Jun 20, 2011

Tawan Wisma Darul Iman dan Puterajaya.

Antara postmortem PRu12 2008 di Terengganu adalah kegagalan untuk menyampaikan maklumat serta kegagalan untuk menarik pengundi di kawasan lur bandar dan kawasan tanah rancangan spt Felda dan Felcra.

Postmortem tersebut sudah 3 tahun berlalu, Paluan gendang Pru 13 mula di dendnagkan, ada yang mendakwa antara nov2011 - April2012. Perubahan kepimpinan yang dianggap lebih "segar " dan "Bugar" juga telah berlaku didalam JK Kerja Pas Pusat dan PAs Terengganu.

Muktamar Pas Pusat sudah hampir sebulan berlalu, yang berkempen kempen nak jawatan pun dah dapat, semua hebat hebat , kononya inilah saf kepimpinan untuk menuju ke PuteraJaya di Terengganu juga terikut-ikut rentak kononya ini saf untuk menakluki Wisma Darul Iman.Mana mana yang berjanji ia ia untuk bantu Presiden, kononya dengan jawatan tersebut akan dapat bantu Presiden , ayuh kalau Nov 2011 ni PRU bermakna hanya tinggal 5 Bulan, Ogos dah puasa, Sept sibuk raya dan puasa Syawal.

Geraklah sekarang jentera Pilihanraya dan jentera Penerangan. Macamana program Penerangan untuk sasaran luar bandar dan tanah rancangan? Apakah ada perancangan khas bagi kawasan tersebut? Atau sekadar kita buat buat ikut saje?

Ingat semua merancang di bilik aircond di Jalan Raja Laut atau di Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar itu lebih mudah dan seronok berada di Felda Belara atau Felda Jerangau juga tidak seperit berada ditengah tengah Masyarakat di Kg Menerong atau di Kampung dadong, Kemaman.Marilah kita akui yang kita terlalu banyak berteori dan berpolotiking sesama sendiri, kerja penerangan dan gerakkerja pilihanraya kita ditahap yang sangat minimun. Kita sentisa diulik dengan ungkapan ingin berubah dan mahukan perubahan...tapi sejauhmana kita mahu berubah dan perubahan? apa pula yang kita mahu merubah dan berubah? atau hanya sekadar berubah kepimpinan dan sikap dan kerja masih ditahap lama?

Kita pernah canangkan slogan " BERUBAH DEMI KEMENANGAN ISLAM" namun itu semua sebagai kata kata indah halwa telinga, tiada apa yang dibuat untuk berubah dan tiada yang dibuat demi kemenangan Islam.Kalau inilah sikap kita, usahkata Puterajaya , Wisma Darul Iman pun belum terjamin untuk ditawan, malahan lebih teruk dan dasyat dari itu beberapa dari dun yang 8 juga akan terlepas.

Maaf mungkin ramai yg tak seronok dengan catatan ini.

memang kita seronok di puji dan suka mengampu.

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR.