM30,000 dan akan beroperasi tujuh hari seminggu dari jam lapan pagi hingga 10 malam.

(Gambar: MB Kedah, Azizan juga turut membeli belah di situ)

Kedai serbaneka berkonsepkan 'layan diri' ini menjual pelbagai produk keluaran Muslim terdiri daripada makanan dan minuman seperti roti, kek, kerepek, jus buah-buahan dalam botol dan tin, makanan sejuk beku, produk kesihatan dan juga buku-buku ilmiah selain busana muslimah.

Selain itu, kedai berkenaan turut menyediakan menu makan pagi, tengahari dan malam yang disediakan oleh tiga tukang masak tetap.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan DMPP, Khadijah Mahmud, perniagaan ini juga merupakan salah satu cara untuk membantu golongan ibu tunggal dalam PAS yang ingin menambahkan pendapatan.

"Kedai ini juga salah satu cara untiuk kami membantu golongan ibu tunggal sebab mereka boleh menghantar kuih atau barang makanan yang mereka buat di sini.Kami menerima produk dari sesiapa sahaja yang ingin berkerjasama dengan kami asalkan ianya halal dan mengikut cara Islam," ujarnya.

Majlis perasmian kedai itu semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan tertinggi parti yang lain iaitu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan, dan beberapa Ahli Jawatankuasa parti iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Dr. Hasan Ali, Dr. Siti Mariah Mahmud, Wan Ubaidah Wan Omar dan lain-lain lagi.

Abdul Hadi turut mengambil kesempatan semalam meninjau produk-produk yang dijual. Beliau juga menjadi orang pertama yang membeli produk di kedai serbaneka itu.

Turut berbuat demikian, Uztaz Azizan, Ustaz Nasrudin dan Dr. Siti Mariah.

Para hadirin yang hadir turut dijamu dengan makan tengahari.

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pembekal atau menghantar produk mereka ke D' Green Shoppe & Cafe boleh menghubungi pengurusnya, Wan Syamsiah di talian 019-947 6844.

Jan 11, 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila - 1

Bab 1- PERSEMBAHAN

Tiada satu dalam seribu
Wahai Maulana Tok Guru
Engkau anugerah dari tuhan yang satu
kepada ummat manusia di segenap penjuru
Panjanglah umurmu dan sihatkan badanmu
Untuk meneruskan tunjuk ajar kepada pengikutmu

Dalam usiamu yang belum masuk tua ( ketika sajak ditulis)
Baktimu telah terbukti ke merata dusun dan kota
Semoga Allah lanjutkan usiamu ya Maulana
Supaya bertambah luas dan ramai jamaah kita
Untuk Menegakkan kalimah Allah
Untuk melaksanakan Sunnah Rasulullah
Seperti yang engkau ajarkan kepada ummah
Dengan permulaan Bismillah
Dan kegemaran Alhamdulillah
Selalu syukur Alhamdulillah

Belum kami jumpai Ulama yang begitu mempersona
Ulama yang dengan kejujuran beramal dengan ilmunya
Mengikat hati, jiwa dan rohani para pendengarnya
Menjadikan setiap insan segera jadi anggota jamaahnya
Yang tiada mudah terungkai untuk berkecai lagi
Malahan semakinteguh, kuat dan tiada terpunggah
Suaramu lantang menyeru ke jalan yang benar
Gerak gerimu menarik ummat ke arah kuat beribadat
Dan Jamaah kita ini semakin ramai dan thaat.

Wahai Tok Guru
Tambahlah lagi ilmumu
Perbanyakkan lagi amalmu
Allah semoga selalu melindungimu
Dengan memberikan kesihatan yang wajar
Supaya Tok Guru boleh terus mengajar
Dan kami anggota jamaah yang ramai ini
Berikrar dan berjanji dengan lidah dan hati
Akan terus insaf, sedar dan memperbaiki diri
Juga akan mengajak mempelawa saudara dan saudari
Yang masih diluarbarisan jamaah kita yang terpuji
Agar mereka bersama kita di jalan yang benar ini
Melalui liku dunia ke padang akhirat yang pasti.


قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.(seb. Al-Imran 73)

Jan 10, 2010

Serangan Gereja Bercanggah dengan ajaran Islam

Petikan Khutbah Jumaat 8.1.2010 Di Masjid Rhu Muda, Marang, Terengganu.Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan tindakan membakar gereja adalah merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja di Lembah Klang semalam.

Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".


Khutbah penuh di : www.terengganukini.net

Jan 9, 2010

Umno ! Jangan Politikkan Kalimah Allah

Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengingatkan kepada golongan tertentu yang beriya-iya menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik, sedangkan hakikat sebenar merekalah yang tidak beramal dengan Hukum yang ditetapkan oleh Allah.

Kuliah penuh di : www.terengganukini.net

Ct- Kita jangan sesekali terikut-ikut rentak golongan yang bertindak untuk menjadi juara dalam mempertahankan nama Allah tapi tidak meneggakan Kalimah Allah dibumi yang fana ini.

Disini mereka berhimpun mempertahankan nama Allah, di malam tahun baru 2010 mereka berhimpun bercampur aduk bersama-sama artis kesayangan mereka.Ini umno .

Jan 8, 2010

Kenyataan Ringkas Presiden PAS

”Serangan Terhadap Gereja pada hari Jumaat 8 Januari 2010”



Tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.


Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam. Begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka. Bahkan, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.


Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.


Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam.



Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


22 Muharram 1431 H bersamaan 8 Januari 2010

Penggunaan Kalimah Allah


Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polemik hangat dalam negara, menjadi lebih panas setelah mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pihak gereja Katolik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, kerana menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing. Adapun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (al-Quran) yang tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa al-Quran.

Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Perlu difahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus di-gunakan oleh umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa dengan tetap berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah atau mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? [Al-Ankabut : 61]

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [Al-Ankabut : 63]

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [Luqman : 25]

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". [Az-Zumar : 38]

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". [Az-Zukhruf : 9]

Firman Allah:

(Maksudnya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? [Az-Zukhruf : 87]

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu, namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat makjizat al-Quran, apabila mereka memaksa diri menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD, LORD dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka tidak tepat dengan maksudnya. Kita tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah mengikut ajaran dan bahasa kita, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity (Tiga Tuhannya) dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (al-Asma al-Husna). Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma Wa Sifat):

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadanya. Perkataan ALLAH itu daripada perkataan AL-ILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAH yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan Alif dan Lam (AL) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf maka, di sebut ALLAH. Penambahan Al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu berbilang tuhan”.

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW tanpa melarang mereka menyebut, tetapi memberi penjelasan secara ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah:

(Maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". [Ali- Imran : 64]

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, (mengesakan Allah) tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (paderi-paderi) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah seperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan aqidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sekali-kali, kerana menyalah-gunakan perkataan Allah Yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam ‘Ali KW menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

(Maksudnya): (Kalimahnya benar, tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah ALLAH adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, sehingga menggerakkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO) fahaman politik dan individu, bersatu mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah ALLAH boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah. Firman Allah:

(Maksudnya): Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. [Al-An'am : 108]

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.


(DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG)
Presiden PAS