Apr 28, 2010

Tanah : Masih dengan lagu lama.

" Satu tapak rumah untuk setiap rakyat " BN Terengganu terus mendodoikan lagu retorik ini, semenjak zaman MB Wan Mokhtar lagi.
Malahan selepas mengambil alih dari Pas pada tahun 2004, Idris Jusoh juga mendendangkan lagu ini juga. Sayang-seribu kali sayang, mulut manis bagaikan gula, ungkapan hipokrit ini di jaja ke seluruh pelusuk negeri. Namun hakikatnya, dunia dan isi-isinya tahu, betapa rakus dan gelojohnya bila Idris Jusoh melalui agensi di bawah kerajaan bertindak merampas semua tanah untuk rakyat yang dianugerahkan oleh kerajaan Pas, lebih bernafsu lagi, rumah rumah yang didirikan dengan titik peluh dan wang ringgit sendiri tumbang menyembah bumi, bukan sebuah tapi berpuluh puluh buah. Apa salah mereka? adakah kerana mereka menceroboh secara haram, tafsiran mana yang diambilkira? undang-undang rimba mana yang di gunapakai? Kalau pun mungkin ada yang pernah dianugerah tanah sebelum itu, kenapa dirampas semua? pilihlah mengikut keperluan, ini tidak. Itulah akibat bila nafsu mengusai akal.

Kini Ahmad Said yang mengambil alih tugas MB dari Idris Jusoh menyanyikan lagi lagu yang sama, macam burong tiong bunyinya. Walaupun Ahmad seawal menjadi Mb dulu pernah berjanji akan menkaji semula tanah-tanah yang pernah di rampas dizaman Idirs untuk diberi semula kepada yang hak. Mana mungkin Ahmad tidak tahu, sekarang pejabat tanah pun sedang giat mengagihkan tanah kepada rakyat umno melalui ukuran jurukur berlesen. Tanah-tanah tersebut kebanyakan yang telah diberi milik dizaman Kerajaan pas. Layout telah diubah dan dibahagikan kepada rakyat umno tanpa menawarkan kepada peserta di anugerah tanah dizaman pas dahulu. Walaupun ada yang terlibat itu memang tidak memiliki tanah walau sejengkal kecuali tanah kubur yang masih diberi percuma, itu delepas nyawa sudah tiada pada jasad.


Sudah-sudahlah, jujurlah kita dengan diri, dengan rakyat dan paling penting jujurlah dengan Allah. Penasihat MB Mat said sepatutnya mencari irama dan melodi baru sepatutnya, kami sudah muak dengan lagu lama yang agak berirama keroncong itu. Kalau mahu naikkan imej Mat Said di mata Idris sekalipun , gunalah lagu baru yang berirama semasa yang segar dan melunakkan. Ciptalah lagu irama versi Mat Said, kerana yang dimainkan itu adalah lagu versi Wan Mokhtar lagi. Sudah-sudah lah tu rentikan.

Apr 25, 2010

Mari kita lihat

Mari kita lihat apa yang telah kita lakukan, belum lakukan, akan lakukan dan mesti lakukan.
Ini adalah angka rasmi pendaftaran baru pengundi yang diusahakan oleh parti-parti politik seluruh malaysia bagi tahun 2009.

Syabas buat PAS Kelantan dan PAS perak. Teruskan.



Apr 22, 2010

Ada lagi gambar ini

Gambar ini masuk kedalam mailbox saya meminta saya memaparkan di blog ini, dibuka untuk komen...komen jangan tak komen



Apr 21, 2010

Senarai kertelibatan Judi ...


Lihat siapa yang kena...

Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.

Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.

Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)

Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).

Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Mana Peranan YB dikalangan Guru di Hulu Terengganu.

Daripada senarai cadangan panel untuk sekolah berprestasi tinggi untuk tahun depan di negeri Terengganu, tenyata sekolah di daerah Hulu Terengganu masih lagi keciciran dan tidak termasuk didalam senarai ersebut.

Kita tidak pasti apakah kreteria yang di ambil kira didalam mencalonkan sekolah-sekolah tersebut oleh panel yang dilantik.

Dari senarai yang dicalonkan itu, hanya Hulu Terengganu dan Dungun yang tercicir.


Disini kita ingin mempertikaikan peranan 4 orang YB di Hulu Terengganu yang dulu nya adalah berkhidmat sebagai pendidik tidak mampu untuk melonjakkan pencapaian pendidikan di Daerah ini. Semua YB BN adalah bekas pendidik. Bermula dengan YB Parlimen Mohd Noor Othman, Adun Ajil Rosol Wahid, Adun Kuala Berang Zawawi Ismail dan Adun Telemung Rozi mamat. Mereka pernah mengajar di sekolah di Hulu Terengganu. Kecuali Rozi Mamat yang lain juga pernah berkhidmat di Pejabat Pelajar Daerah. Semnetara Zawawi dan Mohd Noor pernah juga menjadi pengetua.

Mohd Noor menjadi pengetua di Sekolah Ajil, Sekolah Menerong dan SMK Tengku Ampuan Intan sebelum bertukar di pejabat Pelajaran Daerah. Zawawi juga pernah menjadi pengertua di Sk Kuala Jeneris kemudian memasuki pejabat pelajaran daerah.

Masih terngian-ngian janji manis keempat wakil rakyat ini selepas hari pernamaan calon Pru 12, mereka berjajanji dengan gabungan keempat empat warga pendidik ini, mereka akan melonjakkan kecermelangan pendidikan di Hulu Terengganu.

Ternyata dengan senarai cadangan sekolah berprestasi tinggi ini, Hulu Terengganu tercicir. Tiada sebuah pun sekolah di Hulu Terengganu yang disnaraikan samada sekolah rendah atau sekolah menengah.

Kalaulah didalam bidang sendiri dan mereka juga pernah berjanji untuk melonjakkanyapun mereka gagal, apatah lagi bidang bidang lain yang lebih jauh dengan mereka sebelum.

Tulisan ini bukannya atas sentimen politik kepartian semata-mata, namun hasrat murni untuk melihat kelonjakan pendidikan di Hulu Terengganu yang dilihat jauh ketinggalan berbanding daerah lain yang telah jauh meninggalkan kita.

Harapan ini pernah diletakan dibahu Allahyarham Dato Razali Ismail, namun beliau tidak berkesempatan untuk melaksanakan tanggujawab itu walaupun berliau telah ada usaha-usaha kerah tersebut.

Pada siapa lagi hendak diletakkan harapan ini?

Dalam Umno Kenapa tak Tegur? tak didik ?

Datuk Zaid Ibrahim berkata " Semasa didalam Umno dulu, puak puak umno tidak pernah menempelak beliau kerana mengamal alkhohol, tiada yang heboh, tiada yang sebar...
Tetapi setelah bertaubat dan keluar dari umno barulah umno bising-bising tentang haramnya arak..".Zaid dah taubat, yang dalam umno tu ramai lagi, tunjuklah gambar dalam blog, suruhlah Ustaz bagi fatwa.

Zaid juga berkata semasa pilihanraya umum 2004 berliau bertanding diatas tiket BN berhadapan dengan PAS, PAS tahu latarbelakang kehidupan beliau, tapi PAS tidak serang peribadi beliua, tetapi bila berhadapan dengan BN, maka diserang peribadi beliau.


Ada berani ke?

Apr 20, 2010

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

Tengok siapa yang kena - Sendiri Mau Fikir...


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Apr 19, 2010

Bila Nafsu Mengusai Akal

Bila nafsu mengusai akal, maka akan hilanglah kewarasan dan kewajaran.

Atas gambar asal sementara yang bawah gambar ....
Di Buka kepada yang gatal-gatal untuk komen
Lihat siapa kena...sendiri mau fikir (dengan akal bukan nafsu)

Apr 18, 2010

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.

“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.

“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.

Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak.

Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.

Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.


Hishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.

"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.

Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.

B
eliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.

Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.

"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.

Harap-harap Hisham juga Sudah Taubah, Insya'Allah.

PRK Hulu Selangor dan Arak

Lihat siapa yang kena. Sendiri mau fikir.
Saya pun merasa pelik juga, tetiba umno boleh bercakap tentang haramnya arak dalam PRK kali ini. Dalam PRK sebelum ini tidak pernah Umno berbicara tentang arak..tak sebut..Ini nampak satu perubahan dalam umno/bn terhjadap arak.

Tertarik dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz " PRK Hulu Selangor adalah medan bagi PAS untuk menjelaskan kebaikan Islam".

Gambar dibawah adalah hiasan semata-mata.







Amanat Presiden Untuk PRK Hulu Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

* Marilah sama-sama kita belajar patuh dan taat dengan kepimpinan, walaupun mungkin sebelum ini penulis mempunyai sikap sendiri dengan calon PKR, disini dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri menarik balik segala tuduhan terhadap Dato' Zaid Ibrahim. Semoga Allah mengampun segala dosa dan kesalahan beliau dari kita semua dimasa yang lalu sama yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.
Ya Allah, siapalah diri ini tanpa pengampunan dari Mu Ya Allah.

Ini Kerja PAKATAN, BN Tak Buat Kerja ini


Apr 17, 2010

Tengok siapa yang kena....

Malas nak tulis banyak-banyak....lu sendiri fikir la.


Apr 15, 2010

Membazir : Ahmad Said Meneruskan tradisi Idris Jusoh.





Pintu Gerbang taman Burung Tasek Kenyir.....????



Ahmad Said MB Kerajaan BN Terengganu tidak boleh lari membazir sepertimana peninggalan zaman Idris Jusoh.
Walaupun seawal perlantikan beliau sebagai MB telah berjanji akan berkhidmat untuk rakyat dan menghindarkan projek projek yang membazir serta mendahulukan projek untuk kepentingan rakyat. Cakap Ahmad Said hanyalah tong kosong ye kosong.

Mana mungkin tidak meneruskan projek mewah dan membazir kerana disitulah masuk duit yang nampak macam halal.

Kalau Idris Jusoh dulu bersama dengan Patriks Lim mencurahkan berjuta-juta wang negeri di Pulau Duyong hanya kerana untuk seminggu dalam setahun. Projek yang langsung tidak dapat manafaat bagi rakyat marhain malahan beberapa penduduk Pulau Duyong dihakau keluar, walaupun dijanjikan rumah flet tapi aehingga saat ini masih ada yang belum selesai.

Ahmad Said Bersama 'Lim' dari Kuantan Pahang, ketika berkunjung ke Taman Burung , Tasik Kenyir



Selain dari itu satu lagi imej dan lambang pembaziran Idris Jusoh ialah TTI di Pulau Wan Man. Lihatlah berpuluh-puluh ribu sehingga beratus ratus ribu pengunjung yang datang, sehinggakan Tengku Azmi selaku pengurus Besar TTI keletihan memikirkanya.

Memang jenis kedua-dua MB mungkin dari spesis yang suka kan Pulau, Kalau Idirs menggunakan Pulau di Muara Sungai Terengganu, Ahmad pula memcari keuntungan di Hulu Sungai Terengganu. " Lambang Pembaziran MB Mat Said" itulah yang selayak di gelar kepada projek mewah di Tasik Kenyir yang giat diusahakan sekarang.

KAlau Idris Jusoh ada Peterik Lim dari Penang, Ahmad juga ada Lim dari Pahang, Lim ini lah telah diberi tender secara runding terus membina Taman Burong. Soal bukan lah langsung tiada manafaat, tetapi sepatutnya keutamaan hendaklah diberi untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat. Betapa ramai pelajar kita di ipta dan ipts yang sangat memerlukan bantuan kewangan, pinjaman yayasan juga sudah terhad, sementara PTPTN juga tidak ubah seperti Along ketika meminta hutang. Kerajaan Terengganu sanggup membelanjakan berjuta-juta untuk Taman burong di tasik Kenyir dan dalam masa yang sama-sama beribu-beribu menerima notis dari Ptptn untuk menjelaskan hutang pinjaman semasa belajar. Betul lah hutang wajib dibayar, tetapi dalam keadaan masih menganggur serta sesuap nasi meminta dengan orang tua macamana hendak membayar hutang PTPTN.

Insaflah, jujurlah dengan Rakyat kerana Allah. Jangan hanya memikirkan projek yang supaya nampak semacam untuk memasukkan duit kedalam poket.

Apr 14, 2010

Wine, Undi dan PRK Hulu Selangor.

Posting saya semalam nampaknya telah menarik minat banyak pihak untuk membaca dan sebahagianya pula meninggalkan komen. Saya tidak bercadang untuk mengulas komen yang ditinggalkan kerana komen tersebut tidak bernama dan komen seperti itu saya anggap sebagai orang berak di tepi jalan sahaja.

Melilih calon samada dalam pilihanraya kecil atau pilihanraya umum adalah satu amanah yang dipertanggujawab kepada pengundi.Semesti apa yang diundi akan dihitung diakhirat kelak. Ianya bukanlah sekadar main-main atau seronok-seronok begitu sahaja.

Setiap pengundi yang mengundi calon pilihan mereka tentu sekali ada hujah dan terbaik buat mereka ketika memangkah itu, kecuali undi-undi yang telah dibeli tanpa maruah.

Bagi saya, sekiranya ada pilihan didalam memilih dua calon yang bertanding, iaitu satu yang ketagih arak tegar dengan satu yang nampak baik tetapi hakikatnya bersama kerajaan yang melulusan kilang arak itu sendiri maka saya lebih berminat untuk memilih yang peminun tegar itu tadi. Pun begitu saya tetap berdoa situasi tersebut tidak berlaku keatas diri saya didalam membuat pilihan.

Peminun arak itu tetap ber dosa keatas diri beliau seorang kerana kesalahan meminum araka, beliau tidak mengajak atau membuka ruang kepada orang lain untuk bersama-sama mentekedarah minuman haram itu. Sementara seoarang lagi calon yang bersekongkol bersama-sama dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan kilang dan mengeluarkan lesen mengimpot arak dari luar negeri.

Apabila membuka kilang untuk mengeluarkan arak sudah semesti menghasilkan arak yang banyak untuk minuman orang ramai. Maka ianya telah membuka ruang, bersubahat didalam menghasilakan arak itu sendiri. Hasil undi yang kita pangkah dengan tangan kita yang memagang pensil itulah calon yang menang telah bersama-sama kerajaan yang meluluskan lesen arak. Kita subahat sama didalam membuka ruang pembinaan kilang arak tersebut.

Sedangkan sekiranya memilih peminum tegar tadi, beliau dibuka hidayah oleh Allah untuk bertaubat maka selesailah untuk diri beliau. Namun bagi pembina kilang tadi ianya telah menyediakan atau menyajikan minuman haram tersebut kepada orang ramai. Menggalakan rakyat dengan membuka kilang dan mengimpot arak dari luar itu lebih besar mudaratnya.




Dalam bab ini sebenarnya jauh sekali melangkaui soal anak tempatan atau orang luar.
Fikirlah, renunglah...
Sebenarnya ketika saya menulis ini saya belum mengetahui secara sah siapakah calon yang menjadi pilihan PKR untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

* Kalau dalam posting yang lalu ada pengendali blog yang berani menampal tulisan saya di dalam blognya, kali ini juga saya harap beliau tetap berbuat demikian.

Selamat Maju Jaya, berusahalah untuk mencari Redha Allah.

Selamat brtugas kepada semua pertugas PR Di Hulu Selangor. Buatlah yang terbaik .

Apr 12, 2010

Ini mungkin PRK Pertama Kami tak Hadir.


Semenjak Pilihanraya umum ke 12 Mac 2008, sudah beberapa kali pilihanraya kecil diadakan. bermula dengan parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu,Penanti, Bukit gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, manik Urai dan Bagan Pinang.


Kesemua pilihanraya kecil tersebut samada Dun atau parlimen kami sempat menjenguknya. Misalnya di Permatang Pauh, sebaik selesai Muktamar Pas ke-54 di Ipoh kami terus ke Permatang Pauh. Begitu juga di Bukit Selambau, walaupun semua pertugas Terengganu diarahkan ke Bukit Gantang, kami sempat menjenguk 2 hari di Bukit Selambau.

Sementara di Bagan Pinang, kami berada agak lama sedikit dari tempat lain dan gerakjerja juga lebih kuat dan tersusun.

Kini Pilihanraya Kecil datang lagi, ianya di parlimen Hulu Selangor, sempadan dengan Tanjung Malim Perak, dulu dikenali sebagai Parlimen Kelumpang. Kerusi ini adalah kerusi PKR, tidak boleh tidak ianya mestilah diserahkan kepada PKR. Kecuali ada seseuatu yang diluar jangka.

PKR sendiri dikahabrkan akan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon. Saya bukanlah jenis yang berselindung-selindung. Terus terang secara jujur saya katakan bahawa mungkin inilah pilihanraya kecil selepas PRU 12 yang saya tidak akan hadir sekiranya sah Zaid Ibarhim sebagai calon PKR. Saya ada 3 sebab sendiri yang membuatkan saya tidak akan turut sama didalam PRK tersebut:

1. Zaid Ibarahim adalah berfahaman sekuler yang tegar.

2.Zaid Ibrahim pernah menyaman hudud kelantan dan Terengganu.

3. Zaid Ibrahim adalah peminum wain yang tegar.


Mungkin ada pengunjung dan pembaca yang tidak dapat menerima alasan saya, terserah kepada anda, saya juga tidak bercadang untuk mempengaruhi anda supaya sama sama tidak ke PRK tersebut, ini cumalah luahan saya.
Selamat maju jaya, Berjuanglah kerana untuk mencari redha Allah, bukannya redha manusia.
Selamat berPRK.

Memang Unikom silap pun...



Pengomen je pandai-pandai marah kat sini, memang silap pun.


Zaid Ibrahim Calon PR DI Hulu Selangor ?

Nama yang disebut-sebut sebagai calon PKR mewakili PR di Hulu Selangor adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Politik
Beliau menganggotai UMNO pada tahun 2000. Pada tahun 2001, Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003.

Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat.

Semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5, beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil tugas hal ehwal Undang-Undang.

Pada 10 November 2008, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.


Letak jawatan menteri dan senator
Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , barisan kabinet dan pemimpin UMNO.

Dipecat daripada UMNO
Pada 3 Disember 2008, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti. Zaid dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam . Sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Pemecatan Zaid berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti dan Majli Tertinggi UMNO sebulat suara memecatnya.


Menyertai PKR
Pada 13 Jun 2009, Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor. Hal ini tidak mngejutkan kerana beliau banyak kali hadir dalam majlis anjuran PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau akan dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Sikap ketegasan dan keberanian beliau memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.


Ulasan
Secara jujur saya tidaklah mengenali Datuk Zaid Ibrahim sebelum beliau menyaman hudud Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Terengganu.

Alasan Zaid ketika menyaman Hudud;

Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.
Oleh itu, beliau berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.

Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru, berkata demikian ketika mengemukakan permohonan saman untuk mendapat pengisytiharan tersebut di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga memfailkan satu permohonan untuk mempercepatkan pendengaran kes itu memandangkan Kerajaan Terengganu dijangka membentangkan rang undang-undang hudud itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri mulai 7 Julai depan.

Permohonan itu dibuat melalui firma guamannya Tetuan Zaid Ibrahim & Co di mana beliau adalah pengarah urusannya.

Zaid kemudiannya memberitahu pemberita bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, beliau bertanggungjawab untuk memohon perisytiharan itu kerana khuatir kerajaan negeri bebas untuk mencabar kerajaan pusat jika isu itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seolah-olah mencabar kerajaan pusat apabila Kelantan meluluskan enakmen syariahnya pada 1993, manakala Terengganu pula mahu membentang rang undang-undang hudud itu bulan depan.

Zaid juga berpendapat bahawa apa-apa undang-undang jenayah walau apa pun gelarannya, sepatutnya dibuat oleh Parlimen seperti yang termaktub di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Prosedur undang-undang

Semua orang, termasuk pemimpin kerajaan negeri mestilah menghormati dan mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang persekutuan yang lain, katanya.

Jika tidak orang ramai akan menyoal mengapa menteri-menteri besar dibenarkan melanggar undang-undang, tambahnya.

“Ini bukan soal agama atau undang-undang Islam tetapi soal prosedur undang-undang yang mesti dipatuhi,” katanya.

Dalam permohonannya, Zaid berkata perbuatan-perbuatan yang dicadangkan dikenakan hukuman dalam rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen Syariah Kelantan telahpun diperuntukan didalam undang-undang persekutuan.

Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen syariah Kelantan itu sebagai tidak sah dan menyalahi peruntukan Perlembagaan.

Di dalam affidavitnya pula Zaid berkata: “Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.”

Berdasar kepada kepercayaannya, beliau berkata, bahawa seluruh perundangan itu tidak sempurna pada segi zahirnya dan tidak sempurna dari mulanya.


Namun begitu pada 5 Mei 2006, Datuk Zaid Ibrahim telah memfailkan penarikan balik saman tersebut.


Apa yang cuba dikemukakan disini, Zaid sendiri mempunyai latarbelakang yang sangat tercemar. Selain dari pernah menyaman hudud banyak sangat perkara lain yang amat mengguris hati umat Islam sekiranya disebut disini. Apakah rasionalnya PKR ( jika benar) beria-ia sangat mahu meletakaakn beliau. Beliau bukanlah anak tempatan dan pertandingan di Hulu Selangor juga perlu cermat kerana kalau dikira pada keputusan pilihanraya Dun sepatutnya BN boleh menang lebih dari 6000 undi.

Selamat bertugas kepada aktivis PR di Hulu Selangor.




Apr 9, 2010

Hulu Selangor - Tengok siapa Yang kena

Foto : facebook trgkini

Pemimpin MIC menolak dakwaan kononnya timbalan presiden G Palanivel bukan calon tunggal parti itu yang dikemukakan kepada pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.


Penafian itu dibuat ketika pelbagai khabar angin timbul yang Palanivel (kiri) akan digugurkan kerana masalah dalaman dan akan digantikan oleh calon lain dari MIC dan mungkin juga daripada Umno.

Spekulasi itu semakin panas apabila Najib ketika ucapannya semalam di konvensyen BN mengesahkan BN akan mengemukakan calon dari MIC tetapi tidak mendedahkan namanya.

BN dijadualkan menamakan calon mereka pada 15 April ini dan lobi-melobi dijangka berterusan apabila Najib ke luar negara hujung minggu ini.

Palanivel yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.

Ke
tika dihubungi, naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam (kanan) mengesahkan Palanivel adalah calon tunggal parti itu.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa pencalonan Palanivel menghadapi masalah kerana beliau akan menuntut jawatan kabinet jika menang kelak.

"Memenangi pilihan raya kecil itu adalah keutamaan kami,” kata Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sejak tahun 2008 kerana beliau adalah pemimpin tertinggi MIC yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi naib presiden MIC, Datuk M Saravanan juga tidak mahu melayan soalan jika ada tuntutan supaya Palanivel digugurkan.

“Tidak ada 'jika' dalam politik,” tegas Saravanan.

Saravanan, yang juga adalah timbalan menteri wilayah persekutuan berkata masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Palanivel.

Makin Sukar Mencari Terompah - Ustaz Saful

Dipetik dari : http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Adun UMNO-BN (Tepoh) menyebut dalam sidang DUN Terengganu bahawa terdapat segelintir guru pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di negeri itu mencampuradukkan soal politik dalam pengajaran mereka dengan memburukkan pemimpin negara pada kalangan murid. Katanya lagi : “perkara itu mungkin berpunca daripada pengambilan guru j-QAF yang tidak melalui saringan menyebabkan ada lulusan agama yang menyokong fahaman parti pembangkang turut diterima”.

Saya merasa bangga dengan kenyataan Adun Tepohh itu. Ianya sebagai pengakuan bahawa kerajaan gagal untuk memperalatkan guru j-QAF sebagai terompah mereka. Guru j-QAF sebenarnya mereka mendapat pendidikan dan tarbiyyah yang sebenar. Sebahagian besar mereka mendapat pendidikan sehingga ke Universiti hatta mereka graduate dari al-Azhar. Mereka dididik bukan calang-calang tokoh pendidik bahkan ulama yang tersohor. Mereka mendapat pendidikan sebenar bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw itu adalah Islam yang syumul. Mereka tahu sikap menjuzu’kan ajaran Islam itu adalah kerja Yahudi dan membawa kepada kekufuran. Islam tidak boleh dipisahkan dari poltik. Islam tidak boleh dipisahkan dari pimpinan. Itulah yang mereka belajar dan itulah yang mesti diajar kepada murid-muridnya.

Sememangnya lulusan agama yang sebenar, jika mereka pulang ke Malaysia sudah menjadi fardhu dan kewajipan mereka untuk mendokong Parti Islam PAS. Tidak ada sebab dan alasan untuk menyokong UMNO-BN kecuali mereka gagal dan tidak menamatkan pengajian. Di mana tempat sahaja mereka bekerja, nescaya akal, hati serta jiwa mereka mesti bersama perjuangan untuk menegakkan Islam ini. Sebab itu tak berapa kerat lulusan agama yang bersama UMNO kecuali mereka yang berkepentingan tertentu. Kalau mereka saring berdasarkan kecenderungan politik UMNO nescaya tidak ada guru untuk megajar j-QAF. Adun Tepuh sepatutnya mempertahankan dasar kerajaan beliau yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan. Sistem politik berpilihanraya. Kalau nak bagi zakat, nak bagi biasiswa, rumah murah, nak bagi kerja, nak bagi projek perlu tunjuk ahli UMNO. Tak usah amalkan pilihanraya. Haramkan semua parti. Biar UMNO sahaja yang memerintah. Buat macam parti Komunis di Korea Utara, senang cerita. Tetapi ketika kutip cukai, kutip zakat, biar itu.. ini tak Tanya pulak UMNO ke PAS.

Allah SWT menunjukkan keadilan dengan membahagikan kehidupan dunia ini bukan hanya kepada mereka yang beriman bahkan kepada mereka yang kufur juga. Akhiratlah baru dihitung dosa dan pahala mereka. Pemimpin UMNO ini sentiasa mengungkitkan bahawa jasa mereka sepatutnya rakyat bersyukur dengan menyokong mereka sampai kiamat. Sedangkan Islam mengajar supaya hanya kebenaran yang mesti disokong dan tidak kepada kezaliman. Nabi Musa a.s mendapat biasiswa Firaun semenjak kecil ketika dibesarkan dalam istananya tetapi ketika besarnya Nabi Musa terpaksa menentang Firaun kerana kezaliman yang dilakukannya.

Kekadang rasa simpati pun ada terhadap penyokong dan pendokong UMNO. Mereka mempunyai pemimpin dengan pemikiran dunia kelas ketiga. Bahkan masih lagi terjebak dengan politik penjajah zaman Afonso de Albuquerque. Begitulah akibatnya jika terpelosok kedalam agenda politik sempit UMNO yang terlalu kuat mengamalkan dasar sekularisme. Politik yang memisahkan agama dari pemerintahan yang didoktrinkan oleh penjajah sebagai politik warisan sehingga kini. Meskipun dulunya mereka sebagai agamawan tetapi kini hanya menjadi terompah UMNO atau sekadar ‘kayu ngelong’ semata selagi boleh dimanfaatkan bagi mengelabui masyarakat seolah-olah UMNO juga hendak memperjuangkan agama. Apabila mereka rela menjadi terompah UMNO mereka juga cuba memaksa orang lain bersama dengan mereka bahkan kalau boleh semua guru j-QAF ingin dijadikan terompah UMNO juga.

Maaf Adun Tepoh! Dunia sudah berubah. Terjunlah kau dengan labu-labu mu. Semua orang sudah tahu.


Ingatlah ketika menghadapi pilihanraya 2004, UMNO-BN ingin mengambil alih kembali Terengganu dari pemerintahan PAS lalu mereka menjadikan golongan agama sebagai calon-calon bagi menentang calon-calon ulama PAS. Meskipun mereka dahulunya merupakan pendokong gerakan Islam diperingkat kampus dan ketika mula-mula berkecimpung dalam masyarakat. Tawaran dari UMNO-BN menyebabkan mereka tidak mampu untuk istiqamah dalam perjuangan. Mereka inilah menjadi jurucakap, juruhina bahkan jurusalak kepada PAS dan pimpinan ulamanya di Terengganu. Mereka sanggup mencerca guru-guru mereka sendiri bahkan sanggup menghina hukum Hudud, Qisas & Ta’zir yang diluluskan pada tahun 2001 dengan pelbagai alasan logik dan hawa nafsu mereka. Selagi mereka menang dalam pilihanraya nescaya mereka dikipas dan diampu tetapi dimana tempat mereka jika mereka dikalahkan dalam pilihanraya. Masjid manakah tempat mereka ma’murkan. Surau manakah tempat mereka memberi kuliah?

Seorang dikalangan mereka dahulunya sebagai Imam Masjid Tengku Mizan, Kerteh. Dengan hebat menyuarakan pandangan dalam khutbahnya. Ia dihormati dan dikagumi. Sanggup berkata benar meskipun pahit. Setelah melompat dan menjadi Adun UMNO, ia terpaksa menelan ludah dan kahaknya diatas mimbar dengan hujah dan nas yang diutarakannya dahulu dan kini ia memakan dirinya sendiri. Penyakit membusuk didalam UMNO menghingapi dirinya sehingga didalam kelulusan projek-projek ia kenali sebagai ‘Mr 10 Persen’. Akhirnya setalah kalah dalam pilihanraya ia terbuang jauh ke utara Afrika. Ia ‘bersuluk’ di Hayyu Sabi’, Cairo, Mesir. Mengambil tempat yang hanya layak sebagai pegawai Yayasan Terengganu.


Semoga Allah mengurniakannya hidayah dan kembali ke pangkal perjuangan. Bersama sahabat yang sama-sama mengorak langkah untuk membersihkan masyarakat daripada tahik UMNO. Bukan duduk didalamnya bergelumang najis tanpa berkesudahan. Cukuplah sengsara Anwar Ibrahim membaiki UMNO dari dalam untuk dijadikan iktibar. Jangan ada orang lain yang ingin mencuba.

Apr 7, 2010

Blog Unit Komunikasi (UKOM) salah maklumat

Blog milik unit komunikasi Kerajaan Terengganu, sebuah agensi dibawah pejabat MB, Pengarahnya adalah Setiuasaha Akhabr MB sdr Rosli Zakaria,bekas kakitangan NST, telah memberi maklumat yang salah.

Ketua Pembangkang sebenar bagi DUN Terengganu adalah Adun Manir (Harun bin Taib)

Apr 6, 2010

Rupa wajah Ketua Wira Perkasa

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia








MP Indera Mahkota Saman Zulkifli Bakar dan Utusan Malaysia


Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap seorang editor dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Azan yang hadir bersama peguam yang mewakilinya, A. Vasudevan memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi tetuan Vasudevan A & Co.

Beliau menamakan editor akhbar Utusan Zulkiflee Bakar sebagai defendan pertama dan syarikat akhbar itu, defendan kedua.

Dalam penyata tuntutannya, Azan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Zulkiflee telah menulis satu artikel dalam akhbar Utusan pada 6 Mac lalu yang berunsur fitnah terhadap beliau.

Azan mendakwa dalam artikel yang berserta dengan gambar itu mengatakan bahawa beliau telah keluar dari PKR dan telah meletakkan gambarnya bersama dengan ahli-ahli politik lain yang telah keluar dari PKR sebelum itu.

Tambahnya, defendan kedua pula telah mencetak dan menerbitkan satu laporan susulan pada ruang ralat dalam suratkhabar Utusan Malaysia pada 8 Mac lalu yang menyatakan Azan tidak keluar dari PKR tetapi telah meletak semua jawatan dalam PKR termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

Dakwanya lagi, kedua-dua cetakan dalam akhbar pada 6 Mac dan 8 Mac itu boleh menjatuhkan air muka serta maruahnya.

Beliau menuntut ganti rugi RM29 juta terhadap kedua-dua defendan, satu injunksi terhadap defendan pertama daripada membuat apa-apa laporan dan/atau penulisan lain yang berunsur fitnah terhadapnya dan injunksi terhadap defendan kedua daripada mencetak apa-apa laporan berunsur fitnah.

Azan juga menuntut faedah 8 peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi RM29 juta dari tarikh saman itu difailkan.