May 1, 2011

7 Ngo Terengganu buat laporan Polis




Ni apa yang kelam kabut sabut sangat 7 Ngo Terengganu buat laporan di polis Kuala Terengganu kes di Masjid Bandar Baru Sentul. Dah tak ada kerja sangat ke ? Kalau betul jujur dan ikhlas nak jaga kesucian Masjid, nah ! saya jemput dengan segala hormatnya ketujuh-tujuh ngo ni ke persekitaran Masjid Terapung Kuala Ibai, lihat sebelah tasik menghala ke Lagun, apa ke jadahnya tu....baik pagi, malam, petang, maghrib lihat anak-anak muda berpasang-pasang buat maksiat bercauple cauple. Apa itu bukan jaga kesucian masjid ke?

Mereka ini segaja di waktu tertentu datang kesitu dengan pasangan masing masing untuk buat maksiat, beromen romen. berpeluk peluk, bercumbu-cumbu bercium-ciuman, apa ngo tak nampak ke?
Nak maklum kepada GPMS bahawa antara yang datang itu adalah pelajar IPTA disekitar bandar Kuala Terengganu. 7 Ngo diharap jangan hipokrit, jangan munafik.

Terus terang nak maklum, bukan cerita rekaan, nasib baik juga ada sekumpulan anak-anak muda dari Cawangan PAS terdekat mengambil tanggujawab berkerjsama dengan bahagian penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu memantau, membuat rondaan untuk mencegah maksiat tersebut. Mereka bekerja secara sukarela, malahan ada yang meninggalkan kerja harian mereka.

Ngo 7 tu buat apa? kenapa nampak masjid di Bandar Baru Sentul yang beratus ratus kilometer, ni masjid Terapung Kuala Ibai kamu buta mata ke???

Dengan ini saya mencabar kepada semua ketujuh tujuh Ngo tadi supaya sama sama turun menjaga kesucian Masjid Terapung dari gejala maksiat anak muda, ayuh mari lah kerana Allah bukan munafik dan hipokrit seperti laporan polis yang anda buat itu.

2 comments:

Pak Tuyu said...

Memang itulah sifat MELAYU HIPOKRIT
Semut di Pulau Redang nampak tapi belangkas di Kuala Ibai tak nampak.
Masing2 nak menunjuk-nujuk jadi juara
macam Pokok Kabong (enau) melepas pucuk masing-masing. Kalau ajak berperang puak2 ini bukan kata lari
tapi tak masuk Barisan pun.
Ada lagi suku sakat Abdullah bin Shalul(Ubai) di Teganu kite yang tak mampos lagi.Harap puak ni mapus cepat siket baru amang nagare.

Anonymous said...

sama jugopla prangar dgn Siti Kayu nii....duduk tgk tepak jauh ...mengata org dia yg lebeh....poorah...